Assalamualaikum..
Ahaa bercerita mengenai produk kecantikan dari Korea ni kan,
teringat pulak trip aku ke Korea pada April yang lepas. Masa tu cuaca dia tak
berapa panas, tak berapa sejuk.. Tapi dingin dingin tu ade lagi la, sebab masa
tu musim peralihan musim sejuk nak masuk musim bunga.. So ada masa dia hujan
hujan sikit la.. Gitu..
Gambar di atas ni menunjukkan aku dan rakan rakan trip Korea
yang sedang bergumbira di satu lokasi wajib datang kat Korea ni, iaitu
MYEONGDONG.. Syurga produk kecantikan dan fesyen untuk penduduk tempatan dan
jugak pelancong ! Kalau nak kata jenama jenama produk kecantikan Korea, memang
banyak sangat sangat dah ! Kalau kat Malaysia dah ade jugak yang ada outlet kat
sini, tapi ada satu brand Korea ni, masa tu belum ada kat Malaysia.
INNISFREE ! Yeahh ! Aku ingat lagi, masa melawat dan
jalan-jalan kat Myeongdong, aku tak shopping sangat.. Tapi di Itaewon,
berdekatan dengan hostel aku duduk, ade satu outlet Innisfree. Yeahh aku pun
pegi sana siap borong bedak muka, sebab ada saudara yang kirim. Aku pulak bantai
beli berus foundation, dan sikit alat mekap.
Sekarang ni INNISFREE dan ada di Malaysia ! Baru sahaja outlet
pertamanya dilancarkan di Sunway Pyramid, Selangor. And aku sangat sangat
berbesar hati memenuhi jemputan ke majlis soft launch outlet Innisfree ni. Yeahh
!
Ucapan dan kata-kata aluan oleh wakil-wakil syarikat Innisfree
yang datangnya dari Korea ! Tambah impress lagi bila kebanyakan dari mereka
fasih berbahasa Inggeris ! Okay sekarang jom kita jalan-jalan sekitar outlet
Innisfree di Sunway Pyramid, Selangor ni.
Produk kecantikan Korea semestinya terkenal dengan rangkaian
penjagaan kulit dan mementingkan kulit yang bersih, segar dan sihat. Kat
Innisfree ni ada macam-macam jenis produk penjagaan dan pembersihan kulit.
Rangkaian produk yang dibawakan di Malaysia semestinya bersesuaian mengikut
kondisi kulit kebanyakan wanita Asia.
Bukan setakat produk untuk muka je, tapi tak lupa produk untuk
seluruh badan. Ada sabun, ada losyen, serum kulit dan macam macam lagi. Pada
yang tak tahu nak guna produk apa yang sesuai untuk kulit badan, meh meh datang
outlet Innisfree ni, cuba produk mereka.. mana tahu sesuai untuk keperluan kulit
korang kan ?
Produk penjagaan wajah di Innisfree ni, ada banyak jenis, boleh
disesuaikan mengikut kondisi kulit kita. Kita ni pun satu, jangan lah nak
membeli produk tu, sembarangan aje. Jangan sebab kawan kita pakai sesuai dengan
dia, kita pun berlumba-lumba nak beli. Skincare product ni, kena analisis atau
kenalpasti dulu masalah kulit kita apa, baru lah beli produk yang sesuai dengan
kulit kita.
Di Innisfree, korang boleh tengok macam dalam kat atas ni haa..
ada untuk melembap.. ada untuk membaiki kulit.. untuk melicinkan kulit…. dan
banyak lagi lah, nak tahu kena datang outlet Innisfree kat Sunway Pyramid.
Macam-macam produk ada..
Bagi pembaca aku yang menggunakan pewarna kuku, boleh cuba
pewarna kuku Eco Nail dari Innisfree ni. Ada banyak warna warna menarik dan
juga.. kalau nak tahu produk Innisfree banyak menggunakan bahan-bahan organik !
Haa menarik kan.
Antara produk mekap Innisfree yang sangat sangat menggoda aku..
Lagi-lagu Cushion foundation tu. Aku ada cuba sikit la.. aku sangat suka tekstur
nya yang sangat ringan dan mudah apply kat kulit.. Sangat natural.
Kalau ada pembaca blog aku yang terdiri daripada jejaka-jejaka
macho.. maka jangan gusar, ada jugak produk yang korang boleh guna.. Macam dalam
gambar ni, ni merupakan esen untuk kulit wajah. Jangan ingat perempuan je kena
jaga kulit. Bagi aku lelaki pun disarankan menjaga kulit wajah, supaya nampak
lebih BERSIH, SEGAR dan semestinya PRESENTABLE. Bila kulit korang bersih apa
sume, kompem tahap keyakinan pun naik kan.
Aummm !! Lip gloss dia best sebab sangat lembap dan warna
cantik-cantik. Hahaa tapi aku ni ada habit terrr-jilat bibir kalau pakai lip
gloss. Hahaa so aku renung je lah lip gloss yang cantik-cantik nii hik hik..
Ya ampunnn !!! Sebaris eyeshadow yang sangat sangat sangat aku
terjatuh cinta lahai !! Rangkaian warna yang memang earth tone bagi aku.
Warna-warna natural.. sukanya tengokk ! Aku kalau pakai eyeshadow pun, aku lebih
gemar mengenakan eyeshadown dengan warna-warna macam ni. Argghh next time kena
beli nih !
Ehem.. ehemm.. cuba cuba mascara dia. Best lah ! Ada yang
dengan fungsi memanjangkan bulu mata, ada yang menampakkan bulu mata lebih
lebat. So, aku yang yang volumnized mascara punya. Alamakkk yang ni pun suka
juga ! Memandangkan mascara kat rumah masih baru, jadi aku grab la dia punya
eyelashed base yang warna putih tu. Mascara lebih tahan lama bila pakai. Best
best.
Lepas tu kita belek-belek sat antara produk yang paling popular
dari Innisfree. Haa nak tahu produk apa, sat lagi aku kongsikan dengan korang..
pastikan baca entry ni sampai habis tau..
Kegemaran aku ! Mask muka.. ! Yang best nya, di Innisfree ni
ada lebih 10 jenis mask muka… dah lah murah, ada pelbagai fungsi dan khasiat
untuk wajah ! So pilih je mana yang sesuai untuk kulit. As for me, aku pilih
masker dengan fungsi whitening / soothing. Banyak aku borong, haha lebih 10
pieces !
Antara kawan-kawan blogger yang turut diundang ke majlis soft
launch outlet Innisfree di Sunway Pyramid ni.. Seronok kitorang pusing-pusing
dalam outlet ni, pilih-pilih barang apa nak beli. Hik hik seronokk !
INNISFREE GLOBAL HERO PRODUCTS :
1. The Green Tea Seed Serum - Sesuai untuk
kulit kering sebab dia ada fungsi melembap dan memelihara kulit. Diperbuat dari
green tea seed dari pulau Jeju, Korea.
2. Jeju Volcanic Pore Clay Mask – Bila pakai
mask ni, dia akan serap sebum dan minyak berlebihan kat muka, boleh elak lebih
banyak breakouts.. dan juga mengecilkan dan membersih liang pori.
3. Eco-science Wrinkle Spot Essence – menjadi
antara best seller Innisfree sebab antara produk anti-aging yang sangat dapat
sambutan. Produk natural yang diperbuat dari tumbuhan lautan untuk mengurangkan
kedut.
4. Eco Science White C Double Serum – Serum
yang membantu mencerahkan kulit, menggunakan tangerine dan green tea sebagai
bahan utama.
Hahaa maafkan muka terlajakkk excited tu ! Terima kasih
Innisfree sebab bagi kami blogger voucher shopping RM200 ! Banyak tuuu.
Memandangkan produk Innisfree ni harga dia berpatutan, memang boleh dapat
beberapa jugak produk dia guna voucher ni. Dannn voucer ni pulak boleh terus
guna, apa lagi cepat-cepat aku penuhkan bakul aku HAHA !
Jadi, marilah beramai-ramai turun ke Sunway Pyramid, Selngor
dan pergi outlet Innisfree yang terletak di Ground Floor. Kekakak kekadik yang
tau kat mana letakanya outlet Sephora, Bobbi Brown semua tu, haa Innisfree ni
terletaknya di area situ situ jugakk. Senang je nak cari…
Jangan lupa LIKE fanpage Innisfree Malaysia.. Haa mana tahu
dapat menang tiket jumpa
LEE MIN HO ! Hahaa nak tahu macam mana kena like :
https://www.facebook.com/innisfreeMYS
LEE MIN HO ! Hahaa nak tahu macam mana kena like :
https://www.facebook.com/innisfreeMYS
XOXO !
Anis dah cuba mask innisfree, best :)
BalasPadambestnyaaaaa
BalasPadampart voucherrrrr plg best kan T_T
BalasPadamsincerely,
Najlaa 'Aqilah
Bestnye jalan2...especially bila masuk kedai makeup n cosmetic cam ni..tapi biasanya saya x beli pun..cuci mata, tambah pengetahuan..baca label produk..
BalasPadamKalau rasa berkenan sgt baru beli hihi
Berapa yer harga produk ni..
BalasPadamBila baca nisa kay tulis.. rasa berminat pulak dgn innisfree
BalasPadamMcm mana boleh pergi sana...kerja ke
BalasPadamMacam mana pergi sana ..sebab apa? Bestnyeerrr....
BalasPadamHalal ke innisfree ni ?
BalasPadamHarga dia berapa ya?
BalasPadamprice nya berapa mbak ?
BalasPadamIs it halal?
BalasPadamwhtsapp sy 0145224271
BalasPadamsy ada beli produk innisfree
sy x guna lagi .beli 4 item rm280 termasuk serum
x guna lagi
Innisfree ni halal ?
BalasPadamapakah halal ? please jawab aku bingung nih thanks
BalasPadamkalau produk untuk jerawat berapa eh??????
BalasPadam