Jumaat, 23 Januari 2015

innisfree Fiesta 2015 – Bertemu Lee Min Ho !

 

Assalamualaikum..

 

DSC09175

 

Masa mula-mula diberitahu bahawa pelakon popular Korea akan datang ke Malaysia untuk fiesta anjuran innisfree, memang dalam hati ni teruja tak terkata. Hehehe minat tu memang minat. Tapi bagi aku, cukup lah dapat tengok depan mata.. tak perlu datang dekat atau sampai bersentuhan oopps. Hehehe. Jadi jemputan ke majlis tertutup innisfree Fiesta 2015 di Kuala Lumpur terus aku RSVP tanpa bertangguh.

 

DSC09179

Tak lengkap rasanya event sekarang kalau tak panggil photobooth bukak tempat bergambar ! Haha aku suka dapat gambar free macam ni. Ada pihak photobooth yang bagi gambar strip yang memanjang tu. Yang ini pulak dia bagi yang saiz 4R camni. Kalau tak silap boleh customized. Oh ye kualiti gambar dia lawa. Percayalah. Boleh usha sini http://www.wowphotobooth.com.my/ Ehh promote pulak.

 

 

1

Bila buat event kat hotel, nyumss makanan dia memang tak disangkal memang best ! Siap ada cupcake bertemakan innisfree ! Haha.. event ni diadakan di Sheraton Imperial Kuala Lumpur. Sebuah lokasi di tengah kota, dan sebuah hotel yang agak berprestij. Memang dikawal rapi event ni, sebab event ni tertutup.. hanya untuk mereka yang mendapat jemputan sahaja.

 

 

Additional_7

Ini gambar suasana keseluruhan innisfree Fiesta 2015 ni… Gambar dari penganjur, aku tak sempat nak ambil gambar.. haha Al-maklumlah terlebih excited kan nak tengok Lee Min Ho. Hahaha.. Dalam dewan tu, dia dah sediakan booth yang cantik-cantik.. aktiviti dan jugak minuman. Memang cantik hiasan dalamannya.. di atas ni merupakan antara rangkaian produk kecantikan dari innisfree .

 

 

2

Haa ada 9 jenis ! Pelbagai rangkaian untuk jenis-jenis kulit orang Asia.. Ada yang untuk melembap, untuk anti-aging.. untuk menegangkan kulit.. untuk membaiki kulit, mencerahkan.. dan pelbagai lagi. Memang sangat teruja dapat tengok semuaaa rangkaian produk innisfree ni ! Dan kita boleh try dan dapatkan lebih maklumat mengenai produk innisfree ni kat sini.

 

 

Additional_12

DSC09220

INNISFREE GREEN HOUSE ! Yeayy love this section. Khas untuk pencinta alam semulajadi, free cactus for you guyss ! Kita berpeluang tanam semula kaktus ke dalam bekas produk innisfree . Haa kira kitar semula lah. Bekas-bekas plastik kosong tak payah buang.. Boleh kitar semula, guna untuk tanam pokok kaktus macam ni ke.. or buang simpan pin-pin tudung or duit syiling ke…

 

 

DSC09222

DSC09227

INNISFREE D.I.Y. SECTION ! Haa ini best ! Setiap dari kami diberikan canvas pouch tanpa corak, dan terpulang kepada kami nak corakkan macam mana. Siap ada letter stamp lagi tu ! Boleh lah letak nama kat pouch ni .. Lepas tu memang aktiviti bebas la kan haha. Aku punya tema ialah “Autumn In My Heart” haha sebab tu banyak dedaunan keguguran, dahan nan kerapuhan, bunga-bunga cinta.. layu di pusara.. ehh !

 

 

3

Okayyy masa untuk bertentang mata dengan pelakon popular Korea dan juga duta innisfree

LEE MIN HO

Aku tak payah cakap banyak ya, aku tepek je lah muka beliau di sini ya ?

 

DSC09285

4-2

 

Dan gambar-gambar di bawah ni pula, sebahagian daripada momen-momen ketika sesi fan meeting yang dijalankan pada waktu petangnya. Untuk mendapat tiket fan meeting bersama Lee Min Ho ni, peminat perlu shopping produk innisfree bernilai RM300 dan akan dapat special goodies bag. Jika anda bernasib baik, anda akan dapat tiket ke sesi meet-n-greet Lee Min Ho dalam bag tu ! Haa apa-apa pun ikut tuah badan dan rezeki ye la dakk..

 

innisfree_Photo4

innisfree_Photo7

innisfree_Photo2

 

And.. last but not least… hik hik!!

DSC09514

Okay.. serius tak pegang ! Pegang patung je ye.. Hahaha… Berikutan kes “pegang peluk cium” yang tengah viral bebenor kat laman sosial.. meh sini nak kabor sikit.. Kita ni minat artis biar berpada.. Jangan terlampau memuja-muja.. Takut nanti hilang kawalan diri bila dapat jumpa dekat-dekat ! Lagi-lagi dunia sekarang ni, buat apa je semua boleh tersebar kat internet. Jadi bila kita minat pun berpada, inshaAllah dapat kawal diri.. Hiks. Iols pun minat Korea. Hik !

 

 

More info about store innisfree in Malaysia, READ HERE !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


16 ulasan:

  1. bestnye dapat jumpe lee min ho. nak jugak! hehe

    BalasPadam
  2. Untunglewww dapat jumpa retis korea haha!

    BalasPadam
  3. wahhh...bertuahnya....untunglah dia dapat jumpa lee min ho depan2...

    BalasPadam
  4. LMH tu... Untung boleh jumpa.. tapi sentiasa berwaspada op

    BalasPadam
  5. asyik jumpa retis korea je kan. haha.

    BalasPadam
  6. @Norhidayatul Zakaria

    hehe kite pon x sangka dapat jumpa Lee Min Ho !

    BalasPadam
  7. @Hizami Li

    dah artis korea yg bermastautin kat Melaka tu takmau jumpa Nisa, nisa jumpa la artis korea yg dari korea ni hahah :P

    BalasPadam
  8. Woaaahh,bestnya!! Handsomenyaa Lee min ho :) :)..nisa kay pun comel jugak :)

    BalasPadam
  9. Encemnya Lee Min Ho! Bagus Nisa.. Jgn pegang2 peluk2.. Ihiks! ^_^
    RosmizaAliDotCom™

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay