Assalamualaikum…
Woargghhh penatnyaaaa lahai travel !! Memang tak dinafikan seronok travel, boleh tengok tempat orang dan jalan-jalan kan… Tapi, penatnya bila aku terpaksa travel back to back ! Ahaa landing aje penerbangan selama 7 jam dari Melbourne, kurang 3 jam lepas tu naik pulak flight ke Korea selama 6 jam ! Haaa penat tak penat ??? Satu minggu ni, duk makan makanan segera je kat Melbourne.. Ada sekali dua la makan masakan melayu.. kat Korea toksah cakap la… duk makan makanan Korea je. Sikit lagi lidah ni nak fasih bahasa Korea ! Bahahaa…
Bila dah seminggu lebih tekak tak merasa makanan Malaysia, haa mula lah rindu makanan kat Malaysia ! Baru lah nak menghargai.. tak gitu ? Paling aku teringin sekali.. haaa KICAP !! Iyeee kicappp !! Makanan paling lejen sepanjang zaman ! Hahaah.. Masa aku kecik kecik, nasi dengan kicap lah makanan paling sedap yang aku selalu makan.
Dah alang-alang bercerita pasal nasi kicap tu, jom lah kita berkenal-kenalan dengan kicap jenama terbaru di pasaran ni.. Nama dia TIRANA.. Aduh aduh manis sungguh namaa beliau ye. Hehehee… Kicap Tirana ni kicap terbaru di pasaran.. Mesti korang perasan kan iklan Kicap TIRANA kat tv haa…
Kicap TIRANA ada dua perisa… satu yang Lemak Manis.. satu lagi Lemak Masin.. Bagi aku, dua-dua pun sedap !! Kalau yang Lemak Manis tu aku suka makan dengan ikan masin.. atau nasi kosong dengan sayur goreng.. Kalau yang Lemak Masin sedap di makan dengan ayam goreng.. tempe goreng. Hahaa sebenarnya sama je pun.. dua dua pun sama sedap ! Lemak lemak je rasanya…
Hahaa ambil gambar tangan je la ye.. Dah duduk rumah je, maka muka sangat lah tak semenggah. Hahaa.. Tapi sedapnya lahaii… sampai licinnn pinggan tu ! Nasi dah habis, aku cubit-cubit pulak isi ayam goreng cicah dengan kicap ! Kalau ada mangga muda ni, lama dah aku cicah dengan kicap TIRANA niii ! Hahahaa…
Oh ye.. memandangkan kicap TIRANA ni agak baru di pasaran, why not korang semua cuba kicap TIRANA ni… Alhamduillah kicap Tirana ni memang kena dengan selera aku.. kicap jugak boleh digunakan untuk makan dengan pelbagai jenis makanan.. Buah ke, ikan goreng ke.. ayam goreng ke.. sayur ke.. Campur dalam masakan kompem ummpphh !! Hahaa.. So, nampak kat kedai satgi beli lah ye !
XOXO,
Putewi Hensem !
Ooo baru ni! Nanti bila Dayana balik Malaysia boleh la try kicap tirana pula :)
BalasPadamgituuuu makan kicap pun nampak sedap hehe
BalasPadamkicap makan dgn nasi putih panas2 memang sedap kan...lauk telor goreng..ayam goreng je ke pun jadi sedap sangat!
BalasPadam