Sabtu, 11 April 2015

AABC HANGOUT 2015 – Escape Room, Berjaya Times Square KL

 

 

Assalamualaikum..

 

Wahh rasa kemalasan melanda-landa diri ini.. banyak entry review produk dan event yang aku tak sempat nak update ! Selain mengurus bisnes dan terlibat dengan hal-hal yang tak dapat dielakkan, masa yang singkat di rumah juga membuatkan aku kurang masa nak update blog. Maaf ya semua yang masih sudi mengikuti perkembangan penulisan ku ini !

 

Kali ini aku nak share mengenai event yang paling best yang aku hadiri di tahun 2015 setakat ini lah. Hehehee… event tersebut dipanggil AABC HANGOUT 2015 yang berlangsung beberapa minggu lalu di Escape Room, Berjaya Times Square KL. Haaa AABC tu gapo dia ? AABC tu Air Asia Blogger Community. Alhamdulillah terima kasih AABC kerana sudi menerima aku menyertai komuniti havoc dorang !

 

DSC00088

Uhukkk uhukkk !!! Lama sungguh Budak Lelaki Sebelah Pintu tak singgah belog kita eh ? Zaman dolu-dolu aku rajin mention beliau dalam belog kudus ku ini. Keh keh keh. Untuk event kali ini, aku gerak sekali dengan Hizami. Sebenarnya kami berdua merupakan ahli baru untuk AABC ni haa. Dan ini event pertama kami dengan AABC !

 

 

DSC00073

Event AABC kali ini bertemakan #UnlockTheFunAABC ! Haa kami berkumpul di Escape Room. Apa benda ESCAPE ROOM ni ? Haa biasa kita main permainan yang gunakan tenaga atau yang mencabar adrenalin kan ? Kali ni, peserta AABC yang hadir bakal dicabar dari aspek ketelitian dan berfikir luar kotak untuk melepaskan diri dari bilik berkunci !

 

 

DSC00093

Antara rakan-rakan blogger yang turut menyertai event AABC Hangout 2015 ni. Memang meriah sangat sangat !! Sebab ramaiii blogger yang hadir, dah macam reunion blogger dah haa ! Tak kurang juga sempat berkenalan dengan blogger-blogger lain. Haaa menguatkan ukhuwah komuniti blogger gituu..

 

 

DSC00100

Blogger yang hadir dibahagikan kepada kumpulan serama tiga dan empat orang. Ada lebih 10 kumpulan yang terbentuk ! Haa bayangkan berapa puluh orang blogger yang hadir tu yeee… ! Dari luar KL dan Selangor pun ada yang datang !! Dan di atas ni merupakan kumpulan aku.

 

 

DSC00111

Ehemmm… kekasih gelapku Mr Ray.. Gituuu…

 

 

IMG_9825

Okay untuk game Escape Room ni, mereka ada beberapa bilik dengan berlainan tema. Ini bermakna, lain temanya maka lain lah cara korang menghadapi cabaran macam mana nak lepaskan diri dari bilik berkunci. Macam kumpulan aku, kami dapat cabaran yang berkaitan dengan negara Malaysia. Jadi ada kami dipecahkan kepada empat bilik yang berbeza, tetapi bersambung dan kami kena selesaikan misteri dalam kotak. Bila semua dapat selesaikan, maka dapatlah keluar ! Tapi malangnya kami tak dapat keluarrr sebelum tempoh masa tamat…

 

 

IMG_9838

Selain daripada main Escape Room, pihak AABC telah menyediakan beberapa permainan selingan yang memang mengundang keriuhan para bloggers dan gelak tawa sampai keras perut ahaha ! Yang aku tengah tutup mata ni haa game kena cari kunci atas lantai. Tapi mata ditutup ! Haa acanor tu !

 

 

DSC00124

Daripada game ESCAPE ROOM dan juga permainan selingan, setiap kumpulan mengumpul mata. Tetapi memandangkan ada 3 kumpulan dengan keputusan seri, jadi mereka kena selesaikan teka teki untuk merebut hadiah utama. So siapa yang terer dapat selesaikan tekan teki niii ???

 

 

DSC00149

Yeahhh tahniah Tatie (tengah) dan kumpulan telah memenangi acara keseluruhan dan melayakkan diri memenangi beberapa hadiah termasuk tiket penerbangan dari AIR ASIA !! Wowww seronok lah bercuti lepas niii !

 

 

DSC00160

Haaa ramai kan bloggers yang datangg !! Ini pun tak semua ni masuk frame ni ! Seronok tau berjumpa semula rakan-rakan blogger yang dah lama tak bersua muka. Ada juga bertemu dengan blogger yang selama ni hanya kenal menerusi alam maya.. Ada juga berkenalan dengan kawan baru. Alhamdulillah.. Memang satu hari yang sangat menyeronokkan !

 

 

DSC00182

Ya ampunn betapa pantas masa berlalu sampai tak sedar dah berapa tahun tak bersua muka dengan blogger sador Ben Ashaari.. !! Beliau ni antara blogger yang aku kenal masa aku mula-mula nak aktif blogging. Haa gituu. Kalau pergi event ke blogger hangout ke, ade je abang Ben ni. Gambar kami berjaya di-photobombed oleh rakan blogger. Ahakss !

 

 

DSC00171

Ini dia geng PROJEK TRAVEL yang turut memeriahkan acara AABC HANGOUT 2015 ini. Semangat mereka semua pakai baju sama ! Haa aku pun dah ada satu tshirt dorang ni, boleh lah melaram sedondon dengan dorang lepas ni yaa !

 

 

DSC00185

Baiklah.. sebelum melabuhkan tirai untuk entry acara AABC HANGOUT 2015 ni.. aku dan Budak Lelaki Sebelah Pintu (memandai je aku wakilkan Hizami haha) nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada salah seorang ahli PR Team untuk AABC ni iaitu Ashman yang sempoi ! Terima kasih di atas jemputan ! Seronok sungguh beraktiviti macam ni. Next time ajak kami jalan jalan naik kapal terbang pula ya ? Ehhh !!!

 

Apa-apa pun.. acara AABC ini memang best !! Tahniah diucapkan kepada team AABC kerana berjaya menganjurkan acara yang meriah dan seronok kali ni (cakap macam dah banyak kali join je kan HAHA). Harap dapat join lagi selepas niii ! Terima kasih AIR ASIA, AABC dan Escape Room Berjaya Times Square KL !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem !


2 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay