Assalamualaikum..
Oh my Melbourne !! Semangat pulak aku nak sambung entry percutian ke Melbourne nii.. Ohh yaaa… masa DAY 1 punya entry aku lupa nak cerita macam mana boleh aku ter-bercuti(???) ke Melbourne ni.. Nak dijadikan cerita, masa MATTA Fair tahun lepas, harga tiket ke Melbourne turun, ohh ya kami pilih flight MAS sebab free luggage capacity, lepas tu include meal and etc.
Masa nak beli tiket flight tu, aku tak boleh nak buat visa sebab nya aku punya passport dah nak expired ! So untuk visa semua tu, aku kena renew passport dulu. Serius busy nau hidup aku sekarang.. takde masa nak pergi renew. Bila aku balik kampung baru aku ade masa renew passport, aku renew kat Pahang laa haaaa… Jadi, bila masa nak beli tiket tu, tiket aku je yang dah naik harga. Sadis betul.. Tapi duit tiket dah prepare, so beli lah jugak kan..
Untuk hari kedua kami di Melbourne, jam 7 pagi dah terpacak depan hotel ! Haaa sebab apa ? Sebabnya hari kedua ni kami mendapatkan perkhidmatan pemandu pelancong di Melbourne untuk bawa kami ke beberapa tempat. Kami gunakan perkhidmatan abang Hamzah dari XPLOREVIC. Ye kawan-kawan, nama abang pemandu pelancong ni Hamzah, beliau orang Malaysia, study kat MRIT kat Australia sana, dan kini menetap di Australia. Beliau dah beberapa tahun tinggal di sana.
Pagi hari kedua kami di Melbourne di sambut dengan hujan yang agak renyai renyai, sekaligus merendahkan lagi suhu sekeliling.. Masa kami pergi bulan April hari tu cuaca kejap sejuk kejap cool je.. mungkin sekitar musim luruh kan. Haaa ambil pakej dengan XPLOREVIC ni, korang boleh custom order.. Maknanya korang contact je abang Hamzah ni, bagitahu tarikh korang berjalan tu dan bagitahu nak pergi mana.. haa nanti abang Hamzah ni pandaila arrange to meet your needs
# TARIKAN DI MELBOURNE : PUFFING BILLY RAILWAY #
.Yeahhh pagi pagi kami dah sampai di PUFFING BILLY RAILWAY ! Kami nak naik keretapiiii.. lalala.. perjalanan dalam sejam kot nak sampai ke sini, dengan cuaca sejuk kat luar lagi, aku rasa aku tidor kot dalam minivan abang Hamzah ni. Hahaha.. Oh ya, kalau ambil pakej dengan XPLOREVIC ni, tiket masuk ke tempat korang nak pergi, makan tengahari pun include dalam pakej.
Haaa nampak takkk ? Nak naik keretapi pun settle ! Siap siap dah abang Hamzah ni book kan satu coach untuk kitorang berenam ! Padahal satu coach keretapi ni boleh muat lebih ramai orang. Gituuu.. But we don’t mind sharing :)
Haaa nampak tak kaki yang bersibai kat luar train ni ? Selamba je semua orang… Siap dorang cadangkan lagi sibai kaki kat belah sini sebab nanti dorang lalu jambatan ni.. So ala ala thrilled la kan masa lalu atas jambatan. Dengan aku sekali duk bersibai kat tepi tingkap train ni.
Sebenarnya laluan Puffing Billy ni jauh lagi, tapi kami nak pergi ke tempat lain pulak. So kami turun di perhentian pertama iaitu MENZIES CREEK. Tapi puas hati lah dapat merasa jugak kan naik keretapi… Kat stesen yang ini pun ramai jugak yang naik dari sini..
Great timing ! Dapat bergambar depan keretapi sekali dengan asap dia ! Hahaha… Thank you abang Hamzah koboi ambikkan gambar !
# TARIKAN DI MELBOURNE : GRANTS ON SHERBROOKE #
Perkenalkannn… inilah dia abang Hamzah koboi ! Kenapa koboi ? Sebab susah nak nampak abang Hamzah ni tanggal topi koboi dia. Hahhaha sorry bang ! Jangan mareee…So apa kita buat kat Grants On Sherbrooke ni ? Siap pegang dulang bagai. Nak jadi gadis / jejaka dulang majlis kawin siapa ni ? Haha !!
Kami ke sini untuk bird feeding ! Haa burung kakak tua warna putih ni paling banyak kat kawasan ni. Tapi ada masa jika takde rezeki, burung ni dah malas nak terbang turun. Dia duk je ataih pokok sana.. Nasib menyebelahi kami alhamdulillah banyak pulak burung yang mai kat kami sebaik kami mengangkat dulang berisi makanan. Kalau dulang hantaran kawin letak burung kakak tua macam ni okay dak ? Haha !!
Hahaa burung ni main hinggap je kat kepala orang la.. bahu orang laaa…
# HALLAM MOSQUE #
Sebelum meneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya, abang Hamzah bawak kami ke Hallam Mosque untuk solat jamak. Lepas tu, sepanjang perjalanan aku banyak tido je dalam kereta. Nak main phone sangat pun pening kepala..
# MARU KOALA & ANIMAL PARK #
Nampak tak betapa suke nya aku sampai kat tempat ni Muehehee…
Lepas tiket settle, masuk je tempat ni nampak anak kangaroo albino. Haa sebab tu dia putih jee takde kaler coklat ke apa… Elok pulak dia duduk senyap kat situ.. Kami bergambar dengan dia, dia buat derkkk aje laa..
Antara aktiviti yang korang boleh buat kat sini. Layan kangaroo yang nak makan… Layan burung unta… tapi bila part Koala… adoyaii bukan rezeki kami lahh nak merasa tengok koala dekat-dekat, jauh sekali dukung koala ni… sebabnya dia tengah sedap tido weyh masa kami sampai tu ! Hahaa…
Di satu bahagian lain kat Maru Koala & Animal Park ni. Dorang ada slot di mana dorang akan demonstrate bagaimana cara dorang cukur bulu kambing biri biri ni… Siap pilih pilih lagi kambing mana yang dia nak cukur… Last last dia pilih yang paling besor paling gemok hehe… Masa last tu aku mintak bergambar dengan dia, sekali dia letakkkk bulu kambing biri-biri yang masih segar lepas dicukur tu atas riba akuu ! Haha mau nye tak teriak aku !
# PANNYS : PHILLIP ISLAND CHOCOLATE FACTORY #
Ahaaa kami buat apa di siniiii…
Yeah bebehhh penat berjalan dari pagi sampai lah waktu tengahari ! Yeee makanan di sini ada elemen masakan India tapi memang sedap ! Portion dia banyak sesuai dengan harga. Ohh harga aku dah tak berapa ingat.. Dan makanan di sini halal ye.. Kenyang sungguh makan kat sini… satu pinggan tu boleh ambil dua jenis lauk, dua jenis sayur. Amboi tak muat perut aku yang comel ni !
Yang best nya kat kilang coklat ni, ada tempat pameran interaktif. Boleh try google atau search kat youtube.. Rasanya ada video video pengunjung kat kilang ni. Paling best ada bahagian games.. Kalau menang 1 game, dapat satu bola kayu.. pastu boleh redeem free chocolates ! Setiap pengunjung boleh redeem maksimum 6 biji coklat je ! Siapa yang dapat lebih tu kami bahagi-bahagi sesama geng kami haha ! Siap ada bahagian buat coklat sendiri. Yang penting coklat ni sedappppp dan tahan lama walaupun tak letak dalam peti !
# THE NOBBIES, PHILLIP ISLAND #
Ahaaaaa memang best siniii.. boleh tengok rumah rumah penguin ! Tapi tak nampak laa penguin nyee.. sebab penguin pulang petang ! Hahaa.. Kat sini angin fuhh agak kuat sebab atas bukit dan tepi laut pulak tu kan. Tapi masa ni boleh tahan lagi laa sebab tu aku pakai sweater biasa je.
Kami bersiar-siar kat sini sementara tunggu waktu petang.. Lewat petang nak ke senja nanti ada pulak nak tengok penguinnn hehehe…
# PENGUIN PARADE - PHILLIP ISLAND NATURE PARKS #
Hahahha eh ehh tutup muka pulakkk… gapo dio nak malunyaa !
Kami datang sini nak tengok perarakan penguin pulang petang ! Gelap je hari, mula lah berduyun-duyun penguin naik ke pantai untuk pulang ke sarang masing-masing. Masuk je ke kawasan penguin tu naik pantai, semua kena duduk di tempat ayng disediakan, tak boleh dekat dengan penguin, agar penguin tak rasa terancam. Macam mana penguin naik pantai tu, boleh lah korang tengok kat video promo Penguin Parade ni yeee.
And actually kat PHILLIP ISLAND NATURE PARKS ni ada banyak aktiviti.. cumanya kami beli tiket hanya untuk penguin parade sajor.. dan tiket tiket kena beli awal supaya tak berebut… abang Hamzah tour guide kami nak ambilkan tiket yang dah siap dibeli online pun kena beratur hokehh. Berapa ramai orang yang datang nak tengok penguin tuu..
Masuk kedai cenderamata kat sini memang rambang mata… banyak sebenarnya benda aku nak beli, tapi kan pergi ke Aussie ni aku bawak duit yang agak limited. Aku silap tukar duit.. so aku bawak sikit je.. nak beli apa apa kena berkira dulu hahaa..
# MAKANAN HALAL DI MELBOURNE : LITTLE IPOH #
Selepas puas tengok penguin semua terkedek-kedek balik sarang masing masing, kami terus pulang ke bandar… Huaaa penat ! Perjalanan hampir dua jam kot ? Aku tidoooo je ha ! Hahaha memang penat kot duk hyper je sepanjang hari. Masa untuk makan malam ! Kali ni abang Hamzah tour guide kite bawak ke restoran orang MALAYSIA !!! Hahahaa..
Suasana restoran LITTLE IPOH yang santai santai je.. macam suasana ruang makan kat rumah je.. Kitorang pun kemain mulut masing masing meriah nau, macam rumah sendiri je. Hahaa yang best nya owner Little Ipoh pun sporting ! Seronok jumpa orang Malaysia yang duduk luar negara sporting nii..
Makanannya ? Alhamdulillah sedappp… kenyang kami semua ! Haha puas hati alhamdulillah.. sebab kami rasa harga pun agak affordable…so kami suke nak rekemen kedai LITTLE IPOH ni kepada warga Malaysia yang nak ke Melbourne. Boleh like Facebook page Little Ipoh atau pergi terus ke website Little Ipoh Restaurant ni untuk maklumat lanjut okay !
Oh yaaa… pasal travel guide tuu… ini dia instagram XPLOREVIC. Sebenarnya kawan aku yang berurusan dengan abang Hamzah tu dalam arrange jadual dan lokasi nak pergi apa semua.. Haaa so kalau korang ada pertanyaan ke apa silalah berhubung terus dengan pihak XPLOREVIC ya ! Komfem meriah sebab abang Hamzah ni cepat belajar orangnya. Tak sampai satu hari pun dia dah pandai membahan aku, belajar dengan dak dak lain la ni. Kekekee…
Okay lahhh see you in next entry !
XOXO,
Putewi Hensem
Oh my! Best ah dapat pegang kangaroo!
BalasPadamdekat ausiee ramai student malaysia. senang nak cari makanan halal insyaallah. and their people pun tak islamophobia.
BalasPadamhye nisa..bersibai tu apa ek? Hahahaha
BalasPadamDear,
BalasPadamBoleh dapatkan nombor telefon/FB Abg Hamzah?
Thanks.
How much u oll hbis pkai tourist guide nii
BalasPadam