Assalamualaikum…
Terima kasih kerana masih sudi mengikuti Nisa dalam perjalanan innisfree Green Tour 2015 di Korea ni ! Hehee alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini dan memang menyeronokkan ! Jommm kite ke lokasi seterusnya. Selepas melawat Flagship Store di Gangnam, kami di bawa makan tengahari. Memang syiok dapat makan makanan tradisional Korea.. Hari seterusnya… kami dibawa bersiar-siar di kawasan Bukchon. Haaa siap bagi kami clip lens ni untuk bergambar !
Kawasan Bukchon ni sebenarnya kawasan yang menampatkan rumah-rumah yang masih kekal dengan rekaan tradisi masyarakat Korea. Walaupun tempat ni banyak dilawati pengunjung dan orang duk bergambar semua.. tapi seeloknya jangan sesuka hati masuk rumah orang atau buat bising.. sebab rumah ni semuanya ada penghuni ! Haaa jejaga uolss.
Ahaaa pertama kali sampai di Bukchon ni, haruslah melompat lebih tinggi dulu kan kan ? Sebab masa bercuti ke Korea tahun 2014 yang lepas, aku tak berpeluang untuk melihat-lihat kawasan ni… Hehee… Apa apa pun kalau datang sini pastu bawak photographer peribadi, memang best lah sebab banyak port lawa nak bergambar kat sini muehehe..
Ahaaa tersengih je semua walaupun semua mengah jugak mendaki bukit di kawasan Bukchon ni. Tapi seronok sebab pemandangan dari atas bukit yang lawa dan kawasan sekitar memang bersih.
Contoh rumah dengan rekaan tradisi masyarakat Korea.
Dah sampai atas bukit, Ini dia pemandangan sekitar kawasan Bukchon ni.. Ada banyak lagi kawasan yang cantik.. tapi tak berkesempatan merakam semuanya kerana asyik menatap je haha !
Baiklahh.. masa untuk turun ! Haa kena lah hati hati sikit sebab tangga nya agak curam.
Ahaaa kan dah kata kena datang sini dengan photographer ! Hahahaa…
Ahaaa turun je bawah, sampai kat Samcheong-dong ! Haha acanor tu. Magik nau nau !
Yeahhh tiba sudah kami di innisfree JEJU HOUSE, yang terletak di Samcheong. Selain di Pulau Jeju, pengunjung boleh datang je Jeju House yang terletak di Samcheong ni haa…
Macam biasalah.. memang best pergi innisfree Jeju House ni sebab susun atur yang kemas.. lepas tu ada beberapa produk yang memang jual kat JEJU HOUSE sahaja…
Peta ini jelas menunjukkan bahan-bahan utama produk innisfree didapati dari bahagian mana Pulau Jeju. Ini bermakna, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk innisfree merupakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya.
Tidak lepas dari konsep dan kempen kitar semula yang mereka amalkan, di Jeju House Samcheong ini juga menampilkan hiasan dalaman yang diperbuat dari botol plastik yang dikitar semula.
[ Lucky box and lucky coin ]
Menarik di JEJU HOUSE Samcheong ! Sesiapa yang membeli produk di outlet ini (termasuk pembelian di Green Café) akan menerima innisfree coin. Dengan innisfree coin ini, pelanggan layak mendapat pelbagai jenis hadiah, contohnya sample produk innisfree hingga ke produk bersaiz penuh. Wah wahh.. siapa dah datang sini jangan lupa beli barang tau !
Ahaaa ada juga gardening section… seperti kita sedia maklum, jenama innisfree itu sendiri dekat dengan alam semulajadi dan organik.
Green Café, innisfree Jeju House
Antara tarikan dan keistimewaan yang hanya ada di innisfree Jeju House ialah GREEN CAFÉ. Green Café ini hanya boleh didapati di cawangan Jeju House sahaja. Pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman yang diperbuat daripada bahan organik di sini dan jika anda suka tempat duduk di bahagian luar, anda boleh duduk minum dan menikmati udara segar !
Ahaaaa sempat jugak lah feeling kat sini wkwkwk…
Jadi untuk bahagian ini, penuh dengan kisah-kisah kami bersiar-siar di Seoul dan juga lawatan ke innisfree Jeju House, cawangan Samcheong. Di sekitar kawasan Samcheong ni jugak ada banyak coffee shops.. So boleh lah jalan-jalan kat sini sambil menghirup kopi hehee.. Jadi, nantikan bahagian seterusnya perjalanan Nisa bersama innisfree Green Tour 2015 ya !
XOXO,
Putewi Hensem.
Hepi jadi kamu.. muda2 dah bNyak tempat dah pergi.. tahniah
BalasPadamSalam Nisa Kay,
BalasPadamSeronok sangat tengok gambar tu tauuu.. Terasa ingin terus terbang ke sana.. :-)
bestnya pergi korea. tak sabar nak pergi jugak. hee
BalasPadam