Assalamualaikum..
Ahaaa selesai sudah perjalanan kita di sekitar innisfree HQ. Seronok kan tengok suasana dan budaya kerja orang Korea. Sesungguhnya bagi Nisa banyak yang kita boleh belajar dari orang luar.. cuma kita kena bersedia menerima perubahan ke arah lebih baik dan pemikiran kena lebih terbuka orang kata.. Hehee… Jadi, selepas lawatan pejabat innisfree, ke mana pulak kita ?
Oppa Gangnam Style ! Ahaha mood oppa gangnam terus menyerbu masuk ke pelusuk diri ini sebaik sahaja kaki melangkah turun dari bas. Ye semuaaa kami di bawa ke Gangnam untuk melawat innisfree Flagship Store. Memang cantik kan.. dari luar pun lawa !
Hiasan dalaman yang sangat cantik dan segar. Nampak luas dan bahagian atap nampak macam dalam green house je kan ? Ada feeling country pun ye jugak. Hehe honestlyyyy I love this kind of bright-looking store. Make me feel at so much ease and increase my shopping mood. HAHA !
Pameran hiasan botol yang menarik ! Sekali lagi… ia boleh dijadikan idea untuk hiasan dalaman. Cuma kitar semula botol dan jadikan ia barang hiasan. Dan di innisfree memang mereka mengamalkan konsep kitar semula dan produk mereka dihasilkan menggunakan bahan organik dan melalui penyelidikan yang menyeluruh.
Oh ya… masa kami ke innisfree Flagship Store ni, antara produk terbaru pada masa itu ialah innisfree Jeju Sparkling Mineral Essence. Hmmm macam menarik je kan produk ni kan.. Sedikit info mengenai essence ni – fungsi nya untuk mencerahkan kulit dan maintain skin elasticity. Ada banyak lagi produk dalam rangkaian Jeju Sparkling Mineral ni.. Mungkin you guys boleh check website innisfree atau Google to know more about this product ya :)
Baiklah jom jalan jalan sekitar innisfree Flagship Store ni ! Jika ada di antara pembaca yang pernah ke outlet innisfree di Malaysia (di Sunway Pyramid), mungkin kalian perasan yang produk-produk innisfree disusun mengikut FUNGSI PRODUK. Contohnya, untuk bahagian Cleansing Ranges, semua produk membersih kulit akan disusun satu tempat, begitu juga untuk fungsi Mosturizing atau Whitening/Brightening, produk dengan fungsi terbabit akan disusun satu tempat. Mudah untuk kita mencari produk yang kita inginkan.
One of my favorite part in the store ! The “Beauty Tools” section. I’m a fan of make up brushes and all that.. So I’ve been spending quite some time here. I already have concealer, lip and foundation brush. Looking forward to add my innisfree beauty tools collection very soon ! Selain berus mekap, mereka ada juga blotting paper, fake eyelashes dan span.
Great assistance from this beautiful staff at innisfree Flagship Store, Gangnam. She helped me with the application of blusher and share some info about the product. She suggested the best blusher shade for me. Kamsahamnida !
Kami para media dan bloggers berpeluang membawa pulang produk innisfree dan of course lah memang berbelah bagi nak pilih barang yang mana.. sebab banyak yang Nisa guna dan produk mereka memang best ! Organik dan rasa selamat je pakai.
Best nyaa dalam kedai pun ada taman ! Haaa ingat dalam hati je ke ade taman ? HAHA !!! Dalam innisfree Flagship Store di Gangnam pun ada innisfree GARDEN. Memang fresh sangat ! Dan barang yang dijual di bahagian innisfree GARDEN ni merupakan barangan yang dibuat daripada bahan kitar semula. How cool is it ?
Jom usha sikit… Barangan yang diperbuat dari bahan kitar semula dan barangan yang menyokong kitar semula. Haa faham tak ? Contohnya kertas, dibuat dari kertas yang dikitar semula. Kalau beg tu, korang boleh guna untuk pergi kelas atau pergi shopping barang so tak perlu guna beg plastik. Haa gitu !
Kannn banyak kali dah Nisa duk war-warkan mengenai kempen kitar semula yang innisfree jalankan ni. Jika anda pengguna produk innisfree, jangan lupa bawa botol produk yang kosong dan letak dalam bekas yang disediakan tau, outlet innisfree di Malaysia (di Sunway Pyramid) pun ada bekas khas untuk kitar semula botol dan bekas produk yang dah digunakan. Harap kalian semua support this good cause ya ! Kalau tak kitar semula pun, bekas produk boleh guna untuk tanam pokok kecik kecik macam dalam pic ni. Nice kan !
Selesai sudahhh waktu shopping di innisfree Flagship Store, Gangnam. Akhirnya dapat produk yang diinginkan setelah menimbang tara segala kemungkinan dan keinginan… wakakkaa… Banyak juga produk yang dibawa pulang. Thank you so much innisfree for being sooo generous!!
Yeayyyy jom bergambar di depan innisfree Flagship Store ! InshaAllah kalau ada rezeki lagi ke Korea, akan ku jejakkan kaki sekali lagi di flagship store ni ! Sebabnya ada beberapa produk yang mungkin tiada di Malaysia, hanya di Korea sahaja kan ? Akan Nisa kongsikan sekiranya Nisa ada produk innisfree yang hanya ada di Korea ya ?
XOXO,
Putewi Hensem
wah bestnya pergi hq innisfree
BalasPadamsaya pengguna innisfree
jemput baca entri
OH WATERPARK
Nisa!Iam so deeply amazed by your sponsored this time around, not counted my jealousy and eagerness to come along!
BalasPadam