Memaparkan catatan dengan label Cosmetic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cosmetic. Papar semua catatan

Khamis, 15 Oktober 2015

innisfree Green Tour 2015 – Korea Part 6

 

Assalamualaikum…

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (1)

 

Siapa baca innisfree Green Tour 2015 - Part 5 mesti tahu aku ke Jeju Island, dan singgah di pusat penyelidikan green tea.. Tahukah anda, seberang je dari pusat penyelidikan tu, terletaknya salah satu tarikan di Pulau Jeju iaitu JEJU HOUSE oleh innisfree .

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (2)

Sangat bersih, cantik dan aman damai je kat kawasan sekeliling Jeju House ni ! Memang sangat seronok dan sejuk je mata memandang. Udara yang segar dan angin sepoi-sepoi bahasa sangat ! Alhamdulillah.. Terima kasih Allah di atas cuaca yang sangat baik pada hari tu.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (3)

Antara keunikan di Jeju House ialah, hanya di Jeju House sahaja you guys boleh berkunjung dan mengisi perut di Organic Green Café ! Tapi ada makanan yang tidak boleh kita orang Muslim makan ya.. Jus buah boleh minum.. Kalau nak makan boleh beli fish cake atau rice balls yang datang dengan sup seaweed.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (4)

Jus buah-buahan yang sangat menyegarkan ! Nisa minum yang warna hijau tuuu..

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (5)

HANYA DI JEJU HOUSE korang boleh beli handmade candy ni tau.

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (6)

HANYA DI JEJU HOUSE anda boleh mendapatkan jem yang diperbuat dari bahan bahan semulajadi Pulau Jeju. Eksklusif tau haaa…

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (7)

Ini dia juadah makan tengahari Nisa di Organic Green Café, Jeju House, Pulau Jeju. Actually portion dia agak besar. So kalau perut kecik kecik tu boleh share berdua kot. Segumpal rice ball tu pun penat nak habiskan haha ! Jus pudina dengan berries tu pulak sangat menyegarkan dan menyamankan anak tekak !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (12)

Jeju House di Pulau Jeju ni sangat luas, besar dan selesa untuk para pengunjung. Ini pulak pameran antara unsur-unsur atau bahan-bahan utama yang terkandung di dalam produk innisfree. Dari hujung kiri sana, tangerine oil, green tea, bunga camellia dan bunga canola.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (13)

Bukan sahaja pengalaman melihat semua elemen yang Nisa sebut tadi di depan mata, malah boleh mendengar kicauan burung, hembusan angin bayu dan jugak bunyi air laut menghempas pantai. Sangat menenangkan dan membuat kita rasa dekat dengan alam semula jadi di Pulau Jeju.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (14)

See, touch, listen and smell. Semua anda boleh lakukan di sini, di JEJU HOUSE, Pulau Jeju, Korea. Yang ini pulak kami sedang bau haruman serta aroma bahan-bahan semulajadi dan jugak bunga-bunga yang ada di Pulau Jeju, dan semestinya yang digunakan di dalam produk innisfree. Sangat awesome.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (9)

Selain Organic Green Café, antara aktiviti yang boleh pengunjung lakukan ialah pembuatan NATURAL SOAP. Apa yang anda perlu buat hanyalah membeli pek bahan-bahan sabun yang anda inginkan. Anda boleh beli pek green tea, tangerine soap atau volcanic soap. Harga untuk satu pek ialah 15,000 won.

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (8)

Kemudian, lepas beli pek tersebut, anda boleh mulakan membuat sabun anda sendiri di tempat yang disediakan. Untuk satu pek tadi, boleh buat 3 biji sabun. Jadi anda boleh gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan sabun yang menarik !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (10)

Gigih tau nak uli sabun tu kasi sebati dengan serbu volcanic pore tuuu hahaha. Dalam pek tadi tu ada wet tissue untuk anda bersihkan tangan, soap base, serbuk volcanic pore dan jugak kerta serta sticker untuk packaging sabun setelah siap nanti.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (11)

Ini dua daripada 3 sabun yang aku hasilkan. Gituuu.. Ada jugak cop huruf dan corak di situ, jadi boleh buat ikut suka hati anda muehehe.. Bila dah siap, korang boleh bungkus sabun ni, boleh juga diberi kepada kawan-kawan atau keluarga sebagai cenderahati.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (15)

Oh yaa… saja lah nak share hehehe.. antara produk innisfree yang hanya boleh didapati di Jeju House sahaja ! Yang ini memang sangat eksklusif. Yang belah kanan dalam kotak warna putih tu merupakan pek eksklusif best-selling facial mask oleh innisfree. Ini bermakna anda boleh beli 5 jenis facial mask mereka yang paling best-selling dalam satu kotak ! Belah kanan dalam pek warna hijau pula merupakan travel pack eksklusif untuk rangkaian green tea series dari innisfree.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (16)

Essential Canola Oil ini pun boleh didapati hanya di Jeju House ! Ini bermakna kalau anda pergi ke outlet innisfree yang lain anda tidak akan dapat menemuinya ! Gituu.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (18)

Ahaaa terpampang besar besar haa.. Jeju House oleh innisfree ! Seronok sangat dapat luangkan masa dan juga buat pelbagai aktiviti kat Jeju House ni..

 

 

Jadi sesiapa yang nak bercuti ke Korea tu, boleh lah jadikan Pulau Jeju antara destinasi wajib dan juga jangan lupa singgah di Jeju House tau ! Boleh lah korang dapatkan produk innisfree yang hanya dijual secara eksklusif di Jeju House ni ! Ahaa baru lah limited gituuu. Juga buat kenang-kenangan dari sini…

 

Baiklah, selepas ke Jeju House ni, kami rombongan kami serbu pulak O’Sulloc Tea Museum yang terletak hanya di sebelah Jeju House ni aje. Tapi untuk itu kena tunggu entry seterusnya ya ? Banyak gambar nak share tu, jadi Nisa decide nak letak dalam entry berlainan sahajalah ya. Stay tuned readers !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Selasa, 15 September 2015

innisfree Green Tour 2015 – Korea PART 3

 

Assalamualaikum…

 

 

innisfree Green Tour 2015 (33)

Terima kasih kerana  masih sudi mengikuti Nisa dalam perjalanan innisfree Green Tour 2015 di Korea ni ! Hehee alhamdulillah semuanya berjalan lancar setakat ini dan memang menyeronokkan ! Jommm kite ke lokasi seterusnya. Selepas melawat Flagship Store di Gangnam, kami di bawa makan tengahari. Memang syiok dapat makan makanan tradisional Korea.. Hari seterusnya… kami dibawa bersiar-siar di kawasan Bukchon. Haaa siap bagi kami clip lens ni untuk bergambar !

 

 

 

innisfree Green Tour 2015 (34)

Kawasan Bukchon ni sebenarnya kawasan yang menampatkan rumah-rumah yang masih kekal dengan rekaan tradisi masyarakat Korea. Walaupun tempat ni banyak dilawati pengunjung dan orang duk bergambar semua.. tapi seeloknya jangan sesuka hati masuk rumah orang atau buat bising.. sebab rumah ni semuanya ada penghuni ! Haaa jejaga uolss.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (35)

Ahaaa pertama kali sampai di Bukchon ni, haruslah melompat lebih tinggi dulu kan kan ? Sebab masa bercuti ke Korea tahun 2014 yang lepas, aku tak berpeluang untuk melihat-lihat kawasan ni… Hehee… Apa apa pun kalau datang sini pastu bawak photographer peribadi, memang best  lah sebab banyak port lawa nak bergambar kat sini muehehe..

 

 

innisfree Green Tour 2015 (36)

Ahaaa tersengih je semua walaupun semua mengah jugak mendaki bukit di kawasan Bukchon ni. Tapi seronok sebab pemandangan dari atas bukit yang lawa dan kawasan sekitar memang bersih.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (37)

Contoh rumah dengan rekaan tradisi masyarakat Korea.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (38)

Dah sampai atas bukit, Ini dia pemandangan sekitar kawasan Bukchon ni.. Ada banyak lagi kawasan yang cantik.. tapi tak berkesempatan merakam semuanya kerana asyik menatap je haha !

 

 

innisfree Green Tour 2015 (39)

Baiklahh.. masa untuk turun ! Haa kena lah hati hati sikit sebab tangga nya agak curam.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (40)

Ahaaa kan dah kata kena datang sini dengan photographer ! Hahahaa…

 

 

innisfree Green Tour 2015 (41)

Ahaaa turun je bawah, sampai kat Samcheong-dong ! Haha acanor tu. Magik nau nau !

 

 

innisfree Green Tour 2015 (42)

Yeahhh tiba sudah kami di innisfree  JEJU HOUSE, yang terletak di Samcheong. Selain di Pulau Jeju, pengunjung boleh datang je Jeju House yang terletak di Samcheong ni haa…

 

 

Jeju House Samcheong Interior 2

Macam biasalah.. memang best pergi innisfree Jeju House ni sebab susun atur yang kemas.. lepas tu ada beberapa produk yang memang jual kat JEJU HOUSE sahaja…

 

 

innisfree Green Tour 2015 (43)

Peta ini jelas menunjukkan bahan-bahan utama produk innisfree didapati dari bahagian mana Pulau Jeju. Ini bermakna, bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk innisfree merupakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (44)

Tidak lepas dari konsep dan kempen kitar semula yang mereka amalkan, di Jeju House Samcheong ini juga menampilkan hiasan dalaman yang diperbuat dari botol plastik yang dikitar semula.

 

[ Lucky box and lucky coin ]

Menarik di JEJU HOUSE Samcheong ! Sesiapa yang membeli produk di outlet ini (termasuk pembelian di Green Café)  akan menerima  innisfree coin. Dengan innisfree coin ini, pelanggan layak mendapat pelbagai jenis hadiah, contohnya sample produk innisfree hingga ke produk bersaiz penuh. Wah wahh.. siapa dah datang sini jangan lupa beli barang tau !

 

 

Jeju House Samcheong Interior 5

innisfree Green Tour 2015 (45)

Ahaaa ada juga gardening section… seperti kita sedia maklum, jenama innisfree itu sendiri dekat dengan alam semulajadi dan organik.

 

 

Green Café, innisfree Jeju House

Jeju House Samcheong Interior 3

innisfree Green Tour 2015 (46)

Antara tarikan dan keistimewaan yang hanya ada di innisfree Jeju House ialah GREEN CAFÉ. Green Café ini hanya boleh didapati di cawangan Jeju House sahaja. Pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman yang diperbuat daripada bahan organik di sini dan jika anda suka tempat duduk di bahagian luar, anda boleh duduk minum dan menikmati udara segar !

 

 

innisfree Green Tour 2015 (47)

Ahaaaa sempat jugak lah feeling kat sini wkwkwk…

 

Jadi untuk bahagian ini, penuh dengan kisah-kisah kami bersiar-siar di Seoul dan juga lawatan ke innisfree Jeju House, cawangan Samcheong. Di sekitar kawasan Samcheong ni jugak ada banyak coffee shops.. So boleh lah jalan-jalan kat sini sambil menghirup kopi hehee.. Jadi, nantikan bahagian seterusnya perjalanan Nisa bersama innisfree Green Tour 2015 ya !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Copyright © Nisa Kay