Khamis, 17 September 2015

BEAUTY – Pilih produk yang sesuai dengan kondisi kulit anda !

 

 

Assalamualaikum…

 

Seringkali kita tengok ramai orang membeli produk kerana terpengaruh dengan iklan yang bergentayangan di laman-laman sosial. Tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang, ramai di antara kita yang membeli dan menggunakan produk yang dibeli. Tanpa kita tahu bahan yang terkandung, dan cara yang betul menggunakannya. Haa lepas tu mulalah viral kat laman sosial bila muka dah rosak pakai produk sekian sekian.

 

Sebenarnya, bila nak pilih rangkaian produk kecantikan ni, kenalah kita kenalpasti kondisi kulit muka kita. Bila kita pilih produk yang memang khas untuk kondisi dan keperluan kulit kita, barulah kulit kita akan dirawat dengan optimum. Kalau main langgar aje, memang lah kurang keberkesanan produk tu.. so tak boleh salahkan produk sangat kan ?

 

 

MACAM MANA NAK KENALPASTI KONDISI KULIT ?

Mungkin you guys boleh cuba seperti di laman WikiHow atau boleh jawab Skin Type Quiz nii…. Okay ?

 

 

Okayyy alang alang tu, Nisa nak perkenalkan korang dengan satu jenama yang mempunyai banyak rangkaian produk dan salah satunya mungkin sesuai dengan keperluan kulit anda !

 

                                      My skin is dehydrated and flaky                                         

Innisfree - Green Tea series

Moisturizing : Jeju Green Tea Line

Haa ini set yang Nisa tengah share sekarang. Before this Nisa percaya kulit Nisa ni oily. Tapi lepas Nisa pergi beauty counter, and masa tu baru tahu kulit Nisa agak dry.. so, Nisa cuba beli Green Tea serum dia. Memang best ! Sebab parut jerawat yang lama pun dah memudar dan mekap makin mudah lekat sebab kulit makin lembap. Oh ya, daun the hijau ni ditanam dalam suasana terbaik di Pulau Jeju dan diproses secara organik.

 

 

                               I have visible blackheads and oily skin                                 

Innisfree - Jeju Volcanic series

Pore Care : Jeju Volcanic Line

Bahan asli seperti “volcano scoria” tercipta apabila lava menjadi keras selepas letusan gunung berapi. Bahan ini baik untuk membersihkan pori-pori dan mempunyai keupayaan menyerap sebum. Antara ciri bahan “volcano scoria”  ini ialah anti-bakteria, nyah-toksin, membersih dan kuasa menyerap yang baik untuk membantu menyelesaikan masalah pori-pori.

 

 

                                      I want clearer and brighter skin                                          

Innisfree - Whitening Pore series

Whitening Care : Whitening Pore C Line

Rangakain yang ini mempunyai dwi-fungsi iaitu MENCERAHKAN kulit dan juga PENJAGAAN PORI-PORI.. Bahan produk ini diekstrak daripada buah tangerine dari Pulau Jeju dan jus dari buah ini mampu membantu memberikan pengguna kulit yang licin dan berseri.

 

 

                                      I want clearer and brighter skin                                          

Innisfree - Jejubija series

Trouble Care : Jeju Bija Line

Bahan utama untuk skin care line yang ni ialah Nutmeg yang mempunyai khasiat untuk anti-inflammatory dan jugak antibakteria, jadi rangkaian ini sesuai untuk kulit bermasalah, kulit sensitif. Selain tu, ia membantu meningkatkan imuniti kulit.

 

 

                             My skin is dry and lackluster from malnutrition                                 

Innisfree - Olive Real series

Nutrimoisturizing Care : Olive Real Line

Rangkaiin produk Olive Real ni memang untuk EKSTRA LEMBAPAN ! Ianya mengandungi minyak zaitun yang diekstrak segar. Kalau kulit memang kering melampau lampau boleh try pakai rangkaian ini okay !

 

 

                                          I have visible wrinkles                                      

Innisfree - Eco Science series

Wrinkle Care : Eco Science Line

Okay ini pulak natural anti-aging skin care line. Dihasilkan dari tumbuhan marin di Pulau Jeju dan mempunyai ciri-ciri untuk regenerate balik sel. Ia mempunyai kandungan antioksida yang tinggi, baik untuk anti-penuaan, memberikan kulit yang lebih elastic gituu ! Tumbuhan marin yang mengandungi vitamin A membantu dalam “skin regeneration”.

 

 

Ahaaa… ini adalah antara produk produk di bawah jenama innisfree . Jangan risau produk mereka semuanya organik dan mesra alam sekitar ! Jadi tak perlu takut kot mengandungi bahan kimia ke, unsur-unsur haiwan ke.. Takde okay… selamat untuk semua jenis kulit. Yang penting, kalian memilih produk mengikut keperluan dan keadaan kulit anda okay !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


3 ulasan:

  1. Macam pernah nampak produk ini, semua produk ini ada dijual di watson ke, kak nisa?

    BalasPadam
  2. @Nabihah Arrose

    produk Innisfree ni boleh didapati di outlet Innisfree di Sunway Pyramid.

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay