Assalamualaikum…
Wah wah kemain lagi kan seharian Nisa di Universal Studios Japan pada hari kedua Nisa di Osaka. Kisah pasal Universal Studios Japan (USJ) boleh BACA DI SINI okayy ! Baiklah, kisah bersambung pula.. Keluar je dari USJ tu kami menaiki shuttle van yang membawa kami terus ke hotel tempat kami akan menginap selama dua malam sebelum pulang ke Kuala Lumpur. Dan apabila sampai di hotel.. ini yang terjadi…
HEBAT KAN mereka??? Siap-siap print ucapan “selamat datang” dalam Bahasa Malaysia. Memang teruja lah kami sekejap bila nampak mereka ni tunggu di depan pintu masuk hotel. Mereka sangat friendly, sambut kami dengan ceria.. hilang kejap semua kepenatan tadi bermain sehari di USJ tadi.
Beg-beg baju kami semua mereka uruskan, kami dibawa terussss ke Kobe Grill sebuah bar yang terletak di tinggi nun di atas bangunan hotel. Haa tingkat berapa aku dah lupa ! Tapi memang best suasana di sini, nampak pemandangan malam yang sangat cantik, rilex je.. Oh ye, jangan risau, depa tak hidang kami alkohol.. kami minum jus sparkling ajee hehe.. Di sini mereka siap-siap beri kami kertas info mengenai hotel, voucher kolam air panas (onsesn), business card dan terus dibeli kad akses ke bilik. Beg kami pun siappp di bawa ke atas. Terbaik layanan mereka !
Okay jom usha bilik yang akan kami duduki selama dua malam di sini ! Wahhh excited nya masuk bilik ni. Luas dan sangat selesa ! Oh yaa bilik Nisa ni dapat view laut, tapi laut jauh la.. ada macam kawasan perindustrian kat belakang tu. Tapi a very nice view malam mahupun siang !
Antara kemudahan untuk penginap hotel ini.
Setiap bilik memang akan disediakan dua pasang yukata (pakaian seumpana kimono tapi lebih ringan dan kurang lapisan berbanding kimono, khas untuk musim panas) dan dua pasang selipar khas. Jadi, jika penginap ingin ke Kobe Rokko Onsen Hamaizumi (hot spring), boleh lah mengenakan yukata dan selipar ini, terus ke hot spring. Oh ye, mandi di hot spring di sini tak boleh pakai apa-apa tau haha !
Masa mula-mula masuk ke bilik ni aku tercari-cari jugak mana mini bar nya ? Cawan gelas, kopi, peti sejuk semua takda kaa? Haaa kemain kreatif dan berinovatif kan orang Jepun ni ? Bukak je almari haaa amek kau semua dalam tu ! Dalam tu lah wardrobe, peti sejuk, mini bar haha. Puas duk cari, dalam gobok rupanya !
Pencinta kopi mesti suka ni kann.. Nisa bukan coffee lover so yeah I don’t know how to operate this. Haha. Okay lah mari tinjau dalam bilik air pulak..
Ouhhh sabun, syampu dan conditioner cantik tersusun di samping gelas, dan dalam uncang kat sebelah tu merupakan hair dryer. Biasanya kalau syampu semua ni hotel letak satu-satu je kan, bila digunakan atau habis baru housekeeping gantikan. Haa kat Kobe Bay Sheraton Hotel ni dia letak siap-siap dua. Kot la nak guna lebih. Atau dalam bilik ada dua orang. Satu mesti tak cukup kan.
Bilik air yang luas dan selesa ! Apa-apa pun terima kasih tak terhingga kepada Kobe Bay Sheraton Hotel & Towers untuk penginapan dan layanan yang berbulan berbintang-bintang ni ! Selain dari bilik yang sangat selesa, fasiliti yang bagus, layana staff semua best ! Sangat friendly, they know simple English, I mean that is good enough dan cukup membantu.
Terima kasih sekali lagi ! Bagi yang berminat nak tahu lebih info mengenai hotel ni. boleh ke laman web di bawah :
http://www.starwoodhotels.com/sheraton/index.html
P/S : Kalau website keluar semua Bahasa Jepun, jangan lupa klik tab “English” ye !
XOXO,
Putewi Hensem
Kagum dengan penyambut tetamu hotel tu..
BalasPadam