Memaparkan catatan dengan label Female Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Female Blogger. Papar semua catatan

Khamis, 3 November 2016

Servis fotografi meletops dari Potiagraphy !




Assalamualaikum...


Haa lama dah rasanya Nisa tak berkongsi mengenai aktiviti Nisa sejak akhir-akhir ni.. Nisa kini kembali ke arena modelling haha ! Tapi Nisa buat secara freelance je la.. Bila ada masa, Nisa terima lah job.. kadang-kadang Nisa terima je job yang datang sebabnya rezeki kan.. sikit ke banyak payment tu lain cerita.. Yang penting, masih ada pihak yang sudi ambil Nisa jadi model. Alhamdulillah...


Baru-baru ini Nisa dilamar oleh sebuah syarikat laman web e-commerce ROOPAWAN untuk menjadi model kepada beberapa koleksi oleh vendor laman web terbabit. Haa pucuk dicita ulam mendatang orang kata.. dalam pada duk merindui musim-musim kegemilangan menjadi model muslimah dolu-dolu tuu, haa dapat pulak tawaran, terdahulu Nisa jadi model video klip untuk laman  ROOPAWAN  (boleh baca di sini).. 

Read More»

Isnin, 30 Mei 2016

NISAKAY KE KOREA 2016 | Air Asia X ft KTO (Part 1)




Assalamualaikum..


Buat kali ketiganya, Nisa menulis kembali blogpost ini dari mula, dari zero.. sebab blogpost yang dah simpan dalam draft hanya tinggal tajuk... semua yang lain HILANG. BLANK. POOFF.. NADA. Hurmmm down nya rasa ! Dah la nak kena submit pada klien ! Ni kena taip laju-laju pulakk.. Okay takpe, dugaan niiii.....





Okayyy move alonggg.... Sebenarnya Nisa nak share kepada semua mengenai perjalanan Nisa ke Korea pada bulan April yang lalu.. Trip ini dibawakan khas oleh Air Asia X dan Korea Tourism Organization (KTO). Haaa seronok sangat dan bersyukur teramat sangat bila dapat panggilan mengenai tawaran trip ni tau. Masuk tahun ni, kali ketiga dah Nisa jejakkan kaki ke bumi K-pop tersebut. Yang best nya, ketiga-tiga trip Nisa berlangsung pada bulan April ! 


Okay untuk mengetahui lebih info mengenai penerbangan Air Asia X ke Busan, Korea.. uolss boleh rujuk blogpost ini ya ! Nisa sertakan juga secara ringkasnya jadual kami sepanjang kami di Korea. Mungkin boleh dijadikan sebagai panduan serba sedikit. Harap bermanfaat ya !





Bebunga cherry blossoms yang "menyambut" kehadiran kami ke Busan. Sangat cantik menghiasi jalan-jalan di sini !



Baiklah.. to cut it short, penerbangan kami bermula sekitar jam 1 pagi ! Haa memang tidur sajalah di dalam kapal terbang kan. Jadi kami sampai di Gimhae International Airport, Busan sekitar jam 7 ke 8 pagi macam tu. Semua muka basi lagi haha ! Tapi kami segera cuci muka dan mekap lawa-lawa di dalam toilet. Siap tukar baju hokeh ! Dan kami pun terus menaiki bas yang tersedia untuk terus ke bandar Daegu, Perjalanan kami memakan masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam. Daegu merupakan bandar keempat yang terbesar di Korea Selatan tau !






Sepanjang 6 hari kami Korea, kami juga akan diiringi oleh seorang pemandu pelancong. His name is Spencer. Semasa perjalanan bermula, beliau menerangkan serba sedikit info mengenai kawasan-kawasan yang bakal kami lawati sepanjang minggi tersebut. I like him ! Good sense of humor, caring and also got lots of information about places we're about to go.





Lokasi pertama ! Kami singgah makan tengahari di Restoran Ulleungdo Haemultang (울릉도 해물탕), Daegu. Haa kemain tau nama dia ! Kalau Google nama ni akan jumpa.





Ini adalah antara hidangan yang kami makan di restoran tersebut. Jangan risau ye semua, untuk makanan yang halal.. yang pork free dan alcohol free, kalian cuma perlu hubungi pihak restoran terlebih dahulu dan boleh buat reservation dan pre-order makanan gitu.. Jadi makanan kami ni semua bertemakan seafood, nasi, sayur-sayuran dan sup sahaja. Sedap pun sedap !





Kami dibawa pula ke Suseong Lake, lokasi di mana kami menyaksikan pepohon cherry blossoms yang sedang mekar dengan cantik sekali di sepanjang tasik ini ! Ya Allah pertama kali tau menyaksikan bunga yang sedang berkembang indah macam ni depan mata ! Sangat teruja, sikit lagi nak melompat keluar dari bas haha !





Dan aku pun mulalah menghayati babak-babak drama Korea di saat aku melangkah perlahan di bawah bebunga cherry blossoms ini. Mood yang sangat romantik, nyaman dan indah. Gitu. Satu pengalaman yang sukar digambarkan dan juga pengalaman yang harus dialami oleh semua pelancong kalau ke Korea ! Musim bunga memang best sebab cuaca pun agak baik.






Selesai berangan di bawah rimbunan cherry blossoms, kami di bawa pula ke Seomun Market. Market ini dari luarnya mungkin bagi anda tiada apa, ye lah anda boleh lihat kedai-kedai barangan serbaneka, barangan lama dan barangan rumah. Tapi jangan kecewa dulu, anda masuklah ke bahagian dalam.. wallah ! Serba serbi ada ! Ada barangan rumah, pakaian, aksesori wanita, deretan gerai makanan aneka jenis dan banyak lagi !





Sekitar Seomun Market ini terdapat beberapa buah bangunan (plaza) yang di dalamnya seperti kompleks membeli-belah. Ada satu bangunan tu semuanya jual hanbok (pakaian tradisi masyarakat Korea). Di sini anda boleh menempah persalinan hanbok mengikut citarasa anda. Ini bermakna anda boleh tempah mengikut warna, material dan ukuran anda sendiri.





Nisa dan rakan-rakan blogger yang lain melangkah pula masuk ke plaza yang lain. Wahh di hadapan kami berderet-deret kedai-kedai pakaian (wanita terutamanya). Haa teruja betul kami ! Bersusun-susun koleksi pakaian yang sangat up-to-date di Korea, dengan pilihan warna yang menarik dan bermacam stail ! Harga pulak berpatutan, di sekitar 10,000won ke atas. Jadi kenalah pandai pilih ! Ini mungkin lokasi yang anda tidak mahu lepaskan untuk membeli belah pakaian ya !






Lokasi seterusnya merupakan antara tarikan popular di Daegu… iaitu E-World Daegu. Haaa apa dia E-World ni kan ? Di bawah ni ada sedikit info mengenai E-World Daegu yang Nisa dapati dari website Visit Korea :
  • E-World (formerly Wooband Tower Land) is a theme park built around Woobang Tower (Oct. 1987).
  • The area around the tower was remodeled as a European-style park and opened to the public in March 1995. 
  • It features a waterfall, fountains, lighting displays, and flowers, as well as rides, exhibition and performance halls, and restaurants. 
  • E-World has several plazas characterized by different themes; major plazas include Entry Plaza (at the park entrance), Central Plaza, Children’s Plaza (playground), and Young Town Plaza.

Dari bawah tadi kami terus ke menara di atas bukit menaiki kereta kabel. Pemandangan keseluruhan E-World boleh dinikmati dari atas, dan anda akan dapat lihat pepohon cherry blossoms yang menghiasi sekitarnya. Sangat cantik tau ! Terpana kejap akan keindahan bunga-bunga di sini, langsung terlupa yang Nisa ni gayat naik kereta kabel ! Hahaha...




Turun dari kereta kabel, kami berjalan menuju ke 83 Tower, antara tarikan yang ada di dalam kawasan E-World ini. Haa tinggi nau nau !! Menara ini tingginya 202 meter (312 meter dari paras laut). Wahh macam kelas geografi pulak dah haha.. Di bawah ni sedikit info mengenai harga tiket masuk ke E-World dan juga 83 Tower.



HARGA TIKET MASUK

[Individuals] 
Admission ticket (E-World+Free performance) : 
 Adults 16,000 won / Teenagers 10,000 won / Children 9,000 won   

Free Pass (E-World / 83 Tower + Free performance + Rides/Tower) : 
 Adults 33,000 won / Teenagers 29,000 won / Children 24,000 won   

[Nighttime discounted fare]  
Free Pass (Admission to Park + free performance + rides) :  
Weekdays 18,000 won / Sat, Sun & National Holidays 18,000 won 
* Adults, Teenagers and children pay the same rate.   

[People with disabilities & Men of national merit]  
Free Pass (E-World / 83 Tower + Free performance + Rides) :  
Adults 16,500 won / Teenagers 14,500 won / Children 12,000 won


Info lengkap boleh didapati di laman web Visit Korea (KLIK DI SINI)





Selain daripada menikmati pemandangan sekitar bandar Daegu dari observatory deck di 83 Tower, antara tarikan lain yang anda boleh kunjungi ialah Euroseum Art Gallery. Euroseum ini terletak di bahagian bawah 83 Tower. Haa kira macam trick eye museum lah tempat ni..




Antara gambar yang sempat diambil. haha. Banyak lagi sebenarnya.. tapi malas nak spam dalam satu blogpost, karang sampai esok pun uols tak habis baca hak hak !! Haa kiranya selepas seharian, kami akhiri hari pertama kami di Korea dengan aktiviti santai seumpama ini.. 





Sebelum pulang, kami berjalan kaki turun ke bawah dan nikmati pemandangan malam yang sangat indah dan romantik di sini. Wahh dah macam taman khas untuk pasangan bercinta la pulakkk... Sis taa kuadd... !! Tapi memang syok jugak lah layan perasaan nikmati suasana malam di sini, berlampu-lampu mengingatkan Nisa to our very own iCity in Shah Alam. Gituuu... Tapi di sini definitely a different feeling lah kan... 



I dont really have pictures untuk bahagian last-last sebelum balik tu.. But I think I managed to record some videos. Do watch and enjoy ya!




Sekian hari pertama di Korea. Kami pun segeralah pulang ke hotel untuk merehatkan diri dan bersedia untuk aktiviti pada hari seterusnya. Oh ya, malam yang pertama ini kami stay di Hotel Interbulgo Daegu. Maaf lah memang takde gambar sekitar hotel nak share.. Hehee apa-apa pun stay tuned for a series of blogpost mengenai trip Nisa ke Korea bersama Air Asia X dan KTO ya !










Read More»

Selasa, 29 Disember 2015

BEAUTY | VIDEO - Pertama kali mencuba face contouring !



Assalamualaikum...


Hahaa bila Nisa tulis tajuk entry ni, Nisa sendiri pun rasa seram ! Hahaha.... ye lah... FACE CONTOURING kott... seram sejuk je rasa nak berkongsi dengan semua. HAHAH !!! Nisa lihat teknik contouring di dalam proses mekap ni dah macam trend... Semua orang nak belajar, nak cuba, nak buat.. Set-set contouring (baik dalam bentuk krim atau powder) dijual secara meluas dan jenama-jenama kosmetik mula mengeluarkan set contouring masing-masing.


Nisa sebagai orang yang meminati mekap-mekap ni, of course lah taknak lepaskan peluang untuk turut sama join the bandwagon ye dak ! Haha dalam erti kata lain, Nisa pun nak merasa mengikuti trend jugak lah walaupun Nisa sebenarnya tak reti pun !!! Hahaa...






Ahahahaaa comot gilaaa kot !!!! Entah apa lah jadi. By the way... gambar di atas ni diambil semasa Nisa PERTAMA KALI mencuba buat teknik contouring. Ya ampun memang comot sangat kannn ! Hahaha setelah berhari-hari Nisa duk khusyuk mengkaji cara-cara contouring yang paling ringkas dan mudah diikuti di laman Instagram dan YouTube... akhirnya terhasil lah video ini!!




AMARAN : Ini memang PERTAMA KALI Nisa cuba-cuba teknik ini. Agak sukar sebenarnya pada awalnya tapi tu lah mengada nak try jugak kan.. Lagipun, apa yang Nisa buat dalam video ni kurang tepat tekniknya haha... So enjoy my video ya !





Hahahaaa serius masa edit video ni, Nisa duk berfikir kenapalah haaa Nisa buat ni hahahaha.. Hingga ke saat ini, Nisa dah beberapa kali menggunakan set contouring ni.. Nisa buat simple-simple je.. Kat atas dahi, bawah jaw line dan hidung tu tak buat sangat pun, biasa Nisa buat kat pipi laa.. Hahahaa ... Macam gambar di bawah niii... Nampak tak ada sikitttt la nampak acah-acah effect contouring di sittewww ahaks ! Nak jugak tu ! 




Ahaaa Nisa rasa Nisa akan practice lebih lagi kot untuk teknik ni.. Macam menarik pulak kan, Sebab contouring ni akan bagi effect pipi tampak lebih tinggi, ala-ala ada apple cheek ke apa kan.. And boleh buat effect wajah yang lebih slim gitu...





Oh yee... Untuk set contouring dan berus yang Nisa pakai dalam video ni, boleh rujuk instagram di bawah ye... Banyak berus mekap yang cantik-cantik, set contouring dan berus, dan macam-macam lagi lahh... Enjoyyy !





https://www.instagram.com/fsyn.my/








XOXO,

Putewi Hensem

Read More»

Ahad, 20 Disember 2015

TUTORIAL SHAWL - Gaya Shawl Ala Elfira Loy



Assalamualaikum...

























Ahaaa... Sebenarnya, gaya shawl ni orang duk panggil ala ELFIRA LOY maybe sebab Elfira masa mula-mula berhijab tu dia rajin mengenakan gaya sebegini.. Haa bila artis dah bergaya, orang ramai pun berpusu-pusu nak ikut sebab tengok dia pakai lawanyaaa...


Nisa pun tak ketinggalan nak mencuba. Sebelum tidur sekilas Nisa lihat tutorial shawl yang bermain di skrin henpon, tah pukul berapa Nisa tertidur Nisa pun tak sure. Haha.. Esok nya pergi event, Nisa cuba-cuba mengenakan gaya shawl ni. Ehh jadi pulak ! Padahal Nisa tengok video ni takdelah tengok sangat pun, Nisa tengok dengan mata separuh tertutup pulak tu haha.


Alhamdulillah percubaan pertama menjadi dan Nisa rasa serasi dengan gaya ni. Nisa suka sebab gaya ni menutup dada - namun ia bergantung kepada lebar shawl juga yaaa... Kalau pakai shawl yang lebar, memang akan dapat hasil yang menutup dada macam ni. Sooo jom tengok tutorial versi Nisa pulak !







Heeee segan pulak rasanya.. macam dah lama tak buat tutorial shawl macam ni.. Banyak juga permintaan buat tutorial shawl ni instagram, di twitter.. Nisa sangat sangat hargai ingatan dan sokongan penonton video-video Nisa yang terdahulu... Sekarang bila dah free sikit dan ada kemudahan tu,





Kepada mereka yang dah tengok video Nisa ni dan mencuba style shawl ni, boleh kongsikan dengan Nisa di Twitter Nisa ya ! Nanti Nisa RT style kalian tu yaaa... Oh yaa.. style macam ni nampak lebih berbeza dengan style ringkas dan biasa yang kita pakai setiap hari tu kan, so boleh lah pakai untuk ke majlis-majlis tertentu seperti dinner, acara dan juga kenduri-kendara gituuu... Apa-apa pun HAPPY TRYING ya !







XOXO,

Putewi Hensem

Read More»

Jumaat, 11 Disember 2015

Power betul sale kat Lazada Malaysia ni !



Assalamualaikum…






SIAPA TAK SUKA SALE ???!!! Haaa memang mengujakan jugak lah bila bukak je laman sosial sejak dua tiga hari lepas kemain meriah seluruh alam maya dengan jualan besar-besaran yang dijalankan oleh laman web online market place terkemuka di Malaysia tak lain tak bukan Lazada Malaysia !







Macam biasalah, bila hujung tahun kan, semua nak turunkan harga, semua nak buat sale gila-gila ! Haaa Lazada Malaysia pun taknak lepaskan peluang tau ! Banyak sungguh promosi menarik dan juga tawaran eksklusif yang akan berlangsung selama TIGA HARI jeee bermula 10 Disember sehingga 12 Disember 2015 !! Jadi anda semua apa tunggu lagiii !! Kena cepattt ! Tak payah risau nak serbu shopping mall, minyak lagi, tol lagi, nak cari parking lagi ! Shopping secara online di  Lazada Malaysia lagi senang ! Banyak sangat pilihan produk !






Kalau nak tahuu haaa anda boleh menikmati tawaran harga menarik sewaktu “Flash Sales” atau Jualan-Jualan Kilat yang akan berlangsung setiap satu jam. Ia akan bermula dari 8 pagi hinggalah 11.59 malam selama 3 hari berturut-turut! Selain daripada itu, terdapat juga permainan “Spin The Wheel” yang menawarkan para pengguna bertuah dengan baucar-baucar yang menarik! Nak tahu dengan lebih lanjut klik banner di atas !
 


 
Ada tak di antara pembaca blog Nisa ni penggemar tegar Domino’s Pizza??? Haaa tawaran best untuk korang ! Setiap kali anda membeli-belah di Lazada, anda akan menerima baucar “Buy 1 Get 1 Free” Domino’s Pizza! Klik banner di bawah laju-laju untuk info lanjut okay !


 
 



Berbalik kepada jualan hebat oleh Lazada Malaysia tadi.. serius lah rambang mata sungguh sebab banyak sangat produk di laman web Lazada Malaysia yang diturunkan harga gila-gila punyaaa ! Memang berbaloi-baloi ! Ini lah masa nak dapatkan gajet atau peralatan elektronik idaman, koleksi fesyen kegemaran, produk mekap dengan harga berpatutan dan banyak lagi lah ! Sempat jugak Nisa usha beberapa produk yang menarik perhatian.. antaranya :


 

Haaa memandangkan ramai yang tanya Nisa, Nisa pakai kamera apa kalau nak ambil gambar.. Ini lah kameranya ! Sony Alpha A6000 ni selain di outlet rasmi Sony, kalian boleh beli di laman web Lazada Malaysia, dengan harga sale lagi tu ! Murah dah niii, gambar pun cantik, video berkualiti ! Nak tengok spesifikasi lanjut atau nak beli, boleh KLIK SINI LAJU-LAJU okay !







Wahhh produk mekap dari Korea yang tengah hangat di pasaran ni pun anda boleh beli di Lazada Malaysia ! Dengan potongan harga yang memang menarik ! Haaa tergugar kejap sesambil menaip ni hahaha.. Nak beli ? KLIK KAT SINI PULA okayyy ?






Ahaaa ini mungkin membuatkan para gigirl di luar sana tidak keruan ! Set correcting dan contouring ! Alalalaa Nisa pun rasa gerammm nak order ni ! Potongan harga sehingga 50% pulak tu ! Set concealer pallete ni sekali dengan berus mekap sebatang ! Haaa berbaloi sangat tu harga RM25.01 sahaja !! Alahaiii geram pulak nak klik “add to cart” hahaha.. Usha dengan lebih lanjut DI SINI OKAY !





ANDA BLOGGER ? SUKA TRAVEL ?



Istimewa buat para blogger, Lazada Malaysia juga turut manganjurkan pertandingan dan hadiah berupa AirAsia BIG Points dan wang tunai sehingga RM600! Kalau anda ingin tahu lebih lanjut, anda boleh klik link ni secepat mungkin yaaa  http://goo.gl/KtivN7 !! Pssstt kalau menang AirAsia BIG Points tu memang sakan la melancong lepas ni ! Seronoknya !




Jadi apa yang dimenungkan tu lagi ? Segeralah ke laman web Lazada Malaysia untuk jualan kaw-kaw best nyaaa ! Harga junam ! Tak payah keluar rumah yeayy hahaha !!! Jangan lepaskan peluang, last day untuk shopping dengan harga runtuh ialah pada 12 DISEMBER 2015 !!!











XOXO,
Putewi Hensem



Read More»

Khamis, 10 Disember 2015

BEAUTY | VIDEO – LA Splash Liquid Lipstick Swatches

 

 

Assalamualaikum…

 

A Beautiful Purple Lipstick For Dark Skin/ Marie In Purple Lipstick By Angel Jordany / Purple Lipstick For Dark Skin

 

Sebelum tonton video Nisa.. apa pendapat korang para pembaca mengenai lipstick berwarna PURPLE ? UNGU ? Yes ungu terang.. Mungkin sesuatu yang sukar dibayangkan kerana lipstick berwarna ungu terang begini bukanlah biasa digunapakai oleh rakyat Malaysia.. Kalau ungu gelap tu, rasanya ramai dah berani pakai.

 

Baru-baru ni Nisa ada beli lipstick berwarna UNGU terang ni.. sebab apa ? Sebab macam cantik menarik tertarik kau memang debomm ehh ! Haa gitu. Sajalah nak create kelainan kan, sebabnya kat US dah berleluasa dengan jayanya trend dan kegilaan terhadap lipstick berwarna janggal seperti biru, oren, hijau dan putih ! Haa di Malaysia sukar nak tengok orang pakai. Kalau ada, mesti diberi pandangan pelik oleh orang sekeliling ye dakkk..

 

 

Ini dia video nyaaa.. So girls and guys ! What do you think ?? For me tak salah nak bergaya dengan lipstick berwarna janggal.. Tapi biar kena dengan pemakaian, tempat dan acara. Jangan pulak pergi majlis pengebumian pakai lipstick warna janggal ! Nanti dipandang sini orang sekeliling pulak kann Haaa…

 

So I’m looking forward to try more and more lipsticks especially dari jenama luar seperti Lime Crime, Jeffree Star dan banyak lagii.. Jika ada mana-mana seller lipstick dari US yang nak berkolaborasi dan Nisa feature kan dalam vlog Nisa, jangan malu jangan segan emel Nisa di nisakay2012@gmail.com yaa ! Muahx!

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Rabu, 9 Disember 2015

EVENT – Hello Kitty Gourmet Café Grand Launching

 

 

Assalamualaikum…

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (1)

Wahhh sudah beberapa lama Nisa peram entry mengenai event ni ! Hahaa okay sorry yaa.. Busy sangat mengejar dateline itu ini sampai kan lupaaa haaa mana satu kena update dulu ni. Aiyarrkkk !!! Apa apa pun, pada sesiapa yang berminat nak baca kisah-kisah travel Nisa, boleh klik sini –> TRAVEL. Okay jom sambung kisah kafe comel ni !!

 

 

“Styled on a chic Parisian café with atmospheric pastels and Kitty's iconic pink, you will be transported to a world of sweet romance and sophisticated flavours.”

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (2)Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (3)

Seperti ramai yang sudah sedia maklum, HELLO KITTY GOURMET CAFÉ (HKGC) kini telah pun rasmi dilancarkan dan beroperasi di salah satu pusat membeli-belah terkemuka Lembah Klang iaitu Sunway Pyramid. Terletak di bahagian hadapan pusat membeli-belah tersebut, pengunjung perlu parking di dalam mall, kemudian berjalan turun ke Ground Floor, dan keluar di pintu yang berhampiran dengan H&M untuk ke kafe ini.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (4)

Terima kasih teramat sangat kepada crime partner untuk acara grand launching tempohari yakni sis Neyra Shazeyra yang sudi berkongsi suka duka, penantian dan meredahi lautan kereta semata-mata untuk sampai ke HKGC Sunway Pyramid ini. Muahahaa… You know what happened :P

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (5)Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (10)

Wahh teruja sebentar dengan kemunculan Hello Kitty ketika majlis pelancaran berlangsung. Tapi sayang tak sempat pula nak bergambar dengan karakter pujaan ramai ni. Kemunculannya cuma seketika, cukup menceriakan mata yang melihat.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (9)

Acara dimeriahkan dengan pengacara majlis yang petah dan sempoi. Oh ya, majlis bermula agak lewat berikutan dengan kesesakan jalan raya. Maklumlah, masa tu waktu puncak orang balik kerja.. Jadi trafik jem tu tak payah bayang la kan macam mana hehe.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (8)

Antara dekorasi unik di dalam HELLO KITTY GOURMET CAFÉ, Sunway Pyramid.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (6)

Sempat lahh berangan sepam dua muahaha. Maklumlah dekorasi café ni sangat sangat sweet.. semua serba pink, memang kena sangat dengan tema pakaian aku pada malam itu. Muehehe…

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (12)Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (13)Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (14)

Antara hidangan bakeri dan pastri yang boleh pengunjung nikmati ketika datang ke HKGC ini ! Nyums nyumss… para sweet tooth mesti suka sangat dengan tempat ni ! Dah lah cantik, Lawa ni kalau instagram kan haha ! Makanannya pula alahai semua comel-comel dan kelihatan sangat lazat !

 

Apa ?? TAK SUKA DESSERT ?? Baiklah, tak mengapa, HKGC turut menawarkan hidangan makanan barat seumpama pelbagai jenis pasta, salad, steak, burger, sandwic dan bermacam lagi !! Pendek kata, HKGC ni bukan sahaja port lepak minum kopi sambil makan dessert, malah sesuai untuk sarapan pagi, makan tengahari serta makan malam. Jika ada yang nak buat private function pun boleh buat di sini !

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (11)Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (18)

Antara hidangan dan kopi serta teh panas yang kami nikmati malam itu. Memang layan betul makan-makanan di HKGC ni ! Atmosphere café ni pun best je. So girly, so chic.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (15)

Eh eh ade orang sekodeng pulak iols tengah nak pilih kek mana nak dimakan buat cuci mulut muehehee..

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (16)

Usai minum teh minum kopi semua, kami pun duduk lah berborak-borak sikit lagi sebelum masing-masing angkat punggung untuk pulang ke rumah masing-masing haha. Syok lah lepak sini !

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (17)

Eh eh terjumpa pula Cole kat acara ni.. I met him masa acara Air Asia Blogger Community 2nd Anniversary semasa di Bangkok beberapa bulan lepas. Tak sangka dia masih cam aku muahahaa.

 

 

Blog Nisakay - Hello Kitty Gourmet Cafe (7)

 

Oh yaa… bagi kalian yang ingin melihat-lihat dulu apa yang best nak order kat HKGC ni, boleh lah ke laman web rasmi HKGC Malaysia di sini : http://hellokittygourmet.com.my/ . Di laman web rasmi ini kalian boleh usha menu penuh HKGC siap dengan harga sekali. Haa mudah kan ! Dah boleh plan dengan kawan-kawan dan keluarga nak makan di sini.

 

Bercakap mengenai keluarga dan kawan-kawan.. haa sekiranya korang nak datang ke sini secara berkumpulan, atau nak datang pada waktu-waktu yang istimewa buat korang, boleh reserve awal-awal ye ! Bagaimana nak hubungi HKGC atau nak online booking ? Sekali lagi, pergi sahajaaa ke laman web http://hellokittygourmet.com.my/ okay ? Mudah jee !

 

 

Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak HELLO KITTY GOURMET CAFÉ di atas jemputan untuk acara ini !

 

 

 

SEMUA GAMBAR DI DALAM ENTRY INI KHAS DARI :
PIXELSHUTTER STUDIO

Like Facebook Page HERE

Follow Their INSTAGRAM Here

 

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Copyright © Nisa Kay