Assalamualaikum…
Baiklah dari Umeda Sky Building tadi kami terus naik tren, berjalan menyusuri sebuah shopping street kemudian ke Museum of Housing and Living Osaka. Bila sebut muzium, Nisa tidak lari daripada skeptikal di mana Nisa membayangkan sebuah muzium dengan bahan pameran yang biasa-biasa. Tapi bila masuk ke sini, kami semua terus dibawa ke belakang dan diminta untuk memilih yukata. Untuk perempuan, ada dua warna iaitu biru dan pink. Sebagai peminat warna biru, Nisa terus pilih biru dan seorang lagi blogger wanita iaitu Kelly memilih warna pink kegemaran beliau.
Tak tahu pakai Yukata ? Jangan risau, serahkan saja pada yang pakar. Untuk wanita, yukata ini seakan kimono, bezanya yukata ini khasnya untuk musim panas, ianya kurang lapisan berbanding kimono yang lebih berat dan tebal. Untuk memakainya pula memang kena orang pakaikan. Terus Nisa rasa teruja saat diri menyarung yukata. Memang ketat dia tarik kat bahagian perut huwaa kurus kejap haha !! Tak terfikir pulak tudung matching dengan baju masa ni !
Ahaaa sudah sampai masa untuk kami masuk ke kawasan muzium. Di sini ada beberapa peraturan dan peringatan. Dilukis dan ditulis menggunakan tangan pulak tu. Comel sangat haha ! Untuk mengambil gambar tiada masalah jika nak guna telefon bimbit atau kamera. Tapi TIDAK boleh bawa monopod atau tripod ! Ahaaa. Makanan dan minuman pun tak boleh bawa.
SEWA YUKATA
Siapa yang nak feeling-feeling Jepun boleh lah sewa sepersalinan yukata dengan harga 200yen untuk 30 minit. Persalinan yukata ini agak terhad, jadi siapa nak merasa pakai yukata datanglah awal ya. Kanak-kanak pun boleh pakai yukata akan tetapi, hanya kanak-kanak dengan ketinggian 110cm ke atas sahaja boleh pakai.
Ini diaaaa MUSEUM OF HOUSING AND LIVING OSAKA ! Muzium bukan sebarang muzium okay.. rupanya muzium ini merupakan muzium dengan rumah-rumah dan kedai dengan saiz sebenar ! Rekaan dalam muzium ini mengikuti binaan Jepun ketika era Edo sekitar tahun 1603-1867. Yang menariknya terdapat simulasi di mana suasana siang bertukar kepada petang, senja, seterusnya malam. Haaa kalau nak bergambar sakan baik datang awal.. Waktu siang di dalam muzium ini sangat baik untuk bergambar.
Contohnya gambar macam ni. Haa boleh lah feeling-feeling wanita Jepun muslimah berjalan-jalan di sekitar bandar Osaka gituu. Era ini juga merupakan era di mana bandar Osaka berada di satu tahap yang gilang-gemilang dan mahsyur.. Gituu. Sememangnya Nisa tak dapat menyangkal banyak juga yang memerhati aku memakai yukata tapi bertudung. Eceh perasan lak diriku ! Ahakk…
Terdapat sesetengah rumah yang membolehkan pengunjung masuk ke dalam untuk bergambar. Siap ada lighting lagi tau untuk beberapa photo spot. Contoh pic di atas ni, haa nak bergambar tu pastikan tiada orang lalu lalang di belakang. Ahaks !
Bergambar di hadapan sebuah rumah tradisional. Kami semua memakai yukata ! Segak nya masing-masing kan. Hikss !
Antara rekaan dalaman sebuah rumah di muzium ini. Ini merupakan contoh rumah bagi golongan yang agak berada. Senang kata, ni contoh rumah orang kaya ahaks !
Ini lah muzium yang kami duk sakan bergambar tu… yang ini versi miniatur.
Lebih info mengenai Museum of Housing and Living Osaka boleh ke laman web rasmi : DI SINI
Sungguh anda tidak akan mahu lepaskan peluang untuk kunjungi Museum of Housing and Living Osaka ini.. Ini lah tempat dan masanya untuk anda betul-betul menjepunkan diri anda dan bergambar di dalam suasana yang betul-betul Jepun ! Haaa berapa banyak Jepun daaa…
Ahaa masih tak boleh move on dengan yukata yang cantik sangat ni. Sangat sangat jatuh cinta dengan warna nya, coraknya.. tampak moden sangat pilihan warna dan corak bunga tu tau. Tapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisi masyarakat Jepun.
Teringin jugak nak beli sepersalinan. Kot boleh dibuat pakai untuk photoshoot ke kan. Ahaaa tapi malangnya harga sepersalinan ni boleh tahan jugak haha ! Nak pakai nanti tak reti, haa macam mana tu kan ? Apa-apa pun ada banyak lagi benda yang kita boleh tengok dalam bangunan ni, bukan muzium semata-mata. Boleh rujuk laman web ini untuk lebih banyak info.
Terima kasih AIR ASIA X dan Osaka Tourism Office untuk perjalanan kami hari ini !
XOXO,
Putewi Hensem
untung la ada orang sponsor travel. nice
BalasPadam