Assalamualaikum..
Ya Allah lama sangat dah nak share mengenai pengalaman yang sangat best bersama innisfree ni ! Lebih kurang dua bulan lepas kot, innisfree mengadakan sebuah BEAUTY PICNIC bersama blogger-blogger yang bertempat di Bangsar. Pndek kata acara ini merupakan satu aktiviti seumpama sedang berkelah, tetapi dengan makanan berkhasiat dan produk kecantikan terbaru dari innisfree yeayyy !
Seronok tak terkata pabila sampai je di lokasi acara berlangsung, kami disambut dengan susunan produk di atas meja. Every girl’s dreams nii !
Being extremely sweet as usual, innisfree prepared a name card for each of the picnic’s participants. Awww… they never fail to impress me even with the smallest gesture !
Girls bestfriend ! Makeup stuff ! Of course all from the brand itself.
Uh-oh ! Each girl who came need to come with a bare face ! If any one of them who came with makeup on, they need to clean their face right away using innisfree makeup cleansing products.
Oh yes, that include me of courseee..
Forgive my dark skin, I just came back from a trip that time !
Chilling out with some of the blogger friends who came.
“A beauty picnic is a form of inspiration for beauty lovers to meet and dedicate their time to appreciate the wonders of earth’s produce..” – Johnny Nam, innisfree Brand Manager.
“From Jeju Island in Korea, innisfree products are made form the island’s natural resources. Take the Sanbangsan Mountain as an example for innisfree‘s new range – the Sparkling Mineral..” – Purple Yap, innisfree Assistane Training Manager.
Taraaa ini dia rangkaian penjagaan wajah terbaru dari innisfree ! Semestinya ia diperbuat daripada bahan-bahan semula jadi yang didapati dari Pulau Jeju Korea. Khususnya untuk rangkaian innisfree JEJU SPARKLING MINERAL ini, bahan-bahan utama diekstrak dari Pergunungan Sanbangsan, Menggunakan air berkarbon dari kolam air panas, rangkaian ini mampu meresap jauh ke dalam kulit wajah, membantu kulit untuk meningkatkan penyerapan oksigen dengan lebih efisyen.
LANGKAH PERTAMA : innisfree Jeju Sparkling Mineral Powder (RM8.00/30g)
Untuk membersihkan muka, buka paket pertama serbuk mineral (berwarna biru) dan larutkan ke dalam air sebanyak 1 hingga 1.5 liter di dalam sebuah mangkuk. Setelah larut, bukak paket kedua (berwarna putih), tambah ke dalam air dan kacau.
Rendam muka selama dua hingga tiga minit dengan mata tertutup ya ! Kita akan rasa seperti fizzy bubbles sensation pada kulit wajah kita, seakan-akan kesan urutan sparkling ! Yang best nya, kita dapat lihat kulit wajah kita mencerah selepas wajah kita dibasuh menggunakan air sparkling mineral ini ! Jangan lupa bilas wajah dengan air suam !
LANGKAH KEDUA : innisfree The Green Tea Seed Serum (RM90 / 80ml)
This is a MUST !! Di rumah pun Nisa memang menggunakan innisfree The Green Tea Seed Serum ni sebaik sahaja lepas cuci muka. Memang sangat best ! Memberikan lembapan dan meresap pantas ke kulit. Kulit serta-merta rasa segar sangat !
LANGKAH KETIGA : innisfree Jeju Sparkling Mineral Skin (RM79.00 / 200ml)
Ahaa sebenarnya “skin” ni seakan toner juga. Penyegar wajah. Toner ini bebas ethanol tau ! Dalam erti kata lain, ianya bebas alkohol ! Selamat dipakai semua. Sapu ke wajah menggunakan cotton pad dan ia akan meresap jauh ke dalam kulit wajah untuk membantu melicinkan kulit wajah agar produk yang kita pakai pun diserap dengan baik.
LANGKAH KEEMPAT : innisfree Jeju Sparkling Mineral Essence (RM110.00 / 70g)
Ianya mengandungi lebih 70% kandungan sparkling mineral water. Dengan teknologi Micro Sparkling, produk ini dengan mudah akan menyerap masuk ke kulit wajah kerana teksturnya yang sangat ringan dan halus. Membantu kulit agar sentiasa bersih, dan lembap.
LANGKAH KEEMPAT : innisfree Jeju Sparkling Mineral Lotion (RM79.00 / 160ml), or innisfree Jeju Sparkling Mineral Cream ( RM110.00 / 50ml)
Sebenarnya kedua-dua lotion dan cream ini sebenarnya mosturizer. Tapi kalau untuk oily skin, lebih sesuai pakai yang mineral lotion, manakala kalau dry to combination skin boleh pakai yang mineral cream. I use the mineral cream one. Memang mudah serap dan ianya memberikan double-layer of moisture all day long.
LANGKAH KELIMA : Jeju Sparkling Mineral Mist ( RM52.00 / 80ml)
I loveee this ! Mist ni untuk instant hydration. Memang segar sangat kulit muka bila spray mist ni kat muka. Kalau kulit wajah tu kering memang wajib ada mineral mist ni dalam handbag. Boleh spray ke muka bila-bila rasa muka kering. Boleh jugak digunakan sebelum atau selepas mekap. Haa hari tu kami guna sebelum mengenakan mekap.
Untuk mekap yang tahan lama, serta coverage yang bagus, jangan lupa innisfree Long Wear Cushion ni ! Harganya sekitar RM80.00 gitu. Boleh beli online atau menerusi outlet-outlet innisfree di sekitar Kuala Lumpur (Sunway Pyramid, Paradigm Mall dan Pavilion KL). Memang best sangat long wear cushion ni, senang nak apply dan ratakan di muka.
All by innisfree ! Seronok sangat mekap-mekap pakai produk nii hehee.. Sayangnya tak berkesempatan pulak nak ambil gambar full makeup hehe.. Sebab semua tak sabar untuk aktiviti seterusnya di bawah kelolaan owner lokasi acara iaitu Organica Lifestyle.
Yeayyy our own healthy jar ! Kami diajar bagaimana nak pilih dan mix sayur-sayuran yang mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan. Nyumyyy!
Seterusnya kami DIY sparkling water ! Yeahhh thank you to innisfree we each got ourselves this limited edition sparkling water bottle. Campur bahan-bahan yang disediakan, taraaa siap dah healthy detox drink !
Yang istimewa mengenai Organica Lifestyle, mereka sediakan kami juadah yang sangat sedap, tapi semuaaanya healthy food ! Yeahhh trust me, semua tu organic, takde perisa tiruan, takdee. Biasa orang fikir healthy food ni tasteless lah apa lah, tapi di sini, tanggapan tu semua bagaikan menjauh pergi. Buktinya, homemade nachos dengan guacamole dip mereka menjadi pilihan utama kami, siap berulang makan haha !
Terima kasih sekali lagi kepada pihak innisfree untuk event yang santai dan menyeronokkan ni ! Sememangnya sesuatu yang sangat sangat lain dari yang lain ! Ehemmm innisfree Malaysia akan menyambut ulangtahun pertama mereka ! Tak sabar nak menyambut dan meraikannya bersama team innisfree Malaysia !
XOXO,
Putewi Hensem
wah,bestnya! Teringin juga nak pergi event2 macam ni. Heheh xD
BalasPadamhi kak! nak tahu macam mana nak jadi macam akak? hehe i mean macam mana akak boleh di invite? akak jadi vip member ke?
BalasPadam