Assalamualaikum...
Minggu lalu Nisa berkesempatan menghadiri acara pelancaran sebuah produk yang diberi nama Dew Amor Signature by Nizam. Kerrrlasss kan betapa internasional nya nama produk ni ! Haaa dah macam nama produk dari luar negara kan ? Hakikatnya Dew Amor Signature ni dikeluarkan oleh -seorang anak muda tempatan yang sangat-sangat buat Nisa terinspirasi. Haa kenapa ? Teruskan membaca entry ini ya !
Taraaa ini lah dia minyak wangi terbaru keluaran tempatan - Dew Amor Signature by Nizam. Excited kejap bila Nisa sampai kat dewan, disambut dengan bau yang sangat harum.. seperti bau bunga ros.. tapi ianya bukan sekadar rose. Bau yang cukup feminin, ada sense of elegance di situ..
Minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ni diinspirasikan dari haruman bunga ros dan blossom. Disertakan juga bahan-bahan seperti vanilla, musk dan amber yang menjadikan pemakainya tampil lebih yakin, segar, harum dan anggun. Minyak wangi ini tahan berjam-jam lamanya ! Dan ianya sangat sesuai dijadikan hadiah dari suami kepada isterinya, dari lelaki kepada teman wanitanya, mahupun hadiah kepada seorang sahabat.
Haaa menyentuh kembali mengenai kisah Nisa yang terinspirasi tadi... Nisa nak berkongsi kisah dengan mereka yang masih belum mengetahui... Pengasas syarikat dan minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ini merupakan orang yang sama yang anda lihat di dalam gambar di atas. Ye.. adik Mohd Khairul Nizam Wahiddin merupakan seorang insan kelainan upaya. Apa yang buat Nisa terharu dan terinspirasi adalah di mana dengan kemampuan yang sangat terbatas, adik Nizam ni masih mampu membangunkan empayar sendiri dan kini melancarkan produk minyak wanginya sendiri.
Berada dalam dunia perniagaan juga membuatkan Nisa pernah mengalami jatuh bangun, sakit perit dan sebagainya.. semuanya demi bergelar usahawan. Namun mungkin takdir masih belum menentukan nasib Nisa, rasanya macam nak give up tu sangat tinggi dalam diri ni.. Tapi melihat adik Nizam tersenyum di atas pentas, dengan jenama yang dibawanya iaitu Dew Amor Signature.. buat Nisa rasa terpukul dek perangai sendiri yang nyatanya tidak bersyukur dengan apa yang Nisa ada.
Nisa rasa terinspirasi dari adik Nizam ni agar Nisa lebih terus kuat dan tidak berhenti mencari jalan usaha untuk capai apa yang Nisa nak.. Ternyata ada hikmah ya mengapa dalam ramai-ramai blogger, Nisa jualah yang Allah izinkan untuk terpilih bersama beberapa rakan blogger lain meraikan pelancaran produk ini. Alhamdulillah...
Dalam usia yang muda (adik Nizam ni umurnya jauh lebih muda dari Nisa!), adik Nizam dah mampu melancarkan sebuah jenama yang tampak seperti punyai peluang cerah di dalam pasaran tempatan. Semasa pelancaran, turut hadir meraikan majlis adalah rakan-rakan dan keluarga adik Nizam. Tahniah adik Nizam !
Majlis turut dimeriahkan dengan celoteh dari pengacara majlis iaitu Haiza. Alaaa yang masuk Gegar Vaganza tu... kini Haiza juga turut menjadi penyampai radio di stesen radio baru iaitu KoolFM. Haaa semasa majlis pelancaran Dew Amor Signature by Nizam, Haiza turut menyerikan majlis dengan nyanyian beliau.. antara lagu yang disampaikan ialah Bintang Kehidupan dan Dag Dig Dug.
Ahaaaa... sejujurnya Nisa suka sangat minyak wangi ni. When it comes to perfume, kawan-kawan rapat and adik Nisa pun dah tahu, Nisa sangat cerewet bab minyak wangi. Tetibe boleh sensitif lak hidung ni kalau dapat minyak wangi yang tak diminati. Nisa tak suka bau yang terlampau kuat, yang "tajam" seolah-olah menusuk rongga hidung. Tapi bila bau minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ni... Nisa jatuh cinta sebab baunya yang tidak kuat sangat, tapi tidak soft sangat.. Something in between gitu.. Ada sense of confidence, elegance, feminine.. semua dalam satu botol.
Rekaan botol dia pulak memang lawa. Nampak eksklusif gitu.. diserikan dengan bunga berwarna pink ewah ewah memang kegemaran wanita ni...
Pada hari pertama dapat perfume Dew Amor Signature by Nizam ni, Nisa letak paper bag di atas sofa.. Pulang dari kerja keesokan harinya adik Nisa tanya, boleh tak kalau dia nak ambil perfume ni. Haha amboiii adik Nisa pun suka rupanya ! Ternyata bau dia best hehe.. Tapi sorry dik, akak dah berkenan dulu hew hew hew... Masuk opis, cuba lah sembur sikit , mak aih satu opis melekat bau harum Dew Amor Signature by Nizam ni .
Haaa tunggu apa lagi tu ? Dah boleh dahh beli minyak wangi ni ! Sesuai sangat dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja ! Mak, adik, kakak, teman wanita, isteri.. sahabat.. semua lah ! Tidak kira apa acara sambutannya, apa acara pentingnya, jadikan minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ini penghias jalan cerita anda. Ecewahh !
HARGA ; RM199.00 (Harga jualan potongan 50% - RM99.90)
Laman web : https://dewamor.com.my/
Facebook Page : https://www.facebook.com/dewamorsignature
Instagram Rasmi : https://www.instagram.com/dewamorofficial/
SAMPLE PERCUMA ? Siapa nak dapatkan sample percuma haruman Dew Amor Signature DI SINI okayyy~
XOXO,
Putewi Hensem
hye sis, kak lea tau jenama ni pun masa tgk buletin utama. apalagi terus emel untuk dapatkan sampel percuma :)
BalasPadamBaguskan..Orang yang tak sempurna seperti kita lebih berjaya daripada kita..semoga bisnesnya semakin berkembang hingga ke peringkat antarabangsa..
BalasPadambuka blog, tengok ada entry baru, trus eksaited bila baca pasal perfume, tgok price rm199 (kwjadahanya) last2 tgok ada sampel prcuma, lagi lagi eksaited... haha ( nak cuba try test dptkn bnda ini ) hoho
BalasPadamnisa dah serupa tasha shila dah..yoshhh
BalasPadam