Memaparkan catatan dengan label Minyak Wangi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minyak Wangi. Papar semua catatan

Selasa, 23 Julai 2019

Buat minyak wangi sendiri! Bauan lebih personal dan unik dengan VIVACEE!



Assalamualaikum...

Haaa bukan main busy lagi ya semua.. Walaupun raya dah habis, tetap dapat jemputan ke rumah-rumah terbuka. Amboii beraya lebih sebulan ya nampaknya? Memandangkan semua masih dalam mood nak saling berkunjungan, memenuhi undangan jamuan dan sebagainya, haaa mestilah nak tampil wangi-wangi dan yakin kan kan kannn???? Tapi nak sesuatu yang MAMPU MILIK dan juga bauan yang UNIK !!



Sekarang ni dah mudah sangat-sangat sebab kita boleh customized perfume kita sendiri secara online! Dah siap je, siap boleh print nama pada botol, lepas tu tunggu parcel sampai depan rumah!! Haaa seronok sangat dapat pilih sendiri elemen-elemen kegemaran untuk dijadikan perfume! Bertambah yakin dan seronok nak keluar nanti. Mesti orang tertanya-tanya, perfume apa tu? Hehee.. Korang pun boleh ! Jom Nisa tunjukkan cara bagaimana nak customize perfume di laman web https://vivacee.co/.




Okay langkah pertama, anda hanya perlu ke laman web https://vivacee.co/ dan 
klik pada "CUSTOMIZE IT".




Klik "START MY JOURNEY" untuk memulakan proses customize minyak wangi anda!




Pilih sama ada anda ingin mencipta bauan MASCULINE atau aroma FEMININE.




Kemudian pilih waktu yang anda prefer. Contoh, anda nak create perfume yang sesuai untuk dipakai diwaktu siang atau malam, atau jenis wangian yang boleh diguna untuk sepanjang hari. Kalau jenis suka pakai wangian di siang hari, pergi kerja ke pergi meeting ke.. pilih DAY. Kalau Nisa, Nisa pilih NIGHT. Memang suka perfume yang khas untuk aktviti bersosial dengan kawan kawan di waktu malam!




Kemudian pilih pula jenis ACTIVITIES. Anda nak pakai perfume ni ketika bila ? Nak pakai waktu bekerja ke, waktu bertemu dengan orang ke, waktu keluar beriadah ke...




Pilih MOODS yang anda prefer daripada keempat-empat pilihan di laman seterusnya ini.




Anda sukakan aktiviti luar ? Anda seorang yang minimalis? Atau, gadis atau jejaka urban ? Haa pilih je mana satu personaliti anda! 




Baiklah, langkah seterusnya, pilih elemen elemen wangian yang anda nak. Jika anda move cursor pada setiap gambar, akan keluar dia punya explaination, jadi lebih mudah nak pilih elemen apa yang sesuai untuk wangian anda!




Dah nak siappp perfume anda! Lakukan confirmation lagi sekali berkenaan personaliti yang paling tepat untuk hasil wangian yang lebih meletop!!




Last step... tahukah anda, anda boleh letak NAMA pada botol perfume ni? Haa bertambah-tambah istimewa dan unik lah botol perfume anda nanti! Kalau anda customize kan perfume ini untuk orang (nak bagi surprise ke kan), boleh letak nama beliau! Siap dengan CUSTOMIZE MESSAGE lagi. Boleh la buat ucapan ringkas untuk diri sendiri atau untuk yang tersayang.




Selepas pembayaran dibuat, anda hanya perlu tunggu wangian anda siap dan sampai di hadapan pintu rumah! Mudah sangat!! Tak lama mana pun nak siapkan sebotol perfume! Bertambah best bila wangian tu kita customize sendiri ikut personaliti, gaya, dan kegemaran masing-masing! Bau pun tak sama dengan orang lain! Haaa best kan??




KENAPA ANDA JUGA PERLU CUBA CUSTOMIZE PERFUME DI VIVACEE?


WANGIAN UNIK
Kadang kala, kalau pergi kedai wangian.. susah nak jumpa yang betul-betul kita berkenan, kalau dah berkenan mahal sangat pula! Jadi, bila kita customize perfume, kita sendiri yang decide macam mana bau perfume tu nanti.

HARGA BERPATUTAN
Perfume yang kita suka di shopping mall tu mesti mahal... nak yang botol besar, bertambah mahal harganya!! Di Vivacee, harga wangian bermula dengan RM159 sahaja!!!

SESUAI DIJADIKAN HADIAH
Tak tahu nak bagi perfume macam mana pada teman istimewa atau insan tersayang ? Haaa customize perfume di laman web Vivacee, kemudian boleh letak nama penerima dan mesej untuk si dia! Nak customize untuk diri sendiri pun boleh je!





Jangan lupa ramai-ramai ke laman web https://vivacee.co/ untuk customize perfume masing-masing yaa.. atau pun hari ulang tahun atau harijadi insan istimewa makin hampir.. haa inilah saat yang tepat untuk anda customize perfume !


LAMAN WEB : https://vivacee.co/
INSTAGRAM : @vivacee_scents
FACEBOOK PAGE : VivacĂ©e



NISA KAY.



Read More»

Khamis, 8 Disember 2016

Inspirasi haruman antarabangsa, THE FEEY PERFUME !



Assalamualaikum..

Haa kalau bercakap mengenai perfume / haruman / pewangi ni kan.. memang ramai yang suka. Seolah menjadi trend pulak kan, nak cari perfume yang best-best so boleh pakai bila keluar. Tapi bagi Nisa, penting untuk kita memiliki haruman sebabnya dengan memakai perfume, akan meningkatkan keyakinan diri.. barulah tak segan nak berjumpa orang. Tapi jangan pulak tak mandi pagi tapi sembur perfume separuh botol ! HAHA...

Read More»

Rabu, 16 Mac 2016

Majlis Pelancaran Dew Amor Signature by Nizam



Assalamualaikum...





Minggu lalu Nisa berkesempatan menghadiri acara pelancaran sebuah produk yang diberi nama Dew Amor Signature by Nizam. Kerrrlasss kan betapa internasional nya nama produk ni ! Haaa dah macam nama produk dari luar negara kan ? Hakikatnya Dew Amor Signature ni dikeluarkan oleh -seorang anak muda tempatan yang sangat-sangat buat Nisa terinspirasi. Haa kenapa ? Teruskan membaca entry ini ya !






Taraaa ini lah dia minyak wangi terbaru keluaran tempatan - Dew Amor Signature by Nizam. Excited kejap bila Nisa sampai kat dewan, disambut dengan bau yang sangat harum.. seperti bau bunga ros.. tapi ianya bukan sekadar rose. Bau yang cukup feminin, ada sense of elegance di situ.. 





Minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ni diinspirasikan dari haruman bunga ros dan blossom. Disertakan juga bahan-bahan seperti vanilla, musk dan amber yang menjadikan pemakainya tampil lebih yakin, segar, harum dan anggun. Minyak wangi ini tahan berjam-jam lamanya ! Dan ianya sangat sesuai dijadikan hadiah dari suami kepada isterinya, dari lelaki kepada teman wanitanya, mahupun hadiah kepada seorang sahabat.





Haaa menyentuh kembali mengenai kisah Nisa yang terinspirasi tadi... Nisa nak berkongsi kisah dengan mereka yang masih belum mengetahui... Pengasas syarikat dan minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ini merupakan orang yang sama yang anda lihat di dalam gambar di atas. Ye.. adik Mohd Khairul Nizam Wahiddin merupakan seorang insan kelainan upaya. Apa yang buat Nisa terharu dan terinspirasi adalah di mana dengan kemampuan yang sangat terbatas, adik Nizam ni masih mampu membangunkan empayar sendiri dan kini melancarkan produk minyak wanginya sendiri.


Berada dalam dunia perniagaan juga membuatkan Nisa pernah mengalami jatuh bangun, sakit perit dan sebagainya.. semuanya demi bergelar usahawan. Namun mungkin takdir masih belum menentukan nasib Nisa, rasanya macam nak give up tu sangat tinggi dalam diri ni.. Tapi melihat adik Nizam tersenyum di atas pentas, dengan jenama yang dibawanya iaitu Dew Amor Signature.. buat Nisa rasa terpukul dek perangai sendiri yang nyatanya tidak bersyukur dengan apa yang Nisa ada. 


Nisa rasa terinspirasi dari adik Nizam ni agar Nisa lebih terus kuat dan tidak berhenti mencari jalan usaha untuk capai apa yang Nisa nak.. Ternyata ada hikmah ya mengapa dalam ramai-ramai blogger, Nisa jualah yang Allah izinkan untuk terpilih bersama beberapa rakan blogger lain meraikan pelancaran produk ini. Alhamdulillah...






Dalam usia yang muda (adik Nizam ni umurnya jauh lebih muda dari Nisa!), adik Nizam dah mampu melancarkan sebuah jenama yang tampak seperti punyai peluang cerah di dalam pasaran tempatan. Semasa pelancaran, turut hadir meraikan majlis adalah rakan-rakan dan keluarga adik Nizam. Tahniah adik Nizam !





Majlis turut dimeriahkan dengan celoteh dari pengacara majlis iaitu Haiza. Alaaa yang masuk Gegar Vaganza tu... kini Haiza juga turut menjadi penyampai radio di stesen radio baru iaitu KoolFM. Haaa semasa majlis pelancaran Dew Amor Signature by Nizam, Haiza turut menyerikan majlis dengan nyanyian beliau.. antara lagu yang disampaikan ialah Bintang Kehidupan dan Dag Dig Dug.





Ahaaaa... sejujurnya Nisa suka sangat minyak wangi ni. When it comes to perfume, kawan-kawan rapat and adik Nisa pun dah tahu, Nisa sangat cerewet bab minyak wangi. Tetibe boleh sensitif lak hidung ni kalau dapat minyak wangi yang tak diminati. Nisa tak suka bau yang terlampau kuat, yang "tajam" seolah-olah menusuk rongga hidung. Tapi bila bau minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ni... Nisa jatuh cinta sebab baunya yang tidak kuat sangat, tapi tidak soft sangat.. Something in between gitu.. Ada sense of confidence, elegance, feminine.. semua dalam satu botol.





Rekaan  botol dia pulak memang lawa. Nampak eksklusif gitu.. diserikan dengan bunga berwarna pink ewah ewah memang kegemaran wanita ni...  






Pada hari pertama dapat perfume Dew Amor Signature by Nizam ni, Nisa letak paper bag di atas sofa.. Pulang dari kerja keesokan harinya adik Nisa tanya, boleh tak kalau dia nak ambil perfume ni. Haha amboiii adik Nisa pun suka rupanya ! Ternyata bau dia best hehe.. Tapi sorry dik, akak dah berkenan dulu hew hew hew... Masuk opis, cuba lah sembur sikit , mak aih satu opis melekat bau harum Dew Amor Signature by Nizam ni .





Haaa tunggu apa lagi tu ? Dah boleh dahh beli minyak wangi ni ! Sesuai sangat dijadikan hadiah kepada sesiapa sahaja ! Mak, adik, kakak, teman wanita, isteri.. sahabat.. semua lah ! Tidak kira apa acara sambutannya, apa acara pentingnya, jadikan minyak wangi Dew Amor Signature by Nizam ini penghias jalan cerita anda. Ecewahh !





HARGA ; RM199.00 (Harga jualan potongan 50% - RM99.90)


Laman web : https://dewamor.com.my/

Facebook Page : https://www.facebook.com/dewamorsignature

Instagram Rasmi : https://www.instagram.com/dewamorofficial/


SAMPLE PERCUMA ? Siapa nak dapatkan sample percuma haruman Dew Amor Signature DI SINI okayyy~










XOXO,
Putewi Hensem

Read More»

Copyright © Nisa Kay