Assalamualaikum..
Teruja rasanya setiap kali mahu mula menulis blogpost mengenai trip ke Kyushu, Jepun ini. Setiap hari kami di sana pasti Nisa sangat sangat menanti apakah lokasi seterusnya yang akan kami kunjungi. Begitulah perasaan apabila melancong ke kawasan yang belum pernah dijejaki. Baiklah... untuk hari ketiga kami di sini, kami dibawa ke sebuah taman yang sangat sangat cantik ! Macam tak percaya je.......
Sepanjang perjalanan ke sini, kami dibawa melalui deretan kedai, di celahan bangunan, dan rumah-rumah. Hmm apa agaknya lokasi seterusnya ini ya ? Apabila melangkah masuk ke pintu utama taman ini, rasa nak jatuh rahang ni duk ternganga je, sebab di hadapan kami terbentangnya sebuah pemandangan yang sangat hijau, nyaman dan indah ! Siapa sangka, ditengah bandar, di celah-celah bangunan.. kan ?
SUIZENJI GARDEN
- Terletak di tengah bandar Kumamoto
- Taman lanskap Jepun yang lengkap dengan kolam yang besar, bukit, binaan tradisional dan laluan yang dibina dalam bentuk mengelilingi (bulat)
- Dibina oleh keluarga Hosokawa pada abad ke-17
- Waktu Operasi : 7.30 pagi hingga 6.00 petang (sepanjang Mac ke Oktober) & 8.30 pagi hingga 5.00 petang (sepanjang November ke Februari)
- Caj masuk : 400 yen
Tarikan utama taman ini ialah lanskap indahnya. Bukit-bukit menggambarkan gunung-gunung seperti Mt. Fuji, kolam yang luas melambangkan lautan.. Selain itu, terdapat sebuah kuil iaitu Izumi Shrine di dalam kawasan taman ini dan ia dahulunya digunakan oleh keluarga Hosokawa. (sumber : Wikipedia). Alangkah lebih baiknya jika kami punya lebih waktu untuk mengamati dengan lebih lama keunikan taman ini.
Haa dah macam family portrait la pula kan ?? Kami berpeluang mengenakan pakaian tradisi bagi keluarga diraja dan yukata Jepun. Antara perkara yang wajib anda lakukan jika anda berkunjung ke Jepun. Pakaian mereka sangat unik dan kaya dengan intisari budaya kehidupan mereka. Seperti pakaian diraja yang Nisa kenakan, material yang digunakan sangat tebal, berat dan hasil kerja yang halus. Bagaimana ya agaknya orang beratus tahun dahulu hasilkan baju ?
WAKUWAKU-ZA
- Bangunan yang menyediakan kemudahan seperti pengalaman memakai yukata dan kimono.
- Pameran mengenai sejarah Kumamoto Castle.
- Tayangan video mengenai Kumamoto Castle dan informasi mengenai kerosakan yang dialami semasa gempa bumi.
- Aktiviti interaktif.
- Menyediakan maklumat mengenai tempat-tempat bersejarah dan budaya sekitar Kumamoto City dan Kumamoto Prefecture.
- Waktu Operasi : 8.30 pagi - 5.30 petang
- Bayaran Masuk : 300yen hingga 600yen (bergantung kepada kategori)
SAKURA-NO-BABA (SAKURAKOUJI)
- Menggambarkan kawasan bandar di sekitar istana yang bersejarah.
- Rekabentuk deretan kedai tradisional Jepun.
- Menawarkan kedai-kedai snek / makanan tradisi dari sekitar Kumamoto.
- Pengunjung berpeluang membeli barangan cenderahati di sini.
- Masuk percuma ke kawasan Sakura-no-baba. Dibuka bermula 9.00 pagi hingga 7.00 malam.
Picture credit to : Japan Guide |
Gambar diambil ketika lawatan kami ke Kumamoto Castle. Istana tradisional Jepun yang berusia ribuan tahun ini walau bagaimanapun tidak dibuka kepada pengunjung buat sementara waktu kerana kerosakan besar yang dialami ketika gempa bumi baru-baru ini. Jadi buat sementara waktu, proses baik pulih sedang dijalankan.
KUMAMOTO CASTLE
- Mempunyai perkarangan istana yang sangat besar dan pelbagai bangunan istana.
- Menawarkan pengalaman istana paling lengkap di Jepun. Mengambil masa 7 tahun untuk dibina.
- Dibina sejak 1607, kebanyakan bangunan di dalam kawasan istana telah dibina semula.
- Antara istana paling terkenal di Jepun. Dibina oleh Kato Kiyomasa yang memerintah kawasan ini pada awal abad ke-17.
- Sekitar 800 pohon cherry blossoms ditanam di sekitar istana, menjadikan ia destinasi popular ketika musim bunga. (Sekitar akhir Mac hingga awal April)
Kita semua maklum di negara Jepun ini, kapasiti penduduknya bukanlah dipopulasi oleh ramai penganut Muslim. Justeru dengan itu, sukar untuk kita lihat kemudahan seperti tempat solat dan restoran halal di negara ini. Namun alhamdulillah banyak kemudahan terkini membolehkan kita melancong ke Jepun dengan selesa. Lihat saja senarai kedai-kedai makan sepanjang blogpost Nisa di Kyushu, Jepun ni. Pelancong sudah boleh menempah makanan mesra Muslim.
Beralih kepada kemudahan untuk menunaikan solat pula.. Kami berkesempatan berkunjung ke Kumamoto Islamic Centre dan turut sempat bertemu dengan dua orang pelajar dari Malaysia yang sedang menyambung pelajaran di sini.
KUMAMOTO ISLAMIC CENTRE
- Alamat : Kurokami 5-5-2, Chuo-ku, Kumamoto Shi Kumamoto Ken, 860-0862, JAPAN
- Menjalankan aktiviti berkomuniti untuk penganut Islam yang lain seperti solat Jumaat, solat sunat Aidilfitri dan Aidiladha dan sebagainya.
- Pusat komuniti bagi pelajar beragama Islam di kawasan berhampiran.
- Menyediakan ruang bilik yang boleh disewa di tingkat 3.
- Menjalankan pelbagai aktiviti seperti amal jariah, seminar dan sesi pembelajaran Fiqh (sumber : KIC Japan)
Kalau melancong tu tak sah lah kan kalau tidak membeli-belah. Kalau tidak membeli cenderahati buat keluarga dan rakan-rakan di tanah air, pasti kita menginginkan sesuatu buat hadiah kepada diri sendiri. Haa Nisa selalu macam tu, reward diri sendiri je.. Hehehe.. Lokasi seterusnya.. kami ke Tosu Premium Outlet.
TOSU PREMIUM OUTLET
- Rekaan seni bina yang mengingatkan Nisa kepada JPO, tetapi saiz outlet ni dua kali ganda lebih besar dari JPO.
- Pelbagai butik berjenama dan kiosk jualan ditawarkan. Harga jualan yang pada perkiraan Nisa boleh tahan jugak lah (mengambilkira matawang Jepun yang tinggi)
- Lokasi : 8-1, Yayoigaoka, Tosu-Shi, Saga, 841-0005 Japan
- Waktu Operasi : 10.00pagi hingga 8.00 malam
- Untuk lebih maklumat sila rujuk laman web Tosu Premium Outlet
Kami pulang ke hotel yang terletak betul-betul di Canal City Shopping Centre yang terletak di Hakata, Fukuoka. Haa masaklah macam ni, shopping lagi ! Haha Nisa dan rakan-rakan sempat juga bersiar-siar di sekitar pusat membeli-belah ni. Terdiri daripada beberapa bangunan dan menawarkan banyak sangat kedai, butik dan restoran.Waktu operasi bermula 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Untuk lebih maklumat, boleh rujuk laman web Canal City ini.
Sekian... tamat sudah hari keempat kami di Kyushu, Jepun. Sayu pulak nak habiskan tulis blogpost mengenai perjalanan di sekitar Kyushu ni.. Semestinya trip ni bakal menjadi kenangan terindah dalam hidup Nisa, dan blog ini sebagai diari untuk abadikan kenangan.. gitu.. esok kami akan terbang pulang ke Malaysia dahh.. Oh ye, ada satu entry khas Nisa akan tulis iaitu mengenai MAKANAN HALAL yang kami makan sepanjang di Kyushu ! Nantikan ya.
NISA KAY.
Cantik sangat pemandangan hijau macam ni.. Lagi syok kalau dapat duduk petang2 sambil hirup udara segar. Harap sgt one dapat p tempat kak nisa pergi ni! Fall in love sgt dah!
BalasPadamruang solat pun dah selesa. mmg terbaik lah
BalasPadamAkak memang suka tengok gambar2 pemandangan yang dik Nisa ambil sepanjang lawatan adik ke kyushu Jepun...
BalasPadamtengah scroll gambar satu2 n ternampak premium outlet... wahh terus berpinar biji mata... haha... ye laa sape yang tak suka pegi premium outlet.. tak beli pun janji dapat cuci mata... lagi satu saya suka tgk kedai traditional tu. sebab nak cari yang unik selalunya kat kedai2 macam ni...
BalasPadambila tengok ada kemudahan utuk orang islam, barulaa lebih semangat nak pegi sana... tapi masalahnya bilaa ekk?? hmm bawak laa saya.. hehe
Waaaa terpikat dengan Suizenji Garden. Hijau jaaa, memang seronok jalan-jalan dan bergambar di garden tu. Semua tempat yang nisa pegi saya suka dan this city is muslim-friendly.
BalasPadamNisa shopping apa di NPO?
BalasPadamNisa shopping apa di tosu Premium Outlet? Coach murah tak di situ?
BalasPadamTeringin nk menikmati keindahan di semua tempat2 menarik di jepun
BalasPadamUntung dpt pkai pakaian tradisional jepun..
BalasPadamSuizenji garden♡♡♡ haih memang minat garden2 ni. Hope dapat g sana one day
BalasPadamAs salam nisa,semua tempat2 yg nisa tunjuk cantik sngt...teruja nya,teringin nak pki kimono,shopping dan alhamdulillah tempat solat yg selesa ada disediakan di kumamoto islamic centre..
BalasPadamKat Kyushu seronok shopping atau jalan2 hehehe Bukan saje Kyushu, province lain kat Japan memang cantik dan bersih! good sharing Nisha, tq.
BalasPadambagusnya tengah tengah bandar ada taman..cantik pula tu..
BalasPadamOMG bestnya nisa kay dpt travel ke Jepun.. tringin sgt nak pgi Jepun especially at Japan.. trutama skali tringin nak pgi Shinjuku Gyoen National Garden and Tokyo Disneyland.. by the way, Kyushu juga sgt mnarik n cntik.. yg pntg ada tmpt utk solat mcm masjid Kumamoto,
BalasPadamexcited utk tgok part 3 nie, sangattttttt terpikat dengan Suizenji Garden.. very beautiful place, stiap sudut taman nie semuanya cantik.. so sesuai sgtlah utk kaki selfie especially me, hehehehe.. nmpk fresh and hijau.. suka tgok Nisa pakai baju kimono wanita jepun, ala-ala wanita jepun muslimah gitu..
BalasPadamwlaupun travel at negara org, mana-mana pun disediakan tmpt utk solat so kyushu menjadi salah satunya.. dengan adanya Kumamoto islamic centre, pelancong islam senang nak solat.. tempat pun bersih, cantik and dilengkapi kemudahan yang sangat baik..
Konichiwa !!! teringin nak pakai kimono tu <3
BalasPadamShopping lagi :) Pemandangannya mmg terbaik lah :) Sejuk mata memandang..
BalasPadamok.. yang ni lg best... fara plg suka tmpt yg ada taman2... nak g jugak mey... hehe
BalasPadamNisa saya ingatkan gambar yang beramai-ramai tu atas air haha.
BalasPadamHah,WakuWaku-Za tu pon macam best gak..sebab dari kecil memang teringin sangat nak pakai Kimono.
Btw,Kumamoto Islamic Centre pun besar juga so senang la kalau nak solat.
Muji tu macam ikea kan haha boleh feeling macam p ikea lah time tengok vlog. looking forward for your next travel :)
BalasPadamPakaian tradisi tu haruslah cubakan trademark kita pernah pakai gitew...
BalasPadamBestnya kalau lah dpt peluang pegi
BalasPadamtgk garden dia pun dah best ish2 seronokknya kalau dapat jejak ke sana
BalasPadamPaling menarik Tosu Premium Outlet dan juga Canal City Shopping Centre.Wow tempat shopping dia besar laaa.I love it,mesti rambang matakan..
BalasPadamNisa, mahal tak sewa baju tu ?hahhah
BalasPadampost pasal trip kyushu ni at least dpt bg idea utk bakal2 traveler yg nk p sana nanti sng nk g memana. keep it up!
nak pkai baju jepun macam nisa tuu
BalasPadambanyaknya tempat menarik...teruja nak ke jepun
BalasPadamHai Gojes *kipaskipas* hahaha
BalasPadamrasa apa bila dpt jejak kaki kat suizen-ji Joju-en? ada rasa mcm xnak balik x? hahaha storage 64 pun penuh kalau sy g sini, setiap sudut inci taman tu sy selfie(yes, sy mmg kaki selfie sbb perasan diri cantik kah!) mau sy meniarap atas bridge tu haha kuak lentang semua ada nnt sebab hailaaaa view die mmg stock stock view dlm kelandar dulu dulu takpun view wallpaper lappy dolu dolu haha legit tak kalau nk shoot wedding pic kt sini haaaa jauh noqs.
sumber air kolam tu dari air mata eh? maksudnya boleh minum la eh?? okeyy nisa minum dulu baru sy minum :p
hai nisa kayyyy okeyyy ke tak tuuuuuu hiks
BalasPadampergi ke KUMAMOTO CASTLE tu surely best kan kan kan.pernah pakai baju kimono kat bukit tiggi tapi mest feels die xsama kan pakai kat jepun! btw u look cute tho in that orange kimono.
comel betul nama masjid die KUMAMOTO MASJID. ramai tak student malaysia kat situ? sy rasa klu travel ni kan(this is how i feels everytime i go for travel), kite akn rasa sgt2 bersyukur bila dpt solat kt tmempat orang, rasa lebih khusyuk sbb penuh rasa syukur dpt tgk permandangan indah which is salah satu kebesaran Allah. penuh rasa "amaze" and grateful sbb ade kesempatan utk tgk negara org! other way, thanks nisa kayy sbb share pengalaman kt sana, terasa jugak la "kebesaranNya" bila tgk gmbar2 yg nisa share.
much love for you babe!
hai nisa kayy yg sentiasa comel *kipaskipas* haha
BalasPadamTosu premium Outlet tu mcm JPO and mcm Mitsui outlet kat sepang. rindu malaysia tak masa tu heee ke rindu 'orang' yg kat malaysia je :P
Washington hotel tu bersambung dgn shopping mall kan? mest best sbb dpt window shopping again and again!
kalau stay lama kt jepun mesti banyak lg tempat yg nisa boleh share kan?
look forward for your next travelog!
bangunan2 kat sana macam dalam movie sangat! Plus pakai kimono.. mesti fefeeling dalam movie haha
BalasPadamhai nisa kay,,
BalasPadambila dah khatam semua travelog nisa kat kyushu, baru sedar yg Kyushu,Jepun bukan je hebat dari segi budaya dan terkenal dengan budi bahasa penduduk tapi memiliki aset alam semulajadi yang sangat tinggi nilainya. SUIZENJI GARDEN, KUMA RIVER, semua tempat alam semula jadi diorang(jepun) jaga dengan baik, so sebagai rakyat malaysia bila dah tgk negara orang cantik bersih kita pun kena lah amek iktibar supaya alam semula jadi kita terperlihara dan dijaga dgn baik,, kita punya alam semula jadi kat malaysia pon menarik gak, not bad whatttt hehe.
thanks nisa share experience kat sana!