Isnin, 10 Oktober 2016

Jadilah wanita BERTENAGA, CERIA dan MANTAP dengan Mama Muda Juice !





Assalamualaikum...


Haa ini dia isu besarrr yang Nisa nak bincangkan ! Sangat besar isu ini dalam kalangan wanita sendiri! Dah macam mana tak besar, asyik segan je nak berbicara mengenainya ? Asyik malu-malu je.. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Tak mencari penyelesaian boleh mengundang masalah ! Gituuu... Semestinya isu mengenai kewanitaan lah yang Nisa nak ketengahkan dalam blogpost kali ni...




Adakah uols mempunyai masalah kewanitaan seperti di bawah ?? Mungkin salah satu masalah di bawah, atau dua daripadanya.. atau tiga... Tapi, kira adalah kan ? Jangan nak tipu. Hahah ! Kebanyakan dari wanita, baik yang sudah berkahwin mahupun tidak.. Pasti mempunyai antara masalah seperti di bawah :

  • Vagina longgar/kentut vagina
  • Lemah tenaga dalaman
  • Keputihan
  • Gatal-gatal di bahagian Miss V
  • Period tidak teratur
  • Lemak terkumpul
  • Kurang susu
  • Semua aset makin kendur
  • Kerap kebas kaki dan tangan
  • Kerap letih
  • Banyak angin / tidak lawas angin
  • Kulit kendur
  • Kulit tidak sekata

Haa macam seram je kan ? Okay apa yang Nisa nak bagitahu ialah, jika kalian yang membaca ni ada masalah seperti yang tertera dalam senarai di atas, kalian patut sangat sangat cuba Mama Muda Juice + Stevia ni tauuu !! Nak tahu kenapa ? Kena lah teruskan membaca ! Nisa akan kongsikan pengalaman Nisa sendiri (untuk tempoh hampir 3 minggu mencuma Mama Muda Juice)





SUMBER TENAGA !!!

Kenapa sumber tenaga ? Sebab Mama Muda Juice mengandungi kurma yang seperti kita tahu mengandungi kandungan gula natural yang tinggi seterusnya membekalkan tenaga segera kepada tubuh badan.

Minggu pertama Nisa mencuba Mama Muda Juice ni, Nisa perasan Nisa sudah kurang rasa lesu setiap kali bangun pagi ! Biasanya memang malas sangat nak bangkit pagi. Orang kata kena bangun awal agar pintu rezeki terbuka luas kan ? Haa tapi Nisa duk bergolek atas tilam je, sebab penat.. rasa tidur tak cukup je. Tapi sejak amalkan Mama Muda Juice, Nisa rasa sudah kurang lesu !

Rujuk gambar dari Instagram Nisa di atas, Nisa memang tak miss minum Mama Muda Juice ni walaupun semasa travel. Minggu lepas Nisa ke Kyushu, Jepun memang Nisa bawak Mama Muda Juice ni. Amalkan minum setiap malam sebelum tidur dan pagi sebelum sarapan, memang rasa bertenaga je badan, maka mood nak berjalan pun baik je.




CARA PENGAMBILAN : 
Minum 10ml pada waktu pagi (sebelum sarapan) dan 10ml di waktu malam sebelum waktu tidur. Measuring cup juga turut terdapat di dalam kotak.



MEMBUANG ANGIN DALAM BADAN

Ini memang betul-betul lah ! Badan Nisa ni kurang lawas angin. Susah nak buang angin. Kalau pergi berurut pun, tak henti-henti tukang urut sendawa sebab keluarkan angin dari badan Nisa. Nisa nak sendawa keluar angin pun susah ! Tapi kesan buang angin ni Nisa rasa setelah tiga hari minum Mama Muda Juice ni ! Biar betul ?? Nisa pun tak percaya !!

Tapi bangun je pagi konfem buang angin je keje haha ! Bunyi macam kelakar kan ! Tapi bila dah "menembak-nembak" angin keluar dari badan, lama-lama badan rasa ringan ! Dua tiga hari jugak Nisa banyak betul buang angin. Lepas seminggu rasa dah kurang sikit.. Badan pun rasa ringan dan kurang lenguh-lenguh. Tak tahu lah efek sambungan ke macam mana. Tapi jujur ini apa yang Nisa perasan.





MASALAH HAID TIDAK TERATUR

Jangan nak malu nak segan.. kebanyakan wanita ataupun gadis yang sedang meningkat remaja memang akan mengalami dua masalah ni ! Huuu mencabar betul hidup sebagai wanita ni kan ? Apa-apa pun banyak jugak kelebihan Tuhan bagi kat wanita ni alhamdulillah...

Untuk kitaran haid, memang ada masa macam roller coaster. Mana taknya, kita datang haid lebih lama dari biasa.. kerap pulak tu. Sangat tak selesa. Dah puas pergi klinik pergi hospital. Doktor cuma bagitahu memang ada orang mengalami haid yang lebih kerap daripada wanita normal. Biasa Nisa akan datang bulan dua kali sebulan (awal bulan dan akhir bulan) dan setiap kali datang tu mesti seminggu lebih ! Tapi bila dah amalkan Mama Muda Juice ni... Nisa perasan, haid yang biasa datang hujung bulan tak datang macam biasa !

Haha macam segan nak cerita, tapi takpelah.. Nisa niatkan agar blogpost ini beri manfaat kepada semua yang membaca inshaAllah ya... moga Allah izinkan... Okay sambung balik. Haid kedua datang tapi tidak lama seperti selalu. Beberapa hari je datang. Jadi Nisa nampak di sini Nisa punya kitaran tu dah nak stabil dah.. Syukurnya ! Bukan ada, selalunya sangat rimas datang bulan lama-lama nii. Tak selesa nak keluar lama-lama..





Haa panjang lebar pulak bercerita kan ! Itu dua kesan terbesar yang berlaku pada Nisa sejak mengamalkan Mama Muda Juice ni. Bila kita betul-betul alami, setiap details kita nak kongsikan dan kita teruja ! Haa gitu ...


Yang dah berumahtangga pun lagi lah mantap ! Sebabnya bahan-bahan seperti AKAR SERAPAT dan MAS COTEK membantu mengetatkan balik apa yang kendur ! Haha okay nak tulis lebih-lebih kat sini malu lah pulak sebab kite belum kawin kakakaka.. Tapi uolss yang dah berkahwin paham-paham la ye ! Bila dah mantap balik, silap hari bulan tak keluar bilik tidur. Ok bai !!



Mama Muda Juice in Kyushu, Japan ! Picture taken in Kumamoto Hotel !

Selain tu... Mama Muda Juice mengandungi PUERARIA MIRIFICA dan LOBATA yang mempunyai khasiat menegangkan dan memantapkan aset fizikal seperti payudara dan punggung ! Haha okay gelak tutup mulut. Rasa merah padam dah muka ni duk bercerita pasal ni. Bukan apa sekarang ni orang yang muda-muda pun ada masalah aset tak tegang ! Acanor tu ? Jadi minumlah Mama Muda Juice !




Jangan risau okay ! Produk ini telah mendapat pengiktirafan yang sepatutnya dan anda tidak perlu risau untuk membeli dan meminumnya ! Produk ini selamat dan dah ada banyak sangat testimoni dari pengguna walaupun produk ini boleh dikira masih baru di pasaran. Lihat saja senarai bahan-bahan utama Mama Muda Juice ni, kalau Google ni memang berderet kebaikan untuk tubuh wanita secara khususnya.





Haaa agak tersedak kan melihat harga sebotol ? Bagi Nisa, harga itu sangat sangat BERBALOI kerana terdapat bahan-bahan yang tersangat bagus untuk kesihatan di dalam Mama Muda Juice ni ! Tapi khas untuk pembaca blog Nisa.. Nisa ada kod promo yang uols boleh guna untuk dapatkan Mama Muda Juice dengan harga runtuh !! Hanya RM150 dapat dua botolll !!! Cepat-cepat karang melepas pulak !




Untuk maklumat lanjut dan testimoni pengguna boleh ke :

Website http://www.mamamudajuice.com/ (masih di dalam proses kemaskini)




NISA KAY.

4 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay