Ahad, 18 Disember 2016

VIDEO | Review : Obsess Cosmetics DD Cushion Foundation



Assalamualaikum...

Wahh rasa macam dah berminggu lamanya tak update channel YouTube Nisa dengan video mekap atau review produk. Biasanya Nisa kerap jugak review produk seperti liquip lipstick atau lip cream.. Tapi jarang sekali review bedak ke, eyeliner ke.. foundation ke kan kan ? Haa Nisa pun perasan tu. Nak buat macam mana.. sekarang banyak betul brand keluarkan liquid lip cream jenama masing-masing.. meriah betul industri mekap Malaysia ! Hehehe..






Istimewa makeup look kali ini, Nisa gunakan DD Cushion dari Obsess Cosmetics. Simple je mekap yang Nisa nak kongsikan. Kalau buat sendiri memang cepat je dan tak guna banyak produk. Video kali ini Nisa buat khas untuk review DD Cushion dari Obsess Cosmetics ni haa... Nisa sebenarnya dah pakai beberapa kali DD Cushion ni, baru lah Nisa buat review. Jemput tonton video di bawah..





Haaa maaflah kalau video review memang agak panjang sikit gituu.. Memang kompem cecah 10 minit sebab nya banyak benda Nisa nak kongsikan mengenai sesuatu produk tu. Haa takde lah buat video ala-ala je kan... And minta maaf sekali lagi sebab English Nisa tak bagus, I'm still learning and hope kita semua kekal positif yaa..




Baiklah di sini Nisa nak kongsikan lebih informasi mengenai DD Cushion Foundation dari Obsess Cosmetics ni yaaa.. 


  • Wajah tampak flawless dan glowing
  • Produk diiktiraf dan mendapat kelulusan KKM
  • Melindungi wajah dari sinar UV dengan SPF50+
  • Anti penuaan
  • Menutup parut jerawat dan jeragat
  • Merawat kulit wajah
  • Melembapkan kulit
  • Mengecilkan / mengawal liang pori
  • Mesra wudhuk (mudah dicuci) dan halal
  • Menjimatkan masa untuk bersiap



Haaa berderet-deret kebaikan DD Cushion Foundation dari Obsess Cosmetics inii... Menarik sangat kan ? Nisa pun suka, memang kalau go to makeup look, Nisa akan pilih cushion foundation macam ni. Mudah dibawa ke mana-mana, masukkan je dalam beg.. bawak bedak, blusher, maskara dan pensel kening. Siappp. Janji muka nampak berseri sikit. Mekap pun tak tebal.






Harga ? Haa harga RM99 untuk satu DD Cushion Foundation ni. Boleh rujuk laman instagram Obsess Cosmetics ni untuk lebih promosi dan info mengenai macam mana nak beli DD Cushion Foundation ni. Boleh juga check testimoni mereka sebab banyak testimoni dari pengguna lain. Haa boleh lah tengok dulu apa kata pengguna lain mengenai produk ni..




Like Facebook page OBSESS COSMETICS :


Follow Instagram OBSESS COSMETICS :





NISA KAY.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay