Memaparkan catatan dengan label Make Up Tutorial. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Make Up Tutorial. Papar semua catatan

Ahad, 11 Ogos 2019

Mekap ringkas tampak glowing dengan PIXY Make It Glow Series !



Assalamualaikum hai semua!!

Nisa dah lama tak menaip mengenai produk mekap ni, jadi excited sikit dengan perkongsian hari ni! Baru-baru Nisa berkesempatan ke majlis pelancaran rasmi produk terbaru PIXY iaitu PIXY Make It Glow Series !! Teruja betul dapat bersama-sama di dalam majlis ni. Dapatlah Nisa mencuba dan melihat-lihat produk PIXY yang terbaharu.



Oh ya, untuk pengetahuan semua, produk PIXY Make It Glow Series kita sudah boleh didapati di outlet-outlet Watsons seluruh negara! Haa apa lagi? Cepat dapatkannya!!!



Semasa acara pelancaran itu juga, jurusolek terkenal Mya Syamira juga berkongsi tips dan cara-cara untuk mendapatkan hasil mekap ringkas, pantas dan yang penting tampak glowing sangat hasilnya!!! Semuanya menggunakan produk-produk dari PIXY Make It Glow Series ni tau! Baiklah Nisa pun dah tak sabar nak cuba produk ni!



Okayyy sekarang Nisa sendiri nak cuba rangkaian produk PIXY Make It Glow Series ni! Haa agak-agaknya macam lah nak caranya nak dapatkan wajah glowing ala tanpa mekap dengan produk-produk PIXY ni. 



PIXY : MAKE IT GLOW Beauty Skin Primer

Baiklah, selepas cuci muka dan pakai skincare serta sunscreen, pertama sekali sebelum mekap mesti letak primer. Primer akan membantu foundation lebih lekat dan tahan di kulit wajah, serta membantu meratakan tekstur foundation dengan menutup pori-pori. Barulah mekap nampak smooth! Yang bestnya, primer dari PIXY ni ada ciri-ciri melembap dan juga mengandungi SPF35 PA+++ untuk melindungi kulit wajah kita!



PIXY : MAKE IT GLOW Dewy Cushion

Kita mahukan foundation yang HIGH COVERAGE tetapi tak suka tekstur yang tebal? Rimas? Haa memang patut saja anda dapatkan Dewy Cushion ni, sebab TEKSTURNYA RINGAN tetapi boleh bagi kemasan FULL COVERAGE untuk makeup look anda! Tak perlu guna banyak kalau nak apply nipis-nipis.. dan boleh dab dab di wajah untuk high coverage. Mudah je!! Yang paling best, Dewy Cushion ni bagi effect glowinggggg! 



PIXY : MAKE IT GLOW Silky Powdery Cake

Walaupun anda apply bedak ini, tetap nampak hasil glowy, dan boleh achieve "no makeup look" dengan ketiga-tiga produk ini. Silky Powdery Cake ini lebih cantik kalau kita apply menggunakan powder brush, guna sikit je di seleuruh muka untuk set kan makeup anda, terus dapat kemasan yang flawless tau!!



GLOWING SIMPLE MAKEUP !

Tambah blusher sikit, berus kening sikit, guna maskara dan oleskan gincu bibir, dahhh siappp!! Laju je ! Mudah sangat nak serikan wajah menggunakan ketiga-ketoga produk PIXY dari Make It Glow Series  ni! Sesuai untuk natural makeup look, "no makeup" makeup look, quick and easy look.. you name it girls! 

Nisa suka sangat sangat sebab ketiga-tiga produk ni memang pantas digunakan dan jimatkan masa! Lebih-lebih lagi selepas solat, malas betul nak touch up makeup tapi dengan produk Make It Glow series ni, laju je bersiap! Ni kalau tengok depan-depan memang cantik natural glow!



Jangan lupa dapatkan ketiga-tiga produk ini di Watsons seluruh Malaysia okay! Harga sangat berpatutan dengan kualiti yang sangat best! Semestinya ketiga-tiganya dah jadi my go to products! Senang nak bawa ke mana-mana dan tak perlu banyak-banyak produk dah. Jangan lupa follow PIXY di laman sosial ya! 


LAMAN WEB : WWW.PIXY.COM.MY
FACEBOOK PAGE : Pixy Malaysia
INSTAGRAM : @pixycosmetics_my
YOUTUBE CHANNEL : PixyMalaysia



NISA KAY.


Read More»

Khamis, 4 Mei 2017

VIDEO | Sweet Pinkish Look Makeup Tutorial



Assalamualaikum...

Lama sungguh rasanya tak update blog atau YouTube Nisa tidak ber-update dengan video mekap terbaru. Sebenarnya Nisa ada je shoot video-video mengenai produk kecantikan dan sebagainya. Tapi MASA tu yang tak ada ! Sungguh masa mencemburui Nisa, sering ke hulu ke hilir sampai rasa susah sangat nak spend time depan laptop untuk edit video ! Tapi istimewa kali ni, Nisa ada video tutorial mekap terbaruuuu...

Read More»

Ahad, 18 Disember 2016

VIDEO | Review : Obsess Cosmetics DD Cushion Foundation



Assalamualaikum...

Wahh rasa macam dah berminggu lamanya tak update channel YouTube Nisa dengan video mekap atau review produk. Biasanya Nisa kerap jugak review produk seperti liquip lipstick atau lip cream.. Tapi jarang sekali review bedak ke, eyeliner ke.. foundation ke kan kan ? Haa Nisa pun perasan tu. Nak buat macam mana.. sekarang banyak betul brand keluarkan liquid lip cream jenama masing-masing.. meriah betul industri mekap Malaysia ! Hehehe..


Read More»

Rabu, 28 September 2016

VIDEO | Soft Smokey & Glitter Eyes Makeup




Assalamualaikum...

Haa kali ini Nisa nak kongsikan langkah demi langkah bagaimana Nisa dapatkan makeup look "soft smokey" ini. Biasanya kalau orang buat smokey eyes mesti guna warna yang gelap. Tapi hari ni Nisa guna warna soft brown atau tone chocolate camtu untuk buat soft smokey effect. Ecehhh kemain haku ni macam pandai sangat je.



Read More»

Ahad, 28 Ogos 2016

VIDEO | Lukis Kening


Assalamualaikum...


Okay, LUKIS KENING. Ramai sebenarnya duk tanya Nisa, macam mana Nisa buat kening tu daripada bersepah-sepah jadi nampak kemas sikit.. nampak macam dicukur ! Ohh nooo... Nisa tak buat camtu okay ! Nisa ada cara di mana Nisa lukis dan bentuk kening tu tanpa perlu cukup ke apa.. 


Sebenarnya Nisa ni memang tak pandai langsung nak lukis atau bentuk kening. Kalau Nisa mekap pun nisa memang akan tinggalkan bahagian kening tu bersepah, atau pun Nisa lukis sikit-sikit. Hahaha serius memang tak tahu menahu !! Jadi pada suatu malam yang hening, ada lah kawan Nisa ni datang tido kat rumah. Well, girlss.. bila dah get together, maka mekap merupakan antara topik hangat ! Jadi kawan Nisa ni lah yang ajar Nisa macam mana nak bentuk kening tu menggunakan beberapa barang mekap.



BARANG MEKAP YANG NISA GUNAKAN :
1. ZawaraGlam Eyebrow Pencil 
(didatangkan dengan spoolie brush sekali)
2. Innisfree Mineral Concealer 
3. Small concealer brush 
(boleh guna apa-apa berus yang kecil, Nisa guna lip brush dari Innisfree)
4. Concealer buffing brush 
(Nisa guna unbranded brush punya)
5. Eyebrow palette (optional)
6. Browcara 
(Nisa guna KATE Cosmetics Eyebrow Color, code Medium kalau tak silap)





Baiklah itu dia cara Nisa lukis kening. Takdak guna gunting ke pisau ke gam ke haha.. serious takde. Ini pun Nisa rasa masih tak berapa lawa sebab Nisa pun baru je belajar kan. Sekarang ni selalu jugak Nisa lukis kening walaupun mekap simple je, sebab Nisa rasa bila kening tu terbentuk je, terus rasa lawa dah muka. Hahaha perasannya ! 





Okay Nisa nak ingatkan.. most of the times, memang kening kita TAKKAN NAMPAK SAMA kiri dan kanan. Kening kita ni bukannya kembar, memang dorang tak sebijik sejiban pun. Nisa pun ada masa memang takkan jadi lah bila lukis kening tu. Sebab nya.. hmm tak pasti lah. Haha. Memang akan ada hari yang dia TAKKAN JADI bila lukis kening, stress jugak lah haha ! 





Ada harinya, kening nampak sooo au naturale ! Ada harinya macam kening palsu pun adoo. Hahaha !  So, rajin-rajinkan lah practice kalau nak improve skill tu.. Nisa pun masih belajar lagi ni. Ada masa rasa ahh lantak lah ! Tapi end up lukis jugokk wakakaka...



Okay lah, terima kasih sudi baca blogpost Nisa dan tengok video Nisa.. Muah ciked !
Do subscribe to my YouTube channel ya ! Nisa akan buat giveaway Youtube tak lama lagi inshaAllah.




xoxo

Read More»

Rabu, 20 Julai 2016

VIDEO | My Makeup Look #3 - Rocking Red Lips !





Assalamualaikum..


Ya ampun segannya nak share ! Hahaha... Nisa ni takde lah pandai sangat pakai mekap. Tapi Nisa memang minat tengok tutorial mekap di Youtube dan juga video-video di facebook dan Instagram. Memang tak jemu tengok. Bila dah selalu tengok tu, macam-macam la Nisa belajar dan cuba di muka sendiri.


Dan pada satu hari yang hening (heh?!), Nisa mengenakan mekap dengan lipstick berwarna MERAH. Ye uolss.. merah nau nau ! Hahaha. Bila Nisa upload gambar tersebut (tak ingat lah di Twitter atau Instagram), ada jugak yang bertanya Nisa, macam mana nak achieve this look tanpa nampak pelik. Haa Nisa paham perasaan tu. Ada masa bila dah tepek-tepek eyeshadow dan blusher, kita rasa macam eh tak kena pulak nak pakai lipstick merah. Haa.





Nisa akui, kalau tengok lah gambar dulu-dulu.. kemain berbibir merah uols! Tapi eyeshadow, blusher.. semua tak balance. So memang nampak pelik.. Hopefully mekap Nisa kali ni tak pelik la ye. Hehe. Nisa dah banyak kali try and error ni. So finally.. I'm down to this equation - soft smokey-like brown eye shadow and not too pinkish blusher colour. Eceh macam pro jek. Ppfftt ! Okay lah... nak membebel lebih-lebih pun tak guna.. Baiklah kiranya kita tengok saja video di bawah !









Selesai sudah ! Neves kitee nak publish video ni tau ! Hahaha... maafkan Nisa ye kalau mekap comot dan tak mengikut tata tertib mekap yang sepatutnya (eh ade ke??). Haa dalam bermekap ni, ikut kreativiti masing-masing. Yang penting hasil akhir. Haha.


Nisa takde lah nak kata hasil mekap Nisa lawa sangat pun.. Nisa pun masih lagi belajar dan juga masih berlatih agar teknik dan hasil mekap Nisa makin improve dari hari ke hari. I really love makeup and I really really want to do well in makeup. There's so much more you can do with makeup! And I cant wait to try a lot of different looks bila dah betul-betul pandai nanti.. Hik. InshaAllah.





Nisa rasa bahagian yang paling Nisa kena improve adalah bahagian EYE SHADOW ! Haaa rasa macam ya aulohh susah nya lahai nak blend ! Nak kasi nampak transition apa kejadah semua tuu. Hhahaa.. Sabor je la yee... Ni masih sempat lagi kalau nak beraya dengan makeup look red lips ni ! Hahaha. Barulah menyerlah gitu.






SENARAI PRODUK ? Haa kat dalam video Nisa dah nyatakan produk-produk yang Nisa guna... Gituuu.. So far macam takde apa sangat.. Haa gitu lah. Hik hik.. Doakan urusan Nisa berjalan lancar yeee... Banyak video dan blogpost nak kena buat niii.. 


Apa-apa pun thanks for watching my video ! Share this video and subscribe to my YouTube channel ye.. Hehehe.. Nisa baru check, subscriber di YouTube Nisa dah pun mencecah 10,000 !! Alhamdulillah syukur sangat sangat... InshaAllah giveaway coming soon ! Ada produk yang Nisa nak kongsikan dengan viewers semua.. Soo nantikan ya !







Read More»

Jumaat, 17 Jun 2016

VIDEO | Idea mekap untuk pagi raya ? Jom mekap dengan CHRISZEN !



Assalamualaikum...





Haaa semua duk kalut nak raya kan... baju raya cantik-cantik.. kasut raya fuhh kemain meriahh.. tu belum kira tudung raya fuhh sekali dia flip, boleh terbang orang kiri kanan ! Hahah... Tapi apa kata kita lengkap kan pakaian serba serbi baru tu dengan look yang very easy to do, soft and not too strong. Ye lah kalau duk buat bold look di pagi raya kang, ada pakcik makcik terpengsan masa nak salam haha !!


Syukur alhamdulillah kali ini Nisa kolaborasi pula dengan jenama kosmetik yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu CHRISZEN ! Haa seronok tau bila dapat parcel produk CHRISZEN nii.. Dah macam-macam yang terlintas di fikiran Nisa nii.. Selamat menonton ya !






Baiklah.. seperti yang dijanjikan, berikut merupakan Senarai produk CHRISZEN yang Nisa dah gunakan.. as for other items yang Nisa tak nyatakan di sini, you guys boleh guna any makeup item yang you guys ada untuk lengkapkan look ni okay..




High Definition Foundation

Mengandungi L-Glutathione dan Collagen. SPF 50PA+++
Kod yang Nisa gunakan : MC02 Medium Beige
Harga : RM69.00 (SM) & RM72.00 (SS)




Brightening / Matte Finish, Oil Control
Kod yang Nisa gunakan : No 1 Light Beige
Harga : RM29.90 (SM) & RM32.90 (SS)




Easy to Draw and Blend, Long Lasting
Very natural colour
Kod yang Nisa gunakan : 02 Coffee
Harga :  RM17.90 (SM) & RM19.90 (SS)




Very easy to manouver and easy to draw your desired line !
Very black and colour long lasting.
Harga : RM17.90 (SM) & RM19.90 (SS)




Long lasting, Matte Finish
Comes with sponge tip to help spread the lip colour
Kod yang Nisa gunakan : No 1 Tangy Tangerine
Harga : RM39.90 (SM) & RM42.90 (SS)






Haaa... berpatutan sangat lahh produk CHRISZEN ni ! Haa semua mampu beli, beli sikit-sikit pun boleh.. And yang paling Nisa suka, eyeliner dia.. sesuai untuk semua.. lebih-lebih lagi beginner.. sebab senang nak lukis, senang nak guna. Warna pun pekat dan tahan lama.. Harga? Murah ngat dah tu aihhh...

Haaa kalau berhabis baju, kasut dan tudung.. apa salahnya dapatkan produk CHRISZEN ni untuk menyerikan wajah di pagi raya, di hari kemenangan, di hari bahagia berkumpul sanak saudara.. Nak bergambar pun konfiden dan gambar pun lawa.. Wahh gitu sekali ! Hehehe.. Nak beli mana barang-barang di atas? Just klik nama-nama produk di atas yaa.




Jangan lupa.. like fanpage CHRISZEN, check out their website and follow their instagram !

CHRISZEN FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/chriszenofficialpage

CHRISZEN WEBSITE : http://www.chriszen.com/

CHSRIZEN INSTAGRAM : https://www.instagram.com/chriszen_official/








Read More»

Khamis, 5 Mei 2016

VIDEO | My Makeup Look #2 - Brownish Bronze with Nude Lips





Assalamualaikum...


Sekarang ni bukan main Nisa rajin sangat cuba-cuba makeup look, lepas tu Nisa selalu kongsikan di akaun Twitter Nisa... Alhamdulillah ada yang menerima baik perkongsian Nisa. Nisa pun masih belajar. Ada yang minta video tutorial.. Hee segan pulak ! Bukan apa, Nisa punya teknik dan turutan dalam bermekap pun masih tunggang langgang, sebab tu segan sangat nak share !





Tapi last two weeks, ada satu hari tu Nisa stay di rumah sebab tak sihat sangat rasa badan ni... Tapi bila duduk di rumah saja memang boring sangat-sangat. Kalau dilayan sakit kepala memang tak ke mana lah kan ? So Nisa ended up main-main dengan barang mekap dan tadahhh dapat satu look ! Haha. Nisa suka sangat makeup look yang nampak coklat-coklat.. nude colour.. bronze finish.. hehe so Nisa cuba buat kat muka sendiri.. and yesh ! Nisa rakam video sekalii...


Diingatkan sekali lagi Nisa TAK PANDAI KEMASKAN KENING.. Please dont judge haha.. So dalam video ni memang nampak Nisa lukis kening gitu-gitu je lah yee.. hehe bahagian kening tu Nisa masih belajar ! InshaAllah ada masa Nisa kongsikan apa yang Nisa dah belajar. Sebab baru-baru ni ade kawan yang sudi tunjuk ajar kat Nisa hehe... Okay lah taknak buang masa, jom kita tengok video nya !





Hehehe okay dahh ! Terima kasih semua sudi tonton video kita yang tak seberapa. Hopefully bermanfaat jugaklah kepada mereka yang baru belajar macam Nisa kat luar sana. Nisa masih belajar dan terus belajar untuk meningkatkan skill dan mengemaskan lagi hasil mekap di muka... Dan seperti yang Nisa janjikan, di bawah ni senarai produk yang Nisa gunakan (ikut turutan dalam video okay).


1. LT PRO : Smooth Correction Cream Foundation (kod : Yellow Orange)

2. Innisfree Canola Honey Jelly Mist

3. The Original Beauty Blender (black)

4. LA Girl Pro Conceal High Definition Concealer (kod : Natural)

5. Revlon Loose Powder

6. LT PRO : Blush Powder Palette

7. La Tulipe Eyeshadow Base

8. ZawaraGlam Automatic Brow Pencil (kod : 02)

9. Morphe Brushes 35O Palette

10. H&M Crease Blending Brush

11. Breena Beauty Basic Eyeshadow Brush

12. ZawaraGlam Eyeliner

13. MAC Eyeliner Pencil

14. Elianto Fairy Mascara

15. DAISO Hanataka Powder : Powder of Pearl

16. Jeffree Star Velour Liquid Lipstick (kod : Celebrity Skin)








Fuhhh selesai sudah senarai produk yang Nisa gunakan ! Nisa ada masukkan jugak senarai makeup tools (berus, sponge.. etc..) yang Nisa gunakan. Tapi ada yang Nisa tak letak (contoh : blusher brush) sebab nya Nisa beli berus ni kadang-kadang beli secara rambang je. Berkenan je, terus beli. Hehe... Bukan taknak share, tapi tu lah.. kang bagitau beli kat uptown kang tak percaya pulak. For me, I'm okay with cheap brands or unbranded products.. Tapi selagi bukan FAKE PRODUCTS.. I'm totally okay.





Okay lahh.. akhir kata, terima kasih kerana sudi tonton video Nisa dan spend time untuk baca blog Nisa.. Hehehe sekarang ni macam rajin buat video pulak kan ? Well.. I enjoy doing videos ! Hehe.. dan InshaAllah.. dalam masa terdekat ni Nisa akan collaborate dengan seorang abam insta-viner yang agak femes jugak.. dan jugak collab dengan adik manis insta-famous dan jugak Youtubers yang mempunya subscriber berpuluh ribu ! Tak sangka hee sudi jugak orang nak collab dengan Nisa yang biasa-biasa niii.. 


Apa-apa pun nantikan yaa ! Siapa yang ada Google atau Youtube account tu dijemput subscribe channel YouTube Nisa Kay yee.. Hehehe.. video-video kita tak seberapa tapi kira bolehhh laaa.. ada la jugakk hehehe.. Terima kasih kepada semua yang menyokong, I really appreciate that ! And kalau ada cadangan untuk buat video apa, dialu-alukan komen di bawah ye.. Thanks !







Read More»

Jumaat, 15 April 2016

My Makeup Look #1



Hai assalamualaikum semua...


Haa hari ni Nisa nak bercakap mengenai "MY MAKEUP LOOK". Untuk pengetahuan semua.. sejak akhir-akhir ni Nisa agakkk obses nak membeli peralatan mekap.. Tak kisah la produk jenama dalam dan luar negara, berus mekap.. dan sebagainya.. Bila ade duit je lah duk membeli tu hehehe.. Bila dah ada barang-barang nye.. kena lah guna ye dak.. Kalau tak rugi je perabis duit beli tapi dibiarkan berhabuk dalam laci meja mekap. Huhuhu.


Jadi gigihlah Nisa habiskan malam-malam Nisa yang insomnia tu untuk menonton video-video mekap di Youtube.. Haa kalau ikutkan Youtuber luar negara ramai yang guna produk mahal-mahal (mahal lah lepas convert harga ke MYR), produk yang susah dapat kat Malaysia.. dan sebagainya.. Jadi kita sebagai orang yang amatur, yang biasa-biasa ni.. antara tips Nisa ialah sentiasa perhatikan "TEKNIK" mereka. Abaikan jenama produk tersebut.. yang tu nombor dua.. Tengok macam mana dorang selalu sapu foundation, kalau buat eyeshadow tu start kat bahagian mana.. dan sebagainya..



Jadi lately ni Nisa kerap jugak la cuba-cuba teknik Youtubers ni menggunakan apa yang kita ada. Tak semestinya nak kena ada sebijik sejiban macam produk dalam video para Youtuber tu kann...





Ini adalah antara makeup look yang Nisa buat baru-baru ni. Maaf tiada pulak video sebab masa ni Nisa tengah bersiap-siap nak pergi event di KLCC.. So tak boleh lambat. Memang tak sempat lah nak setup kamera semuaa...


Haa nampak tak pipi berkilat kemain tu ? Antara trend mekap yang terbaru ialah penggunaan "highlighter". Macam dalam gambar dia bagi pipi tu nampak berkilat (bukan berminyak!) So bila kita kilatkan pipi, and letak jugak sikit highlighter kat tip of the nose, Nampak naik sikit pipi tu, and dia akan fokus kat highest points of our face. Hahh kemain speaking, nak translate jadi lain lak kang.






Haa kemain dengan eyeshadow sekali tau Nisa pakai hari tu hahah.. Ye lah, dah beli kena lah guna kann.. Rasa rugi pulak tak dapat nak kongsikan tutorial mekap dalam bentuk video untuk look ni.. So far this is my best makeup look kot ? Haha spontan je buat haa... Gambar ni diambil pada waktu petang lepas balik event, lipstick pun dah pudar..


Apa-apa pun, walaupun takde video.. Nisa nak kongsikan dengan uolss senarai produk yang Nisa guna untuk look ini okay ?



MUKA :

  • LT PRO Smooth Corrector Foundation - code Yellow Orange (lihat di sini)
  • Maybelline Instant Age Rewind Eraser Dark Circle Treatment Concealer (lihat di sini)
  • Revlon New Complexion Loose Powder
  • Blush & contour guna LT Pro Blush Powder palette (lihat di sini)


MATA :




KENING :




BIBIR :



MAKEUP TOOLS :
  • The Original Beauty Blender - blend foundation dan concealer di wajah (lihat di sini)
  • Make Up For Ever Precision Powder Brush 128 - set mekap dengan ratakan powder di wajah (lihat di sini)
  • H&M Crease Blending Brush - blend dan ratakan eyeshadow (lihat di sini)
  • Breena Beauty Basic Eyeshadow Brush B212 - apply dan ratakan eyeshadow (lihat di sini)




Fuhhhh selesai list lengkap produk dan tools yang Nisa guna untuk look ni. Nampak simple je mekap Nisa ni tapi kemain haaa barang-barang diaaa... Ini baru hasil kerja cikai-cikai.. Nisa banyak lagi nak kena improve dan belajar teknik yang betul. Buat masa ni memang self taught je la.. Kalau ade rezeki lebih teringin nak belajar personal class untuk proper way mekap hehe...


Rasa rugi pulak tak dapat nak share video on this look. InshaAllah if I ever feel very rajin nak rakam video Nisa mekap atau bersiap, Nisa akan buat makeup video.. definitely NOT a tutorial sebab nya Nisa ni tak layak nak mengajar atau jadi tutor sesiapa hehe..


Apa-apa pun terima kasih kerana sudi baca blog post Nisa.. Hmmm ada cadangan tak, nak buat video apa lepas ni ? Hehehe..









XOXO, Putewi Hensem

Instagramhttps://www.instagram.com/nisa_kay/
Twitterhttps://twitter.com/nisa_kay
YouTube Channel : https://www.youtube.com/TheNisaKay



Read More»

Khamis, 10 Disember 2015

BEAUTY | VIDEO – LA Splash Liquid Lipstick Swatches

 

 

Assalamualaikum…

 

A Beautiful Purple Lipstick For Dark Skin/ Marie In Purple Lipstick By Angel Jordany / Purple Lipstick For Dark Skin

 

Sebelum tonton video Nisa.. apa pendapat korang para pembaca mengenai lipstick berwarna PURPLE ? UNGU ? Yes ungu terang.. Mungkin sesuatu yang sukar dibayangkan kerana lipstick berwarna ungu terang begini bukanlah biasa digunapakai oleh rakyat Malaysia.. Kalau ungu gelap tu, rasanya ramai dah berani pakai.

 

Baru-baru ni Nisa ada beli lipstick berwarna UNGU terang ni.. sebab apa ? Sebab macam cantik menarik tertarik kau memang debomm ehh ! Haa gitu. Sajalah nak create kelainan kan, sebabnya kat US dah berleluasa dengan jayanya trend dan kegilaan terhadap lipstick berwarna janggal seperti biru, oren, hijau dan putih ! Haa di Malaysia sukar nak tengok orang pakai. Kalau ada, mesti diberi pandangan pelik oleh orang sekeliling ye dakkk..

 

 

Ini dia video nyaaa.. So girls and guys ! What do you think ?? For me tak salah nak bergaya dengan lipstick berwarna janggal.. Tapi biar kena dengan pemakaian, tempat dan acara. Jangan pulak pergi majlis pengebumian pakai lipstick warna janggal ! Nanti dipandang sini orang sekeliling pulak kann Haaa…

 

So I’m looking forward to try more and more lipsticks especially dari jenama luar seperti Lime Crime, Jeffree Star dan banyak lagii.. Jika ada mana-mana seller lipstick dari US yang nak berkolaborasi dan Nisa feature kan dalam vlog Nisa, jangan malu jangan segan emel Nisa di nisakay2012@gmail.com yaa ! Muahx!

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Selasa, 8 Disember 2015

BEAUTY | VIDEO – Tutorial mekap ala smokey eye

 

 

Assalamualaikum…

 

DSC05426_thumb

 

 

Siapa suka tengok video tutorial mekap kat Youtube ? Sayaaaa !! Ahaa suka sangat sangat ! Lebih suke tengok skill youtuber tu semua sangat bagus, mekap sangat kemas dan lawa !! Jeles sangat tengok youtubers tu semua… agaknya mereka memang purely pandai mekap atau memang join kelas mekap ke macam mana ya ? Hahaha

 

Pernah jugak terfikir nak try ikut cara youtubers ni semua mekap.. Tapi kadang kadang rasa terkandas di tengah jalan sebab produk yang mereka guna kebanyakannya sangat branded, high end dan of course takde kat Malaysia hahaha !!! Maka selepas itu, aku hanya mampu melihat dari skrin komputer sajor lah wakaka.

 

Jadiiiii… sesuai dengan dilema yang aku hadapi, aku pasti ramai juga yang berperasaan seperti ini kan.. Maka aku telah come out dengan satu tutorial untuk mekap mata ala ala smokey eye gitu.. TAPI ! Hanya menggunakan produk yang sangat mudah didapati, seperti brand Elianto, Silkygirl, Maybelline, dan juga jenama korea innisfree (outlet di Sunway Pyramid, Paradigm Mall dan Pavilion KL), serta Bobbi Brown (mudah dapat dari outlet outlet di shopping mall). Jom !!

 

 

 

 

Ahaaa satu nak bagitau, SORRY sangat sangat sebab Nisa tak kemaskan mekap bawah mata dengan bedak, sebabnya bedak tertinggal ! Hahahaaaa !! Maka bawah mata tu comot la sikit huhuhuuu… Actually it’s quite simple, tapi Nisa banyak amik masa untuk explaining things, that’s why video ni quite lengthy huhuu.. Sorry ya !

 

Apa-apa pun, kalau korang rajin try berkali-kali, inshaAllah skill korang akan dipertingkatkan dengan sendirinya. Lagi selalu kita buat, lagi kita tahu teknik atau skill macam mana untuk dapatkan hasil yang diinginkan. Dan jangan lupa banyakkan amik tahu mengenai tips-tips mekap ! Lepas tu cuba dan cuba.  Okay ! Happy trying !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Rabu, 25 November 2015

Jodoh muka seiras. Betul ke ?

 

Assalamualaikum…

 

jodoh muka seiras (1)

Amboi amboi suwit sangat pengacara terkenal Ally Iskandar dengan isterinya.. Tambah tambah muka mereka berdua ni mirip bebenor kan.. Lagi lah orang ramai mengatakan jodoh di antara mereka kuat dan boleh kekal lama. Gituuu… Tapi aku tertanya tanya juga betul ke dakwaan ni ? Maklumlah belum jumpa bukti sahih lagi mengenainya.. Ke aku je tak tahu ? Kot lah dah ada kajian yang mengatakan pasangan berwajah seiras ni jodohnya kuat.. Hohohoo…

 

 

jodoh muka seiras (2)

Berikutan pasal “jodoh muka seiras” ni jugak lah laman sosial media digegarkan dengan lawak para lelaki yang mencuba tudung instant dan selendang kakak / adik / mak mereka dan ambil gambar.. Kot lah dorang dapat bayangan bagaiman rupa jodoh mereka tu nanti. Dah katanya kalau jodoh muka seiras kannn… Itu cara lelaki nak dapat gambaran jodoh mereka.. Kalau perempuan, nak buat camne ?

 

 

 

Ahaaa mungkin boleh cuba mekap macam ni, kot boleh dapat gambaran macam mana rupa bakal imam awak kan kakakakaa… Dah macam lelaki jambu aku tengok hasil mekap cenggini. Haha takut pulak kekeke.. Apa apa pun entry ni suka suka je okay. Jangan ada yang betul-betul cuba lak. Tapi kalau cuba sebab nak berlatih teknik mekap okay kot. hehehe.. Pasal jodoh, aku serahkan pada Allah. Gitu.

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem.


Read More»

Jumaat, 18 September 2015

VIDEO – Tutorial mekap ala smokey eye

 

 

Assalamualaikum…

 

DSC05426

 

 

Siapa suka tengok video tutorial mekap kat Youtube ? Sayaaaa !! Ahaa suka sangat sangat ! Lebih suke tengok skill youtuber tu semua sangat bagus, mekap sangat kemas dan lawa !! Jeles sangat tengok youtubers tu semua… agaknya mereka memang purely pandai mekap atau memang join kelas mekap ke macam mana ya ? Hahaha

 

Pernah jugak terfikir nak try ikut cara youtubers ni semua mekap.. Tapi kadang kadang rasa terkandas di tengah jalan sebab produk yang mereka guna kebanyakannya sangat branded, high end dan of course takde kat Malaysia hahaha !!! Maka selepas itu, aku hanya mampu melihat dari skrin komputer sajor lah wakaka.

 

Jadiiiii… sesuai dengan dilema yang aku hadapi, aku pasti ramai juga yang berperasaan seperti ini kan.. Maka aku telah come out dengan satu tutorial untuk mekap mata ala ala smokey eye gitu.. TAPI ! Hanya menggunakan produk yang sangat mudah didapati, seperti brand Elianto, Silkygirl, Maybelline, dan juga jenama korea Innisfree (outlet di Sunway Pyramid), Bobbi Brown (mudah dapat dari outlet outlet di shopping mall). Jom !!

 

 

 

 

Ahaaa satu nak bagitau, SORRY sangat sangat sebab Nisa tak kemaskan mekap bawah mata dengan bedak, sebabnya bedak tertinggal ! Hahahaaaa !! Maka bawah mata tu comot la sikit huhuhuuu… Actually it’s quite simple, tapi Nisa banyak amik masa untuk explaining things, that’s why video ni quite lengthy huhuu.. Sorry ya !

 

Apa-apa pun, kalau korang rajin try berkali-kali, inshaAllah skill korang akan dipertingkatkan dengan sendirinya. Lagi selalu kita buat, lagi kita tahu teknik atau skill macam mana untuk dapatkan hasil yang diinginkan. Dan jangan lupa banyakkan amik tahu mengenai tips-tips mekap ! Lepas tu cuba dan cuba.  Okay ! Happy trying !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Copyright © Nisa Kay