Assalamualaikum...
Selesainya hari pertama trip Rentak Selangor, semakin menarik pula trip ini Nisa rasakan. Memang benar, kebanyakan dari kita sebenarnya kurang mengetahui mengenai budaya sebenar negeri Selangor ni. Dari salah silah penduduk asal di negeri ini, Selangor mempunyai banyak suku kaum, keturunan dan sebagainya. Jadi, budaya yang pelbagai itu datangnya dari kaum yang mula-mula datang menetap di Selangor suatu masa dahulu.
Pagi hari kedua trip Rentak Selangor ini kami mulakan dengan mengunjungi Taman Pertanian Malaysia, atau lebih dikenali sebagai Taman Botani Shah Alam. Terus kami dibawa ke Perkampungan Budaya di dalam Taman Pertanian ini. Di dalam Perkampungan Budaya ini terdapat binaan seakan rumah-rumah tradisional yang diperbuat dari kayu dan kaya dengan seni ukir unik.
Tujuan kami ke sini adalah untuk diberi pendedahan mengenai budaya seni tari yang terdapat di negeri Selangor. Berdasarkan taklimat dan perkongsian yang dijalankan, tarian-tarian yang dipersembahkan nanti mempunyai makna tersendiri. Setiap tarian ada tujuan tersendiri dan gerak tari yang melambangkan sesuatu perbuatan. Baiklah itu nanti Nisa explain satu persatu okay.
TARIAN POJA - Tarian yang dipersembahkan untuk raja dan Sultan. Ketibaan Sultan dan raja akan disambut dengan taburan bunga-bunga serta gerakan tari yang lemah lembut. Untuk tarian ini, kebanyakan gerakan tarian dibuat dalam posisi duduk, dan setiap gerakan itu melambangkan pelbagai perbuatan seperti menyembah Sultan atau Raja, perbuatan merendah diri dan sebagainya.
PATTENNUNG - Tarian yang wujud dalam kisah dongeng Sulawesi ini datang ke Selangor melalui pedagang Bugis. Para pedangang membawah hadiah dan kain-kain sarong sutera untuk diberikan kepada Sultan dan puteri baginda. Melalui persembahan tarian ini, para pedagang Bugis mempersembahkan hadiah mereka buat baginda Sultan dan puteri.
CEMARA BUGIS - Ini tarian yang paling Nisa enjoy ! Melihat gerak tari lancar anak-anak Akar Waris ni sungguh mempesonakan ! Tarian ini melambangkan gerak berlawan seorang pahlawan dahulu kala. Haa dengan muzik yang rancak lagi seronok menontonnya. Gerak tari ini diinspirasikan dari Seni Silat Bugis, dan dahulunya diperkatakan hanya mereka yang berdarah Bugis tulen boleh mempelajari lengkah Silat Bugis.
MADUPPA BOSARA - Tarian ini khusus dipersembahkan untuk menyambut kedatangan para tetamu. Tarian ini merupakan tarian tradisional Bugis yang berasal dari Selatan Sulawesi. Uniknya persembahan ini, para penari mempersembahkan dulang yang berisi kuih-muih untuk dihidang kepada tetamu. Alhamdulillah dapat kuih sedap ! Haha.
Terima kasih kepada adik-adik Akar Waris kerana mempersembahkan tarian-tarian tradisi yang sangat memukau. Semua adik-adik ni berbakat ! Diharap tarian tradisi seperti ini terus bercambah dan berkembang..
Setelah pulang ke hotel dan berehat seketika, kami teruskan perjalanan ke Batu Caves, Gombak Selangor. Haa seperti yang kita sedia maklum, di sini terletak kuil tempat pemujaan oleh masyarakat India. Dan lokasi ini turut menjadi tarikan kepada pelancong luar yang ingin melihat dengan lebih dekat budaya dan adat keagamaan kaum India.
SENI MUZIK GENDANG URUMEE MELUM - Antara seni kebudayaan yang kita boleh lihat di sini ialah persembahan seni muzik gendang Urumee Melum. Berasal dari Tamil Nadu, Selatan India, muzik gendang ini asalnya dipersembahkan untuk tujuan pemujaan semangat halus di dalam kepercayaan mereka.
Makan malam pula team Rentak Selangor terjah restoran House Of Nasi Kerabu yang terletak di Gombak Selangor. Memang famous kedai nasi kerabu ni. Kalau tengok Facebook Page kedai ni, ramai pelanggan mereka. Nasi kerabu yang dihidang kompem lah sangat meletop ! Semua puas hati alhamdulillah. Terima kasih House Of Nasi Kerabu untuk hidangan mantap !

Untuk trip hari terakhir kami, jangan lupa nantikan blogpost seterusnya ya !
NISA KAY.
gambar awak semua cantik-cantik. awk pakai kamera apa ya?
BalasPadam