Jumaat, 22 September 2017

Tanda-tanda "he's not the one"


Sekadar gambar hiasan.

Assalamualaikum...

Hmmm nampaknya ramai juga yang suka entry sebegini ya ? Nisa tahu banyak je artikel dari laman-laman web lain yang berkongsi mengenai tanda-tanda sebegini dan Nisa akui Nisa ada je banyak baca haha.. Jadi ada satu website ni dia kongsi points yang Nisa rasa boleh relate jugak dengan pengalaman diri ini ececehhhhhh... Jadi Nisa nak translate, tambah points yang berkaitan dengan Nisa dan juga re-phrase ayat tu supaya lebih ramai faham.


#1 ANDA TERASA SEPERTI DIADILI SETIAP MASA.

"You feel judged". Ini petanda terbesar lah secara ringkasnya. Jika seseorang itu mengenali anda, dan dia dengan seikhlasnya menerima anda apa adanya, si dia takkan judge anda. Tidak kiranya anda ada masa silam yang bagaimana, anda berpakaian bagaimana.. jika he's the one dia akan terima anda seadanya dan tidak akan mengadili anda. Gituhh. Dan bersama dengannya, anda tidak takut-takut nak jadi diri sendiri.



#2 TIDAK MENUNJUKKAN EMOSI

Bukanlah takde emosi langsung macam robot. Maksudnya di sini, jika dah kenal beberapa lama, dah keluar berdua beberapa kali, tapi si dia still tak menunjukkan sebarang progress dari segi emosinya, maknanya si dia mungkin tidak ada perasaan yang sama terhadap anda. Auchhh cintaku bertepuk sebelah tangan laa kekdahnyaa ni. Adududuu.. Tahniah anda telah di-friendzoned.



#3 ANDA BUKANLAH KEUTAMAAN BAGI BELIAU

Priority can be vital. Boleh buat gaduh weh kalau anda tidak diutamakan sepertimana yang anda expect si dia buat. Tapi kalau dah berulang kali dia mungkiri janji, batalkan temujanji dan sebagainya.. maknanya anda ini jatuh ke dalam kategori "mehhh dia kurang penting" di dalam hidupnya. Auchhh aduhhh sakitnya tuh di sini di dalam hatikuu. 




Sekadar gambar hiasan.



#4 SUKAR BERKOMUNIKASI

Komunikasi merupakan antara asas yang penting terhadap jayanya sesuatu hubungan tersebut. Jadi kalau dah kerap salah faham, tak sefahaman, susah nak bertolak-ansur, macam mana nak ada hubungan jangka masa panjang, ye dak ??? Lebih-lebih lagi kalau nak berbual mengenai soal hati dan perasaan.. kalau sebelah pihak saja yang terbuka, sebelah lagi sukar nak menerima atau memberi, memang ermmmm angkat kaki je la sis. Susah nak ke tahap seterusnya.



#5 ISU KEPERCAYAAN

Trust issue pun antara perkara penting di dalam perhubungan. Kalau hati tu sentiasa rasa tak sedap je, sentiasa ada rasa curiga.. memang sebelah pihak lagi pun rimas. Orang kata, kalau hati dah sayang, kita akan ada instinct yang akan membantu kita sama ada nak percaya atau tidak pasangan kita. Kalau hal kepercayaan kepada satu sama lain pun susah nak settle, memang tak lama lah tuu.



#6 TIPAH TERTIPU

Kalau pasangan anda kerap membohongi anda, ada lah tuuu benda yang si dia nak sembunyikan. Most guys mungkin fikir menipu akan menyelamatkan keadaan sebab dorang kononnya "malas nak gaduh" atau dia taknak makwe dia bising. Tapi dorang tak sedar bahawa bila menipu, lepas tu kantoi banyak kali memang susah la makwe nak stay dalam perhubungan. Bukan nak suruh buat buku log, report pergerakan sepanjang masa.. tapi cukup sekadar bagitahu apa adanya. Kalau takde menda nak risau, nak sorok.. buat apa menipu ? Haaa.





#7 USAHA SEBELAH PIHAK

It takes two to tango. Gituuu. Kalau nak menjayakan sesuatu hubungan, takkan sebelah pihak je yang berusaha ? He isn't investing. Bukan investing dari segi wang ringgit saja.. Tapi dari segi banyak sudut. Emosi, kudrat, kesanggupan, masa.. dan macam-macam lagi lah. Let say kalau anda saja yang berusaha nak jumpa dia, nak pergi dekat dia.. sedangkan dia macam buat bodoh je.. Hmmm maknanya dia take you seriously. Ye lah dik non masa bercinta sanggup korban macam-macam. Jangan sampai kau diperguna je. Sampai bila kau je nak perah kudrat, masa, emosi dan wang ringgit untuk pasangan ? Kenalah sama-sama ye dak?




#8 TIADA PERBUALAN MENGENAI MASA DEPAN

Pasangan anda tidak pernah menyentuh mengenai masa depan anda berdua. Bila target nak kawin ? Kalau lagi dua tahun contohnya, apa usaha kalian berdua nak menghalalkan hubungan ? Target kumpul duit ke ? Idea kasar mengenainya ke apa.. Kalau takde langsung, ada dua kemungkinan. Si dia belum bersedia nak settle down atau dia memang takde hati langsung nak ke fasa seterusnya. Gituh. Bunyi macam batu api je kan ? Haa tapi ini kenyataannya. Nak bercinta main-main, ingat ni zaman sekolah ke ? Kalau masing-masing dah sayang satu sama lain, tak kiralah apa keadaan kewangan korang, mesti ada sedikit idea atau perbincangan ringkas mengenainya.. bukan ?




*          *          *          *          *          *          *          *



Hmmm.... mungkin angle penulisan Nisa ni lebih kepada perubahan fasa dari bercinta saja-saja ke fasa yang lebih serius atau long term relationship. Maklumlah.. nak bercinta main-main pun, ini bukannya zaman nak bercinta monyet huiiii. Kalau takde rasa nak serius dengan sesiapa, baik tak payahlah bercinta. Karang kalau sebelah pihak je yang beria, sebelah lagi buat donno je.. kan ke dah mengundang sakit hati dan masalah ?



Lebih lebih lagi kita perempuan, bila dah sayang tu.. konfem lah dah berangan-angan masa depan bersama dengan yang tersayang. Kalau si lelaki tidak menunjukkan sebarang keseriusan, tak ke meroyan karang.. Yang lelaki pun.. kalau belum bersedia, take your time.. kumpul duit dulu ke apa. Kalau dah jumpa yang betul-betul serasi dan boleh bertolak ansur.. haa apa lagi masuk lah meminang. Gituu acah betul aku ni. Love life sendiri pun terkontang-kanting. LOL.



Apa-apa pun, segala points di atas Nisa rujuk dari laman web ini. Ada banyak lagi dalam list dorang, tapi Nisa amik points yang berkaitan je sebab senang nak huraikan untuk pembaca semua. Nisa tak copy paste dan translate bulat-bulat ya. Nisa tulis balik mengikut pemahaman dan pengalaman sendiri je. Ehh. Haha thanks baca ! Muah !




NISA KAY.

1 ulasan:

  1. Setuju sangat-sangat..InsyaAllah ada yang lebih baik untuk kita di luar sana :)

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay