![]() |
| Sekadar gambar hiasan. |
Assalamualaikum...
Read More»
![]() |
| Sekadar gambar hiasan. |
| Jangan pulak korang tengah frust korang pi minum benda bukan-bukan !! (Gambar adalah lakonan semata-mata) |
Assalamualaikum…
Bila putus cinta ni, kadang kadang rasa macam then end of the world je kan… rasa pening la, sesak nafas la, sakit kepala la… tu semua dalam fikiran korang je.. sebab korang dalam state yang sangat sedih dan jiwa kacau, jadi tanda tanda sakit tu ada. Tapi yang paling utama nya ialah HATI korang tu yang sakit ! Sedih kehilangan orang yang disayangi.. sedih sebab hubungan cinta korang terputus di tengah jalan.. ha macam macam lagi lah !
Tapi ! Ada antara kita yang MASIH BELUM MOVE ON walaupun sudah putus cinta beberapa lama ! Haaa tanda tanda korang belum move on ialah…
1. SEGALA BENDA BUAT KORANG TERINGAT KAT SI DIA
Lagi lagi bila dengar lagu tema perchentaan korang ! Mulalah emo semacam, rasa sayu je, rasa macam segala kenangan kau dengan si dia bergentayangan di ruang mata, tak gitu ? Lepas tu apa apa jadi dalam kehidupan korang, korang masih berfikir nak bagitahu atau cerita kat si dia bila korang bertemu dia nanti. Parah betul. Well, korang mungkin akan bercerita dengan besties korang, mak korang atau sesiapa yang terdekat.. tapi akan terdetik kat hati korang macam nak bercerita dengan si dia macam dulu dulu…
2. MELUAHKAN RASA MARAH DI LAMAN SOSIAL
Korang masih bercerita perkara buruk mengenai bekas korang tu kat laman social, supaya semua orang Nampak, semua orang tahu pasal si dia. Ade je yang korang tweet pasal dia, atau tulis status status jiwa lara yang ditujukan kepada dia.. Hehh belum tentu bekas kekasih korang tu baca ye dak ? Wakakaa..
3. OVERCOMPENSATING !
Hahaaa ini susah aku nak translate, maksudnya, korang nak tunjuk yang korang jadi lebih baik danlebih bagus walaupun selepas putus dengan bekas kekasih. Ada yang ampai tukar imej, tukar gaya rambut, pakai mekap lebih sikit, pakai baju lawa sikit.. dengan harapan nanti korang bertembung kat mana mana, si dia akan Nampak korang lebih bagus dan lawa berbanding sebelumnya.. Ceh, mesti korang mengharap si dia rasa menyesal break dengan korang kenz ?
4. TIDAK BERMINAT DENGAN LELAKI LAIN
Dah namanya belum move on, kompem kompem dalam hati jiwa dan raga korang masih ada bekas kekasih korang tu kan, so kalau korang ada kenal or kawan dengan lelaki hot mana mana sekalipun, korang mesti macam kureng berminat, atau kureng melayan mereka.. sebab belum move on, so harapan nak get back dengan bekas kekasih tu masih ada walaupun sikit kan kan ?
5. MEMBANDINGKAN ORANG LAIN DENGAN SI DIA
Kalau pun korang cuba mencari pengganti, mestiii korang tak lari daripada membandingkan orang yang baru dengan kekasih lama korang. Kan ? Ade je yang tak kena di mata dorang, mulalah hati korang terdetik “Hmmm pakwe aku dulu takde pun suke paksa aku macam ni..” atau pun korang terlepas cakap “Hmmm ex aku suke buat surprise kat aku, yang sekarang ni takde pulak macam tu..” haaa boleh mengundang sakit hati kot.
6. TIBA TIBA KORANG PAKAR MENYIASAT KALAH CSI
Atauuuu dalam erti kata lain, korang STALK si dia bekas kekasihmu itu ! Haaaa kompem ramai yang buat ni kan, usahlah menafikannya ! Hahaha… kalau boleh korang akan stalk setiap akaun media social yang si dia ada, twitter.. instagram.. facebook, blog / tumblr, paling parah sekali korang stalk sekali kawan kawan rapat dia, ahli keluarga dia dan sedara mara ! Wowowoooo ini tidak sihat ! You need help babe !
7. TAK MAMPU NAK MELEPASKAN KENANGAN SEMASA PERHUBUNGAN
Masa couple dulu, korang ada jalan jalan kat taman, tiba tiba si dia hulur bunga kat korang, alololoo suwitnya.. tanpa pengetahuan si dia, korang rupanya simpan bunga tu kat celah celah buku, sampai dia kering. Korang siap laminate bunga kering tu ! Lepas tu sampai laa ni korang duk tatap la bunga kering tu sebelum tido lepas tu mulalah duk flashback zaman dating lah, zaman berkenalan lah… pergi ke kedai makan, korang teringat first date korang kat kedai tu. Pergi wayang, teringat pulak filem pertama ditonton bersama. Lepas tu siap simpan setiap tiket filem yang korang pernah tonton sama sama! Amboii parah betul ni. Bakar je lah !
8. BERTEMU DENGAN SI DIA MASIH BUAT KORANG BERDEBAR
Dalam hati tu kemain dup dap dup dap !! Nampak muak dia, korang rasa lemah, lutut rasa longgar. Kalau berpeluang bertegur sapa, mesti korang akan tergagap, tak tahu nak kata apa, menggeletar tangan, rasa berpeluh. Masih ! Jika kau rasa getarnyaa.. amboi lirik lagu pulak !
9. MASIH BERFANTASI UNTUK HIDUP BERSAMA
Ouhhh this is quite scary for me haha.. Maklumlah bila dah sayang sangat sangat pun, susah nak move on kalau takde jodoh.. Tapi korang masih membayang-bayangkan masa depan korang dengan dia, berkeluarga dengan si dia… geez korang memang perlukan bantuan. Memang korang kena cari jalan untuk melepaskan orang tu, itupun kalau memang takde harapan nak bersama semula..
Apa apa pun, perkara macam ni memang mencabar, lagi lagi kepada kita wanita yang hatinya rapuhh gitu.. Aku pun pernah sangat mengalami semua tanda di atas… lagi lagi aku ni jenis kalau dah sayang tu, sayang sungguh dan sayang untuk jangka masa panjang.. yes, aku susah nak move on.. tapi itu semua just a matter of time, so yeah aku memang take time sikit nak move on, sebab tu status semua jiwa kacau aje. HA HA HA.
Apa apa pun, selagi tak memudaratkan, takpe korang take time lah untuk move on tu.. Kalau rasa macam dah teruk sangat korang punya jiwa lara tu, baiklah korang mintak nasihat sesiapa untuk move on, tak pun korang buang je lah segala barang kenangan dengan si dia. YES, memang perit, tapi kena buat jugak ! Sampai bila nak hidup dalam kenangan yang tak berkesudahan ye dak ?
Entry asal : Credit Here
(SAYA TIDAK COPY PASTE ENTRY ASAL. SATA CUMA BACA, FAHAMKAN DAN SAYA KONGSI PULA DARI SISI KEHIDUPAN DAN PENDAPAT SAYA. CUMA INSPIRASI DAN POINT DI ATAS SAYA DAPAT DARI ENTRY ASAL.)
XOXO,
Putewi Hensem
Assalamualaikum...
Sekarang ni aku ada kat kampung… so untuk elakkan diri daripada tidur selepas sahur ialah dengan update blog ! Hahaa nak sambung entry untuk The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! sebenarnya… Sooo letsss next topic !
20) Describe your most difficult breakup and what you learned from it
MOST DIFFICULT BREAK UP ?
Ya, ada satu masanya aku menghadapi most difficult break up so far… tapi aku telah mengambil keputusan untuk TIDAK menceritakannya secara detail kat sini… Kisah aku dan dia, biar aku, dia dan Tuhan saja tahu apa yang telah berlaku antara kami…
Apa yang aku pelajari, the biggest lesson is… JANGAN MUDAH PERCAYAKAN ORANG. Sayang macam mana pun kita pada seseorang tu, jangan mudah memberikan kepercayaan sepenuhnya. Bila kita percaya sangat padanya, kita akan letak harapan yang tinggi. Bila dah letak harapan, kita akan kecewa apabila tidak end up seperti yang kita angankan…
XOXO,
Putewi Hensem
Assalamualaikum...
Okay kita try sambung topik-topik The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni laju sikit naaa.. maklumlah semua dah tinggal berapa hari je lagi nak habis bulan enam.. tapi cabaran ni tak siap siap lagi. Wahahaha.. tapi kalau dah habis bulan 6 pun, aku tetap akan habiskan topik-topik ni…
17) What are your spiritual beliefs and how do they impact your relationships/relationship status?
Uhukkkk… spiritual beliefs gapo dio nii…….
Takdelah spiritual beliefs ke apa.. Tapi kalau di dalam friedship / relationship.. aku percaya KOMUNIKASI tu amat lah penting ! Sebab kalau takde good communication, nanti mulalah mendatangkan salah faham… sakit hati.. lepas tu melarat-larat pulak gaduhnya. Haaa… tak ke sakit jiwa macam tu ??
Dengan komunikasi yang baik, dua pihak boleh duduk and berbincang mengenai apa yang terbuku di hati tanpa perlu menyakitkan hati mana-mana pihak sekalipun… tapi nak berkomunikasi sekali pun, kena cari masa yang sesuai.. kalau tengah gaduh tu, kena tunggu dua dua pihak reda dari kemarahan dulu dan gunakanlah ayat yang baik dan tidak mengguris perasaan mana-mana pihak.. benda ni apply dalam kedua-dua friendship dan relationship. Haa gituu.. So apa apa pun, sit back and relax ya semua !
XOXO,
Putewi Hensem
Assalamualaikum...
Aduh aduh sayanggg makin nak dekat dengan tarikh acara Vendeur Festival, makin busy pulak akuuu.. Lets hope semua baju aku siap on time ! Supaya ade lah stok nak dijual semasa acara tu nanti ! Hahaa… Kena gaduh lebih sikit dengan tailor ni ! Okay jom kembali ke jalan yang benar.. mari sambung next topic untuk The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni ha… entah berapa puluh entry dah aku miss ni..
16) If you planted a time capsule right now of your life to be opened in 20 years, what would be in it?
Hmmmm…. ini pun buat aku berfikir panjang ni… agak-agak apa yang aku nak abadikan untuk dikenang / buka kembali selepas 20 tahun ya ?
Kalau perlu aku tanam kapsul masa, aku akan tanam KENANGAN SEMASA DIRI AKU HIDUP SUSAH. Ya.. aku akan tanam semuanya dalam kapsul masa tu.. bagaimana masa tu seorang pun takde di sisi kau, melainkan mak ayah kau. Bagaimana masa tu kau rasa kau selangkah lagi ke arah putus asa. Masa tu kau rasa tak berguna sangat sangat. Semua tu aku akan tanam.
Selepas 20 tahun, akan aku buka kapsul masa ni, dan pandang balik ke belakang. Ingat balik semuanya, agar aku sentiasa ingat asal usul, siapa diri aku dan walaupun masa depan tu nanti, MUNGKIN aku berada di atas, aku nak ingat balik macam mana payah aku bermula. How hard life has treated me. Semua yang Allah tentukan, aku akur.. Semoga ada hikmah di sebalik semuanya.
XOXO,
Putewi Hensem
Assalamualaikum...
Hai haiii… maish lagi aku setia update blog aku agar kelihatan meriah dan penuh dengan entry Hahahaa.. takde lah bersawang sangat kan. Thanks to The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni sebab bagi aku 30 sebab / topik untuk aku update kat blog hohoo.. Kalau takde topik, memang aku mencari entry tag macam ni… satu haru buat satu topik. Tapi biasanya memang akan miss sebab busy dan travel.. Sebab tu terkejar-kejar nak update !
15) Narrate a conversation between you and someone in your life who you never had closure with (a friend, an ex, a family member, etc.) What would you say? What would they say? What outcome would you hope for?
Hmmmm…. agak sukar aku nak reka dialog – mengharapkan situasi yang telah berlaku, berlaku seperti yang aku fikirkan..
AKU : Kalau awak tak pernah simpan perasaan sikitpun kat saya, atau awak tak pernah berniat nak serius dengan saya, jangan layan saya baik sangat. Biasa-biasa sudah.. macam sebelum ni. Jangan baik sangat. Jangan caring sangat. Saya perempuan, hati halus saya mudah tersentuh dengan layanan sebegini. Sebab nanti bila apa yang saya harapkan tak berlaku, saya yang sakit sendiri. Bukan awak.
DIA : Maafkan saya. Ya, mungkin memang saya begitu. Selalu sakitkan hati awak.
AKU : Saya tak minta maaf dari awak. Perkara dah jadi pun. Takpelah.. I’ll move on. (Walau dalam hati luka berdarah).
DIA : ………….
Kenapa si dia takde jawapan ? Sebab saya tahu dia takkan ada jawapan… Dan jujurnya saya sendiri tak tahu apa outcome yang saya harapkan.. Hmmm mungkin saya mengharapkannya agar dia tak melakukan perkara yang sama kepada orang lain… Agar tiada hati yang “salah faham” dan kecewa… macam saya……………………….. Atau mungkin… aku mengharapkannya membalas perasaan aku ? Hmmm sukar nak cakap… Tak dinafikan perasaan sayang ini ada.. dan aku ni, once dah sayang orang, aku sukar nak move on, it will takes time. Aku berdoa pintu hati dia terbuka untuk aku.. Tapi.. kalau dia BUKAN JODOH AKU.. Aku terima, pasti Allah punya rencana terbaik untuk aku.
XOXO,
Putewi Hensem
Assalamualaikum...
Okay okayy nasib bangun pagi hari ni.. terasa produktif je update pasal The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! ni hahaha.. Okay last entry then nak bersiap keluar dahhh. Ade kerja lah hahaha.. lepas tu malam kang nak update pasal sehari di Paris.. event.. dan lain lain..
11) Your worst/funniest/most embarrassing date
Hmmmm… a date ?? Lama dah hoi tak berdating kah kah kahhh…. Okay tipuuu… date paling teruk tu takde lah kot.. Everything boleh dikelaskan pada tahap Okay kepada tahap paling sweet hahahaha pffttt !! Gelakkan diri sendiri.
Okay kisah nye mengenai my most embarrassing date ! It happened many years ago ! Masa tu umur aku 17 tahun. Hahahaa…. aku ada la keluar dengan sorang mamat ni, budak sekolah aku jugakk. Eh maksud aku dia ex-schoolmate aku.. sebabnya aku tingkatan 5 dan dia tua setahun dari aku. Kami berkawan dah setahun camtu… duduk pun satu taman perumahan.
Masa tingkatan 5 tu aku single.. ecewahh.. so aku keluar la dengan mamat ni kan. Masa tu aku baru habis tusyen, then kami jalan-jalan ke bandar lepas tu nak balik ke taman perumahan kami tu, kami naik bas… Dalam bas tu aku duduk sebelah dia la kan…
Nak dijadikan cerita, bekas pakwe aku masa tingkatan 4 ada dalam bas tu hoihhh ! Haha aku buat bodoh je la kan… Bekas pakwe aku tu ada dalam bas tu sekali dengan besfren dia yang merupakan kawan yang aku kenal jugak laa… Aku buat biasa saja lah kann nak buat macam mana lagi… Tiba-tiba besfren bekas pakwe aku tu menyanyi kuat-kuat dalam bas “BILA BUNGAAAAA DIPETIK ORANGGGGG…” Lebih kurang macam tu la lirik lagu dia.
Malunye aku masa tu takyah nak kata lah kan.. Mamat yang aku date tu bukan tak kenal bekas pakwe aku tu, sebab kami semua satu sekolah ! Kah kah kahh… Nasib la mamat tu cool je.. dari naik bas sampai laa aku turun bas. Serius rasa nak sumpah seranah tapi aku buat bodo je la.. tapi malu gila siot! Hahahaa….. Ngeng je bila ingat balik zaman cinta monyet HAHA !!
XOXO,
Putewi Hensem.
Assalamualaikum...
Hutang entry menimbun-nimbun ni haaa… marilah teruskan dengan topik The Single Woman’s 30-Day Blogging Challenge! yang seterusnya.. Walaupun sekarang aku harus buat research pasal benda lain, marilah kita update blog sebarang dua dulu.. Haha..
9) Your favorite WEIRD or FUNNY single behaviour.
Ohoooo… WEIRD ? FUNNY ?? Hahaaa aku tak sure lah kalau aku ni kerap buat benda benda yang pelik tapi benar, jauh sekali nak buat perkara yang kelakar setaraf maharaja lawak mega ke apa.. Kui kui kuii…
SIRI BERCAKAP DENGAN KUCING !
Ahahaaa.. yang aku tau, bila hidup single ni, aku nak kan teman.. so aku bela lah kucing. Walaupun aku ni bukanlah orang senang mana pun, makan sendiri pun tunggang langgang.. lagi mau bagi makan kucing ?? Hahaa…
Satu perangai aku, aku treat kucing aku MACAM ANAK SENDIRI. Walaupun aku ni takde pengalaman jaga anak orang.. tapi aku anggap kucing aku ni macam anak kecik je.. Makan diberi, berak kencing aku basuh.. aku mandikan.. And satu habit aku.. aku kerap berbual dengan kucing aku.. macam aku bercakap dengan budak-budak. Haha… Aku siap bahasakan diri “mama” kottt ! Bagi pencinta kucing yang lain ini mungkin hal biasa kalau bela kucing. Hehe..
Lagi satu tabiat aku kat rumah.. aku KUAT BERANGAN !! Hahahaa.. duk berangan laa jadi m pelakon la, pelagak ngeri la… penyanyi laa.. Haha walaupun suara ke laut uolss ! Mampuih laaa.. Ada masanya aku suka rakam video aku menyanyi. Pastu aku tengok, gelakkan diri then delete. Kah kah kahhh !! Pastu ulang balik. Rakam, tengok, delete.. Ngek betul ku rasakan !
So farrr… itu je lah kot tabiat aku kat rumah. Aku tak rasa aku ni mempunyai tabiat yang pelik-pelik ke apa. Biasa-biasa je laaa.. Hew hew heww…
XOXO,
Putewi Hensem.
Copyright © Nisa Kay