Isnin, 13 November 2017

Majlis Meet & Greet duta selebriti jenama MAYDAN



Assalamualaikum...


Haaa pernah dengar tak jenama MAYDAN ni ? Sejujurnya Nisa tahu mengenai jenama ini menerusi akaun Instagram selebriti popular di Malaysia iaitu Elfira Loy. Nisa duk perhati je Elfira promote produk Maydan yang beliau gunakan. Haa macam menarik je ? Baru-baru ini Nisa berpeluang mengikuti acara Meet & Greet Maydan bersama duta-duta selebriti mereka.



Acara Meet & Greet ni sebenarnya melibat ketiga-tiga duta Maydan iaitu Fattah Amin (duta produk syampu Maydan), Fazura (duta bagi Q-Tab) dan Elfira Loy (duta bagi produk Lock-It Hydrating Serum). Memandangkan Nisa cuma free waktu siang sahaja, jadi Nisa hanya berkesempatan menghadiri sesi bersama Elfira Loy.




Jenama MAYDAN ini ditubuhkan oleh dua adik beradik iaitu Maya Hamdan dan Dana Hamdan. Produk pertama mereka merupakan Strawberry Smoothies Shampoo & Hair Mosturizers. Asalnya mereka mendapatkan idea untuk mengeluarkan produk sendiri kerana suka menemukan produk yang sesuai dengan kondisi rambut mereka. Namun mereka kemudiannya membuat keputusan untuk berkongsi kebaikan produk mereka dan mengkomersialkannya lebih lagi.


Para pengasas MAYDAN bersama Elfira Loy, duta Lock-It Hydrating Serum.



Seterusnya sharing session bersama Elfira Loy. Beliau berkongsi pengalaman beliau mencuba produk Maydan, seterusnya jatuh cinta dengan serum Maydan dan bersetuju menjadi duta produk ini. Hampir setiap hari jugalah Nisa tengok Elfira berkongsi mengenai kebaikan serum ini di Instagram nya. Bagus betul ! Bila orang memang tengok kita pakai produk tu dan menunjukkan kesan positif, barulah orang percaya dan yakin nak beli ye dakkk..




Antara peminat Elfira yang membeli produk Maydan dan berpeluang bertemu dan bergambar dengan Elfira Loy. Haaa rasa rugi pulak tak borong banyak-banyak produk Maydan hari tu sebab ada harga promosi, dapat free gift lagi!



Terima kasih di atas jemputannya, Maydan ! Tak sabar nak cuba guna Strawberry Smoothie Shampoo & Hair Mosturizer ni. Menurut pengasas Maydan, produk syampu ini merupakan best-seller di Maydan ! Wah wah wahh... mesti best produk ni sampai jadi best seller !




Inilah produk Q-Tab yang Fazura jadi duta tuuu... tablet ini boleh dikunyah dengan mudah sebab rasanya sedap. Dan ianya bagus untuk pertumbuhan rambut, rambut lebih lebat dan bersinar. Selain itu, Nisa dimaklumkan bahawa tablet ini juga bagus untuk membantu mendapatkan kulit dan kuku yang cantik.




Inilah produk pertama di bawah jenama Maydan. Duta untuk Strawberry Smoothie Shampoo & Hair Mosturizer ialah Fattah Amin. Kalau tengok iklan promo produk ni, fuhhh heloknya Fattah! Hahaha. Maklumlah sebagai artis beliau mesti nak sentiasa pastikan rambut berada dalam keadaan baik dan sihat kan.






Seronok dapat menghadiri acara ini dan bertemu dengan salah satu duta jenama MAYDAN ni. Haa kalau ada yang berminat nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk-produk MAYDAN, boleh ke link di bawah :


Laman Web Maydan  |  http://www.maydan.my/

Facebook Page Maydan  |  https://www.facebook.com/maydanhq/




NISA KAY.

20 ulasan:

  1. Ramai jugak akak nampak blogger pi program ni...Q-tab dan shampoo tu menarik sangat..nanti akak skodeng IG diorang la...

    BalasPadam
  2. produk keluaran Maydan ni bukanlah macam produk-produk timbang kilo yang bersepah dekat pasaran sekarang, tapi mereka ada unit R&D mereka yang tersendiri. dan yang paling penting, produk Maydan ni tak guna bahan-bahan kimia yang merbahaya seperti merkuri etc etc tu. So tak payah lah nak risau, agak-agak 10 tahun dari sekarang tiba-tiba macam-macam penyakit yang keluar kan.

    BalasPadam
  3. MAYDAN! Oh baru teringat! Yang Fattah Amin rambut panjang dan Fazura ada juga. Comel gila iklan tu. Sekarang El pula ya. hehehe cute!

    BalasPadam
  4. hi nisa kay,
    bestnya dapat meet and greet dengan si comel elfira loy.. dan menariknya tgk kelebihan serum yang elfira loy tu pakai.. anyway, thanks for sharing the info..

    serum memang best!

    BalasPadam
  5. Fattah Amin banyak kan jadi duta produk? Comel sgt elfira loy...bertuah dapat bergambaf dengan dorg

    BalasPadam
  6. Macam sedap je nama strawberry smoothie tu. 😂 rsnya kena try qtab tu sbb lepas bersalin rambut mcm taknak tumbuh je.

    BalasPadam
  7. Nak cuba juga produk ni. tengok feedback bagus2. Qis kalau nak cuba produk memang nak dapatkan testimoni dari orang yang pernah guna dulu.

    BalasPadam
  8. La kita ingat Nisa jadi duta tadi hehehe tak apa In Sha Allah nanti masa akan tiba. Sekarang ni produk dan macam-macam kalau kita pandai serlah diri dan tampil yakin macam Nisa mesti boleh punya...

    BalasPadam
  9. Okey..bestnya..dpt byg best nya bila pkai bau stoberi

    BalasPadam
  10. Baru tahu kewujudan produk Maydan ni. Boleh je nak cuba pakai produk baru selepas ni. Cantikknya penampilan Nisa.

    BalasPadam
  11. comel nya elfira loy.
    Untungnya dapat pegi program meet n greet ni

    BalasPadam
  12. bestnya MAYDAN ni, nak terjah web dorang skrg gak hehehe

    BalasPadam
  13. BEstnya dpt jumpa elfira. First time dengar produk maydan ni. Boleh try jugak nanti.

    BalasPadam
  14. Tak pernah lagi cuba produk ni, dengar org bercerita je. Kalau shampoo dia best seller, mesti terbaik kan, nak cuba jugaklah nanti

    BalasPadam
  15. Tak pernah dengar tentang produk Maydan sebelum nih..Menarik jugak! btw excited pulak tengok Shampoo tuh..Nampak sedap. haha.

    BalasPadam
  16. Simple dan menarik packaging dia kan. Yang penting warna pink tu! I like!
    lama tak jumpa Nisa semenjak dua menjak kan

    BalasPadam
  17. aku dah mula pakai dah shampoo dia. silap2 leh buat air tau. wangi dia

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay