Memaparkan catatan dengan label Supplement. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Supplement. Papar semua catatan

Isnin, 8 April 2019

Makin segar, bertenaga & cantik dengan FGWALET Bird's Nest by Fouziah Gous!




Assalamualaikum !!!

Haaa suaru ketika dulu, ketika Nisa sibuk scroll timeline Twitter Nisa, ternampak pulak satu tweet yang dapat beribu-ribu lemon retweet! Haaa apakah ini? Kenapa ramai sungguh netizen retweet tweet beliau? Baca punya baca, rupanya pengguna twitter di atas berkongsi mengenai kebaikan mengamalkan minuman sarang burung. Wahhh terus berkobar semangat nak cantik! Haha! Terus google jenama minuman sarang burung yang bagus kat Malaysia ni.



Setelah melalui proses meng-google dan membaca fakta menarik mengenai pelbagai jenis minuman sarang burung kat Malaysia ni, Nisa memilih untuk try consume minuman sarang burung FGWALET by Fouziah Gous! Haa jangan tak tahu, jenama FGWALET by Fouziah Gous ni merupakan jenama yang diasaskan oleh selebriti jelita Fouziah Gous ! Teringat pula dalam salah satu episod Pesona Muslimah masa tahun 2017, kami ada menemuramah Fouziah Gous, berkongsi mengenai pengalaman beliau mengurus bisnes dan keluarga. Haa akhirnya berpeluang jugak try produk dia!


Ambil tiga-tiga perisa terus! Sebab nak tahu mana paling sedap! Hehee...

Masa duk scroll info mengenai minuman sarang burung FGWALET by Fouziah Gous ni, confuse jugak nak try yang mana.. rupanya mereka ada 3 perisa yang berbeza, dan ketiga-tiganya ada khasiat masing-masing! Haaa so macam lebih personalized gitu. Korang nak improve bahagian yang mana, boleh consume minuman sarang burung perisa yang sesuai. Oh yaaa.. untuk pengetahuan korang, Nisa ambil satu kotak terus yang mengandungi 24 botol, untuk pengambilan hampir sebulan (kalau sebotol sehari) Jimat banyak!! Okay sekarang... jom Nisa kongsikan apa khasiat ketiga-tiga jenis ni.



FGWALET BIRD'S NEST : ALOE VERA + ROCK SUGAR  
  • Membantu menyihat & mencantikkan kulit (glow booster)
  • Membantu mencegah kedutan di wajah
  • Membantu melambatkkan proses penuaan
  • Membantu mengurangkan simptom alahan
  • Membantu melancarkan penghadaman
  • Membantu meningkatkan daya tahan badan
  • Membantu menyingkirkan kafein
  • Membekal mineral, vitamin & enzim yang tidak dihasilkan badan
  • Mengandungi anti-oksida & anti-bakteria
  • Membantu mempercepat pemulihan dan penyembuhan luka pada kulit.


   FGWALET BIRD'S NEST : LONGAN + HONEY   
  • Membantu menenangkan fikiran.
  • Membantu mengurangkan masalah insomnia.
  • Membantu membantu mengurangkan stress & keletihan
  • Membantu mencegah kerosakan sel dalam badan
  • Membantu melancarkan peredaran darah
  • Baik untuk diet - kadar lemak & kalori yang rendah
  • Sumber tenaga
  • Kandungan Vitamin C yang tinggi
  • Baik untuk kesihatan kulit
  • Membantu mengurangkan kedutan di kulit.


  FGWALET BIRD'S NEST : RED DATES + WOLD BERRY  
  • Membantu meningkatkan sistem pencernaan - penyerapan lebih baik
  • Badan menjadi lebih segar dan sejuk
  • Membantu meningkatkan daya imun badan
  • Membantu mengurangkan paras kolestrol dalam darah
  • Membantu menukarkan kolestrol berlebihan ke dalam asid hempedu
  • Membantu mengatasi masalah insomnia
  • Membantu memberikan tenaga dan kekuatan - sesuai untuk mereka yang selalu work out!
  • Milk booster
  • Power anti-oxidants
  • Membantu mengekalkan awet muda
  • Membantu mencantikkan kulit
  • Membantu melancarkan perjalanan darah



   PENGALAMAN MENGAMALKAN MINUMAN SARANG 
BURUNG FGWALET   

Kalau produk yang kena consume macam ni, memang Nisa ambil masa betul-betul untuk consume, lihat efek atau hasilnya, baruuuu Nisa akan share dekat pembaca semua. Kalau Nisa tak yakin dengan produk ni, tak adalah tulis mengenainya di blog kan ? Sooo apa yang best sepanjang hampir sebulan Nisa consume minuman sarang burung ni???

➤ LEBIH SEGAR
Bila bangun pagi lebih segar. Kurang rasa liat nak bangun Subuh... pendek kata memang kurang rasa lesu lah! Haaa kalau sambung consume secara konsisten dua ke tiga bulan, mesti lagi senang nak bangun pagi! Cerah je biji mata! Hahaa.

LEBIH BERTENAGA
Ada masanya memang kurang jugak waktu tidur tu, sebab kadangkala balik event dah lewat malam, esoknya nak kena bangun pagi-pagi pulak. Tapi bila consume minuman sarang burung FGWALET by Fouziah Gous ni, agak ketara rasa bertenaga tu. Aktif je sepanjang hari.

MUDAH TIDUR MALAM
Nisa memang ada masalah nak lelap. Penat sangat pun jadi tak boleh tidur, bila tak penat lagilah segar je biji mata ni walaupun dah jam 3 pagi! Selepas lebih kurang dua minggu consume FGWALET by Fouziah Gous, Nisa perasan Nisa lebih relax dan mudah nak lelap! Yahooo! Ini bermakna more rest for me !



➤ ISI KANDUNGAN YANG BANYAK!
Haaaa Nisa rasa memang sesuailah dengan harga yang ditetapkan, isi kandungan dalam setiap botol memang banyak, kalau consume waktu pagi time perut kosong tu, boleh terasa kenyang sekejap! Puas hati betul!! Setiap flavor ada isi masing-masing, memang banyak and nampak penuh je dari luar botol.

➤ ISI SARANG BURUNG TIDAK HANYIR, RASA TIDAK TERLALU MANIS!
Ramai yang tanya "Eh tak manis sangat ke sarang burung FGWALET ni??" Jujur eh Nisa cakap, memang tak manis sangat!! Rasa dia just niceee je! Sedappp! Lepas tu isi sarang burung memang takde bau hanyir langsung! Kadang kadang rasa nak minum lebih dari sebotol setiap hari! Lagi-lagi bila dah keluar dari peti sejuk tu. Fuhhh segar!!

➤ MASALAH KULIT BERKURANGAN
Kalau duk tenyeh produk kat muka, duk buat facial.. tapi dalaman tak jaga susah juga kan? Kena lah balance juga.. Haaaa dengan pengambilan air masak yang banyak, ditambah pula dengan khasiat minuman sarang burung FGWALET by Fouziah Gous ni, alhamdulillah kulit wajah dah semakin bersih dan kurang kedutan (Nisa ada smile line yang sangat obvious sebelum ni). Haa ini baru sebulan consume, kalau berbulan konsisten? Wahhh gebu macam bayi kot muka ni? Hahahah!!!



Ada banyak sangat info dan testimoni yang korang boleh baca dekat laman Instagram rasmi FGWALET tauu.. So dah baca kebaikan setiap perisa minuman sarang burung ni, boleh dah decide nak consume yang mana satu.. Beli sekali banyak la lebih jimat! Nisa pun lepas ni tengah pilih-pilih nak beli perisa apa.. nak grab satu box terus! Mungkin nak ambil yang Aloe Vera?? Makin lawa laaa sis lepas ni.. Haha!


Kalau nak tahu, Nisa dapatkan minuman sarang burung FGWALET by Fouziah Gous ni melalui ejen rasmi mereka :

Instagram @putrarejab
Instagram @fgwalet_
Instagram @fgwaletsingaporeofficial_

Selamat mencuba!



NISA KAY.


Read More»

Selasa, 21 Ogos 2018

Pelancaran rangkaian BLACKMORES Natural Vitamin E Cream dan review produk!



Assalamualaikum...

Wahh sejak dua menjak ni agak aktif juga Nisa menghadiri pelbagai jenis acara (event) dan juga buat beberapa appearance untuk rancangan di TV, cuma mungkin kurang update... dan baru-baru ini Nisa ada cuba skincare baru.. jadi excited jugak lah nak share dengan pembaca semua. Sebab Nisa memang jarang buat review skincare, unless skincare yang Nisa memang guna. Kebetulan pula, Nisa dijemput untuk menghadiri majlis pelancaran produk tersebut.. Wahh bertambah excited lah nak share !

Read More»

Jumaat, 27 April 2018

Kekal bertenaga, sihat dan cantik dengan SISTA STARDUST !!!




Assalamualaikum..


Banyak sebenarnya nak update dekat blog ni. Masa je tidak mengizinkan lantaran ada masalah kesihatan, banyak travel dan banyak meeting Nisa kena lunaskan terlebih dahulu. Tapi memandangkan Nisa ke hulu ke hilir kemain sibuknya Ya Allah.. maka kita perlukan makanan tambahan untuk pastikan badan sentiasa bertenaga, di samping dapat menjaga dalaman dan luaran sekali. Ecewahhh!!!

Read More»

Isnin, 13 November 2017

Majlis Meet & Greet duta selebriti jenama MAYDAN



Assalamualaikum...


Haaa pernah dengar tak jenama MAYDAN ni ? Sejujurnya Nisa tahu mengenai jenama ini menerusi akaun Instagram selebriti popular di Malaysia iaitu Elfira Loy. Nisa duk perhati je Elfira promote produk Maydan yang beliau gunakan. Haa macam menarik je ? Baru-baru ini Nisa berpeluang mengikuti acara Meet & Greet Maydan bersama duta-duta selebriti mereka.

Read More»

Isnin, 10 Oktober 2016

Jadilah wanita BERTENAGA, CERIA dan MANTAP dengan Mama Muda Juice !





Assalamualaikum...


Haa ini dia isu besarrr yang Nisa nak bincangkan ! Sangat besar isu ini dalam kalangan wanita sendiri! Dah macam mana tak besar, asyik segan je nak berbicara mengenainya ? Asyik malu-malu je.. Orang kata malu bertanya sesat jalan. Tak mencari penyelesaian boleh mengundang masalah ! Gituuu... Semestinya isu mengenai kewanitaan lah yang Nisa nak ketengahkan dalam blogpost kali ni...


Read More»

Rabu, 28 September 2016

Joymix Collagen Tripeptide pilihan Nisa ! Mencerah dan melembap kulit !




Assalamualaikum...


Haa lama sudah Nisa tak berkongsi mengenai penjagaan kulit wajah dan badan kat blog ni rasanya.. Bukan apa, ramai je tanya Nisa makan apa untuk jaga kulit ? Nisa pakai apa,. Haa kalau nak cakap pasal skincare tu rasanya banyak kali dah Nisa menjawab soalan mereka yang bertanya.. Tapi kalau penjagaan dari dalam ? Supplement ? Jarang Nisa kongsikan. Jadi kali ni nak bawak uols berkenalan dengan produk yang Nisa tengah consume ni..




Nisa dah lama sebenarnya tak consume apa-apa supplement ke... Jadi Nisa pun tercari-carilah supplement yang menarik untuk Nisa minum / makan setiap hari. Yang Nisa sentiasa tengok ialah kebaikan yang ditawarkan oleh supplement tersebut.

Melalui seorang rakan, Nisa diperkenalkan pula kepada Joymix Collagen Tripeptide ni.. Haa Nisa sebenarnya ada nampak produk ni dekat laman web Lazada haaa.. Tapi Nisa masa tu tak membelek pun. So bila dah ade depan mata ni, baru la Nisa rasa macam hmm.. nak jugak try ni !






Okay basically rupa Joymix Collagen Tripeptide ni serbuk berwarna oren-oren macam ni.. Bau dia macam oren sikit.. tapi bukan oren ! Hahaha.. sebenarnya kolagen ni mempunyai aroma buah markisa ! Wahhh unik sungguh. Memang lain dari yang lain lah katakan. 





Okay jom Nisa kongsikan serba sedikit isi kandungan dan kebaikan di dalam Joymix Collagen Tripeptide ini.


COLLAGEN TRIPEPTIDE ?
Okay.. bezanya kolagen dari Joymix ini berbanding kolagen yang sangat banyak kat luar sana ialah mereka mengandungi Collagen Tripeptide. Tripeptide merupakan unit yang mengandungi 3 jenis amino acid. Collagen Tripeptide ni kiranya unit yang paling asas, paling kecil.. dan ini bermakna penyerapan kolagen ke dalam tubuh badan dapat berlaku dengan OPTIMUM !


KEBAIKAN JOYMIX COLLAGEN TRIPEPTIDE
# Membantu mengurangkan garis halus dan kedutan.
# Membantu mencerahkan kulit
# Membantu menguatkan tulang dan sendi
# Menguatkan rambut
# Menguatkan kuku
# Membantu mengurangkan rekahan di tumit kaki





BAGAIMANA NAK MINUM ?

Haaa semudah A B C yee semua ! Bancuhkan satu scoop penuh serbuk Collagen Tripeptide ni bersama 150ml air. Nisa suka bancuh dengan air sejuk. Segar je lepas minum tu ! Kacau sampai semua serbuk larut ye. Kalau yang ada shaker tu lebih mudah sebab dekat botol shaker dah siap ada aras sukatan air. Haa boleh beli botol shaker kat mana-mana kedai ye. 

Pengambilan boleh dibuat sekali sehari. Kalau nak kesan yang lebih cepat, boleh cuba minum sebanyak dua kali sehari - di waktu pagi dan juga malam sebelum tidur. Nisa sayang pulak nak habiskan cepat-cepat.. so sekali sehari je lah ! Hehehe..






Setiap pagi masa masuk office mesti Nisa bancuh Joymix Collagen Tripeptide ni.. Haa teruss zass teguk segelas. Bancuh pulak dengan air sejuk.. wah memang kesukaan Nisa ! Dah dua minggu jugak lah Nisa amalkan pengambilan Joymix Collagen Tripeptide ni tau.. Kalau nak tahu kulit Nisa jenis dry sangat.. Nisa pakai skincare dan mosturizer tu semua sebab nak control supaya mekap tak bercapuk je.. Jadi Nisa memang decide nak ambil Joymix Collagen Tripeptide ni sebab nak kulit lebih cerah dan lembap dari dalam.





Ini gambar yang Nisa ambil di luar (di bawah available light) baru-baru ni. Masa ni Nisa ada videoshoot dan Nisa kena pakai mekap yang agak tebal sebab cuaca panas (tak nak bagi mekap cair cepat). Nisa risau jugak mekap cepat bercapuk sebab kulit Nisa kan kering. Tapi Nisa perasan mekap tak bercapuk pun, dan kulit Nisa takde rasa gatal-gatal pun walaupun cuaca panas. Lepas cuci muka pun, di bahagian hidung dah kurang sangat kulit yang mengelupas


Nisa impressed jugak lah dengan produk Joymix Collagen Tripeptide ni sebab dalam masa dua minggu dah tunjuk kesan positif pada kulit Nisa. Walaupun belum keseluruhan, tapi dah nampak dah peningkatan pada kondisi kulit Nisa !




Girllsss kalau nak tahu, bila kulit kita kurang kering dan lebih lembap, mekap takkan bercapuk. Bila nak sapu mekap tu, smooth je.. rata je.. haa terbagi tips pulak. Memanglah kita pakai skincare semua tu, tapi lebih baik kesihatan kulit tu dibina dari dalam jugak. Dan produk ni menunjukkan kesan positif pada Nisa dalam masa dua minggu. Haa jom lah cuba jugak !




MACAM NAK DAPATKAN ??

Kalian boleh beli produk ini di laman web rasmi Joymix
http://www.joypremix.com/

Harga yang sedang ditawarkan ialah harga promo RM128 sahaja untuk satu balang 400g.
Gunakan kod promosi : JOYMIXCTPNISA20 untuk potongan harga lebih lagi !


Pada yang nak beli tu jangan lupakan kod promosi di atas tau ! Berbaloi-baloi sangat !


Byee !



Read More»

Copyright © Nisa Kay