Assalamualaikum…
Wahahaa apakah “barang popular” yang aku maksudkan dalam tajuk entry ni? Itu aku hold dulu ye. Barang yang aku maksudkan ni merupakan barang penjagaan muka. Ooppss! Barang ni sesuai untuk lelaki mahupun perempuan so, readers lelaki, anda boleh terus membaca… Muahahaa…
Taraaa…. inilah “barang popular” yang aku maksudkan dalam tajuk di atas. Muahahaa… mesti ramai yang cakap “Ohhhhh barang ni ke..”… Pada pendapat aku barang ni memang fofulerr sebab ramai kot yang cakap benda ni bagus. Haaa apa function benda alah ni???
BIOGLO CLEAR PORE DEEP CLEANSING MASK ni adalah sejenis krim yang berwarna hitam dan melekit-lekit. Diformulasikan dari arang, ia berfungsi untuk menyerap kotoran secara mendalam, buang sel kulit mati dan bersihkan liang roma.
Sapu kat muka yang telah dibersihkan. See? Aku tak sapu mask ni untuk keseluruhan muka, aku target kat bahagian yang banyak blackhead whitehead aje.. Contohnya, hidung, pipi dan dagu. Dah macam orang minyak pulak aku.Herherrr…
Biar sampai betul-betul kering,lepas tu tarikkkkk!!! Perrgghhh memang berair jugak mata haku bila sampai part nak cabut mask ni dari muka. Tapi hasilnya… puas hati yearggghhh!!!! Bukan setakat dia tarik blackhead whitehead. Bulu roma yang halus-halus tu pun dia tarik. Pedihhh…
Tapi jangan pulak korang pergi sapu krim ni dekat bahagian sekeliling mata. Pedih nak cabut woooo.. dah lah kulit bahagian sekeliling mata ni lembut sikit. Tapi alhamdulillah lepas pertama kali cuba produk ni, memang tanggallah segala kotor yang ada.
Tapi aku tak mengalami masalah blackhead atau whitehead yang serius… So, aku guna produk ni just untuk membersihkan kulit secara mendalam. Untuk kesan optimum, boleh amalkan pakai charcoal mask ni di seluruh muka setiap minggu.
P/S : Korang boleh beli produk ni kat Cosway.
Read More»