Assalamualaikum..
Hari ni jalan-jalan kat Youtube cari video lawak nak ditonton.. Macam biasa aku akan check kalau-kalau vlogger kegemaran aku iaitu Mat Luthfi ada video baru. Yaaa ternyata semalam dia ada upload video baru. Video mengenai kecelaruan maklumat. Pada mereka yang suka sangat sebar dan share maklumat tu sila hayati mesej video ni.
Nak berkongsi maklumat memang tak salah pun.. Tapi pastikanlah dulu kebenaran dan kesahihan maklumat yang ingin kita kongsi tu… Buatnya maklumat yang kita share tu salah atau fitnah kan dah share saham dosa tuu…
Lebih mennyedihkan bila ada yang sebar maklumat bahawa orang yang hidup dah meninggal dunialah… sebar pasal hukum hakam yang tidak diketahui kesahihan dan sumber nye. MasyaAllah takut sangat kalau-kalau salah maklumat tu. Maklumlah bab-bab yang menyentuh agama ni kan sensitif..
Jadi check dulu sumber maklumat sebelum nak share atau sebar something. We don’t want something bad happen to us right?
Read More»