Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perkahwinan Blogger. Papar semua catatan

Jumaat, 31 Oktober 2014

Kad kahwin murah dan terlajakkkk kreatif !!!

 

 

Assalamualaikum…

 

Haa sekarang ni kemahen la kan musim kawin kawin niii… So dengan kepanjangan akal manusia zaman kini, terlahirlah pelbagai bentuk dan rupa kad kawin.. Tapi memang syiok pun sebab kita akan dapat lebih banyak idea bila nak buat kad kawin nanti.. HAHAA… Ni antara gambar kad kawin yang aku Google tadi..

 

kad-kahwin4 

Haaa masih kah kau ingatttt disket ! HAHA ni disket dulu aku guna nak save kerja komputer aku masa sekolah rendah woi.. Masuk sekolah menengah aku dah lupa macam mana rupa disket haaa… Tapi ni memang kreatif la, mengingatkan kembali kepada penggunaan disket zaman dahulu kala. Muahaahaa..

 

 

kad kahwin

Ini pun kreatif gilak…. Kad kahwin ala passport. Hew heww… Passport adalah salah satu buku kegemaran aku, di mana aku suka tengok cop cop negara yang aku lawat. Kiranya aku kumpul cop laa… Hahaa tapi aku bukanlah kerja cop duit, so travel pun jarang jarang.. Ada masa lak aku seringkali travel atas urusan kerja, alhamdulillah rezeki Allah beri :)

 

 

Cakap pasal KAD KAHWIN MURAH dan TERLAJAK KREATIF.. Hari ni aku ternampak satu gambar kad / jemputan kahwin yang kian tersebar di facebook.. Haa… mesti semua dah tahuuu.. jemputan kahwin ala kertas soalan UPSR ! Gituhh..

 

kad-kahwin-upsr-1

Yeahhh !! Memang kreatif sangat kan ! Aku pun sebenarnya dah lama tak tengok kertas periksa.. Uhuk uhukk terasa diri dah tua sangat oii !!! HAHA ! So jemputan perkahwinan jenis ni memang menarik minat dan perhatian aku untuk usha dengan lebih lanjut. Hew hew..

 

 

kad-kahwin-upsr-2-720x540 

Dan memang JIMAT, TERLAJAKKKK JIMAT sebab aku rasa guna kertas A4 biasa je haa… pastu this kind of jemputan kahwin boleh fotostat sajorr !! Yezzaa bebehh.. ini salah satu option untuk korang menjadi kreatif dan jimat banyak duit untuk majlis kahwin korang ! Sebabnya fotostat banyak-banyak memang murah, kurang seposen untuk sekeping ! Gituhhh…

 

Sebab bagi aku, sejujur-jujurnya lah kan.. grand macam mana pon kad kawin, lama lama akan dibuang jugak… Sobbbsss.. Lagi pun, tak salah kita nak berjimat cermat kan? Kalau mampu serius tak apa buat grand grand.. Heee aku pun kalau mampu memang nak buat grand muahahahaa.. Nak buat kad kahwin eletronik la.. Bila bukak ada lagu selamat pengantin baru. Hadoo ? HAHAH . Bye !!

 

 

 

 

Terima kasih baca ! XOXO


Read More»

Rabu, 22 Oktober 2014

Calon isteri tak pandai masak !

 

Assalamualaikum..

 

tak pandai masak

Terlahir idea nak menaip sebab aku terbaca entry yang seseorang kongsi di facebook. KLIK GAMBAR untuk baca entry berkenaan. Kisahnya mengenai seseorang yang dipertemukan jodoh dengan gadis yang tidak tahu memasak langsung ! Namun aku kagum dengan sifat positif penulis kerana beliau yakin isterinya boleh belajar memasak dan menyediakan hidangan buatnya dengan baik.

 

 

 

KURANG MEMASAK

Okay kisahnya… aku sendiri KURANG MEMASAK. Bukan tak pandai langsung ye. Tapi KURANG MEMASAK. Faktanya, aku pernah kerja kedai makan, jadi tukang masak dan tukang buat kek. Malah aku belajar macam mana nak hias kek. Tapi hidup bujang ni membuatkan aku malas nak masak.

 

Sebab pertama : RUMAH BUJANG. Bila duduk rumah bujang ni, masak pun nak kena dalam portion yang sikit. Lauknya sikit je, jadi bila beli barang nak masak pun, kena beli sikit je. Kalau terlebih beli bahan, kang memang ada la yang tak digunakan, simpan biar sampai reput dalam peti. Ishhh rugi rugi… Lepas tu aku rasa macam membazir bukak tutup gas sebab nak masak benda yang sepinggan tu. Hahaa. So end up memang beli je makanan.

 

Sebab kedua : SELALU KELUAR. Kerja sendiri ni menjadikan aku seseorang yang sangat kerap keluar rumah. Aku pergi jumpa supplier, meeting, jumpa orang itu ini, pergi event and so on… So, memang most of the time aku siap siap makan kat luar. Tak pun event yang aku pergi tu memang sediakan makan-makan.. so memang kenyangkan perut terlebih dahulu ye.

 

 

TAK PANDAI MEMASAK ?

Haha sebenarnya entri ni takde motif sangat pun… aku saja nak tekankan kat sini bahawasanya aku bukanlah tak pandai memasak langsung ! Tapi aku malas memasak, sebab portion aku makan pun terlalu sikit (sebab perut pon comel)… dan aku tak suka nanti ada lebihan bahan memasak, sedar-sedar je dah membusuk dalam peti.

 

Tapi bila aku dah lama tak masak ni, skill masak pun berkurangan lah… jadi bila nak memasak tu, semua benda rasa tak kena.. mula dah rasa kekok nak beraksi persis peserta Masterchef keletung keletang di dapur. Cewahhh ! Tapi masalah terbesar aku bila memasak ialah, selalu rasa masin. Haha aku tak tahu lah apa kena dengan taste buds aku, sebab aku susah nak rasa masin tu, so I keep adding in ajinamoto atau garam. Haha nasib la siapa makan masakan aku tuh !

 

 

TAK MINAT MEMASAK ?

Secara jujur sejujur jujurnya, aku lebih suka BAKING dari COOKING. Aku ade mention aku kerja kat kedai kek kan ? Kedai tu sedara aku punya, aku kerja part time masa lepas SPM tahun 2008 woii. Haha. So masa tu lah aku belajar memasak, siang ayam dan ikan (walaupun, sekarang aku masih fail kalau nak siang seafood!) So tengahari ada jual nasi campur, and kek tu untuk orang beli untuk hari jadi ke, celebrate apa apa ke, kahwin ke..

 

Sejak kerja kat kedai kek tu, aku belajar selok belok buat kek.. buat cupcake.. malah belajar hias kek pakai aising apa benda tah tu kann. Mula mula memang susah nak ratakan aising, nak hias lawa-lawa.. lama lama berjaya dan barulah masa tu setiap hasil kerja aku (kek / cupcake yang aku hias) mula dijual. Bila orang pilih kek yang aku hias tu, Allah je tahu betapa kembangnya hidung menahan rasa bangga yang membara-bara dalam diri ini. Muahahaa !!!

 

So, dari situ minat aku terhadap baking makin bertambah. Kalau balik rumah, aku suka bukak channel masak-masak kat Astro tu haa.. Kalau ada show yang buat dessert, cookies, kek.. lagi lah aku suka. Rancangan masak-masak biasa aku suka juga, tapi aku lebih fokus kepada masakan dengan resipi ringkas dan senang nak ikut.

 

 

ISU PANAS – CALON SUAMI ?

Hahaa seboleh-bolehnya aku taknak sentuh pasal isu rumah tangga ni. Aku rasa aku muda sangat lagi kot? Ecehhh tak sedar diri betul aku ni. Hahaa jodoh pertemuan di tangan Allah. Buat masa ni memang tak belum ada keinginan nak cari teman hidup (amboi statement!!!) atau pun nak couple dan ada komitmen, tapi inilah yang hakikatnya. Sebenarnya aku dah penat digosipkan dengan kawan sendiri. Dan aku rasa pengalaman buruk yang aku alami dalam perhubungan memang dah buang rasa nak ada komitmen dengan sesiapa. Kalau aku ada suka seseorang pun, aku simpan sendiri je la kot? Haha lepas tu rasa suka tu blah ar cari port lain. Haha !!

 

Kalau sampai masa aku bertemu jodoh ke apa, of cos la masa tu aku akan belajar masak elok-elok ye dak ? Aku ni punya lah tak masak kat rumah, sampaikan kalau aku masak apa-apa, adik aku rasa macam aku ni diturunkan hidayah je. Haha siot betul. Aku harap adik-adik aku kahwin dulu ye, sebab dorang lagi pandai dan rajin masak dari aku. HAHA ! Tapi betullah. Kalau dapat suami nanti (IF I ever get married), hope si dia nanti sudi terima aku seadanya. AMBUII !!

 

 

 

 

 

 

 

 

Bebelan tengah malam, XOXO


Read More»

Isnin, 2 Mei 2011

Entry sedih. Selamat Pengantin Baru Ujang.

Assalamualaikum semua…

Erkkk!! Korang jangan salah faham dengan tajuk entry aku nih! Kang tak pasal-pasal ada pulak yang ingat aku kempunan lak Ujang dah kahwin. Takde maknanya woih. Kahkahkah!!

Apa yang buat aku kempunannye ialah, aku tak dapat menghadiri majlis perkahwinan salah seorang rakan blogger yang aku kenal dari group Sahabat Blogger. Tadi ternampak pulak gambar-gambar yang di upload oleh Atiq Salleh. Laju je tangan usha album itu.

Pic credit to : Atiq Salleh

BERKACA MATA HITAM DI MAJLIS BERBAHAGIA. Glemer kau Ujang, kahwin pon kemain nak spek mata hitam gitewww.. Hehehe Yana lak ayu je.. Hehehe aku tak pernah jumpa lagi tunang (kini dah jadi bini) Ujang ni depan-depan…

 

Pic credit to : Atiq Salleh

 

JUJUR ye, aku jeles laa tengok dorang boleh pulak “ter-gathering” kat majlis kahwin Ujang. Jeles. Jeles. Jeles. Kalau aku cakap nak mengalir air mata aku tengok gambar ni boleh tak? Kahkahkah!

 

Pic credit to : Atiq Salleh

 

HAIHHHH.. Most of them are my kengkawan blogger. Rasa macam dah bertahun tak jumpa. Heh over betol aku! Rindu kengkawan semua. Dorang rindu aku ke tak ye? Kot kot aku je yang perasan sorang? Kahkahkah!!

By the way… kepada Ujang, Selamat Pengantin Baru ye…. Minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat datang ke majlis ko walaupun kat belah Yana or yang belah ko. Huhuhuhuu terdapat perkara yang tidak dapat aku elak. Cewah beria aku explain! Hahah.. apa-apa pun, semoga berbahagia.

P/S : Aku nak kahwin dengan blogger jugaklah. Kahkahkah!

P/S LAGI : Gambar-gambar di atas aku siarkan di atas keizinan tuan punya iaitu Atiq Salleh.

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay