Sabtu, 5 Julai 2014

CATSVILLE PETSHOP, Subang Jaya


Assalamualaikum..



Amboi amboi.. sejak sejak ade haiwan kesayangan ni kan kemain tau nak menaip pasal dorang je.. And aku personally memang dah lama nak share dengan korang pasal petshop, tempat nak boarding, grooming dan semua tu lah.. Mana tahu kan korang ada kawan kawan yang baru nak membela kucing... atau korang just seseorang yang tengah search pasal petshop kat internet?




Kepada yang sedang membaca entry ni, terima kasih tak terhingga aku ucapkan.. susah jugak nak kembalikan semula semangat blogging secara berkala tu ye.. Once dah abaikan, memang liat nak start menaip balik. Tapi bila dah menaip.. hah! Kemain dia berdas-das keluar entry ! Haha lari topik pulak ehh.






Okay hari tu aku ada share sikit pasal petshop ni.. aku dapat tau pasal petshop dari instagram Hanis Zalikha. So, memandangkan lokasi Catsville Petshop ni area USJ Subang Jaya je.. maka dalam perkiraan (berdasarkan aplikasi Waze) aku, maka aku konklusi kan tidak lah jauh mana dari rumah aku.. Lagipun aku tengok macam cantik je kan tempatnya.. so nak try pulak servis dorang macam mana kan?







Perkara pertama yang buat aku tertarik dengan Catsville Petshop ni sebab playing space untuk kucing sangat la comel dan lawa...!!! Kalau lahh aku ni duduk rumah sendiri, dah lama aku peruntukkan satu bilik then bina macam ni untuk anak anak bulus akuu! Hahaa...


Sooooo first impression aku terhadap tempat ni, dorang sediakan tempat bermain yang cool untuk kucing-kucing yang dihantar ke sini. Dan kebetulan minggu lepas aku balik kampung untuk menyambut kedatangan Ramadhan dengan keluarga, aku decide nak hantar kucing kucing aku untuk boarding sekali dengan grooming sekali kat sini.







Sooo ini dia serba sedikit barangan yang korang boleh beli di Catsville Petshop ni... Ada barangan yang penting such as makanan kucing, bekas pasir and a few aksesori.. Mungkin in future dorang akan tambah lagi produk untuk kucinh ? Haaa sama-sama kita nantikan..







Ini adalah jenama makanan kucing yang utama dijual dan digunakan di Catsville Petshop ni... Menurut owner Catsville Petshop ni, kucing dorang kat sini semua makan makanan kucing jenama ni - SPORTSMAN'S PRIDE. Hahaa ahli sukan makanan kucing T_T  Mungkin satu hari nanti aku jugak akan cuba tukar makanan kucing aku kepada jenama ni? Sebab aku tengok kucing owner nya sihat sihat gebu sangat semua..








Aloloooo gebu gebas sangat kucing yang ini ya ampunnn!!! Sebijik kemhor bersama haruslah dilakukan segera walaupun kucingnya sedikit pun tidak mempunyai hati nak pandang kamera hahaa. Nangiss!!








Yang segan silu taknak pandang kamera ni nama dia Nermal.. Kucing residen di Catsville Petshop ni haaa.. Sihat gebus gebas geramnya nak penyek-penyek lahaiiii... Aku suka betul kucing malas macam ni.. Tapi mungkin sebab dia tak biasa dengan aku, so dia macam reject bila aku nak dukung peluk dia. T_T Hahahaaa!!!!







Yang rajin duduk dalam box ni nama dia Garfield yeahh!!! Comel nyaaa, malas malas je dia panjat and duduk kat sini. Alahaiii comel nya.. gebus gebas juga yang nii.. Kalau nak tengok sendiri meh la datang hantar kucing korang ke Catsville Petshop ni okayyy!!







Ahhh tak kira, nak jugak bergambar dengan Nermal. Kena paksa jugak si bulus ni.. Tapi beliau teramat pemalu lah kot.. Heheheee... apa apa pun... Catsville Petshop ni best sebabbbb :


  1. Staf friendly, ada knowledge jugak pasal kucing.
  2. Owner super friendly, senang berbual macam dah lama kenal ececehh..
  3. Petshop bersih dan kemas !
  4. Kucing kucing semua comel !
  5. Lepas grooming kucing ku lebih gebu dan wangi !







With the owners of Catsville Petshop yang super friendly(tengah) Intan dan (kanan) Hadzwan. Ohh kucing hitam putih tu nama dia Panda. Suka menyorok sebab dia paling muda, so selalu kena buli la kot. Haha kesian "maknae" sorang ni.. "Hyung" semua suka usik dia yaa... alololoo meh la duduk dengan mama Nisa :")




Alhamdulillah untuk pengalaman pertama kami di Catsville Petshop ni so far aku puas hati.. next week maybe hantar boarding lagi memandangkan I will be heading to Melaka untuk menjalankan aktiviti berbuka puasa dengan rakan-rakan tersayang di sana.. Cewahhh ! Kesian anak anak mama kena tinggal lagi wuwuwuuuu !!!




So guyssss... siapa yang bela kucing jom la try hantar grooming or boarding kat Catsville Petshop niii... Pemiliknya melayu Islam.. so jangan risau dorang takde ambil anjing untuk grooming sini... So kucing kita selamat di bawah jagaan mereka yaa...




CATSVILLE PETSHOP

43-1, Jalan USJ 21/10, Subang Jaya, Selangor

013-631 2488 /  019-366 0894










Thank you for your time reading this entry. Xoxo !




Read More»

Rabu, 2 Julai 2014

Pasar Ramadhan Seksyen 20, Shah Alam


Assalamualaikum...



Aku rasa sepanjang Ramadhan ni memang banyak la kot entry pasal pasar ramadhan... Makin tak malu tak segan pulak aku duk snap gambar sana.. snap gambar sini kat pasar ramadhan. Hahahaa.. Kau tau tak feeling dia bila kau tetibe angkat phone tinggi-tinggi sebab nak ambil gambar suasana pasar ramadhan? BAHAHAHAA!!!






Soo kelmarin aku try la pusing-pusing area Seksyen 20 tu, dekat area KPJ Shah Alam tu... mulanya aku tak nampak pun mana pasar ramadhannya.. tapi sebab banyak benor kereta park tepi jalan, aku pun park la juga tepi jalan... rupanya, pasar ramadhan kat situ terlindung dek barisan kedai.







Ohh ye.. tak banyak aku nak highlight untuk pasar Seksyen 20 ni.. Tapi apa yang buat aku tertarik ialah gerai Murtabak Awe ni... Haaa apa yang menariknya?








Yang buat aku tertanya-tanya ialah punyalah ramai orang beratur kat gerai murtabak ni haaa... Ingatkan apa la special sangat.. Memandangkan macam best je beratur ramai-ramai ni, maka aku dengan adik aku pun join beratur sama.. ahaha.. boleh? 




Ye lah aku nak tahu jugak apa yang buat dorang sanggup beratur ramai-ramai nii... Sedap ke? Sebab murah ke?? Sebab abang yang jual tu hensem ke? Haaa.. kesimpulannya aku beli dan rasa sendiri murtabak ni masa berbuka hari tu... Aku rasa orang ramai beli sebab penjual ni tak kedekut inti. Aku beli murtabak daging, so memang terasa lah inti dagingnya tu.. Takde la banyak bawang jaa.. nak kata murah pun tak jugak la, sebab RM3 untuk murtabak yang saiznya sedang-sedang saja.. gituu..








Aku rasa adik aku dan kepak ayam memang tak boleh dipisahkan. Suka sangat beliau dengan kepak ayam. Ikutkan nafsu sangat haa aku pun mintak jugak 5 ketol.. alih-alih balik makan dua tiga ketol je. Sangat la membazir ye adik-adik sekalian... Membazir amalan syaitonnnn... Ish ish ishhh!!







Haaa kisahnya iman kau agak agak tergugat bila kau lalu kat gerai yang jual makanan dibakar macam ni.. Sebabnya bila asapnya menyapa wajah polosmu itu, maka terhidulah aroma makanan yang sedang dibakar, menusuk-nusuk ke organ kau yakni perutmu.. maka bergelojaklah perut dan anak tekak menginginkan nya.. Muahahhaaa...



Memang payah betol kalau lalu kat tempat yang jual makanan goreng-goreng atau dibakar macam ni, memang rasa nak beli sepuluh je.. Tapi perut yang nak diisi cenonet je haa!! Adalah baiknya kalau kau beli lebih, then kau bagi orang makan ke apa kan.. Duit habis, pahala dapat takpa.. inshaAllah keikhlasan kita memberi tu biar ALLAH saja yang tahu... InshaAllah..






Thank you for your time reading this entry ! Xoxo.

Read More»

Isnin, 30 Jun 2014

Manis Tapi Tanpa Gula - SUGARUSH CAFE


Assalamualaikum...



Haaa apakah yang manis tapi tanpa gula? Yes, people... SUGAR FREE ! Tapi makanan yang dibuat rasa manis ! Haaa macam mana lah tu kan... Tanpa perlu aku berbelit-belit nak explain, meh la aku leraikan kekusutan hew hew...



SUGARUSH CAFE - merupakan cafe yang menghasilkan makanan seperti kek, cupcakes dan banyak lagi menggunakan pemanis (bukan gula). Pendek kata dorang tak guna gula yang biasa kita beli kat kedai tu... sebab gula tu bahaya untuk kesihatan kalau ambil banyak sangat. Mereka di Sugarush Cafe ni guna pemanis yang diperbuat daripada bahan lain seperti buah. So lebih natural dan selamat gitu.



Gambar credit to  : Budak Lelaki





Kisahnya kawan kami Qarl (pakai baju kotak-kotak hujau) ajak jumpa di Damansara, sebab beliau nak ajak dinner di Sugarush Cafe sempena pembukaan cafe ni... Masuk-masuk je kedai ni terus tertarik dengan banner yang menyatakan bahawa makanan di kedai ni (kek, cupcakes, cookies) merupakan makanan yang SUGAR FREE !!





Gambar credit to  : Budak Lelaki




Haaaa ini dia antara cupcakes yang dihidang kepada kami malam pembukaan tu... (Note that kami pergi ni dah beberapa minggu lepas). Aku paling suka red velvet. Sedap dan padu kek nya... Yang coklat dengan blueberry pun sedapp!!! Memang best.. Tambah lagi bila tau makanan ni SUGAR FREE, memang ngap ngap ngap je laa takde rasa bersalah dah haha!!






Gambar kedai ni aku dapat dari instagram @sugarushcafe sebab masa kami datang tu, waktu malam.. So tak berpeluang nak snap gambar kawasan kedai... Haa comel dan kemas je kedai nya. Simple dengan warna tema merah putih, and  a bit of colourful finishings. Gituhhh dah macam rancangan deco-deco pulak aku ni.. Hehehee...







Haa ini antara kek yang boleh korang order dari Sugarush okay... Fuhh menyesal pulak buat entry ni time tengah puasa.. mencabar iman betul hahaha !!! Apa apa pun korang boleh usha instagram @sugarushcafe untuk maklumat dan lebih gambar yee..






Gambar credit to  : Budak Lelaki
Sahabatttt untuk selamanyaaa.... Gituhhh pinjam lagu Upin Ipin..



Gambar credit to  : Budak Lelaki
Lighting plus Camera360. Nampak lebih cerah wajah kami di situ.
Tapi errr Budak Lelaki memang dah cerah pon. Muahahahaa....





Okay okayyy.... Sekian entry kali ini... tulis panjang panjang kang terasa nak gigit je skrin komputer ni duk menatap gambar kek yang sedap sedap. Ishhh macam boleh batal puasa la pulak sebab duk terbayang rasa sedap cupcakes nya hahahaa...








Kepada yang nak singgah kafe ni, nak beli kek SUGAR FREE dorang, boleh singgah ke :

Bangunan The Place, Damansara Perdana.

Masuk je entrance bangunan ni, kafe ni terletak di sebelah kanan korang okay...








Thank you for your time reading this entry ! Xoxo.

Read More»

Copyright © Nisa Kay