Rabu, 30 Mac 2011

Bila Nisa Menaip menjadi “doctor love” sekejap.

Hekhekhek… perasan betol aku hari ni. Jadi doctor love pulak?? Haiyohhh ape kena aku ni? Takkan laa bosa sangat sampai dok berangan jadi doctor love? Hahaha…
Ehhh mana ada jadi doctor love pon.. sekadar memberi pandangan / respon kepada soalan yang diutarakan oleh seorang blogger di wall SAHABAT BLOGGER di facebook tadi..




Oke adik-adik.. hekhekkk!! Jom dengar pendapat aku yang tak sebarapa nih… Dalam bercinta… kita tengok dulu dua tiga perkara ni..





1. CARA MASING-MASING
Setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza, pengalaman hidup yang berbeza dan tersendiri. Maka dengan itu, semua orang mempunyai characteristic tersendiri. Kemahuan setiap orang berbeza-beza. So, bila dalam relationship, amat penting bagi kita analisa characteristic masing-masing ye.. Supaya dapat memahami cara masing-masing.



2. KEHENDAK DIRI
Bila dah bercouple, bercintan-cintun, tipulah kalau kita cakap kita takde masalah langsung kan? Sikit pon, mesti ada jugak kan? Ini kerana kadang kala kehendak masing-masing tu bercanggah. Ye lah… bila yang lelaki nak dilayan macam tu, yang perempuan nye melayan macam ni… begitu juga sebaliknya….



3. KEPERCAYAAN
Ini paling serius! Jangan mimpilah nak couple dengan aman damai lagi harmoni kalau kepercayaan tidak wujud dalam diri masing-masing. Kalau seorang percaya, seorang tak percaya.. tak boleh jugak! Biasanya kepercayaan lah yang menjurus kepada pergaduhan. Yela kalau asyik gaduh pasal benda-benda yang kecik, nampaknya susah nak kukuhkan kepercayaan!






PENYELESAIAN????

Ada baiknya korang ambil masa untuk kenal pasangan masing-masing… Kenal pasti orangnya macam mana, lifestyle dia, cara dia treat orang, dan macam macam lagi la… So dengan cara ni, kita boleh tahu kita sanggup ke tak untuk couple dengan dia, bertahan dengan perangainya dan boleh masuk dengan kepala dia.

Kalau korang couple dalam masa singkat, atau baru kenal, baik korang duduk berbincang… bagitahu pasangan kita, kita ni orang yang macam mana, cara kita macam mana.. dan belajar untuk diri masing-masing seadanya… Memang lah setiap orang tu berbeza, tapi insyaAllah semua masalah pun ada jalan penyelesaiannya..

Dalam relationship, BERTOLAK ANSUR, KEPERCAYAAN dan KESEDIAAN UNTUK MENERIMA SEADANYA tu penting. Barulah kita tahu siapa yang sanggup terima diri kita seadanya, yang ikhlas dengan kita.. ye tak? Kalau nak couple pun tak sanggup, apa lagi nak kahwin? Kan????





Aku rasa aku ni membebel je lebih. Ehh ni semua PENDAPAT aku aje tau.. Lain orang lain pendapat.. ye tak? Haha! Bye.






sign NISA

21 ulasan:

  1. kepercayaan penting..
    bile ada kepercayaan so timbul laa kesetiaan dan kasih sayang...
    yew tak nisa? ;)

    BalasPadam
  2. fulamakkkkk kak nisa jadi doktor cinta la pulak,hehehehhe :P

    BalasPadam
  3. thank youu so much kak nisa! i'll try.. hmm owg cuba jaga hati dia.. tp yelah lelaki nie susah nak faham perempuan kan? dia ingat kita tak sayang dia

    BalasPadam
  4. PENDAPAT DOKTOR LOVE NIH...

    boleh tahan hebat...

    ^^

    BalasPadam
  5. Doktor nisa love, saya ada masalah dengan laki masa depan saya di mana beliau selalu lebihkan study dari saya, bagai mana untuk mengatasi nya ya? ^^

    BalasPadam
  6. suka post nie..
    betol3,kepercayaan paling penting sbb kalau tak dak kepercayaan yang kukuh macam mna sesuatu perhubungan tue nk kekal

    BalasPadam
  7. hai doktor nisa. hehehe. apa-apa pun, kena mengenali pasangan tu. kadang-kadang kita kena juga berubah demi pasangan. tapi pastikan perubahan itu ke arah yang lebih baik dengan niat yang betul =)

    BalasPadam
  8. setuju dgn semua bebelan nisa tu. hikhik ;)

    BalasPadam
  9. hehe 1st tyme komen ni, salu bc jew..hehe..ok, btoi3, sy setuju!!..paling penting percaya..kalo x mmg x jalan...hehe

    BalasPadam
  10. memang betul , kepercayaan penting . tapi susah la kak nisa . -.-!

    BalasPadam
  11. mulut je kate percaye, tapi hati sibuk fikir nak usha pompwn lain,
    pyah jugak kn, hehe =)

    BalasPadam
  12. betul..setuju dengan setiap respons nisa..bila dah mula kongsi perasaan ngan orang asing, jgn jd selfish..harus ada tolak ansur di situ..

    BalasPadam
  13. skong all the point tu kak nisa...
    http://mhs-kaizen.blogspot.com/2011/02/dari-mana-datangnya.html

    BalasPadam
  14. http://mhs-kaizen.blogspot.com/2011/02/dari-mana-datangnya.html

    BalasPadam
  15. DOCTOR LOVE YANG HEBAT.LEPAS NI BOLEH BUKAK KLINIK YE :D

    BalasPadam
  16. pergh..!!!!!!!!

    patut la ada orang jatuh cinta...=)

    BalasPadam
  17. jadi doktor cinta dia...
    hokhokhok...terbatuk pulak akak...hehehe

    BalasPadam
  18. sometime saya pon jadi doktor love.. tp saya pon dalam dilemma tntg cinta.. ekekeke
    :P

    sesiapa nak pakai braces free?
    terjah ni

    http://freshie-sd.blogspot.com/2011/03/teringin-nak-pakai-braces-free.html

    BalasPadam
  19. doc love nisa..saya pon ade prob gak.bf saya xmau kapel ngan saya dah.camne tue ek? :)

    http://bloknoktah.blogspot.com/2011/03/kenapa-awak-camni.html

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum kak nisa, boleh minta tolong delete atau blurkan gambar saya yang tak bertudung tu tak.\ Btw sy kawan kepada Rina :)

    Terima kasih banyak banyak.
    Semoga Allah memberkati akak :)

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay