Khamis, 21 April 2011

MOVIE : Just Go With It

Assalamualaikum….

Sebenarnya aku dah lama tengok movie ni, tapi baru sekarang laaa terhegeh-hegeh nak buat entry pasal movie ni. Ohh ya! Hampir tiga hari aku tak update blog ya! Terima kasih sangat sangat kepada yang concern dan bertanya kat aku. Terharu betul !

Sebenarnya aku baru aje mula semester baru. Tapi semester ni aku ambil dua subjek aje, sebab short semester. Tapi jadual boleh tahan! Kelas straight dari Isnin sampai Khamis. Oke oke dah menyimpang dah aku ni. Bukan nak cerita pasal aku. Aku nak cerita pasal movie lah oiii..

 

just-go-with-it-movie-poster-10206745251

FILEM : Just Go With It

PELAKON : Adam Sandler, Jennifer Aniston, Brooklyn Decker, Nicole Kidman, Bailee Madison

 

Korang ada tak seseorang yang rapat dengan korang (berlainan jantina), dan dia tahu semua cerita silam anda, dia tahu semua rahsia anda, dan dia tahu hampir segala-galanya pasal anda. Maybe seorang kawan baik? Roomate? Classmate? Rakan sekerja.

Pernah tak terfikir untuk jatuh cinta dengan orang tu? Bagi aku TAKKAN terfikir punye laaa… Orang yang selama ni depan mata kita sampai nak muntah tengok, rupanya jodoh kita! Itulah yang berlaku dalam filem ni.

Watak Danny dalam filem ni merupakan seorang pakar bedah plastik yang masih bujang. Da selalu menipu yang dia ni dah kahwin tetapi selalu didera bini dia, cara ni dia guna untuk mengorat perempuan.

Sampailah satu hari dia terjumpa seorang perempuan seksi (Palmer) dan dia rasa dia dah jatuh cinta kat perempuan ni. Dia dengan tak sengaja dah tipu Palmer dan mintak pekerja dia kat klinik dia, Katherine untuk menyamar jadi isteri yang kononnya yang dia dah nak ceraikan tu.

 

 

Oke itu lah sinopsis yang aku cerna dari akal pemikiran kudus aku ni. Tapi cerita ni kelakar dan gelagat budak-budak dalam cerita ni sangat comel! Terutamanya anak perempuan Katherine tu. Aku suka British accent dia! Suka suka!

So pada ending cerita ni korang akan tahu lah apa kesudahannya. Sebab watak Katherine tu pun telah berjumpa dengan musuhnya semasa dorang bercuti dan penipuan di atas penipuan telah pun terjadi!

 

 

Moralnya

memang ada sebilangan manusia yang suka menipu untuk menunjuk-nunjuk. Nak orang nampak yang dia ada sesuatu yang boleh buat orang cemburu kat dia. Tapi kita kena ingat, sampai bila kita nak hidup macam tu… ye tak? Kita pun kena sedar diri kita siapa dan di mana kedudukan kita.

Takkan nak tunggu sampai orang tahu cerita sebenar dan kita yang malu sendiri. Macam tu? So, renung-renungkan dan selamat beramal.

 

Tapi ingat ye! Filem ni 18 tahun ke atas. Mungkin ada adegan dan dialog yang tak sesuai untuk tontonan audience bawah umur.

Apa-apa pun aku rasa citer ni best! aku bagi 4 bintang boleh tak? Huahuahuaa… Well, aku rate ni berdasarkan pendapat diri sendiri dan citarasa. Lain orang lain pendapat ye tak? hehe.. Oke lah.. Bubbye! Love ya!

 

 

 

sign NISA


20 ulasan:

  1. wah~nak tengok,nak tengok!! hee..nak donlod lah! ngee

    p/S: nice review..=0

    BalasPadam
  2. best movie ni. miera dah tgk. mmg layak la 4 bintang. hehe

    BalasPadam
  3. tetibe cam nak tgk jugak lah..pas bace sinopsis nisa nih..hehe









    tq NIsa!
    mmm...bila nak mai Jakarta??=P

    BalasPadam
  4. Salam, saya orang baru..kalau sudi,follow lh saya k...
    http://afzaafreeda.blogspot.com/

    BalasPadam
  5. MAK AIH ERRA KYRA AJAK NISA P JAKARTA... NAK IKOOTT... HEHEHE...


    MENYIMPANG PULAK..HIHIHI

    BalasPadam
  6. nak download lah cerita ni. tapi cerita melayu kena tengok wayang. heee. :)

    BalasPadam
  7. KAK NISA,SORRY NAK TANYA,KAK NISA U MANA EYH ?

    BalasPadam
  8. nak tengok la..cam best je! ^^,

    BalasPadam
  9. betol2....da tgk 2 minggu lepas....memg best...semalam tgk limitless....bolehla.....:-)

    BalasPadam
  10. dah tengok jugakkk !
    beskan !
    1st day keluar dah nengok . hehe

    BalasPadam
  11. dah tgk jugk.
    best kan?lwak glerr :)

    BalasPadam
  12. good movie untuk tengok bersama pasangan pada hujung minggu

    BalasPadam
  13. dah tengok..download version..masih kurang paham..haha..mungkin pas final baru layan lagi sekali..so just go with it..

    BalasPadam
  14. http://wanwidget.com
    best ker citer ni, saya x tengok lagi

    BalasPadam
  15. Hi Nisa,

    Is it possible for me to have your email address? I would like to sponsor your entry post so I would like to know whether u are interested of not. Thank u

    BalasPadam
  16. @Fadhilah

    please contact me by the email sukamenaip@yahoo.com

    BalasPadam
  17. macam citer romantik je..suke2!huhu..=)

    BalasPadam
  18. suker dgn dak puan tu ckp ala british cute~~~ n sopan.

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay