Jumaat, 29 April 2011

Niat di hati nak beli macaroons aje, tapi mata berkenan pulak dekat baju tu!

Assalamualaikum semua….

Fuhhh petang yang tidak berapa terik ye hari ni, berikutan kawasan Shah Alam baru aje lepas hujan… Aku perasan sejak dua tiga hari ni, asal masuk pukul 4 lebih aje mesti hujan turun dengan lebatnya..

Oke lah tu hujan, kalau panas sangat pun sakit jugak kan? Apa-apa pun kita bersyukur dengan apa pun cuaca yang Allah turunkan… Oh yeee… dalam entry sebelum ni, aku ada sebut tak yang aku singgah di The Old Blossom Box Store (OBB) semalam.

 

 

Memandangkan aku memang nak ke Pusat Poslaju di Glenmarie, so memang akan lalu di Laman Seri Seksyen 13, Shah Alam. Tiba-tiba pulak dahhh anak tekak aku ni meronta-ronta nak meratah macaroons yang comel gilers tuh! Oh ye… macaroons yang dijual di butik OBB ni adalah dari That Last Slice.

 

IMG00430-20110428-1339

SLICE

 

Inilah rupa macaroon yang aku beli kat The Old Blossom Box Store . Macaroons yang ni berperisa salted caramel, dan untuk pengetahuan semua, That Last Slice (TLS) hanya menjual macaroons di butik OBB. Untuk maklumat lanjut mengenai jualan macaroon oleh TLS, sila klik sini :) Memang sweet! Memang sedap!

Ohhh ye, niat asal singgah di OBB memang hanya untuk memenuhi nafsu anak tekak aje. Tapi, bila dah melangkah masuk ke butik OBB yang sangat comel itu, maka nafsu untuk shopping benda lain pun timbul. Alamakkk… godaan betul lah! Aku pun duk usha laaa blouse dengan tops yang ada kat situ. Tahu tak apa yang aku beli??

 

Niat di hati nak usha Novelty Mary Janes shoes ni. Lepas try, tak ada saiz aku pulak… Hadoi makkk… dah lah aku terpikat dengan warna Sweet Candy Pink ni. Tapi apakan daya… bukan rezeki aku kot… sekali aku terpikat pulak dengan benda lain.

 

IMG00446-20110428-2007

BILLOWY SLEEVED TOP. Yang warna putih di atas tu, gambar penuh baju yang aku beli, yang gambar kedua tu, baju yang aku beli. Warnanye coklat kehijauan sikit laa.. Tak reti nak cakap warna macam mana. hehehe… yang aku beli tu pulak last piece. Wuhuhuuu…

Heheheee bahagia pulak kurasakan. Terima kasih kepada insan tersayang kehkehkeh! Ohhh ye, review aku pasal baju ni… I like it very very much!!! Kainnya sangat selesa dan sejuk aje bila pakai. Hehe berbaloi jugak aku beli baju ni. Ohh ye, aku masih dalam proses mencuba gaya pakaian yang baru. Hehehe.. Apa-apa pun, thumbs up untuk Jezmine Zaidan tuan kedai OBB.

 

IMG00434-20110428-1345

Thank you Jez! Hehehe apa lagi, jom ramai-ramai usha blogshop The Old Blossom Box Store. Bagi sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan singgah lah butik OBB di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam ye.

P/S : Alamakkkk lupa pulak nak cerita yang aku pergi ke sini bukan keseorangan. Of course laa dengan crime partner aku si Myra. Ohh ye kalau nak tengok pulak apa yang dia rembat, rajin-rajin lah KLIK SINI.

 

 

 

 

sign NISA


13 ulasan:

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay