Memaparkan catatan dengan label Macaroon. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Macaroon. Papar semua catatan

Khamis, 4 Oktober 2012

Candy Buffet

 

Assalamualaikum…

 

Dah berhabuk dikit dah blog aku ni nampaknya? Biasalah sebagai student aku takde masa 24 jam untuk mengadap laptop dan menaip entry berkualiti untuk anda semua. Jika sempat, aku suka share info menarik dan berguna untuk aku dan untuk semua yang membaca inshaAllah…

 

Dua tiga hari ni kemain tau orang cari pasal candy buffet atau dalam bahasa melayunya kita panggil set hidangan manisan. Ehhh betul ke translation aku tu? Aku tibai je. Ahhh pedulikan. Herherherr…

 

candy_buffet_upper_tier_view_large

Ini gambor dari pakcik Google. Apa yang aku faham candy buffet ni seakan menjadi trend di majlis-majlis perkahwinan masa kini ewahhh! Satu meja akan dikhaskan untuk hidangan manisan sahaja seperti gula-gula, coklat, cupcakes, kek, sumi jelly, strawberry celup coklat, marshmallow  dan paling terkini macarons (sejenis manisan Perancis).

 

Nampaknya semakin ramai bakal-bakal pengantin berminat nak buat candy buffet di majlis perkahwinan mereka. Yang aku pasti, kalau aku nampak macarons, aku serbu dulu. Muehehehe.. candy buffet semestinya menjadi perhatian budak-budak dan semua yang meminati makanan yang manis-manis macam ni.

 

candy1

Ini adalah salah satu contoh candy buffet yang simple. Aku nampak kawan aku duk promote baik punya kat facebook. So alang-alang aku tengah ada mood nak menaip meraban pasal candy buffet ni, ada baiknya aku promote sekali CHIRPY CAKE yang ada menyediakan perkhidmatan menyediakan candy buffet di majlis-majlis. CHIRPY CAKE jugak ade jual macam-macam, pergi sana usha.

 

 

theweddingheaven yahoo com

Satu lagi contoh candy buffet. Yang ini dari THE WEDDING HEAVEN. Wah wahh serba pink gitu. Customer boleh jugak mintak candy buffet ni ada tema-tema kot. Contohnya kalau warna tema majlis anda biru ke, putih ke, boleh lah kot request nak warna serupa. Pergi usha THE WEDDING HEAVEN jugak okay?

 

 

candy3

Yang ini pulak gambar candy buffet dari SOMETHING SWEET BY MIMI. Ini adalah candy buffet untuk majlis TV3 Wanita Inspirasiku Brand Launch. Haaa nampak tak candy buffet ni bukan saja jadi trend di majlis-majlis perkahwinan, tapi sesuai untuk sebarang jenis majlis seperti majlis hari jadi, majlis tunang, majlis pelancaran, majlis makan malam dan banyak lagi.

 

 

cups-tile

Ehemmm ehemmm aku pon tengah feeling-feeling nak buat majlis minum petang atau sambutan hari jadi, lepas tu ada cupcakes, macarons, mini pavlova warna pink dalam candy buffet aku! Tak lupa strawberry cicah coklat. Aummmm. Sodappp! Hahaha…

 

Tapi berangan je lah dulu ye.. Takdok duit dan takdok keje nak buat majlis tetibe je. Hahaha.. Buat candy buffet untuk slumber party dalam bilik hostel boleh ke dak? Agak-agak boleh tak? Muahahahaa… Kbai. Take care and much love.

 

 

XOXO


Read More»

Rabu, 23 November 2011

Nak macarons!

 

 

macaron2

 

“Inilah masanya untuk merasai makanan paling sedap dari negara Perancis, makanan yang menjadi fenomena sejak akhir-akhir ini di Malaysia, iaitu Macaron, Yanmieonline.com dengan berbesar hati ingin memberikan kepada 5 orang pemenang bertuah untuk merasai keenakan Macaron tersebut, tunggu apa lagi?, sertainya sekarang, secara tidak langsung membantu beliau untuk untuk mendapatkan gadget idamannya!!!!”

 

 

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 11 Julai 2011

Dah tak mengidam dahhhh!

 

Assalamualaikum semuaaa….

 

Dah tak mengidam ape nih?? Amboi kemain aku macam ibu-ibu mengandung pulak nak mengidam bagaiiii. Hari tu aku ada tulis entry yang aku mengidam macaron. Hahhh menatang apa macaron tuh! Google sendirik okeh. Kahkahkah!!

 

IMG-20110708-00635

HAHHH??? Mengidam macaron tapi letak gambar kucenn lak? Apakah?? Hehehe kerana aku dok mengidam macaron lah, aku dah tekad nak singgah ke butik Old Blossom Box yang terletak di area Laman Seri, Seksyen 13 Shah Alam.

 

Kat butik tu ade jual macaron weh! New flavors on every Wednesday yeayyy!!! Kucenn di atas ialah Saber, kucenn pemilik Old Blossom Box . Kucenn ini sangat gemoks dan comel! Masuk je kedai, aku terus terkam kat dia, nak amik gambor sume. Tapi Saber ni buat cool aje, tak respon sangat kat aku ciss!!

 

IMG-20110708-00636

Dah datang ke butik Old Blossom Box, mestilah jumpe dengan si manis Jezmine. Aku pakai outer syria je woiii.. Macam bibik tak? Kahkahkah. Maklumlah aku on the way ke Damansara masa tuuu. So pakaian tak payah nak semenggah sangat eh?

 

 

IMG-20110708-00637

Macaron yang dihantar ke butik OBB ialah macaron dari That Last Slice. Memang tak menyabor betol aku dalam lif dah snap gambor kotak macaron. Macaron yang minggu ni perisa chocolate.

 

 

IMG-20110708-00645

Haaaa camnila rupe macaron yang aku beli tuuu. Sepatutnya ada 5 bijik dalam kotak ni, tapi aku dah ngap sebijik kahkahkah!!! Laporr wehhh, dah la stuck dalam jammed. Huiiiii memang mencabar iman lah kan tengok macaron nih.

 

Dah laa tengah lapar, ku pandang-pandang macarons itu, bagai memanggil-manggil aku suruh ngap satu demi satu. Kahkahkah. Sudahnya, dalam kereta aku makan 3 bijik aje, sampai rumah aku bantai habiskan 2 bijik.

 

Ohh ye.. macarons ni sangat manis ye. So kalau yang kurang minat manis, anda akan TIDAK suka macarons. Hehee tapi takpe, setiap orang seleranya berbeza-beza kan. Oke daaa!!

 

 

sign NISA


Read More»

Selasa, 5 Julai 2011

Mengidam macarons weh!!

 

Assalamualaikum semua…

 

Pagi-pagi aku dah meroyan! Aku mengidam wehhh. Tolong aku boleh? Dah beberapa hari aku cari macarons. Aku ade pergi beli kat Giant Kota Damansara tuh. Bluekkk! Tak sedap lah *menangis!!*

 

Kalau korang still tak tahu apa tu macarons boleh lah pergi search kat wikipedia ke, kamus ke.. Aku dah pernah makan macarons. Sedap! Tapi bergantung macam mana orang tu buat macarons. Ade je kedai yang jual macarons tak sedap dan keras!

 

macarons-perfect

Pic credit to : http://www.foodpoi.com

 

Huargghhh aku teringat lagi rasa macarons yang aku makan dulu. Dia keras tapi lembut. Haaa camne tu? Sila lah rasa sendiri…. Fillings nya yang manis perghhh menusuk deria rasa! Tidak di syorkan kepada yang ada kencing manis atau yang tak suka manis!

 

247260_150680725001633_100001791198228_297531_1645950_n

Pic credit to : Lildaisy Cuppycakes II

 

Haaaaa aku gilakan rasanya yang manis, crust nye yang keras-keras lembut dan lemak tuh. Perggghhh!! Tolong lah sesiapa sembuhkan penyakit mengidam aku. Boleh menangis aku 7 hari 7 malam tak dapat macarons tahu tak? Dah dua minggu jugak lah aku mencari nih!!!

 

 

230028_108129125941364_100002328329206_84767_374779_n

Pic credit to : P'four Macaron

 

Huiiiii berwarna-warna lagi tuhhh!! Kemain mengancamnye weh!! Kenapa dengan aku ni, takde benda lain ke nak mengidam? Pucuk ubi rebus ke? Pengat duit ke? Bubur kacang ke? Macarons jugak yang aku teringin????

 

 

188820_151820218215681_100001631126667_333607_3156347_n

Pic credit to : OHmacarons

 

Huaaaa nangis lah camni! Tekak aku meronta-ronta nak kan benda comel manis-manis nih! Aku tak tahan lah camni. Kang aku kerat tekak kang kalau tak tahan sangat mengidam macarons!!

 

Yang paling dekat tempat jual macarons kat Shah Alam ni yang aku tahu kat Seksyen 13 tuh! Tapi nak ke sana tambang teksi pulak mahal! Aduhai ya Allah kenapa aku sangat sangat sangat teringin macarons di saat-saat macam ni :( Sukarnya aku menahan keinginan anak tekak!

 

Siapa sayang sayang, bagi saya hadiah macarons boleh? Oke aku mengarut dah ni. Bye!

 

P/S : JOM UNDI SAYA KAT SINI !

 

 

sign NISA


Read More»

Jumaat, 29 April 2011

Niat di hati nak beli macaroons aje, tapi mata berkenan pulak dekat baju tu!

Assalamualaikum semua….

Fuhhh petang yang tidak berapa terik ye hari ni, berikutan kawasan Shah Alam baru aje lepas hujan… Aku perasan sejak dua tiga hari ni, asal masuk pukul 4 lebih aje mesti hujan turun dengan lebatnya..

Oke lah tu hujan, kalau panas sangat pun sakit jugak kan? Apa-apa pun kita bersyukur dengan apa pun cuaca yang Allah turunkan… Oh yeee… dalam entry sebelum ni, aku ada sebut tak yang aku singgah di The Old Blossom Box Store (OBB) semalam.

 

 

Memandangkan aku memang nak ke Pusat Poslaju di Glenmarie, so memang akan lalu di Laman Seri Seksyen 13, Shah Alam. Tiba-tiba pulak dahhh anak tekak aku ni meronta-ronta nak meratah macaroons yang comel gilers tuh! Oh ye… macaroons yang dijual di butik OBB ni adalah dari That Last Slice.

 

IMG00430-20110428-1339

SLICE

 

Inilah rupa macaroon yang aku beli kat The Old Blossom Box Store . Macaroons yang ni berperisa salted caramel, dan untuk pengetahuan semua, That Last Slice (TLS) hanya menjual macaroons di butik OBB. Untuk maklumat lanjut mengenai jualan macaroon oleh TLS, sila klik sini :) Memang sweet! Memang sedap!

Ohhh ye, niat asal singgah di OBB memang hanya untuk memenuhi nafsu anak tekak aje. Tapi, bila dah melangkah masuk ke butik OBB yang sangat comel itu, maka nafsu untuk shopping benda lain pun timbul. Alamakkk… godaan betul lah! Aku pun duk usha laaa blouse dengan tops yang ada kat situ. Tahu tak apa yang aku beli??

 

Niat di hati nak usha Novelty Mary Janes shoes ni. Lepas try, tak ada saiz aku pulak… Hadoi makkk… dah lah aku terpikat dengan warna Sweet Candy Pink ni. Tapi apakan daya… bukan rezeki aku kot… sekali aku terpikat pulak dengan benda lain.

 

IMG00446-20110428-2007

BILLOWY SLEEVED TOP. Yang warna putih di atas tu, gambar penuh baju yang aku beli, yang gambar kedua tu, baju yang aku beli. Warnanye coklat kehijauan sikit laa.. Tak reti nak cakap warna macam mana. hehehe… yang aku beli tu pulak last piece. Wuhuhuuu…

Heheheee bahagia pulak kurasakan. Terima kasih kepada insan tersayang kehkehkeh! Ohhh ye, review aku pasal baju ni… I like it very very much!!! Kainnya sangat selesa dan sejuk aje bila pakai. Hehe berbaloi jugak aku beli baju ni. Ohh ye, aku masih dalam proses mencuba gaya pakaian yang baru. Hehehe.. Apa-apa pun, thumbs up untuk Jezmine Zaidan tuan kedai OBB.

 

IMG00434-20110428-1345

Thank you Jez! Hehehe apa lagi, jom ramai-ramai usha blogshop The Old Blossom Box Store. Bagi sesiapa yang tinggal di kawasan berdekatan singgah lah butik OBB di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam ye.

P/S : Alamakkkk lupa pulak nak cerita yang aku pergi ke sini bukan keseorangan. Of course laa dengan crime partner aku si Myra. Ohh ye kalau nak tengok pulak apa yang dia rembat, rajin-rajin lah KLIK SINI.

 

 

 

 

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay