Khamis, 1 Disember 2011

Maybelline Catwalk to Sidewalk event (Part 2)

 

READ THE Maybelline Catwalk to Sidewalk event (Part 1) HERE.

 

Assalamualaikum….

 

Beberapa hari lepas aku dah update pasal event Maybelline ni, tapi Part 1 aje lah… Aku bahagikan kepada dua part sebab gambar banyak sangat, dan aku bukan jenis manusia yang suka entry panjang meleret. Hohohoo.. Maka, terciptalah entry part 2 untuk Maybelline!

 

IMG_9929

Okayyy kita mulakan entry dengan gambor tak semenggah aku. Huhuuu.. kat belakang aku ramai gila photographer nak ambil gambar model catwalk… Aku boleh pulak main amik gambor sendiri! Huishhh….

 

 

IMG_0068

Berjumpa dengan duta Maybelline Malaysia, Liyana Jasmay. Tengok kemain boraknye tak ingat dah tujuan asal nak bergambor. Huhuu korang nampak tak betapa kamcing nye aku dengan Liyana Jasmay. Hohoo okay ini tipu… Saje je bertegur sapa dengan member lama. Okay ini tipu lagi….

 

 

IMG_0070

Jeng jenggg…. suka suka gambor ini. Pendek kata semua gambar yang berlatarkan pentas memang aku suka. Aku dah kata, aku suka huruf M yang besar gedabak tu. Perfect for picture background!

 

 

IMG_0064

Yang manis bertudung pink ialah MadamMondoq. Thank you very much Madam! Untuk segalanya! Dari stage shooting video dengan pihak Maybelline, sampai ke event di Mid Valley ni, aku dok tumpang MadamMondoq aje, sebab kebetulan beliau pun tinggal di Shah Alam. Thank you Madam! Muah muahhh…

 

 

IMG_0075

Yang ni semua rakan blogger yang hadir ke event hari tu. Err setakat yang aku jumpa lah… Kecuali yang tengah-tengah tu. That’s lovely Farah, Nuffies. Yang ada dalam gambar ialah (dari kisi) Nisa Kay, Farra, MadamMondoq, Farah from Nuffnang, Kak Ina KL, Nik Nor Masitah dan Rabiatul Adawiyah.

 

 

IMG_0079

Bergambor itu HARUS lah ye, kalau dah datang event yang banyak retis ni… Tu dia yang bercermin mata sebelah aku tu selebriti 8TV, Rina Omar. Sungguh lah orang nye kecil molek dan peramah ya amat bila berbual dengan blogger yang menegurnya.

 

 

IMG_0090

Bergambar dengan pengacara majlis yang funny juga HARUS okayh! Kitorang pon posing sakan sekali atas pentas runaway tu. Terasa diriku sungguh la top model. Erkkk!!!

 

 

IMG_0092

Great event, good food! Sambil kami bergambor sana sini, cuci mata tengok model runaway yang cun melecun semuanya, turut berlegar sana-sini pelayan yang membawa dulang makanan. Huhuuu air ni best! Tekak aku meyakinkan aku bahawa ini air jambu batu! Hohoo…

 

 

IMG_0091

Dalam banyak-banyak makanan yang dihidang udang celup mayonis ni paling best untuk anak tekak aku! Hohoo aku tak berapa tertarik nak rasa makanan lain sebab aku bukanlah manusia yang suka mencuba makanan baru. Tapi udang yang gemuk lagi juicy, dicelup dengan mayonis sangat lah best! Berkali-kali jugak aku amik. Hahaha!!!

 

 

IMG_0086

Gambor di atas pentas runaway dan posing ala-ala Malaysia’s Next Top Model itu harus juga okay. Fahamilah korang bahawa kalau aku datang event, setiap inci tempat aku nak bergambor hokayh!

 

 

IMG_0100

Dan last but not least, goodie bag dari Maybelline! Yeahhh dapat mascara dan eyeliner terbaru Maybelline! Aku lupa apa namanya, tapi korang boleh cari kat Watsons berhampiran okay!! Huhuu…

 

Memang best dengan Maybelline ni! Dapat barangan percuma, dan semestinya menambah koleksi barang mekap aku woohoo!! Tapi barangan Maybelline punya harga pun agak berpatutan la kan? Oh ye.. My Sharp Liner dah nak habis, gonna buy a new one! Hohoo…

 

Go to SAYA SUKA MENAIP's facebook fan page for more pictures!

 

Thank you Nuffnang (for the invitation) and Maybelline!

 

 

sign NISA


28 ulasan:

  1. Waaaaa..seronok la dpt join event2 mcm nie..

    BalasPadam
  2. jealousnya kak nisa dapat pergi. hehe nak pergi jugak :D

    BalasPadam
  3. suka tgk satin shawl nisa...cantik la... ^__^

    BalasPadam
  4. wah..seronoknya nisa.. :)

    BalasPadam
  5. Wush..bestnya dapat face to face dengan LJ...^^

    BalasPadam
  6. rara jumpa liyana jasmay kat rtm,giler keding.

    BalasPadam
  7. memang best dapat pergi event² mcm nie, lebih² lagi bila dapat barang free .. =)

    www.anastasyea.com

    BalasPadam
  8. LJ ngan nisa dh mcm adk-bradik dh rupenyer..:p

    BalasPadam
  9. wow! best nye! dpt jumpe liyana jasmay lg! best best!!!!

    BalasPadam
  10. cantek shawl...kms..wat lah tutorial cket..:-)

    BalasPadam
  11. a'ah kan bestnyaa dpt jumpa liyana jasmay! :D udang tu nmpk sedap, waaa

    BalasPadam
  12. aku suka pic nisa part paling atas skali ..

    cool (:

    BalasPadam
  13. dah jadi aartis dh blogger kita ni.. eh yg vote maybeline tuh bila resultnya.... menang keluar tv eh?

    BalasPadam
  14. nisa tolong hantar detail nama dan hp kat email akak roslana_06@yahoo.com.my asap yer

    BalasPadam
  15. bestnye nisa....mesti happening kan event tu...

    BalasPadam
  16. wahai cik adik nisa,thanx gambar!kite cilok ok!
    hahaha...udang berapa kali tambah?opppssss!:)

    BalasPadam
  17. zuan tak berpeluang lg nk jmpa madammondoq~

    bestnye dpt g event mcm ni :D

    BalasPadam
  18. kan phat... memang best la dpt join event yang mcm ni.

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay