Memaparkan catatan dengan label Maybelline. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maybelline. Papar semua catatan

Khamis, 8 Mac 2012

Hadiah untuk mereka yang bertuah!

 

Assalamualaikum…

 

Seperti yang aku janjikan dalam entry ini, aku dah buat keputusan untuk berkongsi sedikit barang mekap Maybelline yang aku menang dengan mereka yang bertuah! Sila tepuk tangan kuat-kuat ye! Dah namanya giveaway, maka pemenang akan dipilih secara rawak lah kan…

 

P2251190

 

Hari tu aku dah janjikan beg pink ini sebagai salah satu hadiah dalam giveaway oleh blogger ini kan??? Kini aku nak tambah lagi barangan mekap yang aku menang ke dalam senarai hadiah tajaan aku untuk giveaway blogger ini.

 

P3061947

P3061948

P3061949

P3061953

P3061955

 

Yeahhh tu diaaaa 5 set barang mekap yang mana masing-masing terdiri daripada 3 item dari Maybelline setiap satu.Kalau anda nak menang salah satu set mekap di atas, boleh lah join giveaway ini :

 

banner format2

 

Haaa kalau nak join Mega Giveaway by hakak Pen Merah ni sila tekan banner laju-laju ye! Hadiah-hadiah aku nyatakan di atas semua aku bagi kat hakak Pen Merahsebagai hadiah tajaan. Mungkinkah anda salah seorang yang bertuah??

 

Kalau tak menang barang tajaan aku pun takpe, sebab hakak Pen Merah ni ada berpuluh-puluh hadiah lagi untuk korang menangi! Jadi joinlah giveaway beliau. Mana tahu rezeki anda untuk menang hadiah GA beliau???

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Selasa, 6 Mac 2012

Hadiah Maybelline’s Favourite Blogger dah sampai!!!

 

Assalamualaikum…

 

Heee masih ingat aku join contest Maybelline's Favourite Blogger suatu masa dulu??? Herherher… berikutan daripada Maybelline's Workshop for Bloggers yang aku join, aku join pulak contest mekap oleh Maybelline ni… Dan tanpa disangka-sangka aku dapat jadi finalis.

 

Lepas jadi finalis tu, aku rakam video mekap tutorial dengan pihak Maybelline dan Blink Studios. Nervous makkk nak mekap depan kamera and lighting bagai. Menggeletar ibu jari kaki gua!! Namun begitu bukan rezeki aku lah kot sebab aku tak menang hadiah utama.. Aku menang hadiah saguhati yang berupa baucar kelas mekap di Amber Chia Academy dan barangan Maybelline !!

 

P3061937

See?? Uollss makan hati tak tengok mak dapat hadiah barangan mekap satu beg penuh?? Setahun pun belum tentu aku dapat habiskan guna semua ni! Dua tahu mungkin? Wowww… barang-barang mekap aku yang sedia ada ni pun dah banyak sangat, ditambah-tambah lagi hadiah ini…

 

 

P3061939

Yeahhh rangkaian gincu bibir Maybelline’s Water Shine Pure yang aku sangat suka! Bila pakai lipstick ni bibir korang nampak lembap, berkilau gituuu. Memang dah namanya water shine kan. So ada macam effect air gituu. Kalau tak suka yang glitter boleh cari kat kedai yang takde glitter.

 

 

P3061942

Woahhh banyak betul dapat BB Cream dengan foundation Maybelline. Aku ingat lagi dulu-dulu masa muda mudi dulu, aku pakai Maybelline’s Clear Smooth Aqua foundation. Best! Senang nak blend dengan kulit aku. Sekarang selalu pakai foundation Maybelline’s Angelfit. Kalau malas mekap tebal aku pakai Clear Smooth BB Cream je.

 

 

P3061940

Dah pakai foundation haruslah tepek bedak pulak kannn… Dulu aku setia bebenor dengan compact powder Clear Smooth ni. Dulu mula pakai yang kotak hijau tuh. Lama-lama aku beralih ke Clear Smooth Extra yang kotak biru tu. Now nak try Angelfit compact powder. Dapat free kannn hikhik…

 

 

P3061941

My favorite part I guess? Mascara hokayh! Aku ni peminat setia mascara lah kot. Dalam koleksi aku dah macam-macam mascara aku ada.. Ni dapat lagi ni. Huuu yang paling best dapat mascara Hyper Curl Cat Eyes sebab memang aku suka sangat! Susah nak dapat kat kedai dah!

 

 

Seriously barangan mekap aku sekarang teramat-amatlah banyak.. Barangan mekap masa dapat di Maybelline's Workshop for Bloggers dulu pun ada yang belum habis aku pakai. Ada yang tak luak mana punnn. Rasa macam tamak pulak aku nak kaut semua sorang-sorang kan??

 

Haa…. maka dengan itu, aku nak berkongsi kegembiraan aku ni dengan korang semua!!! Haaa of cos lah aku nak dermakan sedikit barangan mekap di atas untuk giveaway kan… Tapi apa yang aku nak bagi tu? Banyak mana aku nak bagi?? Nantikan pengumuman lanjut ye….

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 4 Disember 2011

Undian video Maybelline dah tamat! Sekarang tunggu pengumuman pemenang aje.

 

Assalamualaikum…

 

Sepanjang dua tiga minggu lepas aku berkempen bagai nak gila demi contest MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER. Yelah.. Aku rasa macam mimpi pulak. Aku yang comot ni dapat jadi finalis untuk contest barang mekap berjenama? Wahhh memang tak sangka betul aku tau! Dan pada 30hb November yang lalu, fasa mengundi video peserta dah pun ditutup.

 

vote nisa kay

 

Terima kasih kepada Nuffnang yang menjemput aku ke Maybelline's workshop. Terima kasih juga Maybelline kerana pilih video aku untuk ke pusingan akhir. Terima kasih pada MadamMondoq sebab sudi tumpangkan aku masa pergi shooting video dengan Maybelline dan juga masa event Maybelline di Mid Valley.

 

Dan terima kasih kepada insan-insan yang sudi meringankan tangan dan menghabiskan beberapa saat untuk klik butang VOTE untuk video Maybelline aku ni. Aku tak tahu nak cakap apa dah.. Hanya Allah SWT balas keikhlasan korang.

 

Dan sekarang… just tunggu pengumuman pemenang yang akan dibuat pada 7hb Disember. Aku tak kisah siapa menang, aku sampai ke tahap ni pun dah sangat bersyukur. Ohh ye, kepada bakal pemenang, aku nak ucapkan congratulation in advance :)

 

 

 

TERIMA KASIH.

NEW sign NISA


Read More»

Khamis, 1 Disember 2011

Maybelline Catwalk to Sidewalk event (Part 2)

 

READ THE Maybelline Catwalk to Sidewalk event (Part 1) HERE.

 

Assalamualaikum….

 

Beberapa hari lepas aku dah update pasal event Maybelline ni, tapi Part 1 aje lah… Aku bahagikan kepada dua part sebab gambar banyak sangat, dan aku bukan jenis manusia yang suka entry panjang meleret. Hohohoo.. Maka, terciptalah entry part 2 untuk Maybelline!

 

IMG_9929

Okayyy kita mulakan entry dengan gambor tak semenggah aku. Huhuuu.. kat belakang aku ramai gila photographer nak ambil gambar model catwalk… Aku boleh pulak main amik gambor sendiri! Huishhh….

 

 

IMG_0068

Berjumpa dengan duta Maybelline Malaysia, Liyana Jasmay. Tengok kemain boraknye tak ingat dah tujuan asal nak bergambor. Huhuu korang nampak tak betapa kamcing nye aku dengan Liyana Jasmay. Hohoo okay ini tipu… Saje je bertegur sapa dengan member lama. Okay ini tipu lagi….

 

 

IMG_0070

Jeng jenggg…. suka suka gambor ini. Pendek kata semua gambar yang berlatarkan pentas memang aku suka. Aku dah kata, aku suka huruf M yang besar gedabak tu. Perfect for picture background!

 

 

IMG_0064

Yang manis bertudung pink ialah MadamMondoq. Thank you very much Madam! Untuk segalanya! Dari stage shooting video dengan pihak Maybelline, sampai ke event di Mid Valley ni, aku dok tumpang MadamMondoq aje, sebab kebetulan beliau pun tinggal di Shah Alam. Thank you Madam! Muah muahhh…

 

 

IMG_0075

Yang ni semua rakan blogger yang hadir ke event hari tu. Err setakat yang aku jumpa lah… Kecuali yang tengah-tengah tu. That’s lovely Farah, Nuffies. Yang ada dalam gambar ialah (dari kisi) Nisa Kay, Farra, MadamMondoq, Farah from Nuffnang, Kak Ina KL, Nik Nor Masitah dan Rabiatul Adawiyah.

 

 

IMG_0079

Bergambor itu HARUS lah ye, kalau dah datang event yang banyak retis ni… Tu dia yang bercermin mata sebelah aku tu selebriti 8TV, Rina Omar. Sungguh lah orang nye kecil molek dan peramah ya amat bila berbual dengan blogger yang menegurnya.

 

 

IMG_0090

Bergambar dengan pengacara majlis yang funny juga HARUS okayh! Kitorang pon posing sakan sekali atas pentas runaway tu. Terasa diriku sungguh la top model. Erkkk!!!

 

 

IMG_0092

Great event, good food! Sambil kami bergambor sana sini, cuci mata tengok model runaway yang cun melecun semuanya, turut berlegar sana-sini pelayan yang membawa dulang makanan. Huhuuu air ni best! Tekak aku meyakinkan aku bahawa ini air jambu batu! Hohoo…

 

 

IMG_0091

Dalam banyak-banyak makanan yang dihidang udang celup mayonis ni paling best untuk anak tekak aku! Hohoo aku tak berapa tertarik nak rasa makanan lain sebab aku bukanlah manusia yang suka mencuba makanan baru. Tapi udang yang gemuk lagi juicy, dicelup dengan mayonis sangat lah best! Berkali-kali jugak aku amik. Hahaha!!!

 

 

IMG_0086

Gambor di atas pentas runaway dan posing ala-ala Malaysia’s Next Top Model itu harus juga okay. Fahamilah korang bahawa kalau aku datang event, setiap inci tempat aku nak bergambor hokayh!

 

 

IMG_0100

Dan last but not least, goodie bag dari Maybelline! Yeahhh dapat mascara dan eyeliner terbaru Maybelline! Aku lupa apa namanya, tapi korang boleh cari kat Watsons berhampiran okay!! Huhuu…

 

Memang best dengan Maybelline ni! Dapat barangan percuma, dan semestinya menambah koleksi barang mekap aku woohoo!! Tapi barangan Maybelline punya harga pun agak berpatutan la kan? Oh ye.. My Sharp Liner dah nak habis, gonna buy a new one! Hohoo…

 

Go to SAYA SUKA MENAIP's facebook fan page for more pictures!

 

Thank you Nuffnang (for the invitation) and Maybelline!

 

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 28 November 2011

Maybelline Catwalk to Sidewalk event (Part 1)

 

Assalamualaikum…

 

Khamis lepas aku dijemput oleh pihak Nuffnang untuk menghadiri satu event Maybelline yang berlangsung di Mid Valley. Mula-mula I was like… have no clue at all what kind of event it will be, but after I met Farah, one of the Nuffies at the Puss in Boots premiere screening, she told me that there will be a fashion show. And I was like.. woww really excited!

 

Since the dress code of the event was “cocktail” I was having a little difficulty because I don’t know what to wear! Oh my… Erk, kenapalah aku menaip dalam English ni? Okay jom sambung cerita.. Aku pun punyalah keluarkan semua dress yang aku ada. Last-last aku pakai chiffon dress dari The Poplook atas nasihat seorang kenalan.

 

IMG_9911

The grand stage. Aku tak tahu kenapa tapi aku suka huruf M yang besar gedabak tu. Hohohoo.. macam berkerlipan aje.

 

 

IMG_9912

Wahhh Amber Chia was in the house! Dia datang dengan kot warna pink, and it was gorgeous! Okay aku memang suka kot dia sebab warna pink errr… And Amber Chia is as beautiful as always.. Tak sempat pulak nak bergambar dengan beliau.

 

 

IMG_9913

Okay event belum start.. Masih menanti rakan blogger untuk hadir, sempat bergosip sakan dengan MadamMondoq, Kak Ina KL dan juga Farra. Wahhh thanks kat hubby MadamMondoq yang tolong ambilkan gambar, memang suka gambar ni, berlatarkan pentas runaway Maybelline!

 

 

IMG_9922

Okay acara dimulakan dengan muzik dan video iklan Maybelline. Kemudian kami dikejutkan dengan penampilan pengacara majlis yang mengenakan mekap mata yang sangat menyerlah. Ouhh ye, mata aku asyik pandang kasutnye aje. Kekekekeee~ I used to own a pair of heels, sama macam pengacara ni punya, but aku punya warna hitam.

 

 

IMG_9925

Ucapan dari wakil Maybelline.

 

 

fesyen2

Yeahhh model semua dah keluar… Aku suka mekap style ni! Dia enhance dekat bahagian mata dengan melukis eyeliner tebal-tebal. I like!

 

 

 

fesyen 1

Wowww yang ini memang berkerlipan baju dan juga mekapnya!

 

 

cats

Suka gila yang ini! Aku suka simple eye make up dengan red lipstick! But red lipstick did not match with my dark skin color haihhh…

 

 

IMG_0039

Jeng jeng jeng… ini kejutan dari Maybelline. Do you dare? Dengan mekap kita boleh bermain dengan warna dan mencuba sesuatu yang berani di wajah!

 

Wahhh memang seronok event minggu lepas sebab aku berpeluang menyaksikan gaya mekap dari Maybelline yang sememangnya kebaboom dan gorgeous! So, dengan produk Maybelline yang berpatutan, korang boleh transform wajah menjadi sangat gorgeous!

 

Ouhhh banyak lagi gambar nak masuk dalam entry, tapi risau entry ni terlalu panjang dan membosankan pulak heh? Aku pun tak suka nak baca entry terlalu panjang. So, aku akan update part 2 esok ye? Thank you everyone! Muahh!!

 

 

 

sign NISA

 

 

 

 

Vote me for MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER! CLICK HERE!!!!


Read More»

Ahad, 13 November 2011

Mungkinkah aku bakal Maybelline’s Favourite Blogger???

 

Assalamualaikum…

 

317024_260393220672301_138747446170213_826842_987511741_n

Masih ingatkah korang dengan entry aku mengenai Maybelline's Workshop for Bloggers di Bangsar tak lama dulu? Kemain eksited nye aku bila dapat call dari Nuffnang dan dijemput untuk join event ni.

 

 

320148_260393077338982_138747446170213_826840_1981610540_n

Masih ingatkah korang dengan barang-barang mekap dari Maybelline sebanyak ini yang aku kongsi dengan Maria Elena dan juga Cik Epal?? Bila share bertiga, masing-masing bawak balik jumlah alat mekap yang boleh tahan banyaknya.

 

 

Capture

Dan… masihkah korang semua ingat video CARA SAYA - mekap dengan Maybelline ini?? Dengan menggunakan barang mekap free dari Maybelline, aku come out dengan video mekap yang tak seberapa ni…

 

Tapi… sudah rezeki ditentukan oleh ALLAH, tak sangka video comot yang aku submit kepada pihak Maybelline terpilih sebagai top 4 finalis untuk contest MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER!!! Selepas aku terima email dari pihak Nuffnang mengenai senarai finalis tu, ada lah dalan lima enam kali aku ulang baca email tuh! Macam tak percaya wehhh :D

 

Selepas dapat email tuh, aku dan tiga lagi finalis lain kena hadiri sesi taklimat bersama pihak Maybelline. Tapi atas sebab-sebab yang tak dapat aku elakkan, aku tak dapat datang taklimat tuh. Sedih tau! Maka, aku hanya jalani taklimat di office Nuffnang.

 

 

DSC_1251

Picture credit to : MadamMondoq

Keesokannya, aku dan MadamMondoq, seorang lagi finalis gerak sama-sama ke Blink Studio di KL untuk shoot video mekap Maybelline. Wahhh neves habes dah nih, sebab shoot dengan professional videographer okayh! Setiap finalis diberi satu gaya untuk mekap, dan aku terpilih untuk menggayakanm mekap MYSTERY MAVEN.

 

 

Haa… video kat atas ni video yang aku rakam dengan pihak Blink Studio. Sunggoh retis ku rasakan okayh! Ohhh ye.. aku nak mintak tolong korang vote video aku ehh… korang jangan lupa vote tau! Hari-hari mesti vote sebab korang boleh vote sekali sehari :D

 

 

HOW TO VOTE? CLICK THIS LINK :

https://apps.facebook.com/promotionshq/contests/169815/voteable_entries/35967094

AFTER CLICK THIS LINK, YOU’LL BE REDIRECTED TO MAYBELLINE’S FAVOURITE BLOGGER CONTEST PAGE.

THEN, CLICK VOTE. YOU CAN PLACE ONE VOTE PER DAY.

 

 

 

Jangan lupa undi tau! Ajak kawan-kawan, sedara mara semua undi.

sign NISA


Read More»

Jumaat, 30 September 2011

[VIDEO] Cara saya mekap dengan Maybelline!

 

Assalamualaikum semua…

 

Wahhh dah lama kot aku tak buat video nih! Nak-nak pula dikala kesibukan event kelas aku yang akan bermula hari ni. Memang tak ada masa sangatlah nak buat video segala nih.

 

Haaa… ingat lagi tak entry Maybelline Workshop for Bloggers yang buat ramai gegadiss dan wanitass makan hati tuh? Mau nye tak makan hati, kitorang kutip barang mekap Maybelline free-free aje! Herherher. Ampun ya semua…

 

Oh yea, bercerita mengenai produk Maybelline, aku ni sebenarnya dah lama menggunakan Maybelline. Boleh kata produk Maybelline NY ni antara produk mekap pertama yang aku beli. SEBAB NYA? Berpatutan dan berkualiti lah! Hoho. Takkan aku beli sebab suka suki aje kot?

 

IMG-20110930-01207

Soo… dengan  menggunakan barang-barang mekap yang telah aku borong dengan jayanya masa bengkel Maybelline NY tuh, aku buat video mekap! Yuhuuu alang-alang aku nak keluar kan, so aku rakamkan sekali part mekap aku.

 

Mekap yang aku gunakan :

1. Maybelline NY Angelfit Flawless Natural Liquid Foundation
2. Maybelline NY Angelfit Perfect Concealer
3. Maybelline NY Clear Smooth All In One Shine Free Cake Powder
4. Maybelline NY Baby Lips Lipbalm in Anti-Oxidant Berry
5. Maybelline NY Diamond Glow by Eyestudio eyeshadow
6. Maybelline NY Hyper Sharp Liner
7. Maybelline NY The Hyper Curl Volume Express mascara
8. Maybelline NY Watershine Pure lipstick (code C11)
9. Maybelline NY Lipgloss (code CB21)

 

DSC05854

Style mekap yang aku nak recreate adalah style Party Princess. Gambar credit to MadamMondoq. Tenkiu madam! Muah muah!!

 

Heee so nak tahu jadi ke tak mekap Party Princess aku tuh? Sila tengok video di bawah sambil menahan ketawa langsuir anda itu. Ahakss…

 

 

Heee jadi tak? Jadi tak? Anggaplah teknik sapuan eyeshadow dengan tangan kayu aku tu menjadi ye, aku akui memang aku kurang mahir dalam bab eyeshadow ni, tapi takpe sebab hari tu pergi workshop Maybelline dia dah ajarkan. So lepas ni kena practice! Hehe…

 

Heee alkisahnye buat video ni, ya Allah bukan main banyaknye halangan! Pertama-tamanya aku ni sedang kejar masa. Aku busy sangat minggu ni sebab nak uruskan pasal event kelas aku di Ulu Kuang. Lepas tu video yang dirakam hampir musnah dimakan virus. Nasiblah dah dapat balik.

 

Lepas tu bila nak save tak lepas-lepas sampai kali ketujuh barulah boleh save. Itu video dengan lagu sahaja! Baru nak dubbing untuk masukkan voice over, laptop cabuk ini sekali lagi buat hal, berapa kali entah dia shut down sendiri. Sehinggalah aku give up sebab dah tak ada masa sangat, so aku upload aje video dengan lagu.

 

 

Thanks for watching! Special thanks to :

 

 

I love Maybelline NY !!!

sign NISA


Read More»

Ahad, 25 September 2011

Maybelline Workshop for Bloggers memang menyeronokkan!!

 

Assalamualaikum semua..

 

Wuarghhh ini satu lagi entry yang dah diperam lama giler kot. Maklumlah, aku busy dan aku ada banyak aktiviti minggu ni, so entry yang sepatutnya didahulukan aku tangguhkan pulak dah…

 

Pada 15 September lalu aku terima panggilan daripada Nuffy yang sangatlah peramah iaitu Thara. Rasa nak melompat pun ada sebab aku diinvite untuk join Maybelline Workshop for Bloggers! Dah lah jangan buang masa jom tengok apa yang best.

 

IMG_6628

Okayyy disebabkan ini bengkel mekap, so kami peserta dinasihatkan untuk datang without mekap! Sebab tu la aku pakai spec besar supaya korang tak nampak muka mak lampir aku tuh.

 

 

IMG_6629

Aku gerak ke Bangsar hari tu dengan Cik Epal dan juga Maria Elena yang sangat funny! Huahuaa…

 

 

IMG_6633

See? Selamba aje Maria Elena posing kat stesen minyak okayh!

 

 

cats2

Kitorang sampai agak lambat sebab cari parking dan solat di Bangsar Village. Sampai aje kat tempat workshop tu berlangsung, kitorang terus dijemput makan. Huuu tengah lapar kot! Mana boleh tolak rezeki. Semuanya sedap okayh. Banyak lagi makanan tapi aku tak sempat snap gambar semuanya…

 

 

IMG_6643

Dah namanya Maybelline Workshop kan, kami para peserta diajar teknik-teknik mekap menggunakan eye shadow Maybelline. Memang kelas uolls! Ada 4 teknik yang boleh kita apply untuk kelihatan gorgeous!

 

 

cats

Inilah model-model yang dah di make up tadi. Gorgeous semuanya okayh! Memang informational workshop ni. Lebih-lebih lagi untuk orang yang tak tahu apa-apa pasal teknik apply eye shadow ni, macam aku ni ler.. Huhuuu…

 

 

IMG_6663

Whoaaa AMBER CHIA in the house okay! Memang sangat sangat best sebab model profesional datang turunkan ilmu okay! Lepas ni semua yang pergi workshop nih dah tahu lah macam mana nak posing ala-ala model kat depan kamera!

 

 

IMG_6668

Ini pose muka seksi dari Maria Elena dan Amber Chia. Amboii mentang-mentang lah dah belajar buat mimik muka kan. Hohoo…

 

 

IMG_6671

Okay ini pose aku lak. Errr macam tak menjadi aje? Huuhuuu terima kasih Maria Elena sebab menambah seri dalam gambor nih. Ahak ahakk… See? Tu lah muka aku without mekap! Haaa…

 

 

IMG_6672

Ini pose muka ceria daripada Cik Epal dan Amber Chia.

 

 

IMG_6681

Okayy sebelum mekap haruss lah bergambar dengan Thara, orang daripada Nuffnang yang telah invite aku. Whoaa kembang hidung sekejap okayh!!

 

 

IMG_6677

Selepas berjimba sekejap, kami rehat 10 minit. Selepas waktu rehat, kami diberi surprise! Jeng jeng jeng… satu paper bag yang penuh dengan barang mekap! Yes bebeh PENUH BARANG MEKAP daripada Maybelline. Yeahuuu!!!

 

 

IMG_6686

Bila dah disusun atas meja, inilah barang-barang mekap yang ada dalam paper bag tadi. Memang meriah sangat uolls! Semua peserta Maybelline Workshop dah excited gilaaaa..

 

 

IMG_6683

Tengok aku dah tersengih-sengih membelek barang mekap. Peserta workshop diberi 30 minit untuk mekap sendiri dan cuba apply eyeshadow ikut teknik yang dah diajar tadi.

 

 

IMG_6688

Cik Epal dan juga Maria Elena pon dah kemain excited tuh nak start mekap! Aku pulak masih boleh snap gambar sana sini. Hohohoo…

 

 

IMG_6695

Okay Thara pulak take over kerja jadi photographer. Tu diaaaa kitorang bertiga dah khusyuk sangat mekap. Time to transform!!

 

 

IMG_6721

Dah mekap wehh! Macam apa je mekap aku. Entah betul ke tidak teknik eye shadow yang aku guna nih. Huahuaaa… Kemain posing maut dengan Thara from Nuffnang!

 

 

IMG_6734

Bersama Cik Lily Putih yang meriah! Kelasss taw!!

 

 

IMG_6735

Bersama blogger otai Kak Ina KL. Masing-masing muka puas hati dapat mekap free! Hohoo… Lepas tu sempat lagi kami berbisik-bisik, gosip hangat la katakannn. OOPPSS!!! Hahahaa…

 

 

IMG_6736

Antara blogger yang join Maybelline Workshop for Bloggers ni. Memang meriah, hangat, da boom okayy!! Seronok sangat-sangat sebab Maybelline sangat murah hati bagi kami semua barang mekap free. Banyak pulak tu!!

 

 

Kesimpulannya bengkel ni memang sangat membantu orang-orang yang suka bermekap, terutama sekali teknik sapuan eyeshadow. Lepas tu dapat pula lip balm BABY LIPS keluaran terbaru Maybelline. Kalau nak tahu, kena tunggu entry akan datang ye!

 

Thank you so much NUFFNANG, Maybelline dan juga Amber Chia Academy. Muahhh!!!

 

 

Thanks for reading!

sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay