Sabtu, 31 Disember 2011

Terima Kasih 2011 (Part 1)

 

Assalamualaikum dan selamat tahun baru semua..

 

Beberapa minit aje lagi tahun 2011 bakal meninggalkan kita. Pada saat macam ni mesti ramai tengah flashback balik kenangan sepanjang tahun. Dalam hidup ni pulak banyak suka duka yang kita kena lalui…. Kenangan yang manis tu bakal kita ingat seumur hidup.. Kenangan yang pahit pulak menjadi ujian untuk buat kita lebih kuat.

 

Tahun 2011 ni aku rasa tahun aku yang sangat sangat mencabar setakat ini, terutama sekali pada hujung tahun sebab semester akhir diploma.. Hmmm jom lah aku pun nak flashback sedikit kenangan aku sepanjang tahun 2011 ni…

 

JANUARY – MAC 2011

 

Hmm… masa bulan Januari banyak sangat berlaku.. Awal tahun 2011 aku sambut new year dengan along aku, tukar handphone dari Sony Ericsson ke Nokia C3, dapat cek pertama dari Nuffnang… Lepas tu pertama kali pergi shopping kat event Relove These Preloves kat Old Blossom Box. Masa tu follower blog baru 1000 lebih aje..

 

Penghujung bulan Januari 2011 aku cukup indah bila buat pertama kalinya aku dilamar untuk menjadi model bagi online shop [BACA DI SINI]. Photoshoot bersama Khadijah Hamshah yang cute. Terima kasih Modish Mode House!

 

 

Awal Februari.. aku buat perjumpaan dengan beberapa blogger yang sudi jumpa aku di Temerloh.. Lepas tu aku kenal dengan 4 awesome blogger iaitu : SyedGraphix, Aqu Api, Farahanis Waheda dan Nurul Izzati.

 

Bulan Februari menyaksikan aku join mini gathering group Sahabat Blogger kat Tasik Shah Alam dan Extreme Park Seksyen 13. Memang best.. Dorang semua sporting.. masa tu aku masih malu-malu lagi. Aku dok ber-photoshoot sambil tengok dorang flying fox dan wall climbing… [BACA DI SINI]

 

Bulan Februari jugak menyaksikan pertemuan pertama aku dengan superhero (uhukk uhukk). Aku dok galak berskandal dengan orang lain masa tu, alih-alih bila jumpa orang lain, hati aku bergegar bagai nak rak. Okay geli-geli pulak..

 

Bulan Mac 2011 juga membawa kenangan yang cukup best apabila blog aku tersenarai dalam 50 Blog Malaysia Pilihan In-Trend dalam kategori hijab. Majalah In Trend isu Mac 2011 masih aku simpan buat kenangan…

 

 

Pada bulan Mac (kalau tak silap aku), aku join event di bawah Nuffnang buat PERTAMA KALINYA. Satu pengalaman yang sangat best bila dapat berkenalan dengan blogger lain.. masa tu aku mentah sangat lagi.. Dapat pulak produk Lancome free! Sapa nak bagi oii!!

 

 

Dalam bulan Mac jugak aku dilamar website 1tube.my  untuk menjadi pengacara jemputan bagi mengacarakan video interview di NEF-AWANI ICT Fair and Awards. Terima kasih 1tube.my sebab sedikit sebanyak mengasah semula minat aku dalam bidang wawancara..

 

Huiii banyak jugak yang aku nak share ni ye… Hehehe ni baru part 1 okay.. Nanti akan ada part 2… part 3… biar muntah korang tengok aku recap balik semuaaaa pengalaman aku sepanjang 2011!! Ahhh biarlah aku nak buat banyak mana pun entry.. lain orang lain cara ye tak??

 

Heee… dah bape minit aje lagi nak masuk tahu 2012.. Selamat tahun baru semua! Sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran sebab kita masih mampu bernafas hingga ke saat ini… Alhamdulillah…

 

 

 

SELAMAT TAHUN BARU 2012

Sign PNG NisaKay

 

 

 

TWEET, LIKE or SHARE this entry!!


38 ulasan:

  1. Selamat tahun baru cik Nisa kay :)

    BalasPadam
  2. mula dr bawah dan skarang dik nisa dah agak terkenal dikalngan blogger =)

    slmt tahun baru =)

    BalasPadam
  3. perghhh..hebat la siottt..u are very lucky!

    BalasPadam
  4. Nice entry ^_^ Inspired by Ryna Tri Asmara yeaa? :)

    BalasPadam
  5. selamat tahun baru 2012 nisa kay!

    BalasPadam
  6. @Hanis

    thanks..
    but.. Ryna who??
    sorry never heard of that name...

    BalasPadam
  7. heppy ney year nisa...nisa gadis hebat! 2012 nisa lagi hebat okey..

    BalasPadam
  8. waaa.. thn kegemilangan :)
    gud luck selalu yer .. happy new year juga ..

    BalasPadam
  9. slmt thun bru 2012 nisa...this is my first comment in yr blog..hehe

    BalasPadam
  10. happy new year kak nisa :)

    tak sabar nk tggu next part

    BalasPadam
  11. jelesnya ngan Nisa . uhukz . :)
    btw i really love your blog .<3
    Happy new year :)

    BalasPadam
  12. wah..bunyi mcm padat je ni..
    xsabar nk tau yg berikutnyer..;)

    BalasPadam
  13. bestnya!kiranya tahun 2011 la k.nisa start active dgn actvty dgn bloggers yg lain eh :)

    BalasPadam
  14. SyedGraphix tu my junior kat IPBA. budak buas hahaha

    BalasPadam
  15. jom join my first giveaway
    http://cikcarrotsusu.blogspot.com/2012/01/first-giveaway-2012-cik-carrot-susu.html

    BalasPadam
  16. tak berapa nak ingt sgt apa yang berlaku 2011 . tapi macam plaing best jewk for me .

    BalasPadam
  17. wahh hebatla kak nisa.. nak jd cam kak nisa jgk la,haha

    BalasPadam
  18. Waaa, menarik2, tak sabaq tunggu party lain :)

    BalasPadam
  19. baguslah byk sweet memories nisa d thn 2011 yeh ! :D

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay