Assalamualaikum…
Seperti yang telah aku war-warkan tak lama dulu dalam entry ini, Karnival Karangkraf 2012 berlangsung dari 27 hingga 29 Januari. Semalam aku, ahkak Pen Merah dan juga Ziera Zain telah menggigihkan diri turun ke Shah Alam untuk menghadiri Karnival Karangkraf ni.
Tak seperti tahun sebelumnya, tahun ni karnival ni dilangsungkan dengan tersangatlah meriah sebab ada banyak giler booth buku, online shop, penulis novel dan lain-lain. Ada banyak aktiviti dan demo, jualan, pertunjukan dan bermacam lagi. Siap panggil retis sekalian untuk turun padang uolls! Sebab tu manusia berpusu-pusu ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf yang terletak kat Seksyen 15.
Lihatlah sendiri. Jammed gila jalan! Parking terhad. Kitorang pun terpaksa parking jauh wuwuwuuu…. Ohh ye turut serta dalam acara menerjah Karangkraf ialah El dan Faiz, rakan satu kampus dan juga blogger Hafiz Cyber dan juga Acul Network.
Cuaca masih agak panas. So jumlah pengunjung pon boleh tahanlah… Menjelang petang toksah cakap ler sesaknye macam mana! Memang lagi sesak berbanding karnival sebelum ni!
Dari kiri : Acul Network, aku muka tak betul dan juga Hafiz Cyber . Abaikan muka aku yang tak semenggah tu ye. Please abaikan. Memang huduh, ye aku sedar.
Demo masakan oleh peserta Master Chef musim pertama.
Abam-abam dari JPAM beramas-mesra dengan ular tedung giteww. Takut kakak tau! Nasib abam-abam JPAM ni sangat gagah perkasa lagi berani menjinakkan dan menangkap ular tedung ni tauuu…
Oleh kerana takde parking, aku parking kereta aku ni kat depan stage. Ahhh peduli hape aku kan. Kesudahannya ramai lak minat nak bergambar dengan kereta aku ni. Sorry uolls, kereta ni aku lepas kat bibik aku je buat pergi pasar. KAHKAHKAH!!!
Masuk aje khemah buku…. perghhh!!!!!! Lautan manusia beb! Semua berebut nakkan novel, majalah, buku fiksyen dan macam-macam lagi lah! Semuanya murah-murah dan ada diskaun! Baucer buku 1Malaysia pun diterima kat sini. Rata-rata yang beratur kat cashier pegang noverl Gemersik Kalbu aww…
Kereta kelabu tadi bibik aku dah bawak balik, so aku lepak-lepak kejap dekat kereta aku yang lagi satu ni. Pergghh kembang kempis hidung aku bila ramai puji-puji kehebatan kerata gua. Gua sungguh berbangga, Hahaha berangan je la!!!
Apa kes Faiz (tengah) dok meriakkan diri dengan iPad2 miliknya itu? Nak tunggu aku rampas ke? Muahahaa… Abang kat belakang aku buat muka tak puas hati dowh.. Cari gadoh wuargghh!! KAHKAHKAH…
Keadaan bertambah-tambah gamat bila Shaheizy Sam dan Yana Samsudin muncul di booth Digi untuk sesi tandatangan poster dan bergambar dengan peminat. Berasak-asak orang kat dalam booth Digi tu. Sakit hati jugaklah bila ada pihak yang selfish gila dan menipu semata-mata nak potong barisan untuk bergambar dengan dua retis nih.
Okayyyy sampai disini je kisah Karnival Karangkraf okayh. Tapi aku stay kat sana sampai malam sebab ada pulak Konsert dan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/12. Ramai retis giteww.. Abam Haris Ombak Rindu pon ade wooo. Nantikan entry seterusnya :)
nak next entry!
BalasPadamUntung lah dapat pergi :p
BalasPadamx dpat nak kawal diri klau dah sesak camni..
BalasPadambibik k.nisa melaram skan lar dgn yg klabu tu..haha..
wah , best nye :D untung dapat pegi ~
BalasPadamcomel kan yana samsudin? huhuhu
BalasPadammeriah giler!!!
BalasPadammeriahnyaaa
BalasPadamtak dapek nak pegi..huhuhu
nak pinjam kete bibik g pasar boleh tak nisa?? hihi
waa, tanak kawan dgn kak nisa !! dia dpt pergi sana . huhu~ sedih sbb ta dpt ke sana disebabkan ada halangan .. sob3 .. T.T"
BalasPadamhehe .. btw, kelas kau maria ! kereta mahal tuuu ... hehehe .. nice lah kak . kamoo always maintain comel je... suka2 .. :D
gileeehhh mau menapak jauh ni....
BalasPadamcpt update nisa! hehe
BalasPadamwahh kempunannye nak datang sini. kite dah la peminat novel eheee
BalasPadamwoah ! bestnyer dpat jumpa shaheizy sam dgn yana. nk jumpa diorang jgak.. ^^
BalasPadamseronoknya! kat JB belum dapat lagi macam ni.
BalasPadamcomel je nisa,,,,comel kot pink tu ehh kat mn beli ehh
BalasPadamcayalah,makin laju update.
BalasPadamfuhh meriahnya...fening gak kalau ramai2 tuh..hihih
huik ade gmbr aku. kete aku tu woi.
BalasPadamada pegi booth nona x?sy ada kat situ.:)
BalasPadam