Memaparkan catatan dengan label Karangkraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Karangkraf. Papar semua catatan

Isnin, 30 Januari 2012

Sekitar Red Carpet Anugerah PPMH 2011/12, Karnival Karangkraf

 

Assalamualaikum…

 

Semalam aku dah update pasal Karnival Karangkraf, lepas tu aku update pasal kisah Yana SuperFriends (fan club Yana Samsudin). Hari ni nak update pasal sekitar red carpet Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH). Tapi ada juga selit sikit gambar di sekitar post party.

 

IMG_1038

FAOUZIAH GOUS.

 

 

IMG_1041

ALIFF AZIZ. Hensem. Hahaa…..

 

 

IMG_1076

FAZURA. Always gojes!!!

 

 

IMG_1153

Hot mama DYNAS MOKHTAR. Tetap cantik!!

 

 

IMG_1167

DATUK SITI NURHALIZA.

 

 

IMG_1193

Thank you so much Karangkraf for the VIP/Media pass.

 

 

IMG_1206

At the post party of KONSERT & ANUGERAH PPMH 2011/12.

 

 

IMG_1210

AARON AZIZ and me. Awww we look good together aren’t we??? HAHAHA!!!

 

 

IMG_1214

Eh ehh KAMAL ADLI macam dah kurus sikit aje?

 

 

IMG_0088

SHAHEIZY SAM yang sangat friendly. Huahuahuaa.. sempat berbual-bual. Heee aku je yang tak reti hargai peluang. Ade ke aku ni malu-malu. Hikhik~

 

 

Okay sekian entry kali ni. Sorry le tak banyak benda yang aku taip dalam entry ni, banyak gambar aje. Tapi kalau nak banyak lagi gambar silalah terjah fanpage Saya Suka Menaip KLIK SINI KLIK SINI !!! Okay bye semua…

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Kisah Yana SuperFriends di Karnival Karangkraf 2012

 

Assalamualaikum…

 

Semalam (28 Jan 2012) aku pergi Karnival Karangkraf 2012 di Seksyen 15 Shah Alam. Antara matlamat utama aku ke sana ialah untuk join fans meeting with Yana Samsudin, pelakon berbakat yang cantik dan sweet. Kena pakai pakaian / anything in pink and yes you’re one of Yana’s fan club members – Yana SuperFriends (YSF).

 

IMG_0943

Ramai jugak yang datang berbaju pink. Heee macam boria dah semua. Semuanya sebagai tanda sokongan kepada pelakon Yana Samsudin. Sejujurnya inilah pertama kali aku join aktiviti kelab peminat ni semua. Tapi alhamdulillah ahli YSF semuanya sporting.

 

Semuanya bersemangat nak jumpa Yana Samsudin dan juga sanggup menunggu beliau sampai habis sesi autograf di booth Digi. Bagus semangat yang ditunjukkan!

 

 

IMG_0956

Yeayyy bergambar beramai-ramai bersama Yana Samsudin. Mereka yang bawak banner semuanya berkempen supaya mengundi Yana Samsudin untuk ABP-BH yang akan datang. Korang yang baca ni pun jangan lupa undi okay!

 

 

IMG_0984

Yana Samsudin yang sangat friendly dan sweet. Yana comel sangat kan? Hehee…

 

 

IMG_0959

Yana Samsudin and fans.

 

 

IMG_0987

Si Ziera Zain nak jugek bermesra-mesra dengan Yana. Hikhikik~

 

 

IMG_1003

Jangan lupa follow twitter @YanaSamsudin dan gunakan hashtag #YanaSuperFriends dan juga hashtag #DuniaYana okayh! Dan lagi sekali sila undi Yana Samsudin untuk ABP-BH yang akan datang ye!

 

Thank you very much kepada ahli Yana SuperFriends yang friendly dan sporting. Dan terutamanya kepada Yana Samsudin.. good luck for ABP-BH akan datang, dan haruslah love! Kekekee~

 

 

More pictures check out SAYA SUKA MENAIP’s facebook fan page, CLICK HERE !!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 29 Januari 2012

Karnival Karangkraf 2012

 

Assalamualaikum…

 

Seperti yang telah aku war-warkan tak lama dulu dalam entry ini, Karnival Karangkraf 2012 berlangsung dari 27 hingga 29 Januari. Semalam aku, ahkak Pen Merah dan juga Ziera Zain telah menggigihkan diri turun ke Shah Alam untuk menghadiri Karnival Karangkraf ni.

 

Tak seperti tahun sebelumnya, tahun ni karnival ni dilangsungkan dengan tersangatlah meriah sebab ada banyak giler booth buku, online shop, penulis novel dan lain-lain. Ada banyak aktiviti dan demo, jualan, pertunjukan dan bermacam lagi. Siap panggil retis sekalian untuk turun padang uolls! Sebab tu manusia berpusu-pusu ke Kompleks Kumpulan Media Karangkraf yang terletak kat Seksyen 15.

 

IMG_0854

Lihatlah sendiri. Jammed gila jalan! Parking terhad. Kitorang pun terpaksa parking jauh wuwuwuuu…. Ohh ye turut serta dalam acara menerjah Karangkraf ialah El dan Faiz, rakan satu kampus dan juga blogger Hafiz Cyber dan juga Acul Network.

 

 

IMG_0863

Cuaca masih agak panas. So jumlah pengunjung pon boleh tahanlah… Menjelang petang toksah cakap ler sesaknye macam mana! Memang lagi sesak berbanding karnival sebelum ni!

 

 

IMG_0868

Dari kiri : Acul Network, aku muka tak betul dan juga Hafiz Cyber . Abaikan muka aku yang tak semenggah tu ye. Please abaikan. Memang huduh, ye aku sedar.

 

 

IMG_0860

Demo masakan oleh peserta Master Chef musim pertama.

 

 

IMG_0878

Abam-abam dari JPAM beramas-mesra dengan ular tedung giteww. Takut kakak tau! Nasib abam-abam JPAM ni sangat gagah perkasa lagi berani menjinakkan dan menangkap ular tedung ni tauuu…

 

 

IMG_0873

Oleh kerana takde parking, aku parking kereta aku ni kat depan stage. Ahhh peduli hape aku kan. Kesudahannya ramai lak minat nak bergambar dengan kereta aku ni. Sorry uolls, kereta ni aku lepas kat bibik aku je buat pergi pasar. KAHKAHKAH!!!

 

 

IMG_0893

Masuk aje khemah buku…. perghhh!!!!!! Lautan manusia beb! Semua berebut nakkan novel, majalah, buku fiksyen dan macam-macam lagi lah! Semuanya murah-murah dan ada diskaun! Baucer buku 1Malaysia pun diterima kat sini. Rata-rata yang beratur kat cashier pegang noverl Gemersik Kalbu aww…

 

 

IMG_0910

Kereta kelabu tadi bibik aku dah bawak balik, so aku lepak-lepak kejap dekat kereta aku yang lagi satu ni. Pergghh kembang kempis hidung aku bila ramai puji-puji kehebatan kerata gua. Gua sungguh berbangga, Hahaha berangan je la!!!

 

 

IMG_0900

Apa kes Faiz (tengah) dok meriakkan diri dengan iPad2 miliknya itu? Nak tunggu aku rampas ke? Muahahaa… Abang kat belakang aku buat muka tak puas hati dowh.. Cari gadoh wuargghh!! KAHKAHKAH…

 

 

IMG_0933

Keadaan bertambah-tambah gamat bila Shaheizy Sam dan Yana Samsudin muncul di booth Digi untuk sesi tandatangan poster dan bergambar dengan peminat. Berasak-asak orang kat dalam booth Digi tu. Sakit hati jugaklah bila ada pihak yang selfish gila dan menipu semata-mata nak potong barisan untuk bergambar dengan dua retis nih.

 

Okayyyy sampai disini je kisah Karnival Karangkraf okayh. Tapi aku stay kat sana sampai malam sebab ada pulak Konsert dan Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan (PPMH) 2011/12. Ramai retis giteww.. Abam Haris Ombak Rindu pon ade wooo. Nantikan entry seterusnya :)

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 5 Januari 2012

Menyeru semua kaki buku!

 

Assalamualaikum..

 

Yeahh kali ni aku update laju-laju okayh.. Shooting finalis NEF Awani ICT Awards dah habis sebab ada finalis tak datang. Maybe akan sambung shoot lagi. Kemudian ada additional shoot for Amanz.my dan ouhhh seronok sebab finalis hari ni semua best-best.

 

Jom tengok apa yang aku nak update sebenarnya. Perenggan pertama aku penuh dengan luahan perasaan yang tak terkawal. Uhhh pembaziran ayat lagi! Okay jom usha poster di bawah :

 

FESTIVAL PENULIS GRUP BUKU KARANGKRAF

407817_289551934430742_114856358566968_836482_340549141_n

 

TARIKH : 27 – 29 Januari 2012

TEMPAT : Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam, Selangor

AKTIVITI :

  • Sembang buku
  • Bertemu penulis-penulis kesayangan anda dan kenali mereka dengan lebih dekat lagi.
  • Demonstrari memasak & kraftangan oleh selebriti popular
  • Nikmati diskaun dan hadiah menarik
  • Pelbagai aktiviti eksklusif juga bakal menggamatkan festival
  • Gerai jualan bermacam jenis buku

 

 

Mark your calendar now!!!

Sign PNG NisaKay

 

 

 

TWEET, SHARE or LIKE this entry!


Read More»

Sabtu, 3 Disember 2011

Jom ramai-ramai ke Fiesta Buku di Shah Alam!

 

Assalamualaikum semua…

 

Hello semuaa…. Buat apa weekend ni? Mesti ramai yang pergi Bukit Jalil untuk JomHeboh kan… Pada sesiapa yang tak turun sana, yang ada di sekitar Lembah Klang, ada baiknya korang pergi Fiesta Buku yang berlangsung dari semalam ni.

 

385489_290211977668672_120895991266939_923671_996641509_n

 

Nanti kat fiesta buku boleh beli buku yang murah gilerrr okayh! Selalunya aku pergi fiesta buku kat Karangkraf, memang buku murah giler. Aku jadi ulat buku kejap duk memilih buku apa nak beli. Tapi kali ni tak pergi lah kot? Sebab aku takde kenderaan nak ke Seksyen 15 sana. Sobsss…

 

 

387777_301392943217242_120895991266939_954032_278863245_n

Wahhh.. siapa peminat novel semua boleh berjumpa dengan novelis yang anda minat tuuu… Masa fiesta buku ni jugak semua ibu bapa berpeluang beli buku-buku cerita dengan harga murah giler, lepas tu boleh pupuk minat membaca dalam diri anak-anak. Wahhh murni sungguh niat aku! Errr aku belum kahwin pun.

 

So, korang jangan lupa ramai-ramai pergi fiesta buku okayh? It’s a really good way to spend your leisure time. Okay bye.

 

NEW sign NISA


Read More»

Copyright © Nisa Kay