Rabu, 22 Februari 2012

An Evening with Norish Karman

 

Assalamualaikum…

 

Heee baru ni lah ada masa nak update pasal event kecil-kecilan yang dianjurkan pihak Norish Karman untuk para blogger. Maaflah ye banyak sangat benda nak update sampai boleh pulak tertangguh entry yang ini…

 

Norish Karman, pelakon popular menerusi drama Spa Q, kini ingin memulakan karier sebagai seorang penyanyi selepas berjaya dalam bidang modelling dan lakonan. Satu sesi bersama para blogger telah diadakan bagi memperkenalkan dua single terbaru beliau iaitu Rahsia Hati dan Kasihku Selamanya.

 

P2120265

Norish yang tampil ringkas dengan cardigan oren dan long skirt berwarna hijau pucuk pisang. Awww I like this color combination! Boleh try this color combination lepas ni ye!

 

 

P2120274

Sebahagian blogger yang hadir ke majlis An Evening with Norish Karman sibuk merakam aksi NK menyanyi di pentas. Majlis berlangsung di House Restaurant, G Tower, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

 

 

P2120301

Sesi soal jawab antara blogger dan NK berkenaan dengan karier nyanyiannya yang baru sahaja bermula. Masa ni banyak soalan panas keluar tettt. Hahaha.. menurut NK, ada lagu-lagu yang dikarangnya sendiri dan orang sekeliling beliau adalah sumber inspirasi.

 

 

P2120332

P2120337

Makan time!!! Pembuka selera yang dihidangkan berupa makanan ala western, turut disajikan dengan popia dan chicken wing. Kemudian sup ekor masakan NK sendiri dihidangkan. Pergghh masak pun pandai! Sup ekor yang mantop!!

 

 

P2120354

Semasa para bloggers sedang enak menjamu selera, bloggers dihiburkan dengan nyanyian Norish Karman yang membawakan lagu Someone Like You (Adele) dan Dia (Sheila Majid). Untunglah blogger Andyhowtt dapat berkaraoke dengan NK nyanyi lagu Dua Insan pewittt.

 

 

P2120334

P2120357

Antara blogger yang hadir pada hari itu. SPOTTED : Kak Ina KL, Syafiq Rosli, Qarl Haiqal, AdamEben, Bro Framestone, Andyhowtt. Mana yang aku tak sebut tu bagitahulah ye. Boleh aku back link korang.

 

Apa-apa pun, kami di www.nisakay.com mengucapkan selamat berjaya kepada Norish Karman dalam memulakan perjalanan karier beliau sebagai seorang penyanyi pula lepas ni. Jom sama-sama kita sokong artis Malaysia. Jujurnya aku suka selebriti yang serba boleh. Mengacara, berlakon, modelling dan menyanyi semua ada. Memanglah takde manusia yang sempurna kan.. Tapi bakat yang ada boleh diasah lagi :)

 

 

TEMUI NORISH KARMAN PADA 25 & 26 FEBRUARI 2012 DI JOM HEBOH MELAKA.

 

 

P2120329

P/S : Like fan page Saya Suka Menaip for more pictures of the event.

 

 

Sign PNG NisaKay


17 ulasan:

  1. wah jumpe retes la~~ hehe =D
    berkumpul blogger.. best2 ~~

    BalasPadam
  2. bertuahnya.. mcm mana leh dpt jemputan.. jeles..

    jd blogger pun dh mcm wartawan kan.. ;)

    BalasPadam
  3. nisa sntiasa ada..:)
    NK ni cntik la..maintain je...

    BalasPadam
  4. sebulan lepas tgk Norish Karman muncul kt MHI nyanyi lagu dia..terkejut gak..rupanyer beralih angin lak yer

    BalasPadam
  5. ingat NK tadi nisa kay.hehe~ sedap gile popia dia.......

    BalasPadam
  6. nisa plak yang macam nak menyanyi..haha

    BalasPadam
  7. hahaha... akak pun dah jadi femes...^^

    BalasPadam
  8. wow i featured dlm blog NK ni la hehehe

    BalasPadam
  9. Tak pernah dengaq suara dia nyanyi... Ada video hari kejadian tak?

    Adoiii, makanan2 tu!!! :D

    BalasPadam
  10. best nye dpt bkumpul dgn bloggers .. & met norish karman lak tu =)

    nak jgk hangout sama =p

    BalasPadam
  11. Waah dah ada lagu sendiri.. Rasanya suara dia ni baik punya bila dengar masa dia berlakon..

    BalasPadam
  12. Bestnya..bila la akn sampai ke tahap sprti kamu...;')
    Congrats...

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay