Memaparkan catatan dengan label menyanyi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label menyanyi. Papar semua catatan

Selasa, 22 Mei 2012

Jom semua kita undi HAFIZ ZAINAL.

 

Assalamualaikum…

 

hafiz

Jambu. Pandai. Suara sedap. Memang jejaka pakej lengkap betolla HAFIZ ZAINAL ni kan.. Huahuaa over betul tau aku memuji-muji budak sorang nihh.. ehhh dah betol.. hukhuk.. Siapa HAFIZ ZAINAL nii????

 

Aku kenal Hafiz Zainal lepas seorang kawan aku tunjuk video Hafiz di youtube, yang mana video tu Hafiz tengah perform lagu No Boundaries. And I was like.. “wow this boy sangat talented lahhh!!” So sejak dari tu memang aku akan tengok setiap lagu yang Hafiz cover kat Youtube Channel beliau.

 

11

Okay korang, baca apa yang aku nak sampaikan ni elok-elok. Hafiz ni join GO FROM YOUTUBE TO YOU LIVE SING OFF. So sekarang Hafiz berada di senarai TOP 50 okayh.. Sekarang ni misi kita ialah untuk bawak Hafiz naik ke TOP 10 !!!

 

Untuk membawa Hafiz ke senarai TOP 10, kita kena undi video Hafiz. Kalau Hafiz dapat masuk TOP 10, insyaAllah Hafiz akan dapat peluang untuk membuat persembahan live di THE CURVE, Damansara. So korang boleh leee jumpe beliau hikhik… Jom baca step di bawah macam mana nak undi Hafiz.

 

 

STEP 1 :

KLIK LINK DI BAWAH

https://www.facebook.com/LAUNDRYBAR/app_170874069701764

 

 

STEP 2 :

KLIK VOTE SEPERTI YANG DITUNJUKKAN DI DALAM GAMBAR DI BAWAH

22

 

 

STEP 3 :

CARI VIDEO “SEDETIK LEBIH COVER BY HAFIZ ZAINAL” DAN KLIK VOTE

33

 

Haaa hanya 3 langkah mudah ya amat untuk mengundi Haifz ni. Tak sampai 5 mini pun okayh? Seorang hanya boleh vote SEKALI aje.. So jom lah ajak kengkawan korang yang beratus riban kat facebook tu untuk undi Hafiz okayh??

 

Contest ni akan berakhir pada 25hb ni.. So Korang jom tolong undi Hafiz agar impian beliau untuk menjadi TOP 10 dan membuat persembahan live di The Curve jadi kenyataan. So bila impian beliau tercapai, impian aku untuk bertemu beliau pun akan tercapai. Ehhh!! Hahaha overrr mak kaww!! Okay lah. Kbai.

 

 

 

JANGAN LUPA UNDI HAFIZ ZAINAL OKAY!!!

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 14 Mei 2012

Sekitar malam konsert separuh akhir Mania

 

Assalamualaikum…

 

Sabtu lepas aku berpeluang ikut hakak Pen Merah ke Kompleks Suka Panasonic yang terletak di Seksyen 21 Shah Alam untuk menyaksikan konsert Mania secara live. Sejujurnya aku tak berapa nak follow Mania sebab aku pun jarang duduk rumah dan jarang tengok tv dah sekarang ni. So aku tak tahu pulak malam tu merupakan peringkat separuh akhir dah pun..

 

IMG_8546

Malam tu turut bertemu dengan rerakan bloggers yang merupakan ahli kelab peminat Shila Amzah iaitu SHILALAS. Muka Andyhowtt ni jugak dikatakan oleh rata-rata penonton Mania di rumah banyak kali keluar di TV. Ambuii retis kau ye Andy!

 

 

IMG_8551

Ini pulak Epul. BFF Andy dan juga seorang SHILALAS. Epul ni memang kalau bergambar dengan aku suka snagat cover macho apesal ahhhh…

 

 

IMG_8547

Ini Amman Spark. Cewah cewahhh aku letak nama glemer beliau tuhh! Ahaksss… Aku panggil dia budak ekcik boleh? Sebab dia suka buat suara budak kecik, ala-ala kumpulan Boboi hahah!!

 

 

IMG_8554

Tu diaaaa 3 suara versi lelakiii. Hakhakhakk…

 

 

IMG_8486

By the way, malam konsert separuh akhir tu aku suka sangat dengan persembahan Jac… Persembahan yang bertenaga dan vokal mantap! Bakat besar Jac memang tak dinafikan lagi.

 

 

IMG_8532

Don’t know why but I love Adira so much!! She has good attitude and the talent too. Sayangnya beliau tidak berjaya melangkah ke malam final konsert Mania. It’s okay Adira, you have done your very best :)

 

IMG_8393

Dann… ohhh ya… Yang paling paling paling aku suka semestinya persembahan RANDY PANGALILA yang sememangnya encem banget!! Haha Randy popular di Malaysia menerusi beberapa sinetron yang pernah ditayangkan, dan juga melalui sebuah telefilem lakonan bersama Elfira Loy iaitu Biar Mimpi Sampai Ke Bintang.

 

 

IMG_8559

Apa-apa pun, aku enjoy sangat dapat tengok konsert ni secara live. Dah lah takde suara, sooo tak dapatlah aku teriak-teriak. Ehh kejap. Malam tu aku duduk area media. So para wartawan sume senyap je. Malu lak aku kalau aku sorak-sorak kannn.. Hukhuk…

 

Apa-apa pun thank you so much hakak Pen Merah sebab sudi angkut aku sekali untuk pergi ke konsert Mania ni.. Kalau ada rezeki dapat ler kite ke konsert final Mania ye? Haha!! Tapi aku tak berharap pun. Kalau ada rezeki insyaAllah pergi lah kot. Hehehe… Kbai.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 29 Februari 2012

VIDEO : Rahsia Hati oleh Norish Karman

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama nak share video nyanyian Norish Karman ni. Bertuahnya diri ni bila berpeluang bertemu dengan Norish Karman (NK) semasa sesi an evening with NK kat House Restaurant, G Tower, Kuala Lumpur. NK juga menyanyikan dua buah single nya secara live. Dan salah satunya ialah Rahsia Hati ciptaan Julfekar. Enjoy.

 

 

Diharap semua memberi sokongan padu kepada pelakon dan juga model ini untuk memulakan karier nyanyian beliau. Sebenarnya dah lama Norish Karman nak memulakan karier yang menumpukan nyanyian, tetapi belum ada kesempatan. Jadi kini beliau dah dapat peluang nak releasekan albumnya pada masa akan datang.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 22 Februari 2012

An Evening with Norish Karman

 

Assalamualaikum…

 

Heee baru ni lah ada masa nak update pasal event kecil-kecilan yang dianjurkan pihak Norish Karman untuk para blogger. Maaflah ye banyak sangat benda nak update sampai boleh pulak tertangguh entry yang ini…

 

Norish Karman, pelakon popular menerusi drama Spa Q, kini ingin memulakan karier sebagai seorang penyanyi selepas berjaya dalam bidang modelling dan lakonan. Satu sesi bersama para blogger telah diadakan bagi memperkenalkan dua single terbaru beliau iaitu Rahsia Hati dan Kasihku Selamanya.

 

P2120265

Norish yang tampil ringkas dengan cardigan oren dan long skirt berwarna hijau pucuk pisang. Awww I like this color combination! Boleh try this color combination lepas ni ye!

 

 

P2120274

Sebahagian blogger yang hadir ke majlis An Evening with Norish Karman sibuk merakam aksi NK menyanyi di pentas. Majlis berlangsung di House Restaurant, G Tower, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

 

 

P2120301

Sesi soal jawab antara blogger dan NK berkenaan dengan karier nyanyiannya yang baru sahaja bermula. Masa ni banyak soalan panas keluar tettt. Hahaha.. menurut NK, ada lagu-lagu yang dikarangnya sendiri dan orang sekeliling beliau adalah sumber inspirasi.

 

 

P2120332

P2120337

Makan time!!! Pembuka selera yang dihidangkan berupa makanan ala western, turut disajikan dengan popia dan chicken wing. Kemudian sup ekor masakan NK sendiri dihidangkan. Pergghh masak pun pandai! Sup ekor yang mantop!!

 

 

P2120354

Semasa para bloggers sedang enak menjamu selera, bloggers dihiburkan dengan nyanyian Norish Karman yang membawakan lagu Someone Like You (Adele) dan Dia (Sheila Majid). Untunglah blogger Andyhowtt dapat berkaraoke dengan NK nyanyi lagu Dua Insan pewittt.

 

 

P2120334

P2120357

Antara blogger yang hadir pada hari itu. SPOTTED : Kak Ina KL, Syafiq Rosli, Qarl Haiqal, AdamEben, Bro Framestone, Andyhowtt. Mana yang aku tak sebut tu bagitahulah ye. Boleh aku back link korang.

 

Apa-apa pun, kami di www.nisakay.com mengucapkan selamat berjaya kepada Norish Karman dalam memulakan perjalanan karier beliau sebagai seorang penyanyi pula lepas ni. Jom sama-sama kita sokong artis Malaysia. Jujurnya aku suka selebriti yang serba boleh. Mengacara, berlakon, modelling dan menyanyi semua ada. Memanglah takde manusia yang sempurna kan.. Tapi bakat yang ada boleh diasah lagi :)

 

 

TEMUI NORISH KARMAN PADA 25 & 26 FEBRUARI 2012 DI JOM HEBOH MELAKA.

 

 

P2120329

P/S : Like fan page Saya Suka Menaip for more pictures of the event.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Ahad, 29 Januari 2012

Anugerah Juara Lagu ke-26

 

Assalamualaikum semua…

 

405429_10150480696831167_262044791166_9108778_890144655_n

Debaran makin terasa.. Beberapa jam sahaja lagi Anugerah Juara Lagu bakal disiarkan di TV3 secara langsung dari Stadium Nasional Bukit Jalil. Siapakah artis pilihan anda? Lagu manakah yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-26???

 

 

407325_10150501682961167_262044791166_9168355_738506057_n-tile

Gambar-gambar raptai AJL26 di atas diambil dari fan page TV3 Malaysia.

 

 

FINALIS ANUGERAH JUARA LAGU KE-26 :


1.  Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet

2. Karma oleh Faizal Tahir

3.  Penakut oleh Yuna

4.   Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (dinyanyikan oleh Jaclyn Victor)

5.  Gadis Semasa oleh Yuna

6.  Awan Nano oleh Hafiz

7.  Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif

8.  Beribu Sesalan oleh Ning Baizura / Jaclyn Victor / Shila Amzah

9.  Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque

10. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol

11.  Sungai Lui oleh Aizat

12.  Kisah Hati oleh Alyah

 

 

432012_10150501907226167_262044791166_9169003_1272250534_n

Aku minat dengan vokal bertenaga Alyah. So aku mengharapkan agar lagu Kisah Hati kegemaran aku ni akan menang. Takpun lagu Karma nyanyian Faizal Tahir akan menang! Korang pula bagaimana? Lagu apa yang korang rasa boleh menang?? (Picture credit to Facebook fan page TV3 Malaysia)

 

Untuk pengetahuan korang semua, aku bakal berada di Stadium Nasional Bukit Jalil hari ni. Aku terpilih untuk menyertai crew Parti Laman Sosial AJL26. So apa yang akan aku buat di sana ialah tweet tweet dan tweet mengenai majlis anugerah itu daripada acara Blue Carpet, semasa persembahan dan selepas acara selesai.

 

Untuk sentiasa update mengenai AJL26, jom ramai-ramai follow twitter aku @nisa_kay ye! Dan jangan lupa sertakan hashtag #AJL26 kalau anda nak tweet mengenai Juara Lagu ke-26 ini. Berikan sokongan kepada penyanyi pilihan anda!

 

 

Saksikan Anugerah Juara Lagu di TV3, jam 9.00 malam ini. Atau tonton secara live streaming di www.tv3.com.my/ajl26.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Isnin, 9 Januari 2012

Video Aaron Aziz menyanyi.

 

Assalamualaikum..

 

Tadi my Sis Shereen share satu video kat facebook dia. Bila aku tengok macam tak percaya sebab… Ishhhh macam tak percayalah! Sekali aku tengok video nya… menjerit-jerit histeria aku!! Hahaa… Girlsss!!! Jom histeria bersama. KAHKAHKAH!!!

 

 

WARRGGGHHHH!!!! Begitulah aku dok menjerit tak sedar diri dalam bilik tadi. Fuhhhh cairrrr aku dengar Aaron Aziz menyanyi oii!! Meh aku kiss laju-laju!! Ehhh tak senonoh pulak aku nak kiss laki orang kan?? Sobsss dah berpunya Aaron Aziz ni, dah ada anak bini.

 

Chaittt kalau pun Aaron Aziz ni single macam laa dia nak kat aku kan? Puihhh. Pendapat aku? Cair beb dengar suara Aaron Aziz! Boleh menyanyi rupanya.. Hiks hiks hikss aku tersipu malu tanpa sebab yang kukuh. Kalau dia masuk kelas vokal ni boleh menyanyi nih! Hahaa…

 

Mungkin ramai dah tahu yang Aaron Aziz ni sebenarnya boleh nyanyi. Tapi peduli apa aku? Aku baru tahu tadi ape ade hal? Hahahaa… Tapi tak puas la dengar Aaron menyanyi. Macam malu-malu aje tau! Hikhikhik… mohon Aaron menyanyi solo pulak lepas ni boleh? Muacchhh!! Haha over kawww!

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Khamis, 27 Oktober 2011

Kisah Budak-budak Koir – Part 1

 

Assalamualaikum semua…

 

Wuhuuuu ni cerita lama punyerr! AKu baru terhegeh-hegeh nak story mory kat sini. Kengkawan yang lain mesti dah hangin dengan aku sebab tak upload gambor. Wuhhh lantak lahh. Hahhaa.. Okay apa aku membebel ni pun aku tak tahu.

 

Aku rasa ramai yang dah tahu aku dok pung pang pung pang kat facebook aku, yang aku join kumpulan koir untuk majlis konvokesyen UNISEL kali ke-6 baru-baru ni. Konvokesyen UNISEL berlangsung selama tiga hari je, bermula 15 Oktober hingga 17 Oktober.

 

Tapi kitorang budak koir datang berkampung di UNISEL bermula 14 Oktober sebab kitorang kena hadiri raptai, test sound dan test microphone. Mula-mula kitorang semua diarahkan untuk pakai baju merah, alih-alih tukar rancangan, semua kena pakai baju hitam! Habis duit aku beli baju merah :(

 

CIMG7918

Ni lah keadaan pentas utama yang masih kosong, belum dihias dengan bunga-bunga segar lagiiii. Tuuu pemangku Naib Canselor sedang menjalani raptai ucapan. Errr betul ke apa aku tulis nih???

 

 

CIMG7920

Yeahhh kitorang bebudak koir dah pun mengambil tempat kehormat kami, khas duduk di kerusi berbalut putih. Kau hado??? Harharharrr…. Perkara wajib – camwhore!

 

 

CIMG7924

Korang tengok bebetul muka aku dengan muka Memey nih (kanan), kawan-kawan aku dok cakap muka kitorang seiras??? Errr hadaplah korang muka aku yang tak mekap, dengan eyebag, dan paling haru… ada jerawat seketol baekkk punye!

 

 

CIMG7930

Time ni semua feeling nak jadi pengacara majlis. Skrip semua siap ada kat situ, dorang pun lenjan la beramai-ramai. Aku rasa kalau dorang jadi emcee memang disaster majlis. Harharharr…. Pakcik berbaju merah merupakan orang yang bertanggungjawab jaga kitorang bebudak koir.

 

 

CIMG7950

Ni aku tak tahu kenapa dorang nak mulakan acara sukan lari Olimpik dalam dewan UNISEL nihhhh…. yang belakang tu selaku cheerleader lah kot???

 

 

CIMG7949

Tak tahulah kenapa aku sukaaaa gambar nih! Aku ambil gambar ni guna kamera digital aku. Takut bebenor aku gambar ni tak jadi, sebab kamera digital aku tuh bukan betul sangat pun? Mintak yang baru lah kot? Herherherherrr….

 

 

CIMG7948

Okay kejap ye koranggg. Haku nak feeling feeling VIP kejapppp… Haaa tempat duduk kitorang siap ada sign board. Korang hado??? Herherherrr….

 

 

CIMG7954

Majlis raptai kami akhiri dengan acara makan beramai-ramai sebelum pulang ke kediaman di Kota Puteri. Entah apa nama tempat ni, mi sup dia masin wohhhh… Aku ni malam kurang makan, so aku tak habis makan pun mi tuhh…

 

Hoooo.. okay entry sampai sini sahaja, pasal 3 hari berikutnya aku sambung part 2. Lantak lah korang bosan ke ape aku dok update pasal nih. Eh blog aku??? Lalalaa… lagipun mood nak update tu kureng laa sebab gambor dari kamera junior aku si Fira belum dapat lagi.

 

 

 

So… see ya!

sign NISA


Read More»

Isnin, 13 Jun 2011

Triple Happiness – My birthday, result MUET & ada blogger nyanyi untuk aku???

 

Assalamualaikum dan selamat petang…

 

ALHAMDULILLAH… Genap 20 tahun aku hidup hari ni. Aku bersyukur sangat sangat kerana Allah bagi aku peluang untuk aku terus bernafas dan menikmati hidup hingga ke saat aku menulis entry ni.

 

Oh ye, 13 Jun 2011 bukan sahaja hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 20, tapi hari ni jugak result MUET keluar. Dah boleh check result MUET weyyy!! Nevesss nevess. Kahkahkah. Sebelum check result MUET, memang kalau boleh aku taknak semua tahu. Result aku mesti biasa-biasa aje.

 

CARA-CARA SEMAK KEPUTUSAN MUET

 

Dan alhamdulillah result MUET aku tidak mengecewakan. Terima kasih ya Allah, di sebalik dugaan yang aku terima, KAU Maha Besar, Kau berikan aku kegembiraan sebegini. Alhamdulillah.. Syukurnya….

 

Ohh ye, bercakap pasal blogger yang nyanyi lagu untuk aku… JENG JENG JENG…

 

IMG_0594

 

Haaa lagu apa yang beliau nyanyi kat aku? Kahkahkah. Jom ramai-ramai terjah blog Andyhowtt KAT SINI !!! To Andy, thank you so much my friend! Kalau korang tak tau, aku dengan Andy dah lama kenal through blog. Korang jangan salah faham pulak!

 

Thank you sooo much to these bloggers yang turut buat entry untuk wish birthday aku :

  • Entry and special video by Muna. [CLICK HERE]
  • Birthday wish from my dear cousin, Faa. [CLICK HERE]
  • Blogger yang sama birthday, Efa Nur. [CLICK HERE]
  • Entry macam nak cari pasal from Azfar Roslan aka Ujang. [CLICK HERE]
  • Entry from sweet girl Nadya Bubble [CLICK HERE]

 

 

 

sign NISA


Read More»

Rabu, 9 Mac 2011

Niat jahat nak menunjuk depan para artis, sekali tak dapat! Padan muka aku!

 

IMG_1721Uncle Jalal sporting beb!

Ahah!! Jangan tak percaya. Hari tu aku pergi redah Ampang Jaya dengan tuan rumah sewa aku, yakni Patrick Star, dan juga rakan-rakan serumah yang dikasihi. Chewahhh!!! Aku ke sana untuk memenuhi jemputan Uncle Jalal (nama mesra beliau yang kitorang panggil) ke kenduri kahwin anak beliau. Errr anak yang ke berapa pun aku tak tahu?

 

IMG_1795Boleh pulak kami berempat terrrrr-pakai tudung sama ungu.

 

IMG_1807Ni semua budak rumah aku.. Ada seorang aje kot yang takde? Alaaa tak cukup korum ahh camni :(

 

IMG_1843GAMBAR PANAS! KEMESRAAN KAMI !

Haha giler ke aku nak undang kontroversi?? Haha ni aku rasa Uncle Jalal dok tahan gelak kat aku sebab beliau pelik aku ni aktif bebenor bergambar. Haha!!

 

Ohh ye terpesong pulak aku. Ahaha!! Berbalik pada tajuk, aku sebenarnye nak cerita lah, masa kenduri tu ade live band, dan sesiapa yang nak nyanyi leh request kat dorang. Siap ade list tuh! Wahahaa aku pulak didorong oleh bebudok umah untuk menyanyi kat situ. Perrgghh nak test market ouhh!! Maklumlah, kenduri anak Uncle Jalal, for sure la ade artis yang datang! Ahaks!

Maybe sebab niat jahat tu lah, nak menunjuk-nujuk sekali tak sempat aku nak request nak sampaikan lagu, live band tu dah pun main lagu terkahir dorang, yakni lagu poco-poco. Para hadirin kat kenduri tu pulak ramai yang sporting, siap joget poco-poco lagi tuh! Haha memang meriah bebeh!

 

IMG_1753

Oh yes, I met this wonderful girl. And she said she likes me though. Haha. Then she snapped my pics with a DSLR, just like a paparazzi! Haha so cute eh Nadrah El-Aziz!

Tu aje nak cerita. Haha. Bye. P/s : Check out preloved items and shawls HERE !!

 

sign NISA


Read More»

Isnin, 21 Februari 2011

Wowww siapa nak jadi BLOGGER IDOL?? Menang duit pulak tuh!!

Yeahhhhhh contest BLOGGER IDOL sudah pon dilancarkan.. oopppsss!! Bukan aku yang anjurkan ye… Dan entry ini bukan entry penyertaan ye… Entry ini entry promo okeh….

Kepada para blogger di luar sana, anda ada bakat menyanyi? Atau suka menyanyi? Haaaaaa jangan tunggu lama lama meh sini semua rapat rapat… Aku nak cerita tentang satu contest yang best gilaa.. boleh menang duit okeh!! DUITTTTTT… (haha sengaja bold kan) Sape taknak?? Gile ke taknak? Hahahaaa~

Jom tengok nih :

 

BLOGGER IDOL anjuran Tia Fazunia. Dengan kerjasama Andyhowtt dan juga Akmal Hilmi.

Video by : Tia

 

Haaaa menarik kan?? Menarik kan???? Ohh ye, setiap video nyanyi WAJIB upload kat web 1tube.my okeh! Baru laa valid. Sambil kita ber-contest suka ria, apa salahnya kita sokong produk local? Tak gitu? Heheee

 

 

Haaaaa sesiapa yang nak join, jangan lupa baca terma dan syarat sampai habis tau! Baca dengan teliti okehhhh…  Kalau korang tak memenuhi syarat-syarat, penganjur contest tidak teragak-agak untuk reject penyertaan korang. Haaaa nak camtu ke? Tak nak kan… Tak nak kann… so BACA SYARAT DENGAN TELITI oke… Kalau ada apa apa yang tak faham, tanya aje kat penganjur.

Jangan tanya aku lak! Aku bukan penganjur! Aku nak promote contest aje nih. Hahahaaaa…

Oh ye, untuk terma dan syarat : KLIK SINI

Jom la ajak kawan kawan join ye…

 

 

 

Peace.


Read More»

Copyright © Nisa Kay