Memaparkan catatan dengan label Norish Karman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Norish Karman. Papar semua catatan

Rabu, 29 Februari 2012

VIDEO : Rahsia Hati oleh Norish Karman

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama nak share video nyanyian Norish Karman ni. Bertuahnya diri ni bila berpeluang bertemu dengan Norish Karman (NK) semasa sesi an evening with NK kat House Restaurant, G Tower, Kuala Lumpur. NK juga menyanyikan dua buah single nya secara live. Dan salah satunya ialah Rahsia Hati ciptaan Julfekar. Enjoy.

 

 

Diharap semua memberi sokongan padu kepada pelakon dan juga model ini untuk memulakan karier nyanyian beliau. Sebenarnya dah lama Norish Karman nak memulakan karier yang menumpukan nyanyian, tetapi belum ada kesempatan. Jadi kini beliau dah dapat peluang nak releasekan albumnya pada masa akan datang.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Rabu, 22 Februari 2012

An Evening with Norish Karman

 

Assalamualaikum…

 

Heee baru ni lah ada masa nak update pasal event kecil-kecilan yang dianjurkan pihak Norish Karman untuk para blogger. Maaflah ye banyak sangat benda nak update sampai boleh pulak tertangguh entry yang ini…

 

Norish Karman, pelakon popular menerusi drama Spa Q, kini ingin memulakan karier sebagai seorang penyanyi selepas berjaya dalam bidang modelling dan lakonan. Satu sesi bersama para blogger telah diadakan bagi memperkenalkan dua single terbaru beliau iaitu Rahsia Hati dan Kasihku Selamanya.

 

P2120265

Norish yang tampil ringkas dengan cardigan oren dan long skirt berwarna hijau pucuk pisang. Awww I like this color combination! Boleh try this color combination lepas ni ye!

 

 

P2120274

Sebahagian blogger yang hadir ke majlis An Evening with Norish Karman sibuk merakam aksi NK menyanyi di pentas. Majlis berlangsung di House Restaurant, G Tower, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

 

 

P2120301

Sesi soal jawab antara blogger dan NK berkenaan dengan karier nyanyiannya yang baru sahaja bermula. Masa ni banyak soalan panas keluar tettt. Hahaha.. menurut NK, ada lagu-lagu yang dikarangnya sendiri dan orang sekeliling beliau adalah sumber inspirasi.

 

 

P2120332

P2120337

Makan time!!! Pembuka selera yang dihidangkan berupa makanan ala western, turut disajikan dengan popia dan chicken wing. Kemudian sup ekor masakan NK sendiri dihidangkan. Pergghh masak pun pandai! Sup ekor yang mantop!!

 

 

P2120354

Semasa para bloggers sedang enak menjamu selera, bloggers dihiburkan dengan nyanyian Norish Karman yang membawakan lagu Someone Like You (Adele) dan Dia (Sheila Majid). Untunglah blogger Andyhowtt dapat berkaraoke dengan NK nyanyi lagu Dua Insan pewittt.

 

 

P2120334

P2120357

Antara blogger yang hadir pada hari itu. SPOTTED : Kak Ina KL, Syafiq Rosli, Qarl Haiqal, AdamEben, Bro Framestone, Andyhowtt. Mana yang aku tak sebut tu bagitahulah ye. Boleh aku back link korang.

 

Apa-apa pun, kami di www.nisakay.com mengucapkan selamat berjaya kepada Norish Karman dalam memulakan perjalanan karier beliau sebagai seorang penyanyi pula lepas ni. Jom sama-sama kita sokong artis Malaysia. Jujurnya aku suka selebriti yang serba boleh. Mengacara, berlakon, modelling dan menyanyi semua ada. Memanglah takde manusia yang sempurna kan.. Tapi bakat yang ada boleh diasah lagi :)

 

 

TEMUI NORISH KARMAN PADA 25 & 26 FEBRUARI 2012 DI JOM HEBOH MELAKA.

 

 

P2120329

P/S : Like fan page Saya Suka Menaip for more pictures of the event.

 

 

Sign PNG NisaKay


Read More»

Copyright © Nisa Kay