Ahad, 25 Mac 2012

FILEM – Nightfall

 

Assalamualaikum..

 

Yaaa.. bertemu lagi dalam segmen filem. Ehh bajet pengacra tv pulak aku kan. Actually, aku takde mood nak menaip entry sebenarnya. Sebab aku.. entah. Aku takde mood nak blogging sekarang ni. Sekarang ni aku banyak bazirkan masa main game aje.

 

Nightfall-2012-Movie-Poster-2

Okay filem yang aku nak kongsikan dengan korang hari ini ialah sebuah filem dari negara China, iaitu Nightfall. Jutaan terima kasih sayang buat Nuffnang untuk premiere screening pass filem ini. Filem Nightfall ini dilakokan oleh dua nama besar di sana iaitu Simon Yam, Nick Cheung dan Michael Wong.

 

 

22e0dfc2f7f042cbb0ab01b793f2f59e

SINOPSIS :

Filem ini mengisahkan Eugene Wang (lakonan Nick Cheung) yang baru sahaja bebas dari hukuman penjara 20 tahun atas tuduhan rogol dan bunuh. Bekerja di sebuah kedai muzik, Eugene secara tidak sengaja bertemu dengan Zoe Tsui (lakonan Janice Man), dan sejak daripada itu misteri bermula.

 

Eugene mengekori Zoe dan merakam segala aktiviti serta perbualan Zoe. Eugene sering datang ke rumah Zoe secara senyap-senyap dan memerhatinya. Namun kematian bintang terkenal iaitu Han Tsui (lakonan Michael Wong) iaitu bapa kepada Zoe telah membuatkan Inspektor Lam (lakonan Simon Yam) memburunya semula.

 

 

nightfall scene - kay tse nick cheung2

Pembunuh itu telah meninggalkan klu-klu yang mengelirukan pihak polis, dan Inspektor Lam semakin tertekan dan terdesak untuk menyelesaikannya. Dia yakin Eugene ada kena mengena dalam kes ini. Identiti Zoe dan kisah benar 20 tahun yang lalu juga semakin terbongkar. Adakah Eugene membunuh Han Tsui kerana Zoe? Siapa sebenarnya Zoe?

 

 

 

PANDANGAN PERIBADI :

Bagi aku, movie ni punya plot dan jalan cerita yang bagus. Secara peribadinya, aku sukakan filem yang mempunyai elemen misteri dan teka-teki ini. Pendek kata aku memang sukakan filem genre penyiasatan macam ni. Ala-ala Detective Conan pulak. Hehehee..

 

Tapi malangnya jalan cerita yang perlahan mungkin membuat penonton bosan. Terlalu banyak persoalan boleh buat penonton seakan rimas sebab terlalu banyak yang perlu difikirkan dalam satu masa. Teknik imbas kembali pada permulaam filem boleh buat penonton keliru.

 

Menonton trailer filem ini membuat aku expect yang filem ini mempunyai elemen aksi yang lebih banyak. Namun sayangnya tidak begitu. Tapi aku tidak nafikan babak Eugene menggertak Inspektor Lam dalam kereta kabel seidikit mendebarkan aku. Mungkin sebab aku ni pun jenis orang yang gayat.

 

 

nightfall stills 4

Keseluruhannya filem ini agak best. Aku boleh bagi 3.5 bintang. Yelah, aku pun peminat filem China kan… Yang best nya ialah plot dan misteri yang cuba dirungkaikan, serta sedikit babak-babak yang mendebarkan. Yang tak best ialah perjalanan filem yang terlalu perlahan dan kes kematian isteri Inspektor Lam tergantung.

 

 

 

Sign PNG NisaKay


8 ulasan:

  1. Akak kurang filem china nie...tapi tengok pelakon jugak hihihi...

    BalasPadam
  2. mcm best.. tunggu kalau ada org uploadkan ke dalam internet.. hehehe

    BalasPadam
  3. Kalau filem2 genre penyiasatan ni kalau tak dibuat secara betul2, memang akan menjadi bosan.sampai boleh jadi penonton tak sabar2 nak tunggu bila la nak habis citer ni..sepatutnya genre2 macam ni kena buat dengan susunan plot yang kemas dan lancar..kalau terlampau banyak sangat misteri,orang akan bosan..

    BalasPadam
  4. kalau dapat tiket free, layan la cite cine ni..hehe...klu x, kirim salam je la.

    BalasPadam
  5. urm , maybe aku ngantuk kot kalau tengok cite nie . hehe

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay