Jumaat, 30 Mac 2012

Konsert Twin Towers Live 2012

 

Assalamualaikum..

 

IMG_3060

Macam mimpi pun ada. Rasa masih tidak percaya pun ada lagi bersisa dalam hati aku. Cehh ayat sastera habes! Ingin aku berkongsi cerita mengenai pengalaman hebat dapat join konsert yang menjadi bualan ramai apabila Petronas menjemput artis korea yang sangat fofuler iaitu SNSD (juga dikenali sebagai Girl Generation).

 

 

P3232793

Untuk konsert Twin Towers Live 2012 ini, kumpulan kpop yang glemer amat iaitu SNSD bakal membuat persembahan buat pertama kalinya di negara kita. Sejak awal lagi peminat kpop sekalian Malaysia dah setia menanti di pintu pagar. Bila pintu dibuka, maka berlarilah mereka memenuhi ruang depan pentas.

 

 

P3232794

Segerombolan manusia peminat SNSD datang membawa belon pink, dan ada ramai jugak yang pakai baju pink. Ramai jugaklah yang memegang kertas yang bertulis “You’re finally here” yang menandakan akhirnya SNSD akan membuat persembahan di negara kita.

 

 

IMG_3063

Lama benor peminat ni semua kena menunggu. Kami di ruangan media apatah lagi. Sudah gelisah, berpeluh, berhangit.. eiii semualah! Ditenangkan oleh pengacara Jojo Struys, kemudian DJ Prem dari Fly fm serta DJ Double D menghangatkan keadaan dengan memainkan lagu-lagu latest lagi best.

 

 

IMG_3117

Yeahhhh tuuu dia SNSD on the stage yawww!! They rocked the stage, the made the fans scream and scream and scream…??? Ye peminat semua histeria nampak dorang yang cun melecuns ni depan mata, dok joget-joget atas pentas. Aku yang menyaksikan patung-patung barbie tersebut joget pun macam tak percaya.

 

 

IMG_3130

Tu diaaa 8 orang barbie doll made in korea! Errr dalam gambar nampak 7 orang je sebab terhalang dek banner yang diangkat-angkat peminat kpop sekalian. Ohh ye, yang datang cuma 8 orang ahli SNSD, Yuri tak dapat datang. Entahlah tak tahu kenapa.

 

 

P3232878

Lepas persembahan SNSD, peminat kpop sekalian kejar barbie dolls ini keluar dari kawasan konsert. Gamat sungguh suasana tak payah cakap lerr.. Hukhuk. Pentas dijamu persembahan James Baum, errr lepas tu aku tak ingat siapa, then persembahan bertenaga oleh Reshmonu.

 

 

P3232895

Actually lepas persembahan SNSD, ada satu je persembahan yang aku nantikan…

Jeng jeng jenggg…

 

 

IMG_3186

Yeahhh Nicole Scherzinger in da house bebeh!! Aku sanggup tunggu sampai pukul 11 untuk persembahan Nicole sebab aku taknak sia-siakan pass media yang aku dapat free. Kesian Nicole dah datang jauh-jauh untuk menghiburkan penonton di Malaysia. So aku pun tunggu ler.. Hek hek hekk…

 

 

IMG_3182

Ternyata penantian aku untuk menyaksikan persembahan Nicole Scherzinger tidak sia-sia. She was awesome!! Incredibly gorgeous and powerful! Errr power rangers kah?? Huhuuu… memang persembahan bertenaga, vokal mantap.. fuhh memang enjoy sangat aku tengok performance beliau.

 

Apa-apa pun, terima kasih kepada rakan yang berkenaan di atas jemputan last minute ni. Memang aku enjoy sangat terutamanya part SNSD dengan Nicole Scherzinger tuhh.. Hikhikk.. memang penutup yang mantap sebab persembahan Nicole semua happening!! Fuhhh malam yang sangat memenatkan! Kbai.

 

 

Sign PNG NisaKay


19 ulasan:

  1. seliuuss nicole awesome........sopan je hehehehe

    BalasPadam
  2. wahhh,untungnyaa dapat tengok SNSD depan mata..


    Jemput singgah blog Azri.My

    BalasPadam
  3. wah nisa pun pegi jugak ke?tak nampak pun..hehe..btw untung la nisa dpt tgok dekat2..sy dapat tgok dekat tepi2 je...huhu..tapi papepun snsd memang daebak!hehe

    BalasPadam
  4. wah SNSD la.... ruginya duk jauh sini kat Labuan tak dapat nak tengok konsert dorang.. sobsobsobsob.. Sentap ar kalau macam ni.. :'(
    Apa2pun, terima kasih sangat2 sebab dah share kemeriahan konsert tu.. :)

    BalasPadam
  5. wah best ye...nak gak pergi ari tu..tapi xde partner.emmm..rugi2 dah masuk percume je kan.:(

    BalasPadam
  6. Yuri tengah Bussy belakon drama baru "Fashion King" =)

    BalasPadam
  7. yeahhhh.....!!! SNSD terbaikkkk.... =) "Girls bring the boys out...!!!!" hehehe

    BalasPadam
  8. WAHHHH. Untunglahh dapat pergii :'D

    BalasPadam
  9. ala rugi xdpt p tgk...kak nisa bertuah laa dpt pas media lgi......

    BalasPadam
  10. Nicole Scherzinger tu sape eh? asal aku xkenal? haha

    BalasPadam
  11. kuciwa giler tak dapat pergi arituh..T_T
    Yuri tak datang sbb tgh busy berlakon...

    BalasPadam
  12. SNSD kumpulan Kpop terhangat di Korea dan Jepun.

    Kalau 2NE1 pun best juga.

    BalasPadam
  13. First time drop comment here.

    oh, gile jeles dengan sis bole tengok SNSD. Teringin na tengok Yuri . sobs sobs :)

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay