Ahad, 27 Mei 2012

TIPS – Mengatasi kulit mengelupas

 

Assalamualaikum..

 

Yeahhh selamat hari Ahad semua! Mood Pulau Pangkor aku masih on ye. Masih feeling-feeling santai gitu. Maka Ahad ni memang aku kemalasan yang teramat. Mood masih nak berbaring-baring, lepas tu berharap agar makanan yang maha lazat jatu dari langit. Okay ini mengarut!

 

M3350096-Peeling_skin_on_back_of_sunburnt_woman-SPL

Ohh ye cerita pasal pulau, balik dari pulau tu ada beberapa kawan aku yang menghadapi masalah kulit mengelupas disebabkan oleh sunburn. Kulit aku pun ada mengelupas tapi nasib tak banyak, tapi kulit muka kompem jadi gelap sikit. So aku search punya search, ni nak share tips atasi kulit mengelupas.

 

Gel-Aloe-Vera111

STEP 1 :

Gunakan lidah buaya (aloe vera). Korang boleh cari pokok lidah buaya ni, potong dan sapukan gel aloe vera semula jadi tersebut di kawasan kulit yang mengelupas. Aloe vera mempunyai fungsi melembap yang mampu mengurangkan pengelupasan serta memberi kesan penyejukan kepada pengelupasan. Kalau tak jumpa daun lidah buaya ni korang boleh je beli gel aloe vera atau losyen aloe vera yang banyak dijual kat farmasi atau kedai.

 

STEP 2 :

Gunakan pelembap beberapa kali dalam sehari. Pastikan kulit sentiasa lembap agar pengelupasan tak berpanjangan. Pastikan korang gunakan pelembap yang bebas minyak dan alkohol sebab kedua-dua bahan ni boleh menyebabkan kulit bertambah kering.

 

STEP 3 :

Pakai pakaian yang longgar. Ini untuk mereka yang mengalami pengelupasan di bahagian badan. Pakaian yang ketat boleh merengsakan kulit dan menyebabkan pengelupasan berpanjangan.

 

ice bath after run

STEP 4 :

Mandi dengan menggunakan air yang sejuk atau tekap pek ais di kawasan kulit mengelupas selama 20 minit. Air sejuk mampu beri kelegaan kepada kulit dan mengurangkan rasa pedih dan mennyegat kulit mengelupas.

 

STEP 5 :

Lap muka atau kulit anda dengan tuala bersih dengan cara menekap lembut pada kulit hingga kering, bukan dengan cara menggosok. Menggosok akan membuatkan kulit anda bertambah pedih dan lebih mengelupas.

 

STEP 6 :

Sebelum keluar, sapukan krim sunblock untuk melindungi kulit yang sudah terjejas daripada sinaran matahari.

 

 

Haaa.. aku rasa mudah sangat nak atasi masalah kulit mengelupas ni. Kalau kita betul-betul jaga kulit kita, insyaAllah kulit mengelupas tu akan cepat sembuh.. Aku suka sangat part aloe vera tu. Dulu belakang rumah aku ada banyak pokok lidah buaya, so selalu jugak gosok daun aloe vera kat muka. Menjaga kecantikan wajah katanyeee!! Hahaha LOL. Kbai.

 

 

 

Credit : livestrong

 

Sign PNG NisaKay


20 ulasan:

  1. hwaa..tips yang bagus.. kulit kita pon selalu mengelupas..
    jempot singgah blog kita yang x seberapa ni ye..:) jgn lupe follow sekali.heheh

    http://anisnatasha-s.blogspot.com

    BalasPadam
  2. Nak tmbh lg 1.. Blh guna yogurt utk muka sunburn.. Dapat mengurangkn kerengsaan dan mengurangkan merah sunburn..
    alamistore.blogspot.com
    138dirah.blogspot.com
    facebook.com/alamistore

    BalasPadam
  3. kat hidung ni selalu sangat kulit mengelupas. tak tau kenapa.

    BalasPadam
  4. waktu zaman2 muka b'jerawat batu dulu, memang mak recommend pakai aloe vera, banyak kegunaan aloe vera ni...

    lain orang,lain kulit,lain ceritanya...

    Alhamdulillah setakat sekarang tak pernah lagi kena kulit m'gelupas ni... azab jugak tengok kawan2/family members yg kena...

    BalasPadam
  5. ingatkan ular je yg menggelupas kulit...? haha

    BalasPadam
  6. tips ni bagus... so far belum lagi kulit mengelupas. alhamdulillah :)

    BalasPadam
  7. jarang kulit mengelupas nih, tapi kalau ada apa-apa saya selalu guna lidah buaya je.

    BalasPadam
  8. yes..dah dapat tips baru..thanks nisa kay..^_^

    BalasPadam
  9. nak kongsi jenis pelembab.. :)) dulu muka sue mmg cepat megelupas kalau silap pakai pencuci muka terutama jenis sabun.. pelembab kat kedai banyak yg mgandungi bahan kimia.. so, sue cadangkan guna yg organic aid.. selalu ada kat pharmacy n watsons n guardian.. harga pun murah... sue beli sebab pihak pharmacy yg cadangkan daripada beli pelembab yg berjenama tp banyak bhan kimia.. :D

    BalasPadam
  10. kalau holiday kat pantai..confirm akan jadi mcm tu..

    Thanx 4 da tip!

    BalasPadam
  11. klu utk kulit kering,blh apply x ni?

    BalasPadam
  12. best tip . sedap mandi dengan ais

    BalasPadam
  13. Nisa, thanks for the tips.... :)

    BalasPadam
  14. Betul tu! Guna Aloe Vera macam saya. Dah cun dah. Ngeh Ngeh Ngeh.. :p

    www.rabiatuladawiyah.com

    BalasPadam
  15. Kak Nysaa, kalau kulit menggelupas dekat muka boleh guna tips ni ke? Tlg respon yee:) Kulit muka saye menggelupas xtau nk buat cmne dh :(

    BalasPadam
  16. Hai akak nisa. saya search google terjmpa pulak tips nie. Huhu. Thanks utk tips nie okey. Yg mudah2 tu, akan saya cuba amalkan. Hm nak g farmasi lah kejap nak beli losyen aloe vera. Hiks

    BalasPadam
  17. saya ada beli satu produk ni. saya x tahu dia mengelupas. sampai sekolah saya tgk cermin kulit muka saya mengelupas teruk, pedih dan menyakitkan. Berkesan ke tak eh Kalau saya pakai tips yg kat atas tu? Risau sangat 😞

    BalasPadam
  18. Sy pon skrg tgah lalui bnde yg same nan awk, sbb pkai satu produk ni, muke jdi mengelupas, so ptot ke sy tros kan atau stop je pkai produk tu ek?

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay