Assalamualaikum..
Entry di PART 1 dah pun menceritakan apa tu Kembara Media Fotografi ni, dan juga bercerita tentang lokasi pertama yang kami lawati di negeri Perak ni. Ambuii kemain dah macam ayat dalam buku teks pulak. Skema nye ku rasakan. Nak tahu pasal Hutan Lipur Kuala Woh boleh baca Part 1 ye..
Part ni pulak bercerita pasal Jeti Lumut, dan pengalaman aku pertama kali naik feri untuk menuju ke sebuah pulau. Yaa… banyak perkara yang PERTAMA KALI dalam hidup aku ketika trip ke Perak ni.
BAIKLAH! Lepas makan-makan di Manjung, kami serombongan (err?) menuju ke Jeti Lumut untuk mengejar feri ke destinasi utama kami di negeri Perak iaitu Pulau Pangkor. Haaa PERTAMA KALI jugaklah aku merasa pengalaman nak berkejar dengan feri! Haahaa..
Bukan apa, feri-feri yang membawa penumpang ke Pulau Pangkor ni ada jadualnya, so kalau taknak terlepas ferry trip silalah berada di Jeti ni tepat pada waktu ye… Kalau tak silap jarak antara satu-satu perjalanan tu agak jauh. So kalau taknak terlepas feri dan menunggu lama untuk next trip ke Pangkor, maka silalah sampai awal.
Belum jejak kaki atas pulau lagi dan diselamat-datangkan (err?) ke Pulau Pangkor. Hahaha fail betol entry aku kali ni, banyak betul perkataan “asing” yang aku rekacipta sukahati. Huahuaa lantakk!! So kat jeti ni, Alhamdulillah kami sampai awal sikit dari jadual perjalanan feri. So ada masa nak membelek peta Pulau Pangkor..
Suasana normal di sesebuah jeti. Aku je yang jakun sebab tak rajin tengok suasana kat jeti macam ni kan. Ye lah duk Shah Alam nampak bas Rapid KL dan teksi je hari-hari. Mana rajin nampak bot-bot nelayan ni semua! Harharharr~
Inilah feri yang akan kami naiki.. Sekumpulan pelancong dari negara China (berdasarkan bahasa mereka) juga akan mengambil trip yang sama dengan kami untuk ke Pulau Pangkor.
Perasaan? BERDEBAR hokayh! PERTAMA KALI aku naik feri woi! Pertama kaliiii! Okay nampak tak kejakunan teramat di situ? Oleh kerana pertama kali nak naik feri, haruslah bergambar kat pintu masuk dulu tanpa mempedulikan orang lain yang dah beratur nak naik feri =.=”
Kami dapat tempat duduk bahagian bawah. Erkkk bau agak kepam-kepam. Adat la tu kan suasana atas laut. Err… Maka untuk dapat udara segar aku ikut kengkawan naik ke bahadian bumbung feri di mana ramai manusia sedang bersantai..
Ini muka jakun bercampur dengan muka berdebor bercampur dengan muka takut sebab pertama kali naik feri! Bunyi enjin yang kuat dan angin kuat buat aku bertambah berdebar berdiri atas dek feri tu. Mueheeheheee~
Okay bila dah mula biasakan diri, maka ketakutan tadi sedikit demi sedikit mulai pudar dari diri cewahhh! Ayat kemain! Maka kita bergambor dulu dengan Encik Terbang Tinggi-Tinggi dulu ye…
Kau ni deh kenapa? Macam terencat je diriku dalam gambor candid ni. Sobss sobss..
Bergambor dulu dengan kak ANA RAFALI yang sangat comel dan peramah ini… Yes bebeyh, beliau pun join Kembara Media Fotografi Cuti-cuti 1 Malaysia ke negeri Perak kali ni. Seronok sangat bila kak Ana ada. Bila dah kenal dengan dia, maka tak kekoklah nak bertegur dan berborak dengan dia. Tak rasa macam artis dah.. rasa macam kawan-kawan je. Aicecehhh…
Pabila feri semakin menghampiri Pulau Pangkor…
Kami dah sampai PULAU PANGKOR woot! Woot! Yang baju dan tudung biru tu roommate saya kat hotel. Wink wink!
Kami akan menginap di Pangkor Island Beach Resort.. antara resort terbaik di Pulau Pangkor! So sementara menunggu shuttle bus untuk datang bawa kami ke hotel, kami bergambor dulu depan papan tanda.. Muahahaha… DARI KIRI : Rabiatul Adawiyah, Ana Rafali, Nisa Kay dan Yana Yassin.
Baiklah.. sampai sini dulu ye entry Part 2.. Nanti sambung Part 3 pulak.. kena menaip entry selaju mungkin lah lepas ni, sebab nak habiskan pasal trip ke Pangkor cepat-cepat. Lepas tu kena berkejaran buat entry Cherating! Oh my ohh myyyy!!! Baiklah jumpa di next entry! Kbai.
best betul!! Ana Rafali dengan Yana Yassin pun ada tu!! rasanya pernah masuk paper kot kalau tak salah
BalasPadamooo..
BalasPadambetol la gamba yang kite tengok kat kosmo dulu..
ade muke awak!
hehehe.. tapi sebab blur2, jadi tak sure laa..
syoknya jenjalan :D
BalasPadamKak nisa! bestnyerr jalan-jalan hehe suke gaks! ;)
BalasPadammacam gemuk sikit kak ana rafali . tapi tetap cute ! :)
BalasPadamAna Rafali nampak dah makin chubby.. Preggy kah? =)
BalasPadamSeronoknyaaa !:D
BalasPadambest kan.. manjung tu dh dekat dh ngan umah cik anis. moh singgah umah pekena kopi radix.. hak hak hak.. best x naik feri. nampak pangkalan tldm kan.. pulau2 kecik kan.. syok.. >_<
BalasPadamada bc entri pangkor yg hamzah ian buat...hehe
BalasPadamBestnyer...
BalasPadamseronoknya... jeles.. hahahaha
BalasPadamwaa...jalan2 sakan yee :)
BalasPadamalamak jelesnya... nak jejalan gn ana raffali jugakkk.. hoho..
BalasPadamOh hai! Follow sini, hewhew.. >__<
kite pun penah pegi pangkor...bes...
BalasPadamwah! sempat bergambar dengan Ana..
BalasPadam