Rabu, 19 September 2012

GIRL STUFF : FCC BeautyFarmasi Colour

 

Assalamualaikum…

 

Dah lama jugaklah aku tak share pasal mekap-mekap dengan uolls kan kan? Nak buat video macam malas pulak, sebab webcam laptop baru ni tak cantik macam webcam laptop Acer aku dulu. Sobss. Nak rakam pakai kamera digital, tripod pulak tak bawak. Haihh.. apa dugaan..

 

Takpe, takpe.. aku masih nak share dengan korang pasal mekap yang best, berkualiti dan yang penting harga sangat berpatutan.. Dah lama jugak aku guna mekap ni, dalam dua tiga bulan gitu? Baru sekarang la ada masa nak share dengan uolls pembaca setia. Cewah !!

 

Jenama yang aku nak share dengan korang ialah jenama FCC BeautyFarmasi Colour (FCC). FCC ni dahulunya dikenali dengan jenama FARMASI, tapi sekarang dah re-branding jadi FCC ye.. Tapi packaging dia semua cop Farmasi lagi.. Jangan risau, sama je.

 

P1018160

STAY MATTE FOUNDATION - RM37.90

 

P1018164

Stay Matte Foundation ni tekstur dia sangat lembut, tidak melekit dan ringan untuk sapuan mudah dan light coverage. Dah namanya Stay Matte kan, jadi finishing dia memang tak berkilat, sesuai lah kot untuk mereka yang kulit berminyak. Lagi satu, ia diperbuat dari bahan-bahan mineral dan tahan lama.

 

 

cats (2)

Sebelum dan Selepas aku pakai Stay Matte Foundation. Beza gila kan? So far kulit muka aku takde masalah serius macam jerawat dan mengelupas ke apa. Just bila aku malas jaga muka, muka nampak kusam, parut jerawat yang kecil-kecil pulak nampak macam bintik-bintik je kat muka. Dan tona kulit tak sekata.

 

Macam dalam gambar sebelum ni, aku pakai sikit je foundation ni, sebab kulit muka aku takde cela yang serius. Tapi jangan kita salah faham, fungsi foundation ni bukannya untuk “menghilangkan” terus cela di wajah, tapi lebih kepada meratakan warna kulit dan buat parut kelihatan pudar gitu. Oh ye, kod foundation yang aku guna ialah SOFT BEIGE 06.

 

 

cats3

SILKY TOUCH COMPACT POWDER - RM29.90

 

Dah pakai foundation maka kita pakai pulak bedak kan? Tapi kalau dah pakai Stay Matte Foundation tadi, kalau taknak pakai powder pun okay kot? Sebab coverage dia walaupun light, tapi cukup untuk buat wajah tampak lebih bermaya.

 

P1018172

Silky Touch powder ni pun bedaknya sangat sangat lembut dan licin bila disapu pada wajah. rasa macam tak sapu apa-apa. Applicator bedak ni pun tekstur dia ala-ala baldu gitu, so sangat lembut pada wajah. Biasanya memang aku pakai sikitttt aje powder ni. Just finishing touch kepada foundation tadi. Kalau nak apply powder sahaja tanpa foundation pon okay!

 

Untuk lebih info dan cara penggunaan yang betul mengenai Silky Touch powder ni, sila KLIK DI SINI ye ! Haa kod bedak yang aku guna ialah DARK BEIGE 08. Tapi tak dark sangat pon. Sangat sesuai dengan kulit aku. Kawan-kawan aku yang kulit cerah dari aku pon boleh pakai bedak kod ni.

 

 

P1018177

LIP MAXIMIZER LIPSTICK – RM29.90

 

Yang ini pula lip maximizer. Haaa semestinya memberi effect lip-plumping agar seksi bak ANgelina Jolie. Hahaha takdelah sampai macam tu, tapi effect plumping tu memang ada ye, membuat bibir tampak lebih penuh gituuu… Lip maximizer ni turut mengandungi ekstrak halia untuk melancarkan peredaran darah.

 

P1018180

Lip Maximizer lipstick ni boleh dipakai begitu sahaja, atau disapu menggunakan lip brush untuk hasil yang lebih memberangsangkan. Wahhh gituu! Tapi aku pulak, aku suka pakai lip maximizer ni, then tambah sikitttt aje lipgloss, sebab aku ni suka bibir aku nampak ala-ala basah gituu. Kod lip maximizer yang aku pakai ialah KOD 02.

 

 

cats

 

TARAAA… siap dah mekap. Kejap je mekap simple macam ni, tak terlalu berat dan melampau-lampau. Kalau sekadar nak keluar pergi kelas, membeli belah dengan kawan-kawan atau korang memang jenis tak suka mekap tebal, korang boleh cuba FCC ni!

 

Memang lah ada banyak jenama yang best best juga, dan FCC ni merupakan jenama mekap yang salah satu daripadanya! Kita nakkan barangan mekap yang dijamin halal, selamat, dan yang penting berkualiti serta pada harga berpatutan. Aku boleh katalah FCC ni memang mekap yang berkualiti tinggi, setanding dengan jenama mekap mahal-mahal kat luar sana. Cuma dengan FCC kita jadi lebih bijak sebab kita boleh jimat banyak!

 

Jenama FARMASI (FCC) ni jugak bukan ada barangan mekap semata-mata, ada juga barangan penjagaan diri. Semuanya berkualiti, dan pada harga berpatutan! Memang best kan? Terjah di sini :

 

FACEBOOK : https://www.facebook.com/beautyfarmasi.colour

BLOG : http://beautyfarmasi.blogspot.com/

Selamat shopping FCC!

 

Kbai.


12 ulasan:

  1. suka tgk org lain mekap tp bila nk pakai sendiri....errr....hahaha!!!

    BalasPadam
  2. memang suka guna makeup yg ringan je kat kulit ni.^_^

    BalasPadam
  3. kite ad persamaan kulit.ble tak jaga je,nmpk kusam dan tone tak sekata wuwu

    BalasPadam
  4. Boleh try jugak .. Bila akak nak sambung buat shawl tutorial ??

    BalasPadam
  5. simple je..suke tgk orang beli alat mekap n buat review. nak beli untuk diri sendiri kena keje dulu lah.huhu

    BalasPadam
  6. simple but nice.. dulu una suka make up tebal2 tapi sekarang dah jadi malas... nak buat apa kan tebal2?

    BalasPadam
  7. hye~ saya suke brands farmasi ni, setakat ni saya da pakai lip maximizer dan eyeliner brown..mmg sgt bes dan harga berpatutan.. ^^v

    BalasPadam
  8. Salam Nisa... akak suka sangat your post........ terimakasih banyak2 dik sbb guna FCC

    BalasPadam
  9. Nak dapatkan Kat mana eh FCC stay matte tu ?

    BalasPadam
  10. Nak dapatkan Kat mana eh FCC stay matte tu ?

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay