Rabu, 19 September 2012

USM ConvEx 12

 

Assalamualaikum…

 

Ambui ambui mentang-mentang hari ni aku takde kelas langsung kan, semangat je aku update blog. Minggu pembelajaran baru aje bermula, kami semua baru sign up slot tutorial semua, ditambah pulak dengan musim konvo, USM sangat sesak. Kelas banyak cancel. Maka bersenang-lenanglah aku sampai ke hujung minggu!

 

Nak balik tapi baru aje balik minggu lepas, gara-gara urusan penting yang tak dapat aku elak. Kerana aku balik minggu lepas jugalah, aku dengan berat hati sangat sangat terpaksa menarik diri dari team penyelaras ConvEx 2012.

 

Takpe, tak balik kampung pun, tetap ada benda best kat USM ni. Macam aku sebut sebentar tadi, ConvEx. Apa ConvEx ni? Convocation Expo atau ConvEx 2012 ni adalah acara yang berlangsung sepanjang minggu konvokesyen di USM ni…

 

427456_373490339383586_1686938971_n

SMART KAN logo USM ConvEx 2012 ni? Design baju dorang pun cantik. Warna menyerlah oren hitam putih lagiii.. Apakan daya takde rezeki aku nak join team penyelaras kan.. Takpelah lain kali mungkin boleh join lagi inshaAllah… So guyss! Aku nak promote sikit la apa yang best sepanjang minggu ConvEx 2012 kat USM ni..

 

253459_392176154181671_526107567_n

Haaa tu dia jadual minggu ConvEx 2012 ! Penuh dengan aktiviti yang best best weh! Boleh menang banyak hadiah hebat. Ada pameran, ada booth, ada pertunjukan dan macam-macam lagi lah…

 

ConvEx 2012 ni bukan sahaja untuk budak USM Kampus Induk jugak… Student USM Kampus Kejuruteraan kat Nibong Tebal pon mai laa sini… Student USM kat Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan pon kalau free mai la sini.. Kot-kot laa tengah takde kelas apa kan.. Muahahaa…

 

Dan yang penting ia turut dibuka untuk pengunjung awam! Tapak ConvEx 2012 ni dekat pintu masuk USM kat Sungai Dua tu aje haa… Datang naik bas, turun kat situ je. Senang sikit, kalau bawak kereta susah pulak korang nak parking. Kat ConvEx 2012 ni ada banyak gila booth yang menjual pelbagai barangan seperti beg, aksesori, kain pasang, tudung, baju dan banyak lagi!

 

422597_390626404336646_696821815_n

Korang rasa korang ada bakat, tapi tak lepas-lepas masuk Akademi Fantasia, Mentor, Raja Lawak atau Showdown?? Haaa mai la sini join Konvo Got Talent kat ConvEx 2012 niii… Daftar RM3 je weyh!! Kalau menang dapat RM200 !! Kayoo kayooo..

 

 

551765_389813077751312_651053621_n

Korang hebat main catur? Dah dilatih main catur sejak kecik lagi oleh bapak korang? Masa ni lah nak menunjukkan kehebatan bermain catur! Hadiah utama kamera Samsung kot!!

 

 

578513_389805351085418_1583838193_n

Ehem ehemm… serlahkan keayuan semulajadi anda dengan menyertai Miss ConvEx 2012 !! Takde baju lawa? Boleh pinjam kat kawan.. Tak reti mekap?? Boleh suruh kawan mekapkan.. Terbuka kepada WANITA sahaja okayy!! Yang bukan wanita dan errr separa wanita tak boleh! Hoho…

 

 

338674_413756045326677_1531886449_o

Kalau nak cerita pasal aktiviti ConvEx 2012 memang tak habis-habis la menaip sampai esok kan! Like page ConvEx 2012 (https://www.facebook.com/UsmConvEx12) untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti harian dan sebarang promosi okayh!

 

Kalau yang gila tweet tu follow lah twitter ConvEx 2012 (https://twitter.com/ConvEx12) untuk sebarang informasi jugak yeh! Bagi yang tinggal di area Penang, mai la ramai-ramai yek!

 

 

 

Kbai.


10 ulasan:

  1. nisa usm eh skrg? =)

    pernah jugak dedulu join convex..tahun 2007 tak silap.

    rindu usm so badly..hukhu

    BalasPadam
  2. miss convex '12 tu nisa da bole masuk kot.tgk pergi x pergi baq hang. :)

    BalasPadam
  3. ptt la mcm nmpk seseorg mcm Nisa kat usm td.. hmm.. sy jaga booth

    BalasPadam
  4. laaa syg x join... berdebar2 nak konvo kat dtsp usm.. hehehe

    BalasPadam
  5. Wah. Nice blog.
    Singgah blogwalking.

    Jom mai sini. Ya, i'm back. back again.
    http://spymaster90.blogspot.com/2012/09/im-back-back-again-yeahaaaa.html

    BalasPadam
  6. bolehlah convex kali ni..dah rasa sedikit bosan sebab dari kecik ngadap pesta konvo kat USM ni..lepas tu keje pulak dalam ni..alahai..bosannya..sama je tiap tahun..takde kelainan..hahaha..

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay