Assalamualaikum…
Alhamdulillah lebih kurang dua minggu lalu aku telah selamat menjalani upacara konvokesyen untuk diploma aku. Walaupun aku berada atas pentas dan menerima sijil diploma aku hanya untuk beberapa saat cuma, namun aku harap momen itu menjadi kenangan indah buat mak abah aku, insan-insan yang telah menyokong aku dan berjasa besar kepada aku.
Entry kali ni aku nak share pasal photoshoot pre-konvo kami.. Mungkin bagi sesetengah orang, photoshoot pre-konvo ni tak perlu.. Tapi bagi aku, dah alang-alang akan berkumpul dengan kawan-kawan, so aku nak adakan photoshoot dengan kawan-kawan supaya memori ini kekal selamanya.. cewahhh…
Ohh ye. photoshoot ini turut dijayakan oleh sahabat aku yang sangat baik iaitu Syam dari CREATIVEHEART PHOTOGRAPHY dan rakannya Admal dari KUGAIRAH PHOTOGRAPHY. Thank weh koranggg!! Heheheee…. Dan dalam gambar inilah kawan-kawan aku yang ber-photoshoot bersama-sama aku. Ada dua orang rakan yang tak dapat join shoot :(
So kami telah bergambar di sekitar UNISEL kampus Shah Alam, tempat kami menimba ilmu sehingga tamat diploma. Mulanya aku plan nak shoot kat beberapa tempat kami selalu lepak masa zaman study siploma dulu, macam kat UNISEL, kat dataran, iCity dan tasik Shah Alam.. Tapi hujan pulak. So kami decide nak shoot dalam area UNISEL aje..
So… bila dah dalam UNISEL Shah Alam, tema pre-konvo photoshoot kami bertukar kepada tema “Mengimbau Zaman Belajar”. Maka kami duk la snap snap picture kat dalam kelas. Ye, memang kelas kami tak gah dan canggih macam kelas universiti lain, tapi yang penting kat sini kami MENIMBA ILMU..
Heee gambor lens fish eye from Admal.
Jom bergaya dengan jubah! Depan fakulti kami.. FACULTY OF COMMUNICATION AND MEDIA !!
Le gegurlsss..
Mulanya berangan nak bergolek kat padang, tapi hujan pulak.. maka bergolek dalam lecture hall pon bolehhh. Hahahahahaa….
One more fish eye lens picture by KUGAIRAH PHOTOGRAPHY.
Le friends. You guys are my strength sepanjang 3 tahun study diploma.. Gaduh baik, jalan-jalan, makan-makan, buat assignment.. semua dengan korang. Banyak kot kenangan manis *sebak* Aku akan merindui sangat sangat zaman study diploma. Zaman yang sangat best!
Kalau aku taip kat sini kenangan dengan korang, mesti sampai esok pun tak habis kot.. Jatuh bangun aku, suka duka aku, korang tetap dengan aku.. and SAHABAT (you know who you are), aku susah nak start over tanpa ko sebab ko banyak gila bagi semangat and tolong aku selama ni. Tapi ada hikmah di sebalik perpisahan ni… Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNYA.. moga kita sama-sama dapat berjaya di tempat baru pula.
Dan I will miss UNISEL so much.. Lantaklah story apa nak keluar pasal universiti ni… But let me tell ya students.. Walau kat mana pun korang, korang nak gagal atau berjaya semua terletak pada diri korang! Korang yang decide. Kalau lecturer dah mengajar bersungguh-sungguh pun tapi kalau kita sendiri yang tak berusaha, macam mana nak success ye dak? So renung-renungkan… Jumpa di entry konvokesyen aku nanti. Kbai.
Special thanks to Syam dari CREATIVEHEART PHOTOGRAPHY dan rakannya Admal dari KUGAIRAH PHOTOGRAPHY.
~NisaKay~
tudungpeople punya tudung ye kak? catikk :)
BalasPadamWah seronok!
BalasPadam;)
Congrats Nisa
BalasPadamtaniah kak nisa eyh..:)
BalasPadamtahniah akak dah grduate !
BalasPadamxsabar nak graduate jugak ni
Congratulation!! (^_^)
BalasPadamwahhhhh ... terbaik .. buat ibu dan ayah , moga berjaya dunia khirat ke kak nisaa .. jemput dtg pnng ehhe
BalasPadamSeronok nyer mengimbau zaman belajar. Zaman belajar la yg paling best skali ;)
BalasPadamkak nisa , macam mana nak pakai tudung macam akak tu ? comel lah :)
BalasPadamhai..eh aku la dlm gmbr tu..herher
BalasPadamWah teringat pulak zaman2 akak dekat UNISEL dulu..akak exstudent shah alam kampus gak tapi biotech...he3...walaupon tak segah universiti lain...mmg bnyk yg akak belajar dari sane...he3..._munir
BalasPadamSis ambik course apa kat unisel ?
BalasPadam