Memaparkan catatan dengan label Student Life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Student Life. Papar semua catatan

Khamis, 17 Oktober 2013

Keyboard warrior?

 

Assalamualaikum..

 

Ahahah kemain tau tajuk KEYBOARD WARRIOR… Setahu hakak la kan, istilah keyboard warrior ni bukan sahaja ditujukan kepada gamers tapi kepada mereka yang sangat aktif di laman sosial. Contohnya rajin tweet, rajin update blog dan rajin berkomunikasi dengan kawan-kawan di laman sosial macam facebook, tumblr dan sebagainya.

 

Dah macam kamus dewan lak intro entry hakak ni.. Ni quick entry ehh.. Nak bagitau korang neh.. senior dari fakulti hakak dulu iaitu FAKULTI KOMUNIKASI DAN MEDIA di Universiti Selangor (UNISEL) kampus Shah Alam menganjurkan malam anugerah untuk para alumni masscomm UNISEL dan current student. Ada beberapa kategori dipertandingkan dan alhamdulillah ada insan Allah yang mulia telah mencalonkan nama hakak..

 

logo FCM Award

Taraaaaaaa ini dia logo rasmi FCM Outstanding Awards 2013 wah wahh. Glamorous ke apa tema nyee.. kemain tagline glamorouss.. hew hew. Dan hakak pulak tercalon dalam kategori Keyboard Warrior. Mungkin merujuk kepada keaktifan hakak di laman sosial (keaktifan?? haha). Kat situ dia tulis hakak ni Vlogger. Tapi kannn hakak lagi suka kalau hakak dicalon atas sebab hakak blogger. Bukan apa diknon, hakak dah mula shy shy cat nak buat vlog. Kalau buat vlog pun hakak tak mengeluarkan suara. Hahaha !!!

 

 

NISAAAAA

Amboiii mana depa jumpa gambar lama hakak ni. Hahaha malu hakak wehh. Hakak bukan apa, hakak dah lama bersara dalam dunia model muslimah ni diknoonnn.. Hakak rasa tahap kematangan hakak yang acah-acah meningkat ni buat hakak kekok nak beraksi di depan lensa kamera. Cewahh!

 

So diknon sekaliannn, hakak ko ni nak mintak jasa baik kepada semua yang membaca blog kudus hakak ni, untuk mengundi hakak.. Undian dikira berdasarkan LIKE pada gambar hakak di facebook page FCM Outstanding Awards 2013 haaa.. Diknon cari je gambar hakak posing pegang kasut yakni seperti gambar di atas then diknon like gambar tu selaju yang boleh okeh? Pastu diknon gembar gemburkan la kepada orang kampung. Gitoohhh.

 

So ringkasnya, seperti di bawah :

LIKE GAMBAR HAKAK DI SINI : http://on.fb.me/18l1jOW

 

Okeh? Mudah sangat nak like haa. Bape kali klik klik je haa.. Kalau korang ikhlas nak tolong hakak, like ler ye.. TAKDAK PAKSAAN. Hakak pon tak mikir sangat nak menang ke apa.. Tapi dah orang calonkan, hakak berusahalah selagi mampu yerk. Okay thanks semuaa. Muahh.

 

 

IMG-20131001-WA0009

Oh yee diknon, hakak nak mintak tolong korang undi kawan hakak sekali boleh? Kawan hakak ni bernama AMAN ZICKI, dicalokan dalam Music Award. Kawan / junior hakak ni sedap hoi suara dia. Kalau korang ingat hakak pernah upload video dia karaoke kat sini. Segan hakak nak karok dengan dia. Sedap sangat suara HAHA. Tak pun korang cari je Aman Zicki kat Youtube.

UNDI AMAN ZICKI DI SINI : http://on.fb.me/1737vwX

 

 

 

SALAM SAYANG, HAKAK XOXO.


Read More»

Sabtu, 27 Oktober 2012

PHOTOSHOOT – Pre Konvokesyen UNISEL 2012

 

Assalamualaikum…

 

Alhamdulillah lebih kurang dua minggu lalu aku telah selamat menjalani upacara konvokesyen untuk diploma aku. Walaupun aku berada atas pentas dan menerima sijil diploma aku hanya untuk beberapa saat cuma, namun aku harap momen itu menjadi kenangan indah buat mak abah aku, insan-insan yang telah menyokong aku dan berjasa besar kepada aku.

 

Entry kali ni aku nak share pasal photoshoot pre-konvo kami.. Mungkin bagi sesetengah orang, photoshoot pre-konvo ni tak perlu.. Tapi bagi aku, dah alang-alang akan berkumpul dengan kawan-kawan, so aku nak adakan photoshoot dengan kawan-kawan supaya memori ini kekal selamanya.. cewahhh…

 

IMGP1420

Ohh ye. photoshoot ini turut dijayakan oleh sahabat aku yang sangat baik iaitu Syam dari CREATIVEHEART PHOTOGRAPHY dan rakannya Admal dari KUGAIRAH PHOTOGRAPHY. Thank weh koranggg!! Heheheee…. Dan dalam gambar inilah kawan-kawan aku yang ber-photoshoot bersama-sama aku. Ada dua orang rakan yang tak dapat join shoot :(

 

 

IMGP1473

So kami telah bergambar di sekitar UNISEL kampus Shah Alam, tempat kami menimba ilmu sehingga tamat diploma. Mulanya aku plan nak shoot kat beberapa tempat kami selalu lepak masa zaman study siploma dulu, macam kat UNISEL, kat dataran, iCity dan tasik Shah Alam.. Tapi hujan pulak. So kami decide nak shoot dalam area UNISEL aje..

 

 

IMGP1477

So… bila dah dalam UNISEL Shah Alam, tema pre-konvo photoshoot kami bertukar kepada tema “Mengimbau Zaman Belajar”. Maka kami duk la snap snap picture kat dalam kelas. Ye, memang kelas kami tak gah dan canggih macam kelas universiti lain, tapi yang penting kat sini kami MENIMBA ILMU..

 

 

IMGP1482

Heee gambor lens fish eye from Admal.

 

IMGP1530

Jom bergaya dengan jubah! Depan fakulti kami.. FACULTY OF COMMUNICATION AND MEDIA !!

 

IMGP1535

Le gegurlsss..

 

IMGP1659

Mulanya berangan nak bergolek kat padang, tapi hujan pulak.. maka bergolek dalam lecture hall pon bolehhh. Hahahahahaa….

 

IMGP1646

One more fish eye lens picture by KUGAIRAH PHOTOGRAPHY.

 

 

IMGP1581

Le friends. You guys are my strength sepanjang 3 tahun study diploma.. Gaduh baik, jalan-jalan, makan-makan, buat assignment.. semua dengan korang. Banyak kot kenangan manis *sebak* Aku akan merindui sangat sangat zaman study diploma. Zaman yang sangat best!

 

Kalau aku taip kat sini kenangan dengan korang, mesti sampai esok pun tak habis kot.. Jatuh bangun aku, suka duka aku, korang tetap dengan aku.. and SAHABAT (you know who you are), aku susah nak start over tanpa ko sebab ko banyak gila bagi semangat and tolong aku selama ni. Tapi ada hikmah di sebalik perpisahan ni… Allah Maha Mengasihi hamba-hambaNYA.. moga kita sama-sama dapat berjaya di tempat baru pula.

 

Dan I will miss UNISEL so much.. Lantaklah story apa nak keluar pasal universiti ni… But let me tell ya students.. Walau kat mana pun korang, korang nak gagal atau berjaya semua terletak pada diri korang! Korang yang decide. Kalau lecturer dah mengajar bersungguh-sungguh pun tapi kalau kita sendiri yang tak berusaha, macam mana nak success ye dak? So renung-renungkan… Jumpa di entry konvokesyen aku nanti. Kbai.

 

Special thanks to Syam dari CREATIVEHEART PHOTOGRAPHY dan rakannya Admal dari KUGAIRAH PHOTOGRAPHY.

 

 

~NisaKay~


Read More»

Isnin, 15 Oktober 2012

Alumni UNISEL 2012

 

Assalamualaikum..

 

DSC_8178

 

Alhamdulillah syukur Ya Allah !! Syukur yang teramat sangat sangat!! Segala puji bagi Allah SWT yang mengizinkan segala yang manis berlaku ke atas ku. Segala syukur aku panjatkan kepada Yang Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi atas segala rezeki yang dilimpahkan kepada aku hambaMU yang hina dina ini…

 

Segalanya sudah selamat berlangsung. Majlis konvokesyen UNISEL Sidang ke-7. Sesi konvokesyen aku berlangsung pada 14 Oktober 2012, 2.00 petang. Di sebalik segala ujian yang Allah turunkan, terselit kemanisan yang teramat sangat, yang sungguh aku hargai.

 

Setelah 3 tahun diploma, akhirnya majlis konvokesyen berlangsung dan mak dan abah dapat menyaksikan aku melangkah naik ke pentas gah itu. Walaupun ia berlangsung seketika cuma, namun aku harap mak dan abah bangga dengan aku, inshaAllah :”)

 

Terima kasih kepada ALLAH.. Kepada mak abah.. kepada saudara mara, para pensyarah, sahabat handai dan setiap individu yang telah membantu dan menyumbang sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam perjalanan aku menghabiskan diploma di UNIVERSITI SELANGOR.

 

Dan semoga perjalanan aku menyambung degree di universiti baru dapat aku jalani dengan baik dan penuh kemanisan hidup seorang student. InshaAllah…

 

 

-NisaKay-


Read More»

Rabu, 19 September 2012

USM ConvEx 12

 

Assalamualaikum…

 

Ambui ambui mentang-mentang hari ni aku takde kelas langsung kan, semangat je aku update blog. Minggu pembelajaran baru aje bermula, kami semua baru sign up slot tutorial semua, ditambah pulak dengan musim konvo, USM sangat sesak. Kelas banyak cancel. Maka bersenang-lenanglah aku sampai ke hujung minggu!

 

Nak balik tapi baru aje balik minggu lepas, gara-gara urusan penting yang tak dapat aku elak. Kerana aku balik minggu lepas jugalah, aku dengan berat hati sangat sangat terpaksa menarik diri dari team penyelaras ConvEx 2012.

 

Takpe, tak balik kampung pun, tetap ada benda best kat USM ni. Macam aku sebut sebentar tadi, ConvEx. Apa ConvEx ni? Convocation Expo atau ConvEx 2012 ni adalah acara yang berlangsung sepanjang minggu konvokesyen di USM ni…

 

427456_373490339383586_1686938971_n

SMART KAN logo USM ConvEx 2012 ni? Design baju dorang pun cantik. Warna menyerlah oren hitam putih lagiii.. Apakan daya takde rezeki aku nak join team penyelaras kan.. Takpelah lain kali mungkin boleh join lagi inshaAllah… So guyss! Aku nak promote sikit la apa yang best sepanjang minggu ConvEx 2012 kat USM ni..

 

253459_392176154181671_526107567_n

Haaa tu dia jadual minggu ConvEx 2012 ! Penuh dengan aktiviti yang best best weh! Boleh menang banyak hadiah hebat. Ada pameran, ada booth, ada pertunjukan dan macam-macam lagi lah…

 

ConvEx 2012 ni bukan sahaja untuk budak USM Kampus Induk jugak… Student USM Kampus Kejuruteraan kat Nibong Tebal pon mai laa sini… Student USM kat Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan pon kalau free mai la sini.. Kot-kot laa tengah takde kelas apa kan.. Muahahaa…

 

Dan yang penting ia turut dibuka untuk pengunjung awam! Tapak ConvEx 2012 ni dekat pintu masuk USM kat Sungai Dua tu aje haa… Datang naik bas, turun kat situ je. Senang sikit, kalau bawak kereta susah pulak korang nak parking. Kat ConvEx 2012 ni ada banyak gila booth yang menjual pelbagai barangan seperti beg, aksesori, kain pasang, tudung, baju dan banyak lagi!

 

422597_390626404336646_696821815_n

Korang rasa korang ada bakat, tapi tak lepas-lepas masuk Akademi Fantasia, Mentor, Raja Lawak atau Showdown?? Haaa mai la sini join Konvo Got Talent kat ConvEx 2012 niii… Daftar RM3 je weyh!! Kalau menang dapat RM200 !! Kayoo kayooo..

 

 

551765_389813077751312_651053621_n

Korang hebat main catur? Dah dilatih main catur sejak kecik lagi oleh bapak korang? Masa ni lah nak menunjukkan kehebatan bermain catur! Hadiah utama kamera Samsung kot!!

 

 

578513_389805351085418_1583838193_n

Ehem ehemm… serlahkan keayuan semulajadi anda dengan menyertai Miss ConvEx 2012 !! Takde baju lawa? Boleh pinjam kat kawan.. Tak reti mekap?? Boleh suruh kawan mekapkan.. Terbuka kepada WANITA sahaja okayy!! Yang bukan wanita dan errr separa wanita tak boleh! Hoho…

 

 

338674_413756045326677_1531886449_o

Kalau nak cerita pasal aktiviti ConvEx 2012 memang tak habis-habis la menaip sampai esok kan! Like page ConvEx 2012 (https://www.facebook.com/UsmConvEx12) untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti harian dan sebarang promosi okayh!

 

Kalau yang gila tweet tu follow lah twitter ConvEx 2012 (https://twitter.com/ConvEx12) untuk sebarang informasi jugak yeh! Bagi yang tinggal di area Penang, mai la ramai-ramai yek!

 

 

 

Kbai.


Read More»

Jom pergi kelas

 

Assalamualaikum…

 

Lama woii tak update blog. Aku update pasal fakers pon kemain ada yang meroyan. Tenang ye semua.. tenanggg… Tau ler rindu aku kannn. Hakhak.. Baiklah.. hari ni entry express lagi pantas ye adik-adik. Bukan apa, memang lah hari ni satu hari wa takder kelas gara-gara USM tengah konvo, tapi wa banyak urusan der…

 

20120918_142123

Blazer oren, kakak angkat ku Shereen bagi hadiah sempena birthday. White tops beli kat bazaar kat Taylors College, seluar khakis beli kat Brand Outlet, envelope handbag from Modish Mode House. Crocs pink, dari Crocs la kan. Tak lupa Marwah (Pink) Shawl dari RinaSalleh.com :)

 

Ececehh nak juga buat outfit post gitu.. Alah gambar comot je, snap pun pakai henpon ku yang tak seberapa ini. Hukhuk.. Aku pergi kelas macam ni la, simple je. Simple ke? Muehehe… kadang-kadang bila sampai mood malas ya amat memang aku sarung tshirt, cardigan, jeans and tudung syria je pergi kelas.

 

Nanti aku nak share serba sedikit kisah hidupku ye.. cewah cewah !! Bukan apa, dah di kejauhan di atas pulau ni kan, dah tak boleh pergi events sana sini macam dulu… Sekarang sudah rasmi bergelar pelajar kembali, untuk mengejar segulung ijazah! Wahh ayat kuu!! Okay lah, teruskan membaca blog kudus ku ini ya!

 

 

Kbai.


Read More»

Copyright © Nisa Kay