Selasa, 27 November 2012

Lancôme In Love Make-up Collection Spring 2013

 

Assalamualaikum semua…

 

Apa khabar readers sekalian? Harap korang sihat supaya dapat terus menyinggah kat blog aku yang tak seberapa ni.. Hehehee…. baiklah hari ni aku bangun awal dengan semangat waja nak pergi kelas. Errr sebenarnya semangat tu tak berapa nak waja sangat lah. Bangun pun sebab sakit perut nak ke toilet ahahaha!!

 

Memandangkan aku ni selalu promote online shop atau produk apa yang best aje… jadi kali ni aku nak share jugaklah dengan korang tentang apa yang terbaru dalam pasaran produk kecantikan di Malaysia.. Ewahh !!! Dan seperti tajuk entry ni, aku nak share dengan korang pasal produk terbaru dari Lancôme.

 

image001

Koleksi mekap sempena musim bunga di Lancôme dipanggil “IN LOVE” gituuu… Wahhhh feeling-feeling di alam percintaan gitu… Berwarna warni namun sesuai dipakai untuk semua warna kulit, kolek In Love membawakan anda dengan gaya musim bunga di bandar.

 

Vibrant  shades inspired by the light of spring (neon pink and coral predominate, complemented by turquoise and violet) contrast with  the  luminous  pastels of urban nature in abundant renaissance (rose petal, almond green...). Shades range from daring to soft, from electric to sweetly sensual... No colour combination is off-limits. There’s just one rule: freshness in pure pop hues!

 

image002

Jeng jeng jeng…. dan wajah “IN LOVE” by Lancôme – EMMA WATSON ! Ikon gaya Perancis yang mengesahkan kesegaran kontemporari.

 

Meraikan semangat musim bunga Paris, Lancôme mencipta semula motif unggul Perancis iaitu : toile de Jouy. Kain kapas yang terkenal yang tercipta pada abad ke-18 di Jouy-en Josas terkenal dengan reka bentuk floral, karakter dan lanskap yang unik. Lancôme mencipta semula gaya klasik mutlak dengan sedikit sentuhan keseronokan untuk penampilan koleksi “IN LOVE” .

 

Jadi apa yang menariknya dalam koleksi “IN LOVE” ni?? Haa ini yang aku seronok nak kongsi dengan uolls yang tengah membaca.. Jadi girls, teruskan membaca ya !

 

 

lipstick

Baume In Love : Pop kisses (Retail Price: RM75)

Lip balm Baume In Love oleh Lancôme – dengan formula terbaru mengandungi Shea Butter dan datang dengan 4 warna : fuschia, coral, purple dan pink. Keempat-empat warna ni memberikan kesan bibir yang lebih bermaya, ala-ala kesan bibir yang digigit gitew auwww… All the daring of pop hues combined with intense moisture and an incredibly protected feel... “

Datang dengan 4 kod warna :

  • 100 Sugar Rose
  • 110 Rose Macaron
  • 120 Peach Mélodie
  • 130 A La Folie, Cherry

TIPS Lancôme : Gunakan lip balm ini untuk melengkapkan gincu klasik anda, memberikan ilusi cahaya, kelembapan dan bersinar kemilau halus.

 

 

blusher

BLUSH IN LOVE : Springtime glow (Retail Price: RM110)

Tengok bekasnye saja dah menarik perhatian kan? Ada dua warna berbeza, yang dapat diharmonikan dengan complexion setiap wajah gitewww. "Peche Joue-Joue" adalah berasaskan warna coral yang akan memberikan warm complexion manakala “Pommettes d’Amour” pulak campuran fuschia dan oren untuk menampakkan wajah yang lebih segar dan bermaya

Datang dengan dua kod warna :

  • 10 Pêche Joue-Joue
  • 20 Pommettes d’Amour

TIPS Lancôme : Apply  the coral shade to the centre of  the  cheekbone followed by the pink shade just above for a guaranteed “Doll Cheeks” effect!

 

 

LANCÔME_DEWY_MIST

Dewy Mist : Splash of freshness (Retail Price: RM75)

Diperkaya dengan minyak pati, dewy mist ni macam air ajaib la… Sembur kat muka sebelum mekap atau selepas pakai mekap untuk membuatkan mekap tampak lebih segar dan semula jadi kat kulit kita. Haaa kan ajaib tuuu. Hehee.. Dewy Mist ni melembutkan, melicinkan dan memberikan fresh-faced complexion. Baunye pun ala-ala bau bunga di musim bunga. Wangiii~

 

 

eyeshadow

Ombre In Love : Colour block eyes (Retail Price: RM70)

Koleksi eyeshadow ni memang aku suka sangat. Warna yang lembut dan tahan lama ni datang dalam bekas yang diberi sentuhan toile de Jouy. Ada 3 warna pastel yang sesuai dengan mereka yang berkulit cerah dan 3 warna pop yang lebih menyerlah pada orang yang berkulit gelap.

Datang dengan 6 warna :

  • 10 Sugar Rose
  • 20 Romance Tagada
  • 30 Violette Candy
  • 40 Blueberry Love
  • 50 Pistachio Cream
  • 60 Cosmopolitan Mint

 

 

eyeliner

Khôl In Love : Electro-chic intensity (Retail Price: RM70)

Memang pilihan tepat untuk mata yang lebih menyerlah dan menawan gitewww !! Datang dengan 3 warna ceria, termasuk warna yang memang tengah in musim ni iaitu warna turqoise ! Eyeliner ni sangat creamy dan tekstur mantap, mudah untuk garisan tepat di mata anda !

Datang dengan 3 warna yang best :

  • 10 Deepwater Blue
  • 20 Jade Crush
  • 30 Chocolate Affair

 

 

bb cream

UV Expert BB Cream SPF 50 PA+++ (Retail Price: RM175)

Kalau kat luar negara musim bunga, kita kat Malaysia pulak memang panas dan lembap sepanjang tahun kan. Jadi keluar rumah tu jangan lupa perlindungan untuk kulit! Bagi yang malas nak pakai berlapis-lapis mekap untuk lindungi kulit, pakai aje BB Cream yang pertama dari Lancôme ni, dengan SPF 50++ lagi tu!

Perlindungan yang ideal untuk kulit, tekstur yang lembut dan sangat ringan, sesuai untuk kegunaan sehari-hari. BB Cream ni dapat bantu korang cover bintik hitam, warna kulit yang tak sekata dan garus halus! Ditambah lagi ia mampu membuat wajah anda glowing gitu…

 

Lanc-me-In-Love-Photoshoot-emma-watson-32720020-800-527
Jadi… kenapa Emma Watson ye? Kerana dia cantik? Kerana style fesyen nye? Atau…. Haaa hanya Lancôme yang mempunyai jawapan pasti. Kekekekee… Emma Watson sebagai duta Lancôme pada pandangan mata aku menampilkan imej yang ceria dan bertenaga serta watak yang menyerlah. Sangat sesuai laa dengan semangat musim bunga giteww….

 

 

Jadi apa yang korang tenung lagi? Dapatkan koleksi “In Love” by Lancôme dari kaunter-kaunter Lancôme yang berdekatan anda !

 

 

~Nisa Kay~


3 ulasan:

  1. Cantiknya collection makeup from Lancome especially the blushes and lipsticks!

    BalasPadam
  2. sy suka emma watson. :) hahaha. and semuanya pink? homaiiii.

    BalasPadam
  3. Akak tertarik ngan Dewy Mist tu...tsk tsk

    BalasPadam

TINGGALKAN KOMEN ANDA, PLEASE!

Copyright © Nisa Kay