Memaparkan catatan dengan label Products. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Products. Papar semua catatan

Khamis, 15 Oktober 2015

innisfree Green Tour 2015 – Korea Part 6

 

Assalamualaikum…

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (1)

 

Siapa baca innisfree Green Tour 2015 - Part 5 mesti tahu aku ke Jeju Island, dan singgah di pusat penyelidikan green tea.. Tahukah anda, seberang je dari pusat penyelidikan tu, terletaknya salah satu tarikan di Pulau Jeju iaitu JEJU HOUSE oleh innisfree .

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (2)

Sangat bersih, cantik dan aman damai je kat kawasan sekeliling Jeju House ni ! Memang sangat seronok dan sejuk je mata memandang. Udara yang segar dan angin sepoi-sepoi bahasa sangat ! Alhamdulillah.. Terima kasih Allah di atas cuaca yang sangat baik pada hari tu.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (3)

Antara keunikan di Jeju House ialah, hanya di Jeju House sahaja you guys boleh berkunjung dan mengisi perut di Organic Green Café ! Tapi ada makanan yang tidak boleh kita orang Muslim makan ya.. Jus buah boleh minum.. Kalau nak makan boleh beli fish cake atau rice balls yang datang dengan sup seaweed.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (4)

Jus buah-buahan yang sangat menyegarkan ! Nisa minum yang warna hijau tuuu..

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (5)

HANYA DI JEJU HOUSE korang boleh beli handmade candy ni tau.

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (6)

HANYA DI JEJU HOUSE anda boleh mendapatkan jem yang diperbuat dari bahan bahan semulajadi Pulau Jeju. Eksklusif tau haaa…

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (7)

Ini dia juadah makan tengahari Nisa di Organic Green Café, Jeju House, Pulau Jeju. Actually portion dia agak besar. So kalau perut kecik kecik tu boleh share berdua kot. Segumpal rice ball tu pun penat nak habiskan haha ! Jus pudina dengan berries tu pulak sangat menyegarkan dan menyamankan anak tekak !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (12)

Jeju House di Pulau Jeju ni sangat luas, besar dan selesa untuk para pengunjung. Ini pulak pameran antara unsur-unsur atau bahan-bahan utama yang terkandung di dalam produk innisfree. Dari hujung kiri sana, tangerine oil, green tea, bunga camellia dan bunga canola.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (13)

Bukan sahaja pengalaman melihat semua elemen yang Nisa sebut tadi di depan mata, malah boleh mendengar kicauan burung, hembusan angin bayu dan jugak bunyi air laut menghempas pantai. Sangat menenangkan dan membuat kita rasa dekat dengan alam semula jadi di Pulau Jeju.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (14)

See, touch, listen and smell. Semua anda boleh lakukan di sini, di JEJU HOUSE, Pulau Jeju, Korea. Yang ini pulak kami sedang bau haruman serta aroma bahan-bahan semulajadi dan jugak bunga-bunga yang ada di Pulau Jeju, dan semestinya yang digunakan di dalam produk innisfree. Sangat awesome.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (9)

Selain Organic Green Café, antara aktiviti yang boleh pengunjung lakukan ialah pembuatan NATURAL SOAP. Apa yang anda perlu buat hanyalah membeli pek bahan-bahan sabun yang anda inginkan. Anda boleh beli pek green tea, tangerine soap atau volcanic soap. Harga untuk satu pek ialah 15,000 won.

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (8)

Kemudian, lepas beli pek tersebut, anda boleh mulakan membuat sabun anda sendiri di tempat yang disediakan. Untuk satu pek tadi, boleh buat 3 biji sabun. Jadi anda boleh gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan sabun yang menarik !

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (10)

Gigih tau nak uli sabun tu kasi sebati dengan serbu volcanic pore tuuu hahaha. Dalam pek tadi tu ada wet tissue untuk anda bersihkan tangan, soap base, serbuk volcanic pore dan jugak kerta serta sticker untuk packaging sabun setelah siap nanti.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (11)

Ini dua daripada 3 sabun yang aku hasilkan. Gituuu.. Ada jugak cop huruf dan corak di situ, jadi boleh buat ikut suka hati anda muehehe.. Bila dah siap, korang boleh bungkus sabun ni, boleh juga diberi kepada kawan-kawan atau keluarga sebagai cenderahati.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (15)

Oh yaa… saja lah nak share hehehe.. antara produk innisfree yang hanya boleh didapati di Jeju House sahaja ! Yang ini memang sangat eksklusif. Yang belah kanan dalam kotak warna putih tu merupakan pek eksklusif best-selling facial mask oleh innisfree. Ini bermakna anda boleh beli 5 jenis facial mask mereka yang paling best-selling dalam satu kotak ! Belah kanan dalam pek warna hijau pula merupakan travel pack eksklusif untuk rangkaian green tea series dari innisfree.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (16)

Essential Canola Oil ini pun boleh didapati hanya di Jeju House ! Ini bermakna kalau anda pergi ke outlet innisfree yang lain anda tidak akan dapat menemuinya ! Gituu.

 

 

Blog Nisa Kay - Innisfree Green Tour 2015 (18)

Ahaaa terpampang besar besar haa.. Jeju House oleh innisfree ! Seronok sangat dapat luangkan masa dan juga buat pelbagai aktiviti kat Jeju House ni..

 

 

Jadi sesiapa yang nak bercuti ke Korea tu, boleh lah jadikan Pulau Jeju antara destinasi wajib dan juga jangan lupa singgah di Jeju House tau ! Boleh lah korang dapatkan produk innisfree yang hanya dijual secara eksklusif di Jeju House ni ! Ahaa baru lah limited gituuu. Juga buat kenang-kenangan dari sini…

 

Baiklah, selepas ke Jeju House ni, kami rombongan kami serbu pulak O’Sulloc Tea Museum yang terletak hanya di sebelah Jeju House ni aje. Tapi untuk itu kena tunggu entry seterusnya ya ? Banyak gambar nak share tu, jadi Nisa decide nak letak dalam entry berlainan sahajalah ya. Stay tuned readers !

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Khamis, 17 September 2015

BEAUTY – Pilih produk yang sesuai dengan kondisi kulit anda !

 

 

Assalamualaikum…

 

Seringkali kita tengok ramai orang membeli produk kerana terpengaruh dengan iklan yang bergentayangan di laman-laman sosial. Tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang, ramai di antara kita yang membeli dan menggunakan produk yang dibeli. Tanpa kita tahu bahan yang terkandung, dan cara yang betul menggunakannya. Haa lepas tu mulalah viral kat laman sosial bila muka dah rosak pakai produk sekian sekian.

 

Sebenarnya, bila nak pilih rangkaian produk kecantikan ni, kenalah kita kenalpasti kondisi kulit muka kita. Bila kita pilih produk yang memang khas untuk kondisi dan keperluan kulit kita, barulah kulit kita akan dirawat dengan optimum. Kalau main langgar aje, memang lah kurang keberkesanan produk tu.. so tak boleh salahkan produk sangat kan ?

 

 

MACAM MANA NAK KENALPASTI KONDISI KULIT ?

Mungkin you guys boleh cuba seperti di laman WikiHow atau boleh jawab Skin Type Quiz nii…. Okay ?

 

 

Okayyy alang alang tu, Nisa nak perkenalkan korang dengan satu jenama yang mempunyai banyak rangkaian produk dan salah satunya mungkin sesuai dengan keperluan kulit anda !

 

                                      My skin is dehydrated and flaky                                         

Innisfree - Green Tea series

Moisturizing : Jeju Green Tea Line

Haa ini set yang Nisa tengah share sekarang. Before this Nisa percaya kulit Nisa ni oily. Tapi lepas Nisa pergi beauty counter, and masa tu baru tahu kulit Nisa agak dry.. so, Nisa cuba beli Green Tea serum dia. Memang best ! Sebab parut jerawat yang lama pun dah memudar dan mekap makin mudah lekat sebab kulit makin lembap. Oh ya, daun the hijau ni ditanam dalam suasana terbaik di Pulau Jeju dan diproses secara organik.

 

 

                               I have visible blackheads and oily skin                                 

Innisfree - Jeju Volcanic series

Pore Care : Jeju Volcanic Line

Bahan asli seperti “volcano scoria” tercipta apabila lava menjadi keras selepas letusan gunung berapi. Bahan ini baik untuk membersihkan pori-pori dan mempunyai keupayaan menyerap sebum. Antara ciri bahan “volcano scoria”  ini ialah anti-bakteria, nyah-toksin, membersih dan kuasa menyerap yang baik untuk membantu menyelesaikan masalah pori-pori.

 

 

                                      I want clearer and brighter skin                                          

Innisfree - Whitening Pore series

Whitening Care : Whitening Pore C Line

Rangakain yang ini mempunyai dwi-fungsi iaitu MENCERAHKAN kulit dan juga PENJAGAAN PORI-PORI.. Bahan produk ini diekstrak daripada buah tangerine dari Pulau Jeju dan jus dari buah ini mampu membantu memberikan pengguna kulit yang licin dan berseri.

 

 

                                      I want clearer and brighter skin                                          

Innisfree - Jejubija series

Trouble Care : Jeju Bija Line

Bahan utama untuk skin care line yang ni ialah Nutmeg yang mempunyai khasiat untuk anti-inflammatory dan jugak antibakteria, jadi rangkaian ini sesuai untuk kulit bermasalah, kulit sensitif. Selain tu, ia membantu meningkatkan imuniti kulit.

 

 

                             My skin is dry and lackluster from malnutrition                                 

Innisfree - Olive Real series

Nutrimoisturizing Care : Olive Real Line

Rangkaiin produk Olive Real ni memang untuk EKSTRA LEMBAPAN ! Ianya mengandungi minyak zaitun yang diekstrak segar. Kalau kulit memang kering melampau lampau boleh try pakai rangkaian ini okay !

 

 

                                          I have visible wrinkles                                      

Innisfree - Eco Science series

Wrinkle Care : Eco Science Line

Okay ini pulak natural anti-aging skin care line. Dihasilkan dari tumbuhan marin di Pulau Jeju dan mempunyai ciri-ciri untuk regenerate balik sel. Ia mempunyai kandungan antioksida yang tinggi, baik untuk anti-penuaan, memberikan kulit yang lebih elastic gituu ! Tumbuhan marin yang mengandungi vitamin A membantu dalam “skin regeneration”.

 

 

Ahaaa… ini adalah antara produk produk di bawah jenama innisfree . Jangan risau produk mereka semuanya organik dan mesra alam sekitar ! Jadi tak perlu takut kot mengandungi bahan kimia ke, unsur-unsur haiwan ke.. Takde okay… selamat untuk semua jenis kulit. Yang penting, kalian memilih produk mengikut keperluan dan keadaan kulit anda okay !

 

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Isnin, 14 September 2015

innisfree Green Tour 2015 – Korea PART 2

 

Assalamualaikum..

 

Ahaaa selesai sudah perjalanan kita di sekitar innisfree HQ. Seronok kan tengok suasana dan budaya kerja orang Korea. Sesungguhnya bagi Nisa banyak yang kita boleh belajar dari orang luar.. cuma kita kena bersedia menerima perubahan ke arah lebih baik dan pemikiran kena lebih terbuka orang kata.. Hehee… Jadi, selepas lawatan pejabat innisfree, ke mana pulak kita ?

 

innisfree Green Tour 2015 (20)

Oppa Gangnam Style ! Ahaha mood oppa gangnam terus menyerbu masuk ke pelusuk diri ini sebaik sahaja kaki melangkah turun dari bas. Ye semuaaa kami di bawa ke Gangnam untuk melawat innisfree Flagship Store. Memang cantik kan.. dari luar pun lawa !

 

innisfree Green Tour 2015 (21)

Hiasan dalaman yang sangat cantik dan segar. Nampak luas dan bahagian atap nampak macam dalam green house je kan ? Ada feeling country pun ye jugak. Hehe honestlyyyy I love this kind of bright-looking store. Make me feel at so much ease and increase my shopping mood. HAHA !

 

innisfree Green Tour 2015 (22)

Pameran hiasan botol yang menarik ! Sekali lagi… ia boleh dijadikan idea untuk hiasan dalaman. Cuma kitar semula botol dan jadikan ia barang hiasan. Dan di innisfree memang mereka mengamalkan konsep kitar semula dan produk mereka dihasilkan menggunakan bahan organik dan melalui penyelidikan yang menyeluruh.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (23)

Oh ya… masa kami ke innisfree Flagship Store ni, antara produk terbaru pada masa itu ialah innisfree Jeju Sparkling Mineral Essence. Hmmm macam menarik je kan produk ni kan.. Sedikit info mengenai essence ni – fungsi nya untuk mencerahkan kulit dan maintain skin elasticity. Ada banyak lagi produk dalam rangkaian Jeju Sparkling Mineral ni.. Mungkin you guys boleh check website innisfree atau Google to know more about this product ya :)

 

 

innisfree Store 2

innisfree Green Tour 2015 (24)

Baiklah jom jalan jalan sekitar innisfree Flagship Store ni ! Jika ada di antara pembaca yang pernah ke outlet innisfree di Malaysia (di Sunway Pyramid), mungkin kalian perasan yang produk-produk innisfree disusun mengikut FUNGSI PRODUK. Contohnya, untuk bahagian Cleansing Ranges, semua produk membersih kulit akan disusun satu tempat, begitu juga untuk fungsi Mosturizing atau Whitening/Brightening, produk dengan fungsi terbabit akan disusun satu tempat. Mudah untuk kita mencari produk yang kita inginkan.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (25)

One of my favorite part in the store ! The “Beauty Tools” section. I’m a fan of make up brushes and all that.. So I’ve been spending quite some time here. I already have concealer, lip and foundation brush. Looking forward to add my innisfree beauty tools collection very soon ! Selain berus mekap, mereka ada juga blotting paper, fake eyelashes dan span.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (26)

Great assistance from this beautiful staff at innisfree Flagship Store, Gangnam. She helped me with the application of blusher and share some info about the product. She suggested the best blusher shade for me. Kamsahamnida !

 

 

innisfree Green Tour 2015 (27)

Kami para media dan bloggers berpeluang membawa pulang produk innisfree dan of course lah memang berbelah bagi nak pilih barang yang mana.. sebab banyak yang Nisa guna dan produk mereka memang best ! Organik dan rasa selamat je pakai.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (28)

Best nyaa dalam kedai pun ada taman ! Haaa ingat dalam hati je ke ade taman ? HAHA !!! Dalam innisfree Flagship Store di Gangnam pun ada innisfree GARDEN. Memang fresh sangat ! Dan barang yang dijual di bahagian innisfree  GARDEN ni merupakan barangan yang dibuat daripada bahan kitar semula. How cool is it ?

 

innisfree Green Tour 2015 (30)

Jom usha sikit… Barangan yang diperbuat dari bahan kitar semula dan barangan yang menyokong kitar semula. Haa faham tak ? Contohnya kertas, dibuat dari kertas yang dikitar semula. Kalau beg tu, korang boleh guna untuk pergi kelas atau pergi shopping barang so tak perlu guna beg plastik. Haa gitu !

 

innisfree Green Tour 2015 (31)

Kannn banyak kali dah Nisa duk war-warkan mengenai kempen kitar semula yang innisfree jalankan ni. Jika anda pengguna produk innisfree, jangan lupa bawa botol produk yang kosong dan letak dalam bekas yang disediakan tau, outlet innisfree di Malaysia (di Sunway Pyramid) pun ada bekas khas untuk kitar semula botol dan bekas produk yang dah digunakan. Harap kalian semua support this good cause ya ! Kalau tak kitar semula pun, bekas produk boleh guna untuk tanam pokok kecik kecik macam dalam pic ni. Nice kan !

 

 

innisfree Green Tour 2015 (29)

Selesai sudahhh waktu shopping di innisfree Flagship Store, Gangnam. Akhirnya dapat produk yang diinginkan setelah menimbang tara segala kemungkinan dan keinginan… wakakkaa… Banyak juga produk yang dibawa pulang. Thank you so much innisfree for being sooo generous!!

 

 

innisfree Green Tour 2015 (32)

 

Yeayyyy jom bergambar di depan innisfree Flagship Store ! InshaAllah kalau ada rezeki lagi ke Korea, akan ku jejakkan kaki sekali lagi di  flagship store ni ! Sebabnya ada beberapa produk yang mungkin tiada di Malaysia, hanya di  Korea sahaja kan ? Akan Nisa kongsikan sekiranya Nisa ada produk innisfree yang hanya ada di Korea ya ?

 

 

 

XOXO,
Putewi Hensem


Read More»

Ahad, 13 September 2015

innisfree Green Tour 2015 – Korea PART 1

 

 

Assalamualaikum…

 

innisfree Green Tour 2015 (1)

 

Ahaaaa dalam entry trip Melbourne yang lepas Nisa dah mention kan, yang Nisa hanya berada di Malaysia selama dua tiga jam selepas mendarat.. kemudian berkejaran pulak check in untuk penerbangan ke Korea ! Kegilaan apakah ini ?! I didn’t it coming though ! But I love being crazy when it comes to travelling ! Maybe some of you even had crazier experience related to travel right ! Do share in comment section below ya !

 

innisfree Green Tour 2015 (2)

Apa-apa pun, Nisa bersyukur kepada Allah kerana memberikan peluang untuk Nisa jejakkan kaki di bumi Korea buat kali kedua. The fun part is, one year ago, on the exact date as this year, I was in Korea too ! But last year I went to Korea for a vacation, this year I went with innisfree <3 So yeah we flew with Korean Air, great hospitality and love the food !

 

innisfree Green Tour 2015 (3)

Alhamdulillah perjalanan kami selamat tiba di Incheon International Airport. Perjalanan juga lebih kurang 7 jam. Maknanya dalam masa 24 jam.. hampir 14 jam aku duduk di dalam kapal terbang sahaja ! Masih awal lagi dan kami pun segera ke hotel menaiki bas yang sudah sedia menunggu kami.

 

innisfree Green Tour 2015 (4)

Oh ye.. sebelum menaiki bas, kami berkumpul dahulu dan bertemu dengan wakil innisfree , mereka serahkan itinerary dan briefing sheets serta tag nama. Just look at the effort preparing these papers for us ! Now I’m not only loving the brand, but also very thankful to those people behind the brand !

 

innisfree Green Tour 2015 (7)

Terima kasih innisfree kerana menyediakan tempat yang best untuk kami tinggal selama satu malam di Seoul. The best accommodation I’ve receive so far in any blogger trip ! Kami tinggal di JW Marriot Hotel, Dongdaemun !

 

innisfree Green Tour 2015 (5)

Memang sangat best sebab terletak betul-betul di tengah bandar dan dikelilingi dengan tempat tarikan pelancong dan tempat membeli-belah ! Ahaa… innisfree also prepared some welcoming gift, aww so sweet ! Jangan lupa nantikan video mengenai trip ke Korea untuk melihat dengan lebih banyak footage bilik hotel ni !

 

 

innisfree Green Tour 2015 (6)

In the welcoming gift pack, not only they provided us with some sweets, juice and biscuits.. not to forget innisfree  green tea product range ! Bertambah sayang kat innisfree ni sebab produk yang diberi merupakan dalam saiz “travel pack” jadi kalau nak travel lepas ni memang best lah, angkut je produk ni semua kann.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (8)

Right in front of the hotel, there’s a beautiful and clean river. A very nice place for an evening walk or for a morning jogging session. But… ermm I’m not so sure what’s the name of this river LOL. And in April, Korea was in Spring season.. so you guys can see beautiful flowers by the road.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (9)

I slept a lottt during my Melbourne to Kuala Lumpur flight.. and during our journey to Korea too. So, I didn’t sleep after we checked in. I just took a shower, changed my cloth and went to a nearby shopping mall! Since my first visit to this mall (my friend brought me here last year), I’ve been sooo in love with this place !!! If you wanna see or buy anything in trend, just go this mall. Located in Dongdaemun, very near to Doota Mall. So from our hotel, it’s just a walking distance away.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (10)

I bet girls gonna get crazy about this picture I post here. HAHAHA !! Me too ! Rasa sangat sangat excited setiap kali masuk ke mall ni.. Sebab nya semua baju baju kat sini sangat mengikut trend semasa. Tahun lepas trend lain.. masa pergi April lepas, trend lain pulak… Harga banyak juga yang berpatutan dan murah.. sesetengah kedai boleh juga cuba untuk tawar menawar. Jadi cubalah ya ! Banyak sangat kedai kat dalam mall ni, semua buat rambang mata. Ada tingkat untuk aksesori macam beg, topi dan lain lain.. ada juga tingkat untuk barang lelaki sahaja.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (11)

Selesai saja shopping, Nisa kembali ke hotel, letak barang dan kami semua bersiap sedia keluar makan. Yang bagusnya team innisfree ni, sebelum trip ni mereka ada tanya mengenai concern kami mengenai makanan.. Apa yang boleh makan.. apa yang tak boleh makan… Halal atau tidak.. semua dia dah tanya siap siap. Dan mereka cuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan kami, lagi lagi kami bertiga media dan blogger beragama Islam.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (12)

Seterusnyaa…lawatan ke innisfree Headquarters! Di sini kami para media dan bloggers diberi pendekatan mengenai produk dan jenama innisfree melalui sesi bersama wakil innisfree HQ Korea.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (13)

Kami para media dan bloggers juga dibawa melihat sekitar ibu pejabat innisfree. Seperti yang Nisa pernah share dulu.. innisfree merupakan jenama yang mementingkan persekitaran dan alam semulajadi, jadi antara aktiviti utama mereka ialah mengitar semula. Lihat saja bagai mana mereka menggunakan botol produk innisfree untuk menghasilkan hiasan lampu yang memang meletop ni ..

 

 

innisfree Green Tour 2015 (14)

Di dalam innisfree HQ ni ada mock up store. Ahaaa mati mati ingat kan ade kedai dalam pejabat dia haha ! Dengan mock up store ni lah mereka membuat keputusan mengenai hiasan dalam kedai kedai produk innisfree, susun atur produk, pengcahayaan dan sebagainya.. Haa betapa telitinya mereka dalam memasarkan produk mereka. Segala aspek pun diambil kira.

 

 

innisfree Green Tour 2015 (15)

Very fresh and green here in innisfree HQ café ! Setiap pokok di dinding tu ada tuan dia tau, jadi staff kena jaga pokok masing masing.. kena siram lah tiap tiap hari. Hehe..

 

 

innisfree Green Tour 2015 (16)

Sekali lagi hiasan dalaman yang menarik minat kami ! Haaa boleh lah dijadikan idea untuk hiasan dalam bilik bacaan ke, rumah ke.. pejabat ke.. tak pun café hipster.. Tak gitu ?

 

 

innisfree Green Tour 2015 (17)

This is like every women’s wish ! Would you imagine you have this “mirror mirror on the wall who’s the fairest of them all” in your office ? If I work here, I already can see myself spending my morning hours in front of this mirror ! They also have a room with bed, if anyone want to take a nap. Awesome and cool, right ?

 

 

innisfree Green Tour 2015 (18)

Haa mereka ada juga ruangan luar yang memang best.. banyak pokok pokok.. Sangat sangat menyegarkan. Kalau penat.. atau idea tak mari.. boleh lah duduk kejap bertafakur kat luar ni ya ! Mana tahu menderu-deru pulak idea masuk nanti haha..

 

 

innisfree Green Tour 2015 (19)

Selesai sudah lawatan kami para media dan bloggers ke innisfree HQ di Korea. Haaa tapi perjalanan kami di Korea tidak terhenti di sini je tau ! Banyak lagi tempat menarik yang mereka nak bawa kami ni. But I think I shared enough for this blogpost. So stay tuned for my next write up ya !

 

 

 

 

ANNYEONGGG… !
Putewi Hensem


Read More»

Copyright © Nisa Kay